The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by only.rikiko, 2024-05-05 23:53:36

BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

RUKUN NEGARA • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta. LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE Majulah SK Tan Sri P.Ramlee, ke arah kecemerlangan Berikrar dan janji setia, cekal gigih tabah berusaha Hidup berilmu jadi teman, nilai murni diamalkan Jadikan pedoman sentiasa, agar kita berjaya Pendidikan paling utama, menyinari hari muka Harapan guru ibu bapa, semoga tercapailah cita Berganding bahu kerjasama, tingkatkan azam semua Dengan semangat kami berikrar, cemerlang SKTSPR. SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE JALAN TIMAH, 10150 GEORGETOWN PULAU PINANG NO TEL : 04-226 8841 NAMA : BUKU PANDUAN PERATURAN DISIPLIN MURID LAGU NEGERI PULAU PINANG Selamat Tuhan kurniakan, Selamat Pulau Pinang, Negeriku yang mulia, Ku taat dan setia, Aman dan bahagia, Majulah, Jayalah, Negeriku yang ku cinta, Bersatu dan bersama, Untuk negeri kita


Nama : No. I/C : Nama Waris : Alamat : No. Tel Waris : TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS Catatan : i. PUNCA KUASA – BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN ii. PENDAHULUAN iii. VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN iv. GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID 1. HARI PERSEKOLAHAN 2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 3. RAMBUT / KUKU 4. TATATERTIB DI KELAS 5. TATATERTIB DI KAWASAN SEKOLAH 6. TATATERTIB DI TANDAS 7. TATATERTIB DI KANTIN 8. TATATERTIB DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 9. HARTA BENDA SEKOLAH 10. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SBPT) 11. ALATAN SUKAN 12. PEPERIKSAAN / UJIAN 13. BAYARAN SUMBANGAN PIBG 14. LATIHAN KEBAKARAN KECEMASAN 15. KETUA DARJAH / PENGAWAS / PENGAWAS PSS 16. KEGIATAN LUAR 17. LAWATAN PELAWAT-PELAWAT v. JENIS DAN KATEGORI KESALAHAN MURID DI SEKOLAH vi. KHIDMAT NASIHAT vii. HUKUMAN viii. BORANG PENGAKUAN ix. CATATAN ISI KANDUNGