The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khakimy, 2021-08-04 11:49:32

Buletin Canang Nazir JNN Perlis 2021

Buletin Canang Nazir JNN Perlis 2021

JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BULETIN CANANG
JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS

TAHUN 2021

JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS
BULETIN CANANG NAZIR
TAHUN 2021

1. LAWATAN KETUA NAZIR SEKOLAH
1.1 LATAR BELAKANG
Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Ketua Nazir
Sekolah Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan
lawatan kerja ke Jemaah Nazir Negeri Perlis pada 15 Mac 2021. Lawatan
kerja ini turut diiringi oleh Yang Berusaha Encik Nadimin bin Abdul Aziz,
Ketua Penolong Pengarah Unit Guru Cemerlang Jemaah Nazir, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Dalam lawatan kerja ini, Cikgu KNS telah berkongsi
beberapa perkara antaranya berkaitan permohonan guru cemerlang, aktiviti
JN dalam Memperkasakan Institusi Pendidikan (MIP) dan mengupas isu
utama berkaitan pemeriksaan sekolah (Gajah SKPMg2).
1.2 GALERI

Majlis perasmian semasa program lawatan Cikgu KNS.

1

Sesi bergambar Cikgu KNS bersama warga JNN Perlis.
2

Cikgu KNS mengupas isu utama berkaitan pemeriksaan sekolah
(Gajah SKPMg2).

3

Penyampaian cenderahati kepada Cikgu KNS.
4

2. LAWATAN TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH
2.1 LATAR BELAKANG
Yang Berusaha En Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah, Timbalan Ketua Nazir Sekolah
(Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum), Sektor Penaziran Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum, Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengadakan lawatan kerja ke Jemaah Nazir Negeri Perlis pada 25 Mac 2021.
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh Yang Berusaha Ustaz Ai’iri bin Abu Bakar,
Ketua Penolong Pengarah Unit Pemantapan Institusi Pendidikan Jemaah Nazir,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam lawatan kerja ini, beliau telah
membentangkan tentang Program Penilaian Kepimpinan (Profiling) dan Siasatan
Aduan JN Negeri.
2.2 GALERI

5

Majlis perasmian semasa program lawatan Yang Berusaha En Mohd
Zarrawi Ravi bin Abdullah, Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Penaziran

Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum).

6

Pembentangan Program Penilaian Kepimpinan (Profiling) dan
Siasatan Aduan JN Negeri.

Penyampaian cenderahati daripada warga JNN Perlis.
7

Sesi bergambar bersama warga JNN Perlis.
8

3. PROGRAM CAKNA JNN PERLIS

3.1 PENDAHULUAN
Program CAKNA merupakan suatu bentuk kreativiti dan inovasi dalam
melaksana tugas dan tanggungjawab Jemaah Nazir Negeri (JNN) Perlis,
sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 118, Akta Pendidikan 1996.
Program khas ini adalah usaha JNN Perlis memperkasa dan mengupayakan
sekolah yang dipilih untuk mencapai kecemerlangan serta standard kualiti
pendidikan yang tinggi. Secara khususnya program ini bertujuan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan dengan memberi fokus dalam bidang
pengurusan, akademik dan sahsiah murid.

3.2 RASIONAL
Dalam usaha mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mmencapai
kecemerlangan serta standard kualiti Pendidikan yang tinggi, JNN perlu
memperluas operasinya melalui pelbagai pendekatan yang lebih inovatif.
Program ini merupakan satu inovasi yang dipilih dan direncanakan
pelaksanaannya bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.

3.3 OBJEKTIF
Program CAKNA ini mempunyai objektif seperti berikut:
a. Memberi bimbingan dan khidmat runding cara terhadap pelaksanaan
program akademik dan sahsiah murid.
b. Memberi bimbingan dan khidmat runding cara terhadap SKPMg2.

3.4 BATASAN
Pelaksanaan program CAKNA ini akan memberi fokus kepada
kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Khidmat yang diberikan oleh
Nazir Sekolah (NS) dalam program ini, turut memberi penekanan terhadap
penarafan kendiri SKPMg2.

3.5 MODUS OPERANDI
Organisasi CAKNA ini adalah seperti berikut:

a. Pemilihan Sekolah
Sekolah yang terlibat terdiri daripada sekolah rendah (SK, SJKC dan
SJKT) dan menengah mengikut ketetapan.

9

b. Nama Nazir dan Sekolah

Bil Nama Nazir Sekolah

1 Tn Haji Abd Rashid bin Ibrahim SJK Tamil Kangar

2 En Zunkipeli bin Ishak SK Titi Tok Bandar

3 En Nasir bin Johan SK Dato Ahmad Musa

4 En Mohd Fadzil bin Seman Sek Agama Al-Islahiyah (MEN)

5 Pn Hariati binti Khalid SK Oran

6 Pn Zurita binti Md Ramli SK Long Boh

7 Pn Anida binti Kamarudin SMK Raja Puan Muda Tengku

Fauziah

8 Pn Jamilah binti Nordin SK Jelempok

9 Pn Noor Balkis binti Musa SJKC Hwa Aik

c. Pendekatan
Lawatan dan bimbingan di sekolah yang dipilih dilaksanakan secara
individu. Seorang NS akan ditetapkan untuk sebuah sekolah.
Pendekatan yang diamalkan adalah berkonsepkan runding cara.
Berdasarkan konsep ini NS akan meletakkan diri mereka sebagai rakan
kepada sekolah yang dipilih. Pendekatan ini juga memerlukan NS
mewujudkan suasana dan interaksi yang mesra semasa berada di
sekolah.
Nazir sekolah akan berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan
penasihat dalam membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
sekolah. Kepakaran dan pengalaman NS akan dikongsi dengan pihak
sekolah. NS juga akan mengambil sikap menghargai setiap usaha dan
kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Oleh itu, peranan NS adalah
sebagai pemangkin dan pendorong kepada kecemerlangan sekolah. NS
akan melawat sekolah secara berkala dengan kekerapan minimum tiga
kali setahun.

d. Fokus lawatan Nazir Sekolah merangkumi tiga peringkat:
i. Peringkat Pertama
Mendapat maklumat tentang kekuatan dan kelemahan bidang
pengurusan, akademik dan sahsiah murid sekolah. Di antara bidang
yang perlu dikenal pasti adalah seperti pengurusan kurikulum,
panitia mata pelajaran, program peningkatan akademik,
pengurusan pembangunan sahsiah murid, program peningkatan
profesionalisme guru dan SKPMg2.

10

ii. Peringkat Kedua
Merancang strategi untuk membantu sekolah. NS membincangkan
strategi penambahbaikan yang dipersetujui Bersama.

iii. Peringkat Ketiga
Cadangan, nasihat dan bimbingan diberi kepada pihak sekolah
dalam melaksanakan penambahbaikan seperti yang telah
diputuskan Bersama pihak sekolah.

e. Diari Lawatan
Diari lawatan perlu disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh
KNN. Diari hendaklah dicatat setiap kali lawatan dijalankan. Hanya satu
diari disediakan bagi sebuah sekolah.

f. Dapatan Lawatan
Dapatan lawatan akan digabungkan dan akan dibentangkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis pada penghujung tahun.

g. Penutup
Program CAKNA ini diharap menjadi wadah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah murid di sekolah yang dipilih.
Komitmen yang tinggi diperlukan bagi menjayakan Hasrat murni
tersebut. Di samping khidmat profesional, nazir juga akan mendapat
pendedahan dan pengalaman berguna. Program ini juga diharap dapat
menjalin permuafakatan antara JNN dengan warga sekolah.

3.6 GALERI

Program CAKNA di SK Long Boh yang dilaksanakan oleh Pn Zurita bt
Md. Ramli.

11

Program CAKNA di SK Oran yang dilaksanakan oleh Pn Hariati binti
Khalid.

Program CAKNA di SK Titi Tok Bandar yang dilaksanakan oleh En
Zunkipeli binti Ishak.

12

4. PROGRAM TRANSFORMASI JNN PERLIS (PERLIS EDUCATION
REFRAMING LEARNING INTEGRATED SCHOOLS - PERLIS)

4.1 LATAR BELAKANG PROGRAM
Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan
sesebuah negara. Sudah terbukti negara boleh membangun dan maju
dengan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi. Dengan membudayakan hubungan jalinan dan jaringan, sesebuah
organisasi dapat mencernakan idea, amalan dan seterusnya akan
menggalakkan perubahan amalan tersebut ke arah yang lebih baik dalam
konteks kepelbagaian budaya di negara ini. JNN Perlis melalui slogan
PERLIS adalah sebagai perintis untuk negeri melakarkan wawasan
kejayaan sistem pendidikan yang sentiasa memahami prestasi dan cabaran
semasa dengan memberi tumpuan terhadap akses pendidikan,
meningkatkan standard, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan
perpaduan dan mengoptimum kecekapan sistem.
Slogan PERLIS telah menggariskan program reframing yang merangkumi
perubahan penting dalam landskap negeri Perlis bagi memenuhi permintaan
baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta
menyokong Manual Nilai yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Usaha ini bertujuan membina jalur pemikiran masyarakat
khususnya warga sekolah ke arah menaakul dan berfikiran kritis serta
kreatif demi mencapai kemajuan dalam pendidikan. Diharapkan juga impak
daripada perubahan pemikiran yang dinamis serta pemikiran masa hadapan
membawa negeri Perlis menjadi negeri ilmuan dan terkenal di seluruh
negara.

4.2 GALERI

Program Anjakan Pemikiran PGB bersama Sekolah Harumanis Perlis.

13

Program motivasi dan penyampaian sumbangan sarapan pagi dan
penyaman udara kepada SMK Sanglang, Perlis.

Bimbingan dan khidmat runding cara terhadap SKPMg2 kepada JPN
Perlis.

Kerangka Program Perlis Education Reframing Learning Integrated
Schools - PERLIS
14

5. GAJAH SKPMg2

5.1 LATAR BELAKANG PROGRAM
Program GAJAH iaitu bimbingan kepada sekolah untuk mengenali isu atau
masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan menganalogikan
orang buta mengenali seekor gajah yang diadaptasi kepada pentadbir
sekolah untuk membezakan isu atau masalah serta cara penyelesaiaan di
sesebuah sekolah.

Longkang Tersumbat Tandas Tersumbat

Pagar Berlubang PEMANTAUAN Pagar Senget
Siling Pecah Pasu Bunga Pecah

Rumput Panjang

5.2 GALERI

Bengkel GAJAH SKPMg2 bersama Lembaga Maktab Mahmud Alor Setar
15

Taklimat GAJAH SKPMg2 bersama PGB Negeri Perlis

Perkongsian GAJAH SKPMg2 bersama JNN dan JNC Sabah serta JNN
Pahang

16

6. KEWAJAHAN JNN PERLIS

6.1 Kewajahan JNN Perlis dapat digambarkan menerusi info grafik di
bawah.

MINDA
KELAS
PERTAMA

KELAB SKPMg2
SUKAN
AMALAN
DAN TERBAIK:
KEBAJIKAN PENERIMAAN
JNN PERLIS
GURU
EKSA TERHADAP
DIGITAL
NAZIR
KAD
UCAPAN PEMBERIAN
TERBUKA SIJIL

PEMERIKSAAN

WACANA

17

JPN PERLIS

Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Sekolah dan SISC+

Sektor Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Swasta dan

Pendidikan Khas
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

SKPMg2

KEPIMPINAN KEPIMPINAN
SEK/PGB SMKA/SABK

SKPK Standard 1
SKPMg2 SKPMg2

18

6.2 Antara aktiviti Kewajahan JNN Perlis yang telah dilaksanakan adalah
seperti berikut:

SKPMg2

SEMARAK KEPIMPINAN • 6 buah SR
SEKOLAH • 4 buah SM
• 2 buah SJKC
14 sekolah di Perlis • 2 buah SABK

PERKONGSIAN SKPMg2 • Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
• Lembaga Maktab Mahmud
• IPG Kampus Perlis (Siswa Guru)
• Sekolah Agama Rakyat Al Furqan Jejawi,

Perlis

PERKASA SKPMg2 • SMK Syed Alwi

SEKOLAH-SEKOLAH RAJA • SM Sains Tuanku Syed Putra

DI NEGERI PERLIS • SMK Raja (P) Muda Tengku Fauziah

KLINIK SKPMg2 • pihak sekolah datang ke pejabat JNN Perlis

IZHAR SKPMg2 • bengkel SKPMg2 di sekolah

19

6.3 Impak penerimaan guru di negeri Perlis menerusi Program
Kewajahan JNN Perlis yang telah dilaksanakan.

IMPAK :

Kehadiran guru ke JNN Perlis
meningkat dengan purata 50
guru setahun berbanding
sebelum ini dalam tempoh 3
tahun hanya 80 guru.

20

6.4 Antara pendekatan yang digunakan oleh JNN Perlis dalam Program
Kewajahan ini adalah:

a. Pemberian sijil pemeriksaan sebagai pengesahan sekolah itu telah diperiksa.

Pemeriksaan Pemeriksaan
Hari Pertama Penarafan
Persekolahan
Pelaksanaan
PHPP DLP Kohort 1

Pemeriksaan Pemeriksaan Pemeriksaan
Penarafan Penarafan Penarafan
Pengurusan Pengurusan PdP KSSR
dan KSSM
Kokurikulum Kokurikulum
Sekolah Tingkatan 6

Pemeriksaan Pemeriksaan
Penyerapan Ilmu Aktiviti Sokongan
PKJR dalam MP
Bahasa Melayu di Profesional
Sekolah Rendah Pelaksanaan
Dasar/Program
oleh PPD kepada

Sekolah

b. Pemberian kad ucapan terbuka kepada semua JN secara digital dan semua
sekolah di negeri Perlis ketika:
i. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
ii. Sambutan Hari Guru.
iii. Sambutan Tahun Baru.

21

6.5 Wacana Kewajahan JNN Perlis.

a. Jalinan profesional.
i. JNN Kelantan - Penandarasan EKSA DIGITAL.
ii. JNN Pulau Pinang - Penandarasan "Pengurusan Fail" dan Bengkel
FILMORA.
iii. JNN Kedah - Penataran Penilaian GCPC, Bengkel Penataran
Panduan Penulisan Laporan dan Moderasi Standard 4 SKPMg2 dan
Bengkel Penulisan Laporan Siasatan Aduan Zon Utara Tahun 2020.
iv. JNN Terengganu - Penandarasan EKSA DIGITAL.
v. JNN WP Kuala Lumpur - Penandarasan EKSA DIGITAL.
vi. JNC Kulim - Penandarasan "Pelupusan Aset".

b. Mendekati agensi luar.
i. Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Padang Besar.
ii. Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Kuala Perlis.
iii. Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kayang.
iv. Pusat penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Padang Besar.
v. BSTP Perlis.
vi. BSTP Kepala Batas, Pulau Pinang.

vii. Rumah Tetamu JPN Perlis.
viii. Muzium Kota Kayang.
ix. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

c. Penandarasan PdP Cemerlang selain Negeri Perlis.

6.6 EKSA Digital JNN Perlis telah diimplementasikan menerusi:
a. QR Code.
b. My Sejahtera.
c. Papan Info Digital.

6.7 JNN Perlis juga telah menubuhkan Kelab Sukan dan Kebajikan JNN
Perlis yang telah berfungsi untuk:
a. Mengemaskini Papan Pegawai Cemerlang.
b. Mengadakan sambutan hari lahir untuk semua pegawai dan AKP.
c. Membuat sambutan Hari Keluarga.
d. Menyusun atur bilik pegawai dan ruang kerja AKP.

22

Meraikan sambutan hari lahir untuk semua pegawai dan AKP.
23

6.8 Brosur atau risalah Kewajahan JNN Perlis
24

25

26

27

7. STRATEGI EMPATI JNN PERLIS DALAM MEMBELI JIWA GURU

7.1 Latar Belakang
a. Maksud Strategi
Pendekatan tertentu yang diambil oleh nazir dapat menyelami dan
mengubah persepsi atau tanggapan guru terhadap nazir.

b. Maksud Empati
Keupayaan nazir untuk berkongsi dan memahami perasaan warga
pendidik agar dapat mengamalkan pendekatan yang berkesan dalam
membimbing guru.

c. Membeli Jiwa Guru
Menasihati dan membimbing dengan sentuhan kasih sayang yang
meliputi kesantunan dan menghargai guru.

7.2 Objektif
Strategi ini dilaksanakan untuk:
a. Meningkatkan penerimaan guru terhadap Jemaah Nazir semasa
melaksanakan penaziran.
b. Meningkatkan profesionalisme ke arah melahirkan nazir yang berwibawa.

7.3 Metodologi
Metodologi yang digunakan oleh JNN Perlis ialah temu bual. Temu bual
tersebut dijalankan terhadap warga sekolah yang terdiri daripada:-

a. Sekolah rendah – 94 orang guru yang terdiri daripada 21 orang guru
lelaki dan 73 orang guru perempuan.

b. Sekolah menengah – 96 orang guru yang terdiri daripada 27 orang guru
lelaki dan 69 orang guru perempuan.

Dari tahun 2016 hingga sekarang sejak Tuan Haji Abd Rashid bin Ibrahim
berkhidmat di JNN Perlis sebagai Ketua Nazir Negeri (KNN), hasil temu bual
itu mendapati 98 peratus guru menyatakan terdapat perbezaan yang nyata
di antara nazir dahulu berbanding nazir sekarang. Antara perbezaannya ialah
pendekatan yang diambil oleh nazir sekarang lebih kepada membimbing dan
menasihati berbanding nazir dahulu yang lebih cenderung kepada
pemeriksaan dan memastikan penjaminan kualiti.
Pendekatan yang digunakan oleh JNN Perlis mendapat kepercayaan bukan
sahaja berdasarkan tingkah laku nazir secara individu tetapi juga hubungan
JNN Perlis sendiri dengan pihak sekolah. Tugas nazir paling bermakna apabila
wujudnya hubungan baik demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

28

Hal ini bukanlah perkara yang asing tetapi pendekatan yang dilakukan
sememangnya terkandung dalam Prinsip-prinsip Etika Penaziran yang
sentiasa dihayati dan diamalkan oleh JNN Perlis dan diterjemahkan semasa
berurusan dengan pihak sekolah.
Secara tidak langsung, pihak sekolah khususnya para guru merasa selesa
dan sanggup berkongsi serta berupaya melontar idea dalam meningkatkan
kualiti pendidikan di negeri Perlis. Di samping itu, nazir JNN Perlis sentiasa
bersedia menerima pandangan atau pendapat para guru dan menjadi
pendengar yang baik serta tidak lokek memberi pujian atau pengiktirafan
kepada warga pendidik.
Impak daripada hubungan baik yang terjalin membolehkan nazir dapat
membeli jiwa guru dengan beberapa pendekatan tertentu.

7.4 Strategi Empati
Strategi empati yang digunakan oleh JNN Perlis dalam membeli jiwa guru
ialah:
a. Pemberian sijil dan kad.
i. Pemberian sijil pengesahan pemeriksaan.
ii. Pemberian sijil penghargaan PGB dedikasi.
iii. Kad ucapan guru dedikasi.
iv. Kad ucapan murid dedikasi.
v. Kad ucapan hari guru.

Pemberian sijil penghargaan Pemberian sijil penghargaan
kepada pengetua SMK Agama kepada guru besar SK Bukit

Perempuan. Keteri.

29

Pemberian sijil penghargaan Pemberian sijil penghargaan
kepada guru besar SK IPGM. kepada guru besar SJK (C)

Kong Aik.

Pemberian sijil penghargaan Pemberian sijil penghargaan
kepada pengetua SMK Syed kepada guru besar SK Kuala

Hassan. Perlis.

30

b. Ziarah cakna.
i. Ziarah cakna guru bersara.
ii. Ziarah cakna guru sakit.
iii. Ziarah cakna guru meninggal.
iv. Klinik bimbingan SKPMg2.

Ziarah cakna pengetua SMK Ziarah cakna guru besar SK Oran
Sanglang bersara. bersara.

Ziarah cakna ahli keluarga meninggal.

Klinik bimbingan SKPMg2.
31

c. Penampilan nazir.
i. Dari segi pakaian.
ii. Dari segi komunikasi.
iii. Dari segi tingkah laku.

Penampilan nazir JNN Perlis dalam membeli jiwa guru.

32

7.5 Kajian Kepuasan Pelanggan
Mulai tahun 2021 JNN Perlis telah membuat maklum balas kepuasan
pelanggan menggunakan borang soal selidik Google Form. Pengguna boleh
mengimbas melalui QR Code yang telah disediakan.

QR Code

JN PERLIS

Mendapatkan maklum balas pelanggan menggunakan QR Code.
7.6 Membina Hubungan Baik (Rapport)

JNN Perlis sedaya upaya membina hubungan baik dengan institusi di negeri
Perlis dengan cara:
a. Menerangkan fungsi Jemaah Nazir.
b. Menerangkan kedudukan Jemaah Nazir.

33

7.7 Impak Program
Impak strategi empati JNN Perlis yang telah dikenalpasti ialah:
a. 98% guru berpendapat Nazir Perlis sentiasa memberi nasihat dan
bimbingan.
b. Penerimaan guru terhadap Jemaah Nazir Perlis dalam memberi khidmat
nasihat semakin meningkat.
c. Melahirkan nazir yang berwibawa dalam membeli jiwa guru.

34


Click to View FlipBook Version