5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan: 5.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Perancangan bagi segala aktiviti kokurikulum adalah mengikut takwim kokurikulum. Contohnya perancangan dan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang (SKKP). Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah. Pada aspek perancangan kertas kerja perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memohon kelulusan daripada guru besar. Segala pengurusan, gerak-geri kerja dan pelantikan jawatankuasa berada pada aspek perancangan. Pada aspek perlaksanaan kita dapat lihat seperti gambar di atas iaitu pada Program Perkhemahan Unit Beruniform murid-murid melakukan gajet dan memasang khemah. Pada Pertandingan Kawad Kaki pula kita dapat lihat Unit Pengakap dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Murid-murid yang dipilih menjalani latihan kawad bersama dengan guru di sekolah bagi persiapan sebelum pertandingan. 5.4.2 Kolaborasi komuniti
Hubungan sekolah dan komuniti sangat penting bagi pembangunan pendidikan. Sekolah perlu bekerjasama dengan komuniti setempat untuk meningkatkan program pendidikan, memanfaatkan sumber daya komuniti, dan membantu menyelesaikan masalah bersama. Pihak sekolah dan komuniti perlu saling berhubungan dan bekerja sama demi kemajuan pendidikan. Program kolaborasi bersama komuniti telah diadakan di Sekolah Kebangsaaan Kubor Panjang (SKKP) iaitu Program Gotong Royong Perdana. Program ini melibatkan pembersihan seluruh kawasan sekolah. Setiap orang akan berada dalam kumpulan dan setiap kumpulan tersebut akan diberikan tugas untuk membersihkan kawasan-kawasan yang tertentu. Hal ini akan mempercepatkan proses pembersihan sekaligus dapat membentuk kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.
5.4.3 Pendidikan Inklusif Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid yang normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Murid-murid pendidikan inklusif juga tidak diketepikan daripada terlibat dalam acara kokurikulum. Terdapat acara yang dipertandingankan bagi murid-murid ini sama seperti murid-murid normal dan ada juga berlainan mengikut tahap mereka. Contohnya, acara sukaneka. Di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang acara sukan bagi murid-murid khas seperti gambar di atas iaitu sukaneka, lompat tinggi, lompat jauh, dan larian 100 Meter.
5.4.4 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan terkini i) Program Merentas Desa
Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang amat mementingkan murid-murid untuk bergiat aktif dalam apa jua aktiviti kokurikulum seperti sukan permainan dan badan beruniform. Bertepatan dengan hasrat itu maka pihak sekolah menggunakan Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) sebagai satu panduan iaitu mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri seara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Terdapat dua program yang dilaksanakan atas Dasar 1Murid 1Sukan di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang. Program pertama iaitu Program merentas desa. Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya gaya hidup sihat dan dapat membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. Program merentas desa ini dapat disertai oleh pelbagai peringkat umur serta jika terdapat murid yang tidak dapat berlari, mereka juga boleh berjalan. Taklimat diberikan terlebih dahulu sebelum program ini dijalankan antara perkara yang disebutkan seperti jarak trek merentas desa, dan checkpoint yang harus murid lalui. Guru-guru juga terlibat untuk mengawasi jika terdapat murid yang cedera. Program ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Polis perantara sekolah (PPS) bagi mengawal jalan raya agar keselamatan murid terjamin.
ii) Program 1 Murid 1 Sukan Program yang kedua iaitu Kejohanan Tahunan Sukan. Dimana semua murid akan terlibat secara aktif dalam semua acara yang dianjurkan. Contohnya, larian 100 Meter, 4 x 200 Meter, lompat jauh, dan lontar peluru. Setiap murid hanya akan memasuki satu acara sahaja bagi mewakili rumah sukan masing-masing. Hal ini kerana bagi memberi peluang kepada semua murid untuk memasuki dalam acara yang dipertandingkan. Para pemenang bagi setiap acara akan diberikan hadiah seterusnya akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bukan sekadar murid malahan ibu bapa juga dapat melibatkan diri dalam acara bola sepak padang bersama guru-guru.
6.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 6.1 Pemerhatian a) Suasana sekolah Landskap sekolah Pintu masuk utama Bangunan sekolah Taman sekolah
b) Kemudahan dan Infrastruktur sekolah Pondok Pengawal Keselamatan Kantin Prasekolah Garaj kenderaan Tempat ibu bapa menunggu Surau
Padang Gelanggang bola tampar Dewan Tandas
c) Bilik khas sekolah Bilik TS25 Bilik guru Bilik bimbingan dan kaunseling Makmal komputer Bilik SPBT Kelas pemulihan khas
d) Kemudahan kelas Papan maklumat Pelan kebakaran sekolah Susunan bilik darjah Peraturan kelas Carta organisasi Jadual bertugas
6.2 Senarai semak Senarai semak pengumpulan data Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan kenyataan √ • Visi dan misi sekolah √ • Peraturan sekolah √ • Hasil kerja murid √ 2. Keceriaan kelas √ Fasiliti √ • Kerusi dan meja √ • Tong sampah √ • Lampu dan kipas √ • Jam √ • Papan putih √ • Langsir dan tingkap √ • Meja dan kerusi guru √ • Jadual waktu √ • Peraturan kelas √ • Projektor LCD √ SENARAI SEMAK NILAI / PERWATAKAN GURU DI SEKOLAH Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Menepati masa √ 2. Penampilan yang kemas √ 3. Penerapan nilai integriti √ 4. Komunikasi yang berkesan √ 5. Penerapan pengetahuan budaya √ SENARAI SEMAK FASILITI DAN INFRASTUKTUR SEKOLAH Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Padang √ 2. Kantin √ 3. Tandas √ 4. Perpustakaan √ 5. Dewan √ 6. Surau √
SENARAI SEMAK BILIK KHAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Pejabat √ 2. Bilik guru besar √ 3. Bilik guru √ 4. “Smaert classroom” √ 5. Makmal komputer √ 6. Makmal sains √ 7. Stor sukan √ 8. Bilik pendidikan islam √ 9. Bilik SPBT √ 10. Bilik sejarah √ 11. Bilik robotik √ 12. Bilik seni √ 13. Bilik bimbingan dan kaunseling √ 14. Bilik RBT √ 15. Bilik TS25 √ 16. Ruang rehat guru √ 17. Dewan sampingan √ 18. Bilik mesyuarat √ 19 Bilik dokumen √ 20. Bilik BBM √
6.3 Temu bual Semasa PBS, saya juga telah menggunakan instrumen temu bual sebagai salah satu instrumen utama dalam pengumpulan data mengenai tugas yang diberikan. Sepanjang berada di sekolah selama dua minggu, saya telah menemu bual beberapa responden iaitu: Guru besar PK Hem PK Kokurikulum Ketua Panitia Bahasa Melayu
YDP PIBG Guru bimbingan dan kaunseling Pengawal keselamatan Pekerja pembersihan Pelajar
6.4 Soal Selidik Bagi melengkapkan instrumen pengumpulan data soal selidik ini, saya telah mencetak sebanyak 6 helai borang soal selidik dan mengandungi 15 soalan untuk diberikan kepada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan Tahun 6. Boang soal selidik ini dibina bagi mendapatkan maklum balas mengenai suasana pengajaran dan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Berdasarkan keputusan soal selidik yang dilakukan terhadap 3 murid lelaki dan 3 murid perempuan Tahun 6 dapat disimpulkan bahawa 2 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan mempunyai tahap penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan memberangsangkan. Walau bagaimanapun, terdapat 1 murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang tidak menguasai aspek tatabahasa dan tidak faham apa yang diajar oleh guru. Hal ini mungkin disebabkan pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru tersebut kurang sesuai dengan pembelajaran mereka.
Borang soal selidik yang dijawab oleh murid lelaki
Borang soal selidik yang dijawab oleh murid perempuan
7.0 Kolaboratif 7.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
7.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah
7.4 Interaksi dengan murid
7.5 Perbincangan dengan komuniti sekolah
8.0 Ilmu / Pengetahuan Baru 8.1 Pemerhatian Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Salah satu kaedah ialah pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapat melihat bahawa sekolah ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap walaupun statusnya sebagai sekolah luar bandar. Infrastruktur yang disediakan di sekolah ini lengkap dan mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Walaupun begitu, masih terdapat beberapa infrastruktur yang boleh diperbaiki. Di samping itu, saya juga melakukan tinjauan di kawasan sekolah. Walaupun sekolah ini mempunyai struktur bangunan lama. Walau bagaimanapun, pihak pentadbiran telah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tanaman hiasan yang telah ditanam dan bangku hiasan diletakkan di sekitar kawasan sekolah. Terdapat juga mural yang dicat di dinding sekolah untuk menceriakan bangunan sekolah. Selain itu, beberapa taman landskap telah diwujudkan dengan menggunakan bahan kitar semula seperti botol air, tayar terpakai dan tin hasil kreativiti dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sekolah. Seterusnya, saya juga meninjau proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah ini. Sepanjang dua minggu saya berada di sekolah, saya dapat melihat kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Di samping itu, terdapat pelbagai pendekatan yang diambil oleh guru untuk menarik minat pelajar di dalam bilik darjah. Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya telah memperoleh pelbagai input berguna yang boleh saya gunakan dalam proses pengajaran apabila saya menjadi guru pada masa akan datang.
Di samping itu, saya juga dapat melihat bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mereka akan terus berjalan ke kelas sebaik sahaja loceng berbunyi untuk menunjukkan bahawa sesi pembelajaran akan bermula. Seterusnya, pelajar-pelajar juga akan menunaikan solat fardhu zohor berjemaah sebaik sahaja sesi persekolahan berakhir. Tambahan pula, pelajar-pelajar di sekolah ini juga sangat sopan dan bertamadun. Sebagai contoh, para pelajar mengamalkan amalan 3S iaitu salam, kedamaian dan senyuman. Ini dapat dilihat kerana pelajar akan menyambut guru-guru yang berdiri di sebelah mereka, menyambut guru dengan senyuman manis. Sikap sopan mereka dalam perbualan dan ketaatan kepada arahan guru telah meninggalkan kenangan yang baik dalam diri saya.
8.2 Senarai semak Melalui senarai semak yang telah dibuat, saya telah mengumpulkan maklumat mengenai kemudahan di dalam bilik darjah, disiplin murid, nilai guru di sekolah, kemudahan dan infrastruktur sekolah, dan bilik-bilik khas di SK Kubor Panjang. Dalam senarai semak yang disediakan, didapati SK Kubor Panjang dilengkapi dengan kemudahan asas dan infrastruktur seperti tandas, kantin dan padang. Semua infrastruktur diselia dan diselenggara dengan baik. Sebagai contoh, pekerja pembersihan akan memotong rumput di padang sekolah sekali setiap 2 hingga 3 minggu. Di samping itu, walaupun sekolah ini mempunyai status sekolah di kawasan luar bandar, bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi dan berfungsi dengan baik. Tidak dapat dinafikan bahawa aturan yang kondusif dapat meningkatkan minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, semua bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan asas seperti papan putih, kipas, lampu, kerusi dan meja. Seterusnya, hampir semua bilik khas di sekolah ini mempunyai penghawa dingin. Sebagai contoh, bilik TS25 dan perpustakaan dilengkapi dengan penghawa dingin. Dengan ini, pelajar boleh belajar dalam persekitaran yang selesa dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, sekolah ini mempunyai infrastruktur yang canggih dan lengkap yang berfungsi dalam keadaan baik.
Di samping itu, saya juga telah membuat analisis mengenai disiplin pelajar di sekolah ini. Kebanyakan pelajar di sekolah ini sangat berdisiplin. Sebagai contoh, mereka sering menghormati dan mendengar arahan guru dan menepati masa apabila menghadiri sekolah. Para pelajar berpakaian kemas dan bersih yang juga memberi kesan yang baik kepada mereka. Seterusnya, saya mendapati bahawa guru-guru di sekolah ini telah menunjukkan perwatakan yang terpuji dalam interaksi harian mereka dengan pelajar-pelajar yang boleh memberi implikasi positif. Sebagai contoh, guru-guru di sekolah ini akan memberi teguran dan nasihat yang lembut kepada pelajar yang melakukan kesilapan dan bukannya memarahi atau menghukum. Para guru juga menunjukkan disiplin yang baik dari segi pakaian, ucapan dan tingkah laku. Mereka juga mengamalkan budaya berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar mereka. Ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan mereka. Semua guru pelatih dikehendaki menghadiri taklimat tertentu sebelum permulaan PBS untuk menerima maklumat dan pendedahan kepada PBS. Saya menerima arahan bagaimana untuk menjalankan tugasan. Ia direka untuk digunakan sebagai panduan untuk melengkapkan portfolio Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan mematuhi spesifikasi dan kriteria yang ditetapkan oleh Unit Praktikum. Senarai semak item portfolio PBS juga diserahkan kepada saya. Semasa menjalani PBS, senarai semak ini membantu saya memberi tumpuan lebih kepada apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Panduan ini telah terbukti sangat bermanfaat dalam memastikan saya telah memperoleh semua maklumat yang relevan. Senarai semak yang diberikan telah banyak membantu saya dalam mengumpulkan maklumat yang diperlukan serta dalam merekodkan data yang telah diperolehi. Seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2-11, saya merekodkan semua fakta dan data yang berkaitan semasa mengenali persekitaran sekolah.
8.3 Temu bual Terdapat juga banyak ilmu yang telah saya perolehi melalui temu bual yang dijalankan Bersama GPK Pentadbiran sekolah tersebut. Dalam temu bual yang telah dijalankan, beberapa soalan telah diketengahkan berkaitan dengan perkembangan murid-murid dan maklumat menngenai sekolah tersebut. GPK Pentadbiran sekolah tersebut telah memberi kerjasama yang baik serta komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan sesi temu bual ini dengan menjawab semua soalan yang telah saya lontarkan. Seterusnya, saya menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai responden untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Para pentadbir seperti guru besar, penolong kanan, guru penyelaras, guru pemulihan khas, pelajar, dan lainlain adalah antara mereka yang memberi respons. Saya bertanya soalan responden mengenai maklumat yang diperlukan berdasarkan kesesuaian kedudukan mereka. Saya menerima respons positif dan kerjasama yang sangat baik daripada responden, yang memberikan jawapan yang saya perlukan mengenai tugas-tugas yang perlu diselesaikan semasa tempoh PBS. Di samping itu, guru pembimbing juga banyak membantu dari segi memberi maklumat tentang bagaimana untuk mahir dalam pengurusan bilik darjah ketika berhadapan dengan murid-murid terutamanya tahap 1. Tambahan lagi, kemahiran untuk menguruskan kelas apabila menjadi guru kelas juga turut dikongsikan oleh guru pembimbing. Perkara ini penting untuk diambil berat kerana dengan adanya asas menguruskan bilik darjah dengan baik maka keseluruhan tindak balas murid terhadap guru juga positif. Temu bual bersama guru panitia bahasa melayu juga diadakan bagi mengambil maklumat tentang kaedah pengajaran yang digunakan semasa sesi pdp. Berdasarkan maklumat yang diperoleh kaedah memberi ganjaran kepada murid apabila mampu untuk menjawab dan menyelesaikan tugas banyak digunakan. Selain itu, jika terdapat murid yang lembam atau prestasi lambat di dalam kelas maka latihan yang diberikan itu berbeza dengan murid normal dan mengikut tahapnya.
8.4 Soal selidik Sebagai tambahan kepada kaedah yang disebutkan di atas, saya menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpulkan maklumat tambahan dengan menemu ramah beberapa pelajar mengenai persekitaran pembelajaran di kelas bahasa Melayu serta perkara yang menarik mengenai bahasa Melayu. Saya juga bertanya tentang tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Untuk kaedah ini, saya telah menyediakan soal selidik yang mengandungi 15 soalan. Seterusnya, saya memberikan soal selidik kepada 5 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaku dari kelas yang sama, iaitu 4 Arif. Berdasarkan soal selidik, saya mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang berbeza walaupun mereka berasal dari kelas yang sama.
9.0 Refleksi AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian ketika waktu perhimpunan rasmi sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Perjalananan perhimpunan adalah teratur dan lancar. - Murid-murid dan guru tidak membuat bising ketika perhimpunan berlangsung. - Murid-murid berjaya memberi tumpuan ketika perhimpunan berlangsung. - Guru Besar mengadakan `contact time’ dengan para guru untuk memberi nasihat dan teguran. 2.2 Kelemahan - Terdapat segelintir murid-murid yang tiba lewat ke tapak perhimpunan. - Kerusi guru-guru di bahagian hadapan pentas tidak dipenuhkan dan masih terdapat banyak kekosongan 3. Cadangan Penambahbaikan - Guru perlu memberi teguran mahupun amaran terhadap murid yang tiba lewat ke tapak perhimpunan. - Guru-guru perlu sentiasa diingatkan untuk memenuhkan kerusi kosong di hadapan sebelum perhimpunan bermula.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap persekitaran sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan -Persekitaran sekolah dipenuhi dengan sudut pembelajaran. - Persekitaran sekolah yang bersih dan kemas. - Maklumat-maklumat sekolah dipaparkan dengan jelas. 2.2 Kelemahan - Terdapat beberapa maklumat sekolah yang masih belum dikemaskini. - Terdapat kawasan lapang yang tidak diusahakan. 3. Cadangan Penambahbaikan - Pihak sekolah boleh mengemaskini maklumat sekolah berdasarkan maklumat terkini. - Kawasan-kawasan lapang boleh diusahakan agar kelihatan lebih ceria.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat pemerhatian di kelas 5 Cekal sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu sedang berlangsung. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Guru berjaya mengawal kelas dengan baik. - Murid-murid rajin bertanya soalan mengenai pembetulan ujian. - Murid-murid berada di tempat-masing-masing. 2.2 Kelemahan - Terdapat segelintir pelajar yang tidak fokus terhadap arahan guru. - Terdapat pelajar yang tidak membuat pembetulan seperti yang diarahkan guru - Murid agak bising ketika menanyakan soalan. 3. Cadangan Penambahbaikan - Guru-guru perlu memantau perlakuan murid-murid agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. - Guru boleh meminta murid mengangkat tangan sekiranya mempunyai soalan. - Guru perlu memberikan arahan dengan jelas.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat temu bual bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mendapatkan maklumat untuk borang kolaboratif. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberikan kerjasama dengan amat baik. - Masa yang diperuntukkan untuk mengadakan sesi temu bual adalah sangat mencukupi. 2.2 Kelemahan - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat dengan soalan yang diajukan. 3. Cadangan Penambahbaikan - Penyelidikan tentang status jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum menyediakan soalan-soalan untuk sesi temu bual.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Menemu bual Guru besar - Menemu bual Guru Panitia Bahasa Melayu - Menemu bual Kakitangan Sekolah. - Menemu bual Pelajar 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Kesemua responden memberi kerjasama yang baik sepanjang temu bual dan soal selidik dijalankan. - Tempat temu bual dilakukan selesa dan kondusif. 2.2 Kelemahan - Menganggu masa peribadi responden. 3. Cadangan Penambahbaikan - Perlu membuat temu janji terlebih dahulu agar tidak menganggu masa mereka.
10.0 Laporan Akhir Berdasarkan PBS yang dilaksanakan, saya telah memperoleh pelbagai maklumat yang berguna untuk diaplikasi dan diamalkan ketika menjadi guru kelak. Dalam pemilihan sekolah, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang. Hal ini demikian kerana sekolah tersebut merupakan sekolah lama saya dan tugasan PBS ini serba sedikit memberi peluang kepada saya dan rakan untuk mengetahui suasana persekolahan pada masa kini di sekolah tersebut. Selain itu, sekolah ini adalah berdekatan dengan rumah saya dan ini akan memudahkan pergerakan saya untuk melaksanakan PBS. Pelaksanaan PBS di sekolah ini juga berpotensi untuk membina sikap positif dalam diri saya iaitu saya dapat membina keyakinan diri untuk berinteraksi dan bersosial dengan warga sekolah iaitu guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain begitu juga dengan muridmurid. Hal ini secara tidak langsung turut mengajar saya mengenai cara-cara berkomunikasi dalam suasana yang formal dengan baik seperti ketika sesi temu bual. Ketika berhadapan dengan murid pula, saya belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan mereka dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan lemah-lembut dengan harapan mereka akan berasa selesa dengan kehadiran saya di sekolah berkenaan. Seterusnya, sekolah ini juga bertindak memantapkan sahsiah para pelajarnya. Hal ini dibuktikan melalui pelbagai program pengisian rohani yang dijalankan seperti program bacaan Surah Yaasin yang diadakan pada setiap hari Khamis. Selain itu, Kemudahan surau yang disediakan akan memudahkan lagi para guru dan murid untuk beribadah sambil menuntut ilmu. Sekiranya mempunyai waktu lapang, guru-guru dan murid-murid akan berkumpul bagi menunaikan solat sunat Dhuha. Terdapat juga sistem merit dan dimerit yang memberi galakan kepada murid dalam pemupukan nilai murni. Kesimpulannya, aktiviti PBS ini sememangnya memberikan pengalaman yang sebenar kepada saya tentang suasana sekolah dan pengetahuan tentang budaya sekolah, pengendalian kelas, organisasi sekolah dan sebagainya.
Rujukan Buku Pengurusan & Takwim Sekolah (Sk Kubor Panjang). Jing Ling & Intan Marfarrina Omar (2022). Kesediaan Guru Arus Perdana Dan Keberkesanan Progam Pendidikan Inklusif Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Ampang, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9 (1). https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/35158/14302/84364 Muhammad Faez, Wan Muna Ruzanna & Zamri Mahamod (2022). Pembangunan Modul Pengajaran Simpulan Bahasa: Analisis Keperluan Guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (2). http://journalarticle.ukm.my/19982/1/314-594-1-SM.pdf Muhammad Faizal, Norfariza, Simin Ghavifekr, Husaina, & Mokhtar Muhamad (2017). Pengurusan Disiplin Murid Di Sekolah Kawasan Bandar Dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1). https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282 Mohamad Firdaus, Tajul Arifin, Shahlan Surat, Hassim, Jady Z, & Lamat, Siti Aida (2016). Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Kluang, Johor: The Implementation Of 1 Student 1 Sport Policy Among Secondary School Teachers in Kluang, Johor. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(2), 24–43. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/691
Lampiran Gambar temu bual bagi borang kolaboratif. Guru Besar PK Hem PK Kokurikulum PK Pentadbiran