The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izatijoned, 2021-09-13 15:22:25

DAMIA IFFAH RAFHANAH

ToKoH DaMia 2

Keywords: TUNKU ABDUL RAHMAN

DAMIA IFFAH RAFHANAH BINTI MOHD YUSOF
SK FELDA TENGGAROH 4

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai
kemerdekaan negara amat penting. Beliau bertanggungjawab dalam
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada
tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang
kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki
membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui
perundingan tanpa menumpahkan setitis darah pun. Kewibawaan Tunku
berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah
memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi
kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957.
Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah
mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan
tersohor.

Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah
mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan
Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Nama : Damia Iffah Rafhanah Binti Mohd Yusof
Tarikh Lahir : 01 September 2011
Umur : 10 Tahun

Nama Sekolah: SK Tenggaroh 4
Kelas: 4 Ibnu Majjah

Hobi : Melukis
Cita-cita : Guru
Slogan Hidup : Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

Nama : Gelaran :
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Putra Al-Haj ibni dan Bapa Malaysia
Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah Jawatan :
Perdana Menteri
Tarikh Lahir : Malaysia Yang
8 Februari 1903
Pertama
Tempat Lahir :
Kedah

Sejarah Pendidikan :
Maktab Sultan Abdul Hamid Alor

Setar (1911)
Penang Free School, Penang (1916)

Cambridge University (1924)

Inner Temple, London (1926)

Penolong Pegawai Daerah
Pegawai Daerah

Timbalan Pengarah Pertahanan Awam

Penyelia Pelajaran
Timbalan Pendakwa Raya

Presiden Session Court
Dipertua UMNO

Perdana Menteri Malaysia Pertama

Usaha Tunku dalam mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak
penjajah sehingga di gelar “Bapa
Kemerdekaan/Bapa Malaysia

Sikap baik hati dan mudah disenangi
Tuanku membuatkan Tuanku sangat popular
sehingga dilabel sebagai “Man of Peace”

Menang dalam keamanan – membolehkan
negara memperoleh kemerdekaan tanpa
sebarang pertumpahan darah

Nama Tunku megah terukir dalam lipatan
sejarah. Jasanya sungguh besar sehingga
Malaysia menjadi negara merdeka.

Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj sebanyak 7 kali pada tanggal 31
Ogos 1957 di Stadium Merdeka pasti tidak

dapat dilupakan dalam lipatan sejarah
Malaysia. Laungan keramat itu menjadi tanda

perjuangan negara dalam menuntut
kemerdekaan setelah dijajah hampir 446
tahun oleh kuasa asing(Portugis, Belanda, dan
juga British). Itulah menjadi tanda bahawa

Malaysia sebuah negara merdeka yang
berdaulat.

Tunku mendapatkan sokongan semua Tunku mengilhamkan banyak
pembaharuan dan
pemimpin kaum bukan Melayu dan
mengundang mereka bersatu, menyertai memperkenalkan pelbagai
rombongan rundingan kemerdekaan ke aktiviti yang menjulang nama
London. Tunku berjaya menyatupadukan
penduduk Tanah Melayu dan menyediakan Malaysia di persada
asas kepada keharmonian negara. Perpaduan antarabangsa khususnya
negara-negara Islam.
inilah yang menjadi asas dalam
membebaskan Tanah Melayu daripada

cengkaman penjajah dan menjadi tunjang
persetujuan British untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kolej Tunku Abdul Rahman
Yayasan Tunku Abdul Rahman

Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Jalan Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Park

Berjaya mencapai kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah.

Membentuk Gagasan Malaysia dengan
tujuan untuk menjamin kekukuhan
politik, keselamatan, ekonomi dan sosial
semua negara yang terlibat

Menjalinkan hubungan baik dengan negara
jiran dengan mencadangkan penubuhan
ASA dan MAPHILINDO.

Sumbangan politik Tunku yang amat besar
ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Tunku juga mementingkan hubungan
antarabangsa. Malaysia bergerak aktif
dalam badan-badan antarabangsa seperti
PBB dan Komanwel

Tunku Abdul Rahman merupakan seorang
pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. Beliau
mempunyai pandangan jauh untuk membawa
Malaysia ke arah kemajuan dan kegemilangan.
Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang
pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat
mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah
meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
Namun, sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa
Kemerdekaan' dan .Bapa Malaysia tetap

dikenang oleh setiap rakyat
Malaysia.

Marini Azahari. (2020). Kenali Pemimpin Negara Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

https://en.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

https://www.britannica.com/biography/Tunku-Abdul-
Rahman-Putra-Alhaj
Arkib Negara


Click to View FlipBook Version