The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Persaraan Pn Mahsuri Omar 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38410121, 2021-05-20 19:34:11

Buku Program Majlis Persaraan Pn Mahsuri Omar 2021

Buku Program Majlis Persaraan Pn Mahsuri Omar 2021

 Guru merupakan seorang insan yang sangat
berjasa kepada semua. Segala penat lelah
dalam mendidik adalah bagi memastikan
generasi akan datang berjaya dalam
kehidupan.

 Guru ibarat sebuah lilin yang menyinari
kehidupan anak didiknya. Namanya akan
sentiasa terpahat di sanubari semua murid
meskipun telah bersara.

 Memupuk nilai menghargai jasa pendidik
dalam kalangan semua golongan terutamanya
murid.

 Melahirkan kerjasama dan memupuk
hubungan yang erat dalam kalangan para
pendidik.

 Memberi sebuah memori yang indah untuk
dikenang oleh guru.

Pengerusi : Pn Hjh siti Nora bt Ali (Pengetua)

Tim. Pengerusi : Pn Mahsuri bt Omar ( PK HEM)

Naib Pengerusi : Pn Hanizah bt Osman (PK Pentadbiran)

En Ahmad Farazilla b Abdul Ghani (PK KOKU)

Pn Mazlina bt Abdul Rahman

Setiausaha : Pn Sukarna bt Hamzah

Penolong S/U : Pn Zulekha bt Ismail

Unit Disiplin Unit Kesihatan
Pn Nora Hashikin Hamidon Pn Rohani Baharom

Unit 3K Unit PPDA
Pn Ruzian Abadi Ma’amun Pn Harithah Karim

Unit Kaunseling Unit SPBT
Pn Rosmalinda Mustafa Cik Norhidayu
Unit Surau
Unit Kantin Pn Masliny Andak
Pn Tg Zubaidah Tg Yahya
Unit Kebersihan
Unit kebajikan Pn Haryati Mohd Noh
Pn Maizatul Uzzma Ta’zim Penyelaras Tingkatan
Cik Mazlinda Mohd Fadzil
Unit Bencana En Hazwan Mohamed Nor
Pn Fasihah Hassan En Shahril Azmil Hashim

Pn Suzila Husin

 Dilahirkan pada 23 Mei 1961
 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah

Kapar, Klang.
 Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana

Muda di UKM dalam bidang Antropologi dan
Sosiologi.
 Menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan
iaitu KPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah)
dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusateraan
Melayu.

 Memulakan perkhidmatan dalam bidang
pendidikan pada tahun 1990 di SMK Perempuan
Kapar sehingga 1992.

 Pada tahun 1993 - 2012 , beliau meneruskan
amanah sebagai pendidik di SMK Perempuan Pudu.

 Berpindah ke SMK Bukit Bandaraya pada tahun
2013 - 2016 dan dilantik sebagai Penolong kanan
Kokurikulum

 Menamatkan perkhidmatan di SMK Taman Tun Dr
Ismail pada 2019 - Kini sebagai Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid

 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
JPWPKL tahun 1998

 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
JPWPKL tahun 2010

 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
sebagai Penyelia Kawasan Pusat
Mengundi tahun 2018

Rindu noltagia disini berlabuh,
Setia budi Semarak kasih,
Untukmu insan terpilih,
Pergimu bukan tersisih.

Selamat Tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal Sebuah tempat bernama

SEKOLAH

10.00 pagi : Ucapan Aluan
Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua

Tayangan montaj
Ucapan Pn Mahsuri
Penyampaian Hadiah
Sesi bergambar
Majlis bersurai





Tiba jua di persimpangan ini,
Barulah kita tahu besarnya erti budi,

Makna jalinan kasih yang abadi,
Semarak mesra yang meresap dalam manis bicara,
Dan nilai setia semua yang ada, Mengadun citra seanggun permata,

Terukir dalam jiwa bahagia.

Setia di sini untuk melengkapi waktu,
Menenun harapan dengan iltizam dan restu,

Tanpa curiga menusuk rasa,
Lantaran di sini semua saudara,
Penghibur duka pemulih lara,

Budi segunung tercurah dalam rencana,
Bakal mengerdip sinar kemilau arca kencana,

Terhias di dinding minda,
Memarak asas wacana,
Meruap bangga memangkin kesima,
Melarik teladan ikutan bermakna.

Semarak rindu kami nanti,
Mengenang detik manis yang semakin sepi,

Hilang bicara mesra,
Lupus kiranya gurau senda,
Jarak dan ruang pasti semakin dirasa,
Justeru langkah dan arah kian berbeza.

Kasih ini tetap kukuh,
Terpahat dalam ingatan yang teguh,
Terbit dari ikatan ukhuwah yang ampuh,

Rindu nostalgia di sini berlabuh.
Setia budi semarak kasih, Untukmu insan terpilih,
Pergimu bukan tersisih, Budimu tuan di hati membenih

Setia budi semarak kasih

Sekalung Penghargaan dan Terima
Kasih kepada

Semua Pihak yang Terlibat dalam
Menjayakan

Majlis Persaraan Pn Mahsuri bt Omar .


Click to View FlipBook Version