Penerokaan Unsur TEMA dalam Alam Penerokaan Unsur 33 dalam Alam 165 • Terdapat 118 unsur yang telah ditemui. Tahukah anda di mana kedudukan unsur karbon dalam Jadual Berkala Unsur Moden? • Tingkap bangunan pencakar langit di Malaysia biasanya diperbuat daripada kaca. Apakah kegunaan kaca yang lain? • Jika anda sakit, doktor akan merawat dan memberikan ubat yang sesuai kepada anda. Apakah kesannya jika kita memakan ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor?
8 Unsur dan Bahan Bahan atom Bahan molekul Bahan ion Jadual Berkala Unsur Moden Ion positif Ion negatif Isotop Kata Kunci Bab 166
Apakah jenis zarah yang terdapat di dalam emas? Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden? Bagaimanakah ion positif dan ion negatif terbentuk daripada atom? Apakah isotop? Unsur di Alam Semesta dan Bumi Hidrogen dan helium ialah unsur yang paling banyak terdapat di Alam Semesta. Bintang-bintang termasuk Matahari terdiri daripada hidrogen dan helium. Di Bumi pula, terdapat unsur seperti oksigen, silikon, emas dan sebagainya. Oksigen membolehkan semua benda hidup wujud di Bumi. Rencana Sains Anda akan belajar tentang: asas jirim Jadual Berkala Unsur Moden isotop Anda akan belajar tentang: Unsur dan Bahan Bab 8 167
8.1 Asas Jirim Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion Anda telah mempelajari bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit semasa di Tingkatan 1. Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim, iaitu atom, molekul dan ion. Kembali Kembali Atom terdiri daripada zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron. - Elektron - Proton - Neutron – + – – – – – – + + + + + + Rajah 8.1 Bahan atom Logam emas Belon berisi helium Atom emas Atom helium 8.1.1 Atom Atom ialah zarah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur. Atom ialah unit paling asas dalam unsur. Molekul Molekul ialah gabungan dua atau lebih atom secara kimia. Molekul boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza. Ion Ion ialah zarah-zarah yang bercas, sama ada positif atau negatif. Ion terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. Semua bahan yang terdapat di sekeliling kita ialah jirim. Bahan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya. Bahan Atom Bahan ini mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada atom. Atom-atom di dalam logam disusun secara rapat dan teratur, manakala susunan atom di dalam gas nadir berjauhan dan tidak teratur. 168
Bahan ion terbentuk daripada tindak balas antara unsur logam dengan unsur bukan logam. Bahan ini mengandungi ion positif dan ion negatif. Contoh bahan ion ialah natrium klorida. Rajah 8.2 Bahan molekul Rajah 8.3 Bahan ion Aktiviti 8.1 Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang bahan yang dibina oleh zarah atom, molekul dan ion dalam kehidupan harian. Arahan: 1. Dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang bahan-bahan di sekeliling anda yang terbina daripada zarah atom, molekul dan ion. 2. Persembahkan maklumat yang anda peroleh dalam bentuk persembahan multimedia. PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri Molekul oksigen Molekul air + – + + – + – + – + – + – + – + – + + – + Ion natrium dan ion klorida Tangki oksigen Garam biasa Air laut 8.1.1 Bahan Molekul Bahan ini mengandungi zarah molekul yang merupakan gabungan dua atau lebih atom secara kimia, sama ada atom yang sama atau berbeza. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam bentuk molekul. Tindak balas antara unsur bukan logam akan membentuk sebatian yang wujud dalam bentuk molekul. Bahan Ion Unsur dan Bahan Bab 8 169
Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk Masihkah anda ingat akan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang telah anda pelajari di Tingkatan 1? Unsur boleh wujud dalam bentuk atom, molekul atau ion. Adakah unsur yang sama boleh wujud dalam bentuk yang berbeza? Cuba anda lihat gambar foto di bawah. Gambar foto 8.1 Tukul berkarat dan tukul tidak berkarat Gambar foto 8.2 Jus limau dan udara Praktis Formatif Praktis Formatif 8.1 1. Berikan tiga jenis zarah yang membina sesuatu bahan. 2. Nyatakan contoh bahan yang terdiri daripada unsur ferum dalam bentuk ion. 3. Kelaskan bahan-bahan berikut kepada zarah-zarah yang membinanya sama ada atom, molekul atau ion. Kepingan besi, ketulan ais, garam biasa, ketulan gula, batu marmar, wayar kuprum, air kapur, gas oksigen, gas helium 4. Berikan dua contoh unsur yang wujud dalam bentuk molekul dan atom. – – + – + + 8.1.2 Unsur ferum wujud dalam bentuk atom pada kepala tukul. Unsur ferum wujud dalam bentuk ion dalam sebatian karat. Unsur hidrogen wujud dalam bentuk molekul di dalam udara. Unsur hidrogen wujud dalam bentuk ion di dalam jus limau. Unsur: Ferum Unsur: Hidrogen – + – – + – + – + – + – + – + – + – – + – 170
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden Semasa di Tingkatan 1, anda telah belajar tentang 118 jenis unsur yang disusun di dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Kini, mari kita kaji Jadual Berkala Unsur Moden yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4 secara teliti dan kenal pasti beberapa ciri pentingnya. Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur, iaitu: (a) sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat (b) perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid (c) sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan Unsur peralihan 1 HHidrogen 1 1 H Hidrogen 1 3 Li Litium 7 4 Be Berilium 9 11 Na Natrium 23 12 Mg Magnesium 24 19 KKalium 39 20 Ca Kalsium 40 37 Rb Rubidium 85.5 38 Sr Strontium 88 55 Cs Sesium 133 56 Ba Barium 137 87 Fr Fransium 88 Ra Radium 105 Db Dubnium 106 Sg Siborgium 107 Bh Bohrium 108 Hs Hasium 109 Mt Meitnerium 110 Ds Darmstadtium 111 Rg Roentgenium 112 Cn Kopernisium 21 Sc Skandium 45 39 YYtrium 89 22 Ti Titanium 48 40 Zr Zirkonium 91 72 Hf Hafnium 178.5 23 VVanadium 51 41 Nb Niobium 93 73 Ta Tantalum 181 24 Cr Kromium 52 42 Mo Molibdenum 96 74 Tungsten W 184 25 Mn Mangan 55 43 Tc Teknetium 75 Re Renium 186 26 Fe Ferum 56 44 Ru Rutenium 101 76 Os Osmium 190 27 Co Kobalt 59 45 Rh Rodium 103 77 Ir Iridium 192 28 Ni Nikel 59 46 Pd Paladium 106 78 Pt Platinum 195 29 Cu Kuprum 64 47 Ag Argentum 108 79 Au Aurum 197 30 Zn Zink 65 48 Cd Kadmium 112 80 Hg Merkuri 201 31 Ga Galium 70 49 In Indium 115 81 Tl Talium 204 113 Nh Nihonium 114 Fl Flerovium 115 Mc Moscovium 116 Lv Livermorium 117 Ts Tennessine 118 Og Oganesson 32 Ge Germanium 73 50 Sn Stanum 119 82 Pb Plumbum 207 33 As Arsenik 75 51 Sb Antimoni 122 83 Bi Bismut 209 34 Se Selenium 79 52 Te Telurium 128 84 Po Polonium 210 35 Br Bromin 80 53 I Iodin 127 85 At Astatin 210 36 Kr Kripton 84 54 Xe Xenon 131 86 Rn Radon 222 5 BBoron 11 13 Al Aluminium 27 6 CKarbon 12 14 Si Silikon 28 7 NNitrogen 14 15 PFosforus 31 8 OOksigen 16 16 SSulfur 32 9 FFluorin 19 17 Cl Klorin 35.5 2 He Helium 4 10 Ne Neon 20 18 Ar Argon 40 58 Ce Serium 140 90 Th Torium 232 57 La Lantanum 139 89 Ac Aktinium 59 Pr Praseodimium 141 91 Pa Protaktinium 231 60 Nd Neodimium 144 92 UUranium 238 61 PmPrometium 145 93 Np Neptunium 62 SmSamarium 150 94 Pu Plutonium 63 Eu Europium 152 95 AmAmerisium 64 Gd Gadolinium 157 96 CmKurium 65 Tb Terbium 159 97 Bk Berkelium 66 Dy Disprosium 162.5 98 Cf Kalifornium 67 Ho Holmium 165 99 Es Einsteinium 68 Er Erbium 167 100 FmFermium 69 TmTulium 169 101 Md Mendelevium 70 Yb Iterbium 173 102 No Nobelium 71 Lu Lutetium 175 103 Lr Lawrensium Nombor proton Logam Separuh logam Bukan logam Simbol unsur Nama unsur Jisim atom relatif 104 Rf Ruterfordium 57 – 71 Lantanida 89 – 103 Aktinida Pepejal Cecair Gas Kekunci: KUMPULAN C Br H Siri lantanida Siri aktinida 1 1 Logam alkali 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Logam alkali bumi Halogen Gas nadir Turus menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden disebut kumpulan. Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Kala merujuk kepada unsur yang disusun dalam baris mengufuk. Terdapat 7 kala dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Di bahagian bawah Jadual Berkala Unsur Moden terdapat dua siri unsur dengan nombor proton 57 hingga 71 dan 89 hingga 103 yang diletakkan secara berasingan. Dua siri unsur ini disebut sebagai siri lantanida dan siri aktinida. 8.2.1 8.2.2 Rajah 8.4 Jadual Berkala Unsur Moden KALA Prinsip Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden Dalam Jadual Berkala Unsur Moden, unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom. Cuba anda kaji semula Jadual Berkala Unsur Moden di atas. Unsur dan Bahan Bab 8 171
