The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sangkrivellu, 2023-03-31 12:15:43

gppp topic 1

gppp topic 1

GPPP1092 TOPIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN MINGGU 1: • DEFINISI DAN KONSEP • MATLAMAT PENDIDIKAN


DEFINISI PENDIDIKAN • Education – Educere (membimbing/ melatih) • Educare (melatih/ mengasuh) • Socrates (469-399SM): Pendidikan melatih rakyat berakhlak mulia lebih penting dari pemerolehan ilmu • Plato (427-347SM): Pendidikan satu proses membentuk individu berakhlak mulia, membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara •Aristotle (384-322SM): Pendidikan memberikan peluang setiap warganegara mencapai kebahagiaan hidup.Melatih warganegara peraturan dan tingkahlaku yang baik dan cekap dalam pentadbiran dan berupaya mempertahankan negara


DEFINISI PENDIDIKAN •“aktiviti persekolahan” (aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan) •“aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia..” •Menyediakan individu menghadapi cabaran hidup dan dapat memainkan peranan yang positif dalam masyarakat •Pendidikan menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa


KONSEP PENDIDIKAN Pendidikan boleh ditakrif sebagai : (1)Pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal di mana kanak-kanak pergi ke sekolah untuk memperolehi pengetahuan. Ia menjadi formal kerana pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif


KONSEP PENDIDIKAN (2)Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan di mana kanak-kanak berkembang secara fizikal, mental, sosial dan emosi sepanjang hayat


KONSEP PENDIDIKAN (3)Pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Ia merupakan satu proses sepanjang hidup iaitu setiap individu diberi peluang untuk belajar sepanjang hayat. Dengan pendidikan sebegini, setiap individu berharap dapat menambahbaik diri, dapat mengemuka dan mempersoalkan isu-isu serta peka terhadap alam sekitarnya


MATLAMAT PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MEMANUSIAKAN PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


MATLAMAT PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara *BACA DAN FAHAMKAN


MATLAMAT PENDIDIKAN FIKIRKAN SEBUTKAN MATLAMAT PENDIDIKAN YANG DINYATAKAN SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG YANG TERKANDUNG DI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


MATLAMAT PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin” *BACA DAN FAHAMKAN


MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan Guru perlulah professional tentang karier mereka Melahirkan guru yang berkualiti dari segi sosial * SILA TAMBAH


AKTIVITI TUTORIAL (1 JAM) BINCANG DAN FIKIRKAN : 1) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEMANUSIAKAN PENDIDIKAN? 2) APAKAH MATLAMAT PENDIDIKAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KONSEP MEMANUSIAKAN PENDIDIKAN. 3) HANTAR TUGASAN TUTORIAL DALAM BENTUK POWERPOINT. HANYA DUA (2) SLAID POWERPOINT SAHAJA YANG DITERIMA. SLAID PERTAMA UNTUK MENJAWAB SOALAN 1 DAN SLAID KEDUA UNTUK JAWAPAN SOALAN 2.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version