Buku cerita bergambar ini menceritakan tentang Si Kecil iaitu kuih semperit yang kecil hidup gembira bersama kuih semperit yang lain. Namun, dia kesunyian setelah kehilangan rakan-rakannya. Si Bulan dan Si Muruku cuba berkawan dengannya, tetapi Si Kecil ragu-ragu. Bolehkah kuih yang berbeza rupa menjadi kawan? Adakah Si Kecil akan bersendirian selama-lamanya? Mari ikuti kisah ini untuk mengetahui kesudahannya.