Tujuan: Menghubungkaitkan susunan unsur dengan nombor proton unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi satu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap dan beberapa kad dengan simbol dan nombor proton bagi unsur. 3. Guna kad tersebut untuk mengisi tempat kosong di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang diberikan. 4. Bentangkan Jadual Berkala Unsur Moden yang telah lengkap di hadapan kelas. Tujuan: Mengenal pasti kedudukan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Rujuk Jadual Berkala Unsur Moden dan tentukan simbol sebenar unsur di bawah dan kedudukannya di dalam Jadual Berkala Unsur Moden. V 7 18 20 42 14 40 40 96 W X Y 3. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. ... ... ... ... 8.2 8.3 Aktiviti Aktiviti PAK21 PAK21 Meja Bulat Meja Bulat Susunan Elektron Unsur Anda telah ketahui bahawa setiap unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden mempunyai nombor proton yang tersendiri. Sebagai contoh, nombor proton bagi oksigen ialah 8 dan nombor proton bagi magnesium ialah 12. Bagi atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron. Bagaimanakah elektron disusun di sekeliling nukleus? Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron. Elektron akan memenuhi petala terdekat dengan nukleus dahulu. Elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya telah diisi. 8.2.2 8.2.3 S Sulfur mempunyai nombor proton 16. Maka, satu atom sulfur mempunyai bilangan elektron 16. Dua elektron disusun dalam petala pertama, lapan elektron disusun dalam petala kedua dan bakinya, enam elektron disusun dalam petala ketiga. Susunan elektron bagi atom sulfur ditulis sebagai 2.8.6. Bagi atom-atom dengan nombor proton 1 hingga 20, dua elektron diisi dalam petala pertama, lapan elektron dalam petala kedua dan lapan elektron dalam petala ketiga. Rajah 8.6 Susunan elektron atom sulfur Petala pertama: 2 elektron Petala kedua: 8 elektron Petala ketiga: 18 elektron Nukleus Rajah 8.5 Susunan elektron di sekeliling nukleus Contoh: 172
Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif Anda telah belajar tentang pembentukan ion positif dan ion negatif semasa di Tingkatan 3. Kebanyakan atom mempunyai susunan elektron yang tidak stabil. Maka, atom-atom ini akan cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil. Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain. Hal ini adalah bagi mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil. Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. • Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron. • Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron. Sebagai contoh, atom magnesium mempunyai 12 elektron. Susunan elektronnya ialah 2.8.2. Bagaimanakah atom ini dapat mencapai susunan elektron oktet yang stabil? Adakah lebih mudah untuk atom ini menderma dua elektron atau menerima enam elektron? Mari kita kaji Rajah 8.7. Rajah 8.7 Pembentukan ion positif, Mg 2+ Mg Atom magnesium (2.8.2) Mg 2+ Ion magnesium (2.8) Derma dua elektron 8.2.3 8.2.4 Tujuan: Melukis susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Bahan: Pen penanda, kertas A4 Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Tentukan nombor proton bagi setiap unsur dan kaitkannya dengan bilangan elektron. 3. Lukis susunan elektron bagi setiap unsur pada kertas A4 dan tampalkannya di belakang kelas. ... ... Aktiviti 8.4 PAK21 Jalan Galeri Galeri Galeri Sains Susunan elektron duplet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 2 elektron pada petala pertama. He Susunan elektron duplet Susunan elektron oktet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 8 elektron pada petala terluar. Ne Susunan elektron oktet Unsur dan Bahan Bab 8 173
Praktis Formatif Praktis Formatif 8.2 1. Nyatakan kedudukan unsur-unsur berikut dalam Jadual Berkala Unsur Moden. (a) Litium (b) Argentum (c) Helium (d) Aurum 2. Berikan dua contoh unsur yang berada dalam Kumpulan 17. 3. Unsur M mempunyai nombor proton 19. Berdasarkan Jadual Berkala Unsur Moden, nyatakan nama unsur M. 4. Unsur N ditempatkan dalam Kumpulan 15 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah susunan elektron bagi atom unsur N? 5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, nyatakan pembentukan ion positif dan ion negatif daripada atom unsurnya. Tajuk: Mengawal Pengaratan Topik berkaitan: Kakisan logam berlaku apabila atom logam membentuk ion positif. Cadangan tempoh masa: 1 minggu Masalah: Salah satu masalah utama dihadapi oleh pengguna jambatan dan kenderaan ialah pengaratan. Oleh itu, penyelenggaraan jambatan dan kenderaan ialah satu cabaran kepada ekonomi negara. Permukaan bahan atom (contohnya besi) perlu dikekalkan dalam keadaan baik. Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara kerja penyelenggaraan dilakukan pada jambatan dan kenderaan. Sumber: • Buku teks Sains (kandungan yang berkaitan dengan pembentukan ion, pengaratan) • Laman web • Bahan rujukan lain seperti majalah ilmiah berkaitan dengan pembentukan ion dan pengaratan Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mengawal kakisan logam. Hasil dapatan boleh dipersembahkan dalam bentuk persembahan multimedia. PAK21 Pembelajaran Berasaskan Masalah ... ... Aktiviti 8.5 8.2.4 8.2.5 Atom ini akan cenderung untuk mencapai susunan elektron yang stabil dengan cara menderma atau menerima elektron daripada atom lain. Jalankan Aktiviti 8.5 untuk menunjukkan kesan terhadap suatu bahan apabila ion terbentuk. Terima satu elektron Cl Atom klorin (2.8.7) – Cl Ion klorida (2.8.8) Atom klorin mempunyai 17 elektron. Rajah 8.8 menunjukkan atom klorin yang mempunyai susunan elektron 2.8.7. Atom ini menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil. Rajah 8.8 Pembentukan ion negatif, Cl– 174
8.3 Isotop Semua atom yang terkandung di dalam sesuatu unsur mempunyai bilangan proton dan neutron yang sama. Namun begitu, terdapat unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom ini dikenal sebagai isotop. Jadual 8.1 menunjukkan beberapa contoh isotop. Jadual 8.1 Contoh isotop Isotop Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron Hidrogen-1 1 1 0 Hidrogen-2 1 1 1 Hidrogen-3 1 1 2 Karbon-12 6 6 6 Karbon-13 6 6 7 Karbon-14 6 6 8 Oksigen-16 8 8 8 Oksigen-18 8 8 10 Isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja. Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom itu. Sebagai contoh, isotop hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 neutron, ditulis hidrogen-3. Jalankan Aktiviti 8.6 untuk menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop-isotop lain. Tujuan: Menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop. Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon bagi isotop-isotop yang diberikan. Isotop Bilangan proton Bilangan neutron Nombor nukleon Klorin-35 18 Klorin-37 37 Natrium-23 11 Natrium-24 13 Bromin-79 79 Bromin-81 35 Aktiviti 8.6 Laman Sejarah Perkataan isotop berasal daripada perkataan Yunani ‘isos’ yang bermaksud sama dan ‘topos’ yang bermaksud tempat. Perkataan ini bermaksud isotop bagi suatu unsur mempunyai kedudukan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Isotop http://bukutekskssm. my/Sains/T4/Isotop. mp4 VIDEO 8.3.1 8.3.2 8.3.1 8.3.2 Unsur dan Bahan Bab 8 175
Teknologi makanan Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Gambar foto 8.3 Mesin radioterapi Perubatan Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop semakin meluas. Tanpa kita sedari, isotop dalam bentuk radioisotop sebenarnya banyak digunakan di sekeliling kita. Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun radioisotop mengeluarkan sinaran berbahaya, namun radioisotop mempunyai kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul. Radioisotop digunakan dalam bidang perubatan, pertanian, perindustrian, penjanaan tenaga dan penyelidikan. Imbas kembali kegunaan sinaran radioaktif yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 3 seperti di bawah. Sinar gama daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti makanan itu. Gambar foto 8.4 Sayur-sayuran bebas daripada kuman Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan. Gambar foto 8.5 Akar tumbuhan Pertanian 8.3.3 176
Tahukah anda kegunaan isotop yang lain? Mari kita jalankan Aktiviti 8.7. 8.3.3 Praktis Formatif Praktis Formatif 8.3 1. Nyatakan definisi bagi isotop. 2. Berikan tiga contoh isotop. 3. Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom tersebut? 4. Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan? Tujuan: Mencari maklumat penggunaan isotop dalam pelbagai bidang. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. 2. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang kegunaan isotop dalam pelbagai bidang selama 20 minit. 3. Kongsi dan bincangkan hasil dapatan yang diperoleh bersama pasangan. 4. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam jadual seperti berikut. Bidang Isotop Kegunaan Perubatan Natrium-24 Kobalt-60 Iodin-131 Pertanian Fosforus-32 Karbon-14 Arkeologi dan Geologi Karbon-14 Teknologi makanan Kobalt-60 Industri kertas Amerisium-241 Penjanaan tenaga elektrik Uranium-235 ... ... Aktiviti 8.7 PAK21 Fikir-Pasang-Kongsi 8.3.3 Unsur dan Bahan Bab 8 177
Rumusan Jenis zarah Kumpulan dan Kala Susunan elektron Asas Jirim Definisi isotop Kegunaan isotop Isotop Atommembentuk membentuk membentuk Bahan atom Molekul Bahan molekul Ion Bahan ion Perubatan Ion positifPertanianPerindustrian Penjanaan tenaga Penyelidikan Ion negatif UNSUR DAN BAHAN Jadual Berkala Unsur Moden Pembentukan ion 178
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis bahan. Gambar foto 1 (a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk: (i) garam (ii) gula (b) Berikan dua contoh lain bahan yang terbentuk daripada jenis zarah yang sama seperti garam dan gula. (c) Berikan dua contoh bahan yang unsur oksigen wujud sebagai molekul dan ion. Praktis Sumatif Praktis Sumatif 8 Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 8.1 Asas Jirim Menerangkan bahan atom, bahan molekul dan bahan ion dengan contoh. Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk. 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden. Mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan. Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negatif. Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk mencapai susunan elektron stabil. 8.3 Isotop Menerangkan isotop dengan contoh. Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nukleon dalam isotop. Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai bidang. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri Soalan Objektif http://bukutekskssm. my/Sains/T4/K8 KUIZ Unsur dan Bahan Bab 8 179
2. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden. P Q R T U S Rajah 1 P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut. (a) Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (b) Unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama? (c) Unsur manakah yang wujud sebagai atom yang stabil? Jelaskan jawapan anda. (d) Suatu unsur mempunyai nombor nukleon 32 dan nombor proton 16. Di manakah kedudukannya dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (e) Nyatakan susunan elektron bagi unsur-unsur berikut: (i) P (ii) Q (iii) T 3. Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing. Jadual 1 Unsur Nombor proton Nombor nukleon X 13 27 Y 17 35 Z 20 40 (a) Tentukan bilangan neutron bagi atom unsur X, Y dan Z. (b) Lukiskan susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z. (c) Pada pendapat anda, di manakah kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (d) Bagaimanakah atom unsur-unsur berikut mencapai susunan elektron yang stabil? (i) Unsur X (ii) Unsur Y 180
4. Jadual 2 menunjukkan unsur P, Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing. Jadual 2 Unsur Nombor proton Nombor nukleon P 15 32 Q 11 24 R 11 23 S 6 14 (a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda. (b) Nyatakan kegunaan isotop yang anda nyatakan dalam soalan 4(a) dalam bidang perubatan dan industri. (c) Nyatakan unsur P dan kegunaannya dalam bidang pertanian. (d) Namakan unsur S dan nyatakan kegunaannya dalam bidang pertanian dan arkeologi. Cabar Cabar Minda 5. Akmal menerima laporan tentang keadaan jalan yang merekah walaupun telah diturap berkali-kali. Didapati struktur tanah tiba-tiba menjadi lembut disebabkan oleh kebocoran saluran paip bawah tanah. Bagaimanakah Akmal menyelesaikan masalah berkenaan? Penyelesaian masalah tersebut perlulah mengikut langkah berikut: • mengenal pasti masalah • menjelaskan masalah • menyatakan langkah-langkah diambil ke arah penyelesaian masalah Unsur dan Bahan Bab 8 181