Cerita Kanak-kanak: mSeelmambaact a!
Azim Pemuda yang
Tamak
1) Aaina Nur Nazihah binti Ismail
2) Nabilah binti Mohamad Rosli
3) Nureen Batrisyia binti Mohammad
4) Nur Wardina binti Zahari
5) Sarah Nabilah binti Mohd Mazni
6) Siti Nuratirah binti Abu Samah
Semua nama dan watak dalam
cerita ini adalah rekaan semata-
mata. Tiada sebarang kaitan
dengan yang hidup ataupun yang
telah meninggal dunia. Peristiwa
dan tempat kejadian juga adalah
rekaan semata-mata.
Di sebuah kampung yang diberi nama Kampung
Indah, tinggal seorang pemuda yang bernama Azim.
Azim merupakan seorang pemuda yang kurus dan
tinggi lampai. Dia berjiran dengan seorang remaja
yang sangat baik hati bernama Ikmal.
Keesokan harinya, Ikmal mengajak Azim untuk
berkunjung ke majlis kenduri yang diadakan di
rumah saudaranya. Lalu, mereka berdua berjalan
bersama-sama ke kampung sebelah untuk
menghadiri majlis tersebut.
Semasa dalam perjalanan ke sana, mereka terjumpa
Nabil, Amzar dan Hakimi yang hendak ke jamuan
makan di Kampung Baru. Azim menjadi tamak dan
hendak makan di kedua-dua jamuan itu lalu
menyuruh Ikmal pergi ke kenduri saudaranya
terlebih dahulu.
Azim mundar-mandir di persimpangan kerana tidak
tahu hendak ke mana terlebih dahulu. Azim berasa
lapar. Akhirnya , Azim mengambil keputusan untuk
mengikut Nabil, Amzar dan Hakimi ke jamuan di
Kampung Baru.
Tetapi malang bagi Azim kerana mereka secara
tiba-tiba berlari meninggalkannya dengan pantas.
Sebaik sahaja tiba di rumah jamuan di
Kampung Baru itu, Azim diberitahu bahawa
makanan telah habis.
Dengan rasa kecewa, Azim pun berkata, " Tidak
mengapalah jika begitu. Saya hendak pergi ke majlis
kenduri saudara kepada Ikmal pula. Mungkin
makanan di situ masih ada."
Setelah jauh berjalan, akhirnya Azim tiba di rumah
saudara Ikmal itu. Malangnya, Ikmal
memberitahunya bahawa makanan di majlis kenduri
itu juga sudah habis.
Dengan perasaan hampa, Azim pun berkata, "baiklah
jika begitu, saya pulang dahulu." Dia berasa sangat
hampa dan menyesal kerana telah bersikap tamak
dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana nasi
sudah menjadi bubur. Dia berazam agar tidak
mengulangi kesalahan tersebut lagi pada masa akan
datang.
KATA ADJEKTIF
1. Kurus ( ukuran)
2.Tinggi (ukuran)
3.Tamak (keadaan)
4.Lapar (keadaan)
5.Pantas (cara)
6. Kecewa (perasaan)
7. Hampa (perasaan)
KATA TUGAS
1. Untuk ( kata hubung) 10. Kerana ( kata hubung)
2. Dan ( kata hubung) 11. Dengan (kata sendi nama)
3. Lalu (kata hubung) 12.Pada ( kata sendi nama)
4. Sangat (kata penguat) 13. Kepada (kata sendi nama)
5. Tidak (kata nafi)
6.Hendak (kata bantu)
7.Telah ( kata bantu)
8.Di (kata sendi nama)
9.Ke (kata sendi nama)
SEKIAN TERIMA KASIH