PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
PGA 101 (PELAJAR DAN
KEPERLUAN
PEMBELAJARAN)
KUMPULAN 8
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
OLEH
NUR'AIN SYAFIQA BT ROSDI (156329)
NUR FATINI NAJWA BT MOHD NASSER (150350)
NURUL JAMILAH BT ADIZIANAN (157448)
KEPADA
ASSOCIATE PROFESSOR
DR. MELISSA NG LEE YEN ABDULLAH
PELAJAR ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2021/2022
i
PENGENALAN
E-BOOK INI ADALAH SEBUAH BUKU
YANG MENERANGKAN TOPIK
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
YANG TURUT MERANGKUMI
BEBERAPA SUBTOPIK PENTING.
SELAIN ITU, E-BOOK INI DITULIS
DALAM BAHASA MELAYU BAGI
MEMUDAHKAN PARA PELAJAR
MEMANAMINYA DENGAN LEBIH
MENDALAM DAN TURUT
MEMUDAHKAN PEMBACA KERANA
MUDAH DIBAWA DAN DIBACA DI
MANA-MANA SAHAJA.
ii
ISI KANDUNGAN
iii
DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA
Berikut merupakan angka perbandingan antara penduduk warganegara
mengikut kumpulan etnik pada suku tahun pertama 2020 dengan suku
tahun pertama 2021:
Penduduk Bumiputera
2021: 20.9 Juta (69.7%)
2020: 69.6%
Kaum Cina
2021: 6.7 Juta (22.5%)
2020: 22.6%
Kaum India
2021: 2.0 Juta (6.8%)
2020: 6.8%
Lain-lain
2021: 0.3 Juta (1.0%)
2020: 1.0%
1
INFO TAMBAHAN
2
DEFINISI BUDAYA
Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban,
atau kemajuan (akal budi).
Menurut sudut pandang Barat (Linton)
Budaya - Keseluruhan dari sikap dan pola perilaku serta
pengetahuan yang merupakan suatu kebiasaan yang
diwariskan dan dimiliki oleh suatu anggota masyarakat
tertentu.
Menurut sudut pandang Agama Islam (Effat al-
Syarqawi)
Budaya - Khazanah sejarah sekelompok masyarakat yang
tercermin di dalam kesaksian dan berbagai nilai yang
menggariskan bahawa suatu kehidupan harus mempunyai
makna dan tujuan rohaniah.
3
BUDAYA UNIVERSAL
SUKAN
DANDANAN TUBUH
KALENDAR
MASAKAN
TARIAN
SENI DEKORATIF
KEKELUARGAAN
PEMAKANAN
UPACARA PENGKEBUMIAN
PERMAINAN
GERAK ISYARAT
GAYA RAMBUT
KEDIAMAN
BAHASA
UNDANG-UNDANG
PERKAHWINAN
PERUBATAN
MUZIK
METOS
NAMA PERIBADI
AGAMA
BATASAN SEKSUAL
PEMBEDAHAN
ALAT PERTUKANGAN
4
SIFAT-SIFAT SESEBUAH BUDAYA
BUDAYA ITU DIKONGSI
BUDAYA ITU ADALAH
SIMBOLIK
BUDAYA ITU
DIPELAJARI
BUDAYA ITU DIAMBIL
DAN DITERIMA
BUDAYA ITU BERBEZA
MENGIKUT
MASA & TEMPAT
5
BUDAYA ITU DIKONGSI
Di Malaysia, setiap kaum ada pelbagai budaya
masing-masing. Budaya yang menarik akan
ditonjolkan oleh mereka dan dikongsi. Sebagai
contoh, dari segi aspek makanan seperti roti
canai, nasi lemak, kuih-muih dan makanan-
makanan tradisional lain dikongsi bersama
kerana masyarakat menggemarinya.
6
BUDAYA ITU ADALAH SIMBOLIK
Simbolik bermaksud lambang. Ia
merupakan suatu budaya yang digunakan
untuk mengenal pasti sesama budaya.
Sebagai contoh, Simbol keris amat
sinonim dengan budaya melayu. Keris
mempunyai keistimewaan tersendiri
dalam kalangan masyarakat melayu
berbanding dengan senjata tajam yang
lain. Oleh itu, wujud simbol atau lambang
ini untuk menyampaikan makna.
7
BUDAYA ITU DIPELAJARI
Budaya tidak diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi secara genetik.
Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam
sesuatu masyarakat apabila mereka
saling berinteraksi dengan persekitaran
sosial mereka. Contohnya apabila
seseorang itu hendak berkahwin, dengan
sendirinya dia akan berusaha mengambil
tahu tentang adat budaya perkahwinan
dalam masyarakatnya. Ilmu itu tidak sedia
ada pada dirinya melainkan mestilah
dipelajari.
8
BUDAYA ITU
DIAMBIL DAN DITERIMA
Budaya yang baik akan diambil dan
diterima manakala budaya yang
tidak baik akan dihindari atau
ditentang. Sebagai contoh, budaya
membuang sampah ke dalam tong
sampah merupakan satu budaya
positif yang patut diambil dan
diterima oleh semua golongan
masyarakat untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.
9
BUDAYA ITU BERBEZA MENGIKUT
MASA DAN TEMPATI
Budaya berubah dari semasa ke semasa,
sedikit atau banyak, cepat atau lambat.
Perubahan budaya berlaku melalui
proses inovasi atau difusi. Inovasi ialah
idea-idea baru yang boleh digunakan
untuk memajukan sesebuah masyarakat
seperti kemajuan komputer dan media
telah merubah budaya hidup dan budaya
sosial kita. Penciptaan dapur gas
membuatkan makanan lebih cepat
disediakan berbanding dapur kayu,
10
ELEMEN-ELEMEN
BUDAYA
1. BAHASA 2. NORMA
BAHASA IALAH SISTEM NORMA IALAH
LAMBANG BUNYI SUARA PERATURAN ATAU
YANG DIPAKAI KETENTUAN YANG
SEBAGAI ALAT TELAH MENJADI
PERHUBUNGAN DALAM KEBIASAAN YANG
LINGKUNGAN SATU DIJANGKA AKAN
KELOMPOK MANUSIA DIPATUHI OLEH
(ANTARA SEORANG SETIAP ANGGOTA
INDIVIDU DENGAN MASYARAKAT DAN
INDIVIDU YANG LAIN SEBAGAINYA.
DAN SEBAGAINYA)
4. NILAI-NILAI
3. KEPERCAYAAN
NILAI BERMAKSUD SIFAT
KEYAKINAN ATAU AKUAN KETINGGIAN (PEMIKIRAN,
AKAN BENARNYA AGAMA,
(ADANYA, BERLAKUNYA, KEMASYARAKATAN, DAN
DAN LAIN-LAIN) LAIN-LAIN).
SESUATU, IMAN, APA YANG MANUSIA
IKTIKAD). PANDANG IA BERHARGA
CONTOHNYA,MASIH ATAU KEHORMAT,
TERDAPAT SESETENGAH KEMUDIAN DIJADIKAN
MASYARAKAT DI PEDOMAN, ITULAH YANG
MALAYSIA YANG DISEBUT SEBAGAI NILAI
MEMPERCAYAI BOMOH.
11
ASPEK
KEPELBAGAIAN BUDAYA
1.BUDAYA DOMINAN
2.SUB BUDAYA
3.BUDAYA MENENTANG
4.KEJUTAN BUDAYA
5. ETNOSENTRIK
12
BUDAYA DOMINAN
BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH
KUMPULAN YANG PALING
BERKUASA DI DALAM SESEBUAH
MASYARAKAT.
MENERIMA SOKONGAN DARIPADA
INSTITUSI SOSIAL UTAMA DAN
MENJADI KEPERCAYAAN UTAMA
DALAM MASYARAKAT.
MEMILIKI DARJAH KEKUASAAN
YANG TIDAK BOLEH DIKONGSI
OLEH BUDAYA LAIN.
MENJADI TANDA ARAS BAGI
PERTIMBANGAN TERHADAP
BUDAYA LAIN.
13
SUB BUDAYA
BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH
KUMPULAN INI BERBEZA DARI SEGI NILAI
DAN NORMA DARIPADA BUDAYA DOMINAN.
WUJUD DISEBABKAN KUMPULAN INI HIDUP
DALAM KEADAAN YANG BERBEZA ATAU
MEMBAWA BENTUK BUDAYA YANG LAIN
DALAM MASYARAKAT.
BIASANYA BERKONGSI SESETENGAH ELEMAN
DENGAN BUDAYA DOMINAN DALAM MASA
YANG SAMA MENGAMALKAN TINGKAH LAKU
YANG BERBEZA DAN UNIK MEREKA SENDIRI.
KEWUJUDAN BANYAK SUBBUDAYA INI
MENUNJUKKAN CIRI BAGI SEBUAH
MASYARAKAT YANG KOMPLEKS.
UMUMNYA, SUBBUDAYA BERASASKAN
UMUR, DAERAH, ETNIK, PEKERJAAN DAN
KEPERCAYAAN.
14
BUDAYA MENENTANG
BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH
KUMPULAN INI DILIHAT NYATA
MENENTANG DAN MENOLAK NILAI
DAN NORMADARIPADABUDAYA
DOMINAN.
IA MERUPAKAN SALAH SATU
SUBBUDAYA,TETAPI PERTENTANGAN
NILAI DAN NORMA DENGAN BUDAYA
DOMINAN BEGITU KETARA.
SESETENGAH BUDAYA MENENTANG
SECARA LANGSUNG MENCABAR
SISTEM POLITIK DOMINAN.
CONTOH: BUDAYA HIPPIES,
SKINHEAD, REMPIT, BOHSIA,
KUMPULAN MILITAN DAN LAIN-LAIN.
15
KEJUTAN BUDAYA
KEADAAN SESEORANG YANG BERADA DI
DALAM BUDAYA YANG ASING BAGINYADAN
SESEORANG ITU AKAN BERASA BINGUNG,
RAGU-RAGU, TAKUT, GANJIL DAN SEOLAH-
OLAH BERADA DI TEMPAT ASING.
APABILA BUDAYA ASING INI DIAMALKAN DI
ALAM MASYARAKAT MENYEBABKAN
GANGGUAN DAN KEJUTAN KERANA IA TIDAK
MENGIKUT NILAI DAN NORMA MASYARAKAT
SETEMPAT.
ADAT KEBIASAAN YANG DILIHAT GANJIL
BAGI SESETENGAH BUDAYA MERUPAKAN
PERKARA BIASA BAGI YANG BUDAYA YANG
MENGAMALKANNYA.
KONFLIK EKORAN KEJUTAN BUDAYA INI
TIDAK HANYA BERLAKU ANTARA
MASYARAKAT MODEN DENGAN
TRADISIONALTETAPI JUGA BERLAKU ANTARA
JANTINA, KAMPUNG DAN BANDAR, USIA DAN
LAIN-LAIN
16
ETNOSENTRIK
ETNOSENTRIK IALAH ORANG YANG
MENGUKUR ATAU MENILAI BUDAYA
ORANG LAIN BERDASARKAN STANDARD
ATAU SPESIFIKASI BUDAYA YANG
DIAMALKANNYA.
SESEORANG ITU CENDERUNG
MENGANGGAP BUDAYA MASYARAKATNYA
SENDIRI LEBIH UNGGUL DARIPADA
BUDAYA MASYARAKAT LAIN.
ORANG YANG ETNOSENTRIK MELIHAT
KUMPULANNYA MERUPAKAN PALING
PENTING DALAM MENTAFRIFKAN SESUATU
BUDAYA DAN MELIHAT BUDAYA LAIN
TERPESONG DARIPADA NORMAL.
17
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP PELAJAR
1.Gaya belajar dan berfikir
Budaya menentukan cara seseorang individu
berfikir, merasa dan berkelakuan dalam masyarakat.
Oleh itu, budaya telah mempengaruhi cara
seseorang pelajar itu belajar dan berfikir. Hali ini
demikian kerana setiap individu membesar dan
terbentuk hasil daripada persekitaran masing-
masing.
2. Jantina
Pelajar perlulah berinteraksi dan berhubung
dengan mereka yang berlainan jantina, iaitu pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini demikian
kerana mereka akan didedahkan dengan perbezaan
sikap terhadap konflik, perbezaan pendekatan
dalam menyelesaikan masalah, perbezaan sikap
terhadap pendedahan pandangan, dan lain-lain.
Tambahan lagi, mereka akan mengetahui akan
batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlainan jantina.
18
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP PELAJAR
3. Petempatan dan kelas sosial
Kelas sosial rendah akan menyebabkan seseorang
menghadapi masalah berkaitan kewangan,
kemudahan belajar dan sebagainya. Kelas sosial
sederhana atau tinggi pula, seseorang mendapat
peluang pendidikan lebih meluas berbanding mereka
yang berada dalam lingkungn taraf sosioekonomi
rendah. Oleh itu, pelajar perlu bersosial tidak kira kelas
sosial sama ada kelas atasan atau bawahan kerana
kita hidup dalam masyarakat yang memiliki
kepelbagaian budaya
Di kawasan bandar dan pinggir bandar lebih kepada
budaya pelajar dari aspek tumpuan, kemampuan
berbelanja, tingkah laku dan pandangan akan berbeza
mengikut ibu bapa, jenis pekerjaan dan sebagainya. Di
luar bandar dan pendalaman pula lebih mengamalkan
budaya yang sama, etnik sama dan pandangan yang
sama juga tingkah laku kurang mendatangkan
masalah.
19
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP PELAJAR
4. Bahasa dan Komunikasi
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dialek yang
digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi
sesama mereka, selain daripada penggunaan
bahasa Melayu standard. Oleh itu, pelajar yang
menguasai dialek atau bahasa ibunda akan
menghadapi masalah dalam pembelajaran , kurang
faham dan tercircir dalam pelajaran, manakala
pelajar yang menguasai banyak bahasa akan cepat
dan tangkas dan mudah menguasai pembelajaran.
Oleh sebab itulah, penggunaan bahasa standard
harus diamalkan oleh setiap pelajar, dan
penggunaan dialek mengikut negeri atau kaum
perlulah dielakkan dan dikurangkan.
5. Kaum etnik
Pelajar yang tinggal dan belajar dalam satu etnik
sahaja menyebabkan proses menyesuaikan diri
dengan kaum lain agak sukar manakala kelompok
pelbagai etnik dapat memupuk perasaan saling
menerima dan saling menghormati melalui
pergaulan. Oleh itu, pelajar yang terdiri daripada
pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok
mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti
pembelajaran.
20
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
PADA MASA INI TERDAPAT PELBAGAI
PILIHAN JENIS SEKOLAH DALAM SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA. PADA PERINGKAT
RENDAH TERDAPAT SK, SJKC, SJKT. PADA
PERINGKAT MENENGAH PULA TERDAPAT SMK
HARIAN, SEKOLAH MODEL KHAS, SEKOLAH
BERASRAMA PENUH, SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA.
BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA JENIS SEKOLAH
YANG TERDAPAT DI MALAYSIA:
SEKOLAH PREMIER IAITU SEKOLAH YANG
MEMPUNYAI TRADISI PANJANG SEPERTI
SEKOLAH YANG BERUSIA 100 TAHUN ATAU
LEBIH DAN SEKOLAH DI DALAM
PERSEKITARAN YANG STRATEGIK SERTA
INFRASTRUKTUR YANG BAIK SEPERTI
SEKOLAH YANG BERJIRAN DENGAN
PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA. TURUT
TERSENARAI ADALAH MAKTAB RENDAH
SAINS MARA, SEKOLAH SWASTA DAN
SEKOLAH ANTARABANGSA.
21
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
YANG MEMBERI PELUANG MURID
CEMERLANG KHUSUSNYA DARI
KAWASAN LUAR BANDAR MENDAPAT
PENDIDIKAN YANG TERBAIK SUPAYA
MEREKA TERUS BERJAYA DALAM BIDANG
AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN
SAHSIAH. SETIAP SBP MEMPUNYAI
BIDANG KEISTIMEWAAN MASING-
MASING SEPERTI PERMAINAN RAGBI DI
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR,
PANCARAGAM DI SEKOLAH MENENGAH
TUN FATIMAH, PIDATO DI KOLEJ ISLAM
KELANG.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MEMBERI
PELUANG BELAJAR KEPADA MURID YANG
CENDERUNG DALAM BIDANG TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL. MATLAMATNYA
ADALAH UNTUK MENYEDIAKAN TENAGA
KERJA MAHIR DAN SEPARUH MAHIR
YANG MENCUKUPI.
CONTOH SMT YANG CEMERLANG
TERMASUKLAH SMT DATO UNDANG
HJMDSHARIP (EKONOMI RUMAH
TANGGA), SMT CHENOR (PERTANIAN),
SMT SRI MANJUNG (KETUKANGAN
ELEKTRIK), SMT MUAZAM SHAH
(KETUKANGAN AWAM), SMT SHAH ALAM
(KETUKANGAN MEKANIKAL) DAN SMT
CHERAS (KEJURUTERAAN)
22
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA (SMKA) MENAWARKAN DAN
MENYEDIAKAN PROGRAM PENDIDIKAN
ISLAM KEPADA MURID. IA MEMUPUK
POTENSI MURID DARI SEGI MINAT,
KREATIVITI, SAHSIAH DAN KEPIMPINAN
SERTA MENYEDIAKAN PELUANG
MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM
PELBAGAI BIDANG ILMU, DALAM DAN
LUAR NEGARA.
DI ANTARA YANG MEMBANGGAKAN
IALAH SMKA MAAHAD HAAMIDIAH
KAJANG, SELANGOR. INI ADALAH
KOMITMEN KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA UNTUK MENERAPKAN NILAI
KEROHANIAN DAN KEPERCAYAAN
BERAGAMA KEPADA MURID-MURID.
SEKOLAH 100 TAHUN - SEKOLAH YANG
DIBINA SEBELUM TAHUN 1905. -
MEMPUNYAI CIRI-CIRI TINGGALAN
SEJARAH DAN SEBAHAGIANNYA IALAH
SEKOLAH PREMIER. - PENANG FREE
SCHOOL (PULAU PINANG), SEKOLAH
TINGGI MELAKA (MELAKA), SEKOLAH
MENENGAH LELAKI METHODIST (KUALA
LUMPUR) DAN LAIN-LAIN LAGI.
23
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
SEKOLAH BESTARI - SEKOLAH-
SEKOLAH YANG TERLETAK DI KORIDOR
RAYA MULTIMEDIA TERUTAMA DI
PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA. - REKA
BENTUK YANG MENARIK,
INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP DAN
TERLETAK DALAM KAWASAN
STRATEGIK BERHAMPIRAN DENGAN
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN.
SEKOLAH MODEL KHAS
CONTOHNYA SMK MERU – MODEL
KHAS MENGABUNGKAN MURID
SEKOLAH RENDAH PADA PERINGKAT
TAHAP II DAN MURID SEKOLAH
MENENGAH DI BAWAH SATU BUMBUNG,
IA MERUPAKAN KONSEP BARU DAN
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN FIZIKAL
YANG KONDUSIF BAGI MURID YANG
BERPONTENSI DI KAWASAN LUAR
BANDAR SEPERTI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CLIFFORD, KUALA LIPIS
(PAHANG), DAN SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BUKIT JENUN (KEDAH).
24
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS -
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN KHAS
KEPADA MURID BERMASALAH
PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN
PEMBELAJARAN, AUTISME, SINDROM-
DOWN, KEUPAYAAN KOGNITIF
RENDAH, ADHD DAN DISLEKSIA.
MATLAMATNYA ADALAH SUPAYA
MEREKA MENJADI INSAN YANG
BERDIKARI DAN DAPAT MENYUMBANG
KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA.
SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN
KHAS INDRAPURA CONTOHNYA
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN
PELAJARAN BAGI KETIGA-TIGA
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS. SMT
MEMBERI PELUANG PENDIDIKAN
KEPADA MURID BERMASAALAH
PENDENGARAN DENGAN
MENAWARKAN KURSUS-KURSUS
ANJURAN MAJLIS LATIHAN
VOKASIONAL KEBANGSAAN (MLVK).
25
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA JUGA
TELAH MEWUJUD SEKOLAH YANG
TERDIRI DARIPADA PELBAGAI BANGSA
SEPERTI SEKOLAH JENIS CINA DAN
TAMIL. KEMENTERIAN PELAJARAN
TELAH BERUSAHA UNTUK MENGATASI
MASALAH KEPELBAGAIAN SOSIO-
BUDAYA MELALUI AKTIVITI YANG
DIJALANKAN DI SEKOLAH. PROGRAM
INTEGRASI UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
ADALAH SALAH SATU DARIPADA
USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN
UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DALAM
KALANGAN MURID TANPA MENGIRA
KAUM.
SEKOLAH WAWASAN DITUBUHKAN
UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN
DALAM KALANGAN MURID DI
SEKOLAH. SEKOLAH INI ADALAH
ANTARA SEKOLAH YANG DAHULUNYA
TERASING ANTARA SATU SAMA LAIN,
KINI DISATUKAN DALAM SATU SISTEM
PENDIDIKAN YANG SERAGAM.
26
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TERHADAP SEKOLAH
APABILA MURID MELAYU, CINA, INDIA
DAN KAUM LAIN DAPAT BERINTERAKSI
SEJAK PERINGKAT AWAL
PERSEKOLAHAN, SUDAH TENTU AKAN
LAHIR SATU GENERASI MALAYSIA
YANG BERSIFAT PELBAGAI BUDAYA.
PENEKANAN SEMANGAT PERPADUAN
DAN INTEGRASI ANTARA KAUM SEJAK
KECIL IAITU DI BANGKU SEKOLAH
RENDAH AKAN LEBIH MEMUDAHKAN
KERANA MEREKA INI MASIH KANAK-
KANAK YANG BOLEH DILENTUR.
27
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
KEPADA GURU
Penerimaan Dan Layanan Adil
Seorang guru perlu mengenal latar belakang pelajar, taraf
sosioekonomi dan tempat tinggal. Setiap murid mempunyai
kaum etnik dan budayanya yang tersendiri. Jadi seorang
guru harus cuba mengenali latar belakang pelajarnya.
Pelajar akan merasakan dirinya dihargai sekiranya
seseorang guru mengetahui budaya mereka masing-
masing. Guru juga perlu mengelakkan perlabelan
diskriminasi. Dalam setiap kelas, guru harus mengelakkan
diskriminasi iaitu tidak melebihi tU berpihak kepada mana-
mana kaum. Guru harus melayan pelajarnya sama rata.
pedagogi dan strategi
pembelajaran
Guru haruslah melakukan pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif ialah satu proses yang
membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain
untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran. Guru boleh melakukan
aktiviti berpasangan secara hiterogenous. Antara aktiviti
yang dapat dilakukan untuk pembelajaran korperatif
ialah jigsaw, Think-Pair-Square dan gallery walk.
28
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
KEPADA GURU
pengurusan bilik darjah dan
pengurusan hubungan
Menurut Mok Soon San (2020) guru bukan hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga
menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan
mematuhi peraturan masyarakat. Guru perlu menggunakan
kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara murid.
Contohnya, guru haruslah mewujudkan pergaulan bebas
antara kelas sosial, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa
sekatan budaya dan masyarakat. guru harus berusaha
menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan
tingkah laku yang sesuai
pemilihan bahan sumber
Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahappencapaian murid kerana
setiap murid berbeza tahap pencapaiannya. guru boleh
memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti
pembelajaran yang dapat menghilangkan rasa bosan dan
mengantuk. guru boleh memaksimumkan dengan
mengadakan aktiviti yang dapat merangsang minda.
contohnya, kata-kata motivasi dan penuh dengan senyuman
dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping
teguran berupa nasihat.
29
KESAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA TERHADAP
KURIKULUM
MURID DAPAT BELAJAR MENGGALAKKAN
DALAM KEADAAN CERIA DAN PENGGUNAAN BAHASA
MENYERONOKKAN STANDARD
TERDAPAT BANYAK KAUM
MURID MENGETAHUI DAN MENYEBAB MURID-MURID INI
MEMAHAMI BUDAYA LAIN
SERTA TIADA DISKRIMINASI MEMPUNYAI BANYAK
ANTARA MEREKA. MEREKA BAHASA DAN LOGHAT
AKAN TERDEDAH KEPADA
AMALAN YANG BERBEZA DAN TERSENDIRI. JADI
PERASAAN SALING MENERIMA PENGGUNAAN BAHASA
DAN SALING HORMAT DAPAT
STANDARD DAPAT
DITERAPKAN MELARASKAN PENGGUNAAN
BAHASA OLEH SEMUA KAUM.
MENGGALAKKAN INTERAKSI MENDISIPLINKAN
ANATARA MURID SECARA MURID
MELUAS DALAM BILIK DARJAH MURID AKA
N LEBIH
HAL INI BAGI MENERAPKAN BERDISIPLIN DENGAN
KEYAKINAN DALAM DIRI TANGGUNGJAWAB YANG
DIPIKUL. SEPERTI MEREKA
MURID-MURID BAGI BERGAUL MEMBINA DAN MENGIKU
ANTARA MEREKA SETA JADUAL KEBERSIHAN KELAS
DENGAN ADIL DAN SAKSAMA
MENGELAKKAN RASA MALU
DAN RENDAH DIRI
Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah
laku negatif
TINGKAH LAKU NEGATIF MAMPU MEMBERI MASALAH DAN
MENGANGGU SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. CONTOH
TINGKAH LAKU NEGATIF ADALAH SEPERTI MENGEJEK RAKAN,
MEMOTONG BARISAN DI KANTIN DAN BERLARI DI DALAM
KELAS DAN TINGKAH LAKU NEGATIF INI TIDAK PATUT
DICONTOHI SAMA SEKALI
30
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan
tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan
manusia daripada persekitaran sosialnya.
Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem
pendidikan yang menekankan bahawa setiap
pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang
sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik,
bahasa pertuturan dan agama. Pendidikan
Multibudaya adalah satu idea, satu tindakan
membentuk semula pendidikan dan satu proses.
Pendidikan Multibudaya cuba mewujudkan satu
peluang yang saksama kepada semua pelajar
dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia
dapat menunjukkan kebudayaan dan golongan
dalam sekolah dan sosial.
31
SEBAB PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA DILAKSANAKAN
Antara sebabnya adalah kanak-kanak memahami lebih
banyak sterotaip golongan lain dan akan kurang
bersikap negatif terhadap golongan lain. Akibatnya,
mereka tidak akan membandingkan budaya mereka
sendiri dengan budaya lain. Selain itu, mengurangkan
ketidaktoleransian dan meningkatkan kerjasama untuk
mencapai kebaikan sejagat juga adalah antara
sebabnya di mana mereka tidak akan hidup
berkelompok dan dapat bekerjasama dengan berbilang
kaum. Sebab lain ialah pendidik yang mengenal dan
menghormati latar belakang pelbagai pelajar juga
berkewajipan dan bertanggungjawab untuk berkongsi
nilai-nilai sesama pelajar. Walaupun pelajar dan guru
menunjukkan kebudayaan yang berlainan tetapi
terdapat budaya yang sama dikongsi terutamanya
budaya kehidupan seperti kunjung mengunjungi
sewaktu hari perayaan.
Sebab yang seterusnya ialah strategi sekolah harus
memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi
bersama dan semua warga sekolah mempelajari
kemahiran bekerjasama untuk menghasilkan
persekitaran sekolah yang prihatin. Akhir sekali, guru
harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan
semasa menilai kemahiran kognitif dan sosial pelajar
dengan menyamaratakan semua pelajar ketika
membuat penilaian.
32
ASPEK PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
KONSEP
Konsep pendidikan multibudaya ialah Idea yang melihat
bahawa semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar
di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina,
kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Contohnya, guru mestilah
memberi layanan yang sama rata terhadap semua pelajar
walaupun terdapat pelajar yang berlainan agama dan pelajar
yang kaya atau miskin. Hal ini kerana, sesetengah pelajar tidak
akan rasa tersisih dari segi ilmu dan perhatian daripada guru.
GERAKAN
Gerakan adalah untuk mengubah institusi-institusi pendidikan
sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina
dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mewujudkan pelbagai
usaha dan strategi untuk diaplikasikan dalam kurikulum
sekolah supaya dapat menerapkan kefahaman tentang
pentingnya pendidikan multibudaya di sesebuah sekolah. Hal
ini dapat menerapkan semangat intergrasi dalam kalangan
masyarakat sekaligus menaikkan nama negara.
proses
Difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan
pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar Apabila menyebut tentang
proses, ia bermaksud suatu aliran perubahan yang berlaku hasil daripada
usaha yang dijalankan. Proses pendidikan multibudaya ini semestinya
dilalui oleh institusi pendidikan seperti staf sekolah, guru-guru dan
pelajar. Jika hari-hari nilai sama rata diterapkan dan dibudayakan di
sekolah, pelajar, guru-guru dan staf sekolah seperti pekerja kanan dan
staf pejabat sekolah dapat mewujudkan persekitaran sekolah dan
budaya sekolah yang harmoni tanpa mengira perbezaan individu
dari segi budaya, kelas sosial dan lain-lain.
33
unsur pendidikan
multibudaya
PEMAHAMAN IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN
APABILA KITA DENGAR TENTANG PENDIDIKAN MULTIBUDAYA, KITA MESTILAH
FAHAM TENTANG INTIPATI TENTANG PENDIDIKAN MULTIBUDAYA. PEMAHAMAN
IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN SANGAT PENTING TERHADAP PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA. HAL INI DKATAKAN DEMIKIAN KERANA, APABILA GURU
MENERAPKAN SESUATU KEFAHAMAN KEPADA PELAJAR TENTANG IDENTITI BUDAYA
ORANG LAIN, PELAJAR-PELAJAR DAPAT BERINTERAKSI DAN BERKAWAN ANTARA
SATU SAMA LAIN. MEREKA TIDAK AKAN BERSIKAP PILIH KASIH ATAU MEMPUNYAI
GAMBARAN NEGATIF TERHADAP BUDAYA ORANG LAIN ATAU PERBEZAAN INDIVIDU
ORANG LAIN. PEMAHAMAN MENGENAI IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN DAPAT
DITERAPKAN MELALUI KURIKULUM DI SEKOLAH MELALUI PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN DALAM SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK. OLEH ITU, PEMAHAMAN YANG
DIPEROLEHI PELAJAR DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA
SEKALIGUS MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI DI MALAYSIA.
MEMANDANG VARIASI BUDAYA SEBAGAI SESUATU KEBAIKAN UNTUK
DIHARGAI, DITERIMA DAN DIPELIHARA DALAM KOMUNITINYA
KEBAIKANNYA IALAH UNTUK KITA MENGHARGAI, MENERIMA, MEMELIHARA VARIASI
BUDAYA TERSEBUT DALAM KOMUNITI MALAYSIA. PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA
YANG DITERAPKAN DI SEKOLAH SEMESTINYA MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR UNTUK
LEBIH MENGHARGAI BUDAYA DALAM KOMUNITI MALAYSIA. HAL INI DIKATAKAN
DEMIKIAN KERANA, SIKAP MENGHARGAI ANTARA SATU SAMA LAIN MENYEBABKAN
SEMUA INDIVIDU BERASA BERHARGA DAN DIHARGAI DI NEGARA SENDIRI. APABILA
PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENERAPKAN NILAI MENGHARGAI SETERUSNYA MEREKA
DAPAT MENGAPLIKASIKAN NILAI TERSEBUT SEHINGGA MEREKA DEWASA.
CONTOHNYA, INDIVIDU YANG MENGETAHUI SIFAT MENGHARGAI TERHADAP ORANG
LAIN YANG BERBEZA BUDAYA DAPAT MEMBINA HUBUNGAN BAIK ANTARA SATU SAMA
LAIN.
34
unsur pendidikan
multibudaya
MENGHORMATI KEBUDAYAAN ORANG LAIN
APABILA KITA SUDAH MEMAHAMI KEMUDIAN KITA JUGA
PERLU MENGAPLIKASIKAN PERKARA ITU SEPERTI
MENGHORMATI KEBUDAYAAN ORANG LAIN. NILAI MURNI
SALING MENGHORMATI SANGAT PENTING DALAM
KALANGAN MASYARAKAT KERANA KITA DAPAT
MEWUJUDKAN SUASANA YANG AMAN DAMAI TANPA
BERLAKU SALAH FAHAM DAN PERGADUHAN. JIKA TIADA
SIKAP SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA
LAIN, AKAN BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM DAN
PENINDASAN TERHADAP GOLONGAN MASYARAKAT YANG
LEMAH DARI SEGI KELAS SOSIAL ATAU PERBEZAAN
FIZIKAL MEREKA. PERBUATAN INI TELAH MENUNJUKKAN
SIKAP NEGATIF DAN BERLAKU KETIDAKSAMARATAAN
TERHADAP MASYARAKAT SEDANGKAN MEREKA LAYAK
MENDAPAT LAYANAN SAMA RATA WALAUPUN BERBEZA
BUDAYA KERANA MEREKA JUGA MASYARAKAT YANG
BERWARGANEGARA SECARA IKTIRAF DI MALAYSIA.
MAKA, TIADA SEBAB UNTUK KITA MENINDAS ATAU
MENGHUKUM SESUATU IDENTITI BUDAYA TERSEBUT.
SIKAP MENGHORMATI BUDAYA ORANG LAIN DAPAT
DITUNJUKKAN APABILA TIBA HARI PERAYAAN. KITA
DAPAT MELIHAT MASYARAKAT YANG MULTIBUDAYA INI
MEMBERI UCAPAN PERAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
DI SEKOLAH PULA, PELAJAR-PELAJAR MENUNJUKKAN
RASA HORMAT MELALUI AKTIVITI DEKORASI BILIK
DARJAH MENGIKUT KESESUAIAN PERAYAAN MEREKA
DAN SALING MEMBERI UCAPAN ANTARA GURU DAN
PELAJAR SERTA DALAM KALANGAN PELAJAR. JELASLAH
BAHAWA INSTITUSI PENDIDIKAN MESTILAH
MENERAPKAN SIKAP SALING MENGHORMATI ANTARA
SATU SAMA LAIN YANG BERBEZA BUDAYA AGAR
LAHIRNYA GENERASI YANG BERSATU PADU.
35
ELEMEN PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Elemen pendidikan multibudaya in dihasilkan oleh seorang ahli falsafah
bernama Lawrence Blum. Lawrence Blum adalah Profesor Seni dan
Pendidikan Liberal yang terkenal dan Profesor Falsafah di University of
Massachusetts, Boston. Beliau sangat meminati ilmiahnya merangkumi
pengajian bangsa, falsafah moral, falsafah pendidikan, falsafah sosial dan
politik, psikologi moral, multikulturalisme, dan falsafah dan Holocaust. Blum
juga seorang pengarang Sekolah Tinggi, Balapan, dan Masa Depan Amerika
yang baru diterbitkan: Apa yang Pelajar Boleh Mengajar Kami Tentang
Akhlak, Kepelbagaian, dan Komuniti, yang diterbitkan oleh Harvard
Education Press. Buku ini berdasarkan kursus mengenai Rasisme yang
diajarkannya di sekolah menengah tempatannya kepada kelas warga emas
yang berlainan bangsa dan etnik.
Tambahan pula, Blum telah menulis lima buku: Sekolah Menengah,
Perlumbaan, dan Masa Depan Amerika: Apa Yang Pelajar Boleh Mengajar Kita
Tentang Akhlak, Kepelbagaian, dan Komuniti (Harvard Education Press,
2012); "Saya Bukan Rasis, Tetapi": The Moral Quandary of Race (Cornell UP,
2002) (yang terpilih sebagai buku terbaik tahun ini dalam falsafah sosial, oleh
Persatuan Amerika Utara untuk Falsafah Sosial): Persepsi Akhlak. Jelaslah
bahawa, Blum telah menghasilkan banyak buku yang berkaitan dengan ras
dan budaya.
Menurut pendapat Blum (2001), pendidikan multibudaya sarat dengan
penghargaan, penghormatan dan kebersamaan dalam suatu komuniti yang
majmuk, Tambahan lagi, Blum menegaskan bahawa pendidikan multibudaya
meliputi sebuah pemahaman, penghargaan dan penilaian atas budaya
seseorang, dan sebuah penghormatan dan pemahaman tentang budaya dan
etnik orang lain. la meliputi penilaian terhadap kebudayaan-kebudayaan orang
lain, bukan dalam makna menyetujui seluruh aspek dari kebudayaan-
kebudayaan tersebut, melainkan mencuba melihat bagaimana kebudayaan
tertentu dapat menerapkan nilai murni bagi masyarakatnya sendiri.
36
ELEMEN PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Beliau telah berpendapat bahawa terdapat 3 elemen dalam
pendidikan multibudaya. Antaranya ialah menegaskan
identiti budaya seseorang, mempelajari, dan menilai warisan
budaya seseorang. Seterusnya, ialah menghormati dan
berkeinginan untuk memahami seta belajar tentang etnik
atau kebudayaan-kebudayaan orang lain. Ketiga ialah
menilai dan merasa senang dengan perbezaan kebudayaan
itu sendiri. la bermakna masyarakat melihat kebudayaan
orang lain itu sebagai sesuatu yang baik untuk dihargai dan
dipelihara.
Melalui beberapa definisi diatas, ada tiga kata kunci yang
menunjukkan bahawa adanya pendidikan multikultural laitu
yang pertama, proses pengembangan sikap dan tingkah laku.
Kedua, menghargai perbezaan dan kepelbagaian budaya.
Ketiga, penghargaan terhadap budaya lain. Maka jelaslah
bahawa pendapat Blum sangat boleh digunakan dalam
konteks masyarakat Malaysia dan sistem pendidikan negara
kerana dapat meningkatkan kesedaran pelajar bahawa
warisan budaya perlu dipelihara bukannya ditindas atau
saling bermusuhan.
37
DIMENSI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
YANG DIPERKENALKAN OLEH
JAMES A. BANK
1. penyepaduan kandungan
Sejauhmana guru menggunakan contoh, data dan maklumat daripada pelbagai
budaya dan kumpulan untuk menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan
teori utama dalam bidang subjek atau disiplin mereka.
2. Pembinaan Ilmu
Apabila proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, guru
membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia
dipengaruhi oleh kedudukan kaum, etnik dan kelas sosial individu dan kumpulan.
3. Pengurangan sifat prejudis
Guru perlu mengenalpasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan
menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Bagi mengurangkan perasaan
prejudis terhadap budaya kaum lain.
4. Pedagogi Ekuiti
Menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka
membimbing prestasi akedemik murid yang pelbagai baik dari segi ras, budaya
mahupun sosial
5. Memperkasakan Budaya Sekolah
institusi budaya dan persekitaran sekolah yang perlu diperbaharui untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan pertumbuhan emosi pelajar
daripada pelbagai kumpulan etnik, kaum dan kelas sosial
38
pendidikan
mutibudaya di
Malaysia
YANG TELAH DIJALANKAN DAN DITERAPKAN
DALAM PEMBEJARAN DAN DAN PENGAJARAN
39
PENGENALAN
konsep 1 Malaysia
konsep 1 Malaysia in diperkenalkan oleh mantan perdana
menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun
2009.
Gagasan 1Malaysia bertujuan :
memperkukuhkan hubungan dan kerjasama
antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai
senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat
kesejahteraan hidup mereka.
Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman dan maju dalam segenap
bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
selain itu, untuk meralisasikan hasrat
pembentukkan bangsa Malaysia yang mempunyai
jalinan yang erat antara satu saama lain.
40
SEKOLAH WAWASAN
Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah
integrasi yang menempatkan beberapa buah
sekolah yang berbeza aliran di dalam satu
kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah
diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997.
Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan
ditempatkan dalam satu kompleks sekolah
yang sama. Setiap murid daripada sekolah-
sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan
dan prasarana sekolah seperti padang, kantin
dan koperasi sekolah yang sama.
41
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat Sekolah
Wawasan iaitu:
1. Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai
bangsa dan latar belakang
2. Untuk memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran
3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yangbersatu padu
4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah
melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah.
CONTOH SEKOLAH WAWASAN :
1. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit
Buntar, Perak Darul Ridzuan;
2. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor
Setar, Kedah Darul Aman;
3. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau
Pinang;
4. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan; dan
5. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri
Manjung, Perak.
42
PENDEKATAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Guru perlu komunikasi secara verbal atau
bukan verbal perlu dianalisis dengan baik
untuk meningkatkan penyertaan pelajar
dalam pembelajaran dan pengajaran.
Guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, budaya dan agama pelajar
Persekitaran sekolah yang perihatin
kepada pelajar
Guru perlu wujudkan pergaulan bebas
antara pelajar tanpa sekatan budaya
dan masyarakat
Memberikan pendedahan awal dan
pemahaman kepada pelajar mengenai
kepentingan dan impak perhubungan kaum
kepada negara
43
KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Menghapuskan jurang Melalui pendidikan multibudaya, perbezaan
perbezaan kaum dan dan jurang antara kaum dapat diatasi dengan
wujudnya layanan yang adil dan saksama
budaya daripada guru dan pihak sekolah.
selain itu, penerapan nilai-nilai murni dan
partiotisme dalam subjek Sejarah, Pendidikan
Sivik dan Pendidikan Moral juga melatih pelajar
untuk menghormati adat dan budaya kaum lain
serta menyedari tanggungjawab mereka dalam
memelihara keharmonian.
Pendidikan multibudaya memberikan Penerimaan yang baik
pendedahan mengenai kepelbagaian adat dan terhadap individu berlainan
budaya kaum di Malaysia misalnya pada
Sambutan Hari kemerdekaan, pertandingan kaum dan budaya
pakaian Tradisional kaum di Malaysia diadakan
dapat memberikan pendedahan kepada
pelajar mengenai keunikan adat dan budaya
kaum lain. perkara ini juga membolehkan
wujudnya persefahaman dan persepsi yang
positif dalam kalangan pelajar.
Komuniti sekolah yang terdiri daripada guru, para
pelajar dan pihak pentabiran memahami kelainan
Mewujudkan sekolah yang yang terdapat pada setiap anggota komuniti
prihatin dan adil serta
suasana yang harmoni tersebut akan membentuk kesefahaman serta
perasaan hormat-menghormati. Misalnya,
kemampuan intelektual dan latar belakang
keluarga, merupakan antara kelainan yang
terdapat pada pelajar, sebagai guru dan pihak
pentabiran mestilah memberikan layanan yang
adil serta memenuhi kepada keperluan dan
kebolehan mereka.
Pendidikan multibudaya ini mampu mewujudkan Mewujudkan tingkah
tingkah laku yang sopan dan berbudi bahasa. laku dan sikap sivik
Sebagai contohnya, seseorang murid yang telah
biasa dengan suasana sekolah yang mempunyai
pelbagai bangsa dan budaya akan lebih mudah
untuk memahami, menerima dan menghormati
budaya orang lain. Disamping itu, dapat
mewujudkan semangat partiotisme serta
mengukuhkan hubungan masyarakat di Malaysia.
44
KEPENTINGAN MEMAHAMI MULTIBUDAYA
BAGI GURU
Guru bertanggujawab memupuk perpaduan dalam kalangan dalam kalangan muridnya.
Guru berperanan merancang Pengajaran dan
Pembelajaran yang menarik pada masa yang sama
dapt memupuk perpaduan serta menjadi fsilitator
kepada pelajar.
Sebagai contoh guru telah mengadakan hari gotong-royong
bersama pelajar pada hari minggu untuk membersihkan
kelas serta menetapkan kedudukan meja secara
berkumpulan yang diwakili pelbagai kaum dalam satu
kumpulan. Aktiviti sebegini dan mengeratkan hubungan
pelajar dalam sesebuah kelas dan mengurangkan perasaan
perijudis dalam diri pelajar.
Supaya guru lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya
Apabila guru memahami pendidikan multibudaya,
mereka dapat menyesuaikan diri dalam apa jua sintuasi.
Guru perlu berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
segi latar belakang, kebolehan intelektual yang berbeza,
agama yang berbeza, kemampuan fizikal yang berbeza
dan sebagainya .
Oleh itu, apabila guru sendiri mendalami terlebih dahulu
pendidikan mutibudaya ini akan memberikan satu
gambaran awal dan guru dapat melakukan persediaan
yang sewajarnya.
45
Melahirkan guru yang berhemah dan menghormati nilai serta budaya masyarakat dan
pelajar berbilang kaum
Guru akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai
dengan tahap kemampuan pelajar.
Selain itu, guru juga akan mengelak daripada menyentuh
perkara-perkara yang boleh membangkitkan senstiviti
pelajar dan perkara yang menghina mereka.
Sentiasa menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran yang
menarik dan menggalakkan komunikasi antara pelajar
untuk mengeratkan hubungan antara pelajar berbilang
kaum. Walaubagaimanapun batas-batas pergaulan masih
perlu dijaga dan diingat oleh guru.
Guru dapat memberikan penerangan yang terperinci serta menjadi role model kepada pelajar untuk
memahami dan menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain.
Guru bertindak sebagai role model kepada pelajar dimana
memberikan contoh dan teladan yang baik untuk bertindak
dalam sesuatu perkara. Misalnya cara guru berkomunikasi,
mengajar dan menasihati dengan menggunakan perkataan
yang sesuai, difahami dan tiada perkara sensitif.
Sebagai contohnya guru mengucapkan selamat menyambut
hari perayaan kepada pelajar dan meminta mereka untuk
berkongsikan tentang perkara yang dilakukan semasa hari
perayaan. Perkara ini dapat menambahkan input kepada guru
dan pelajar yang lain mengenai keunikkan adat kaum lain serta
membuatkan mereka rasa dihargai.
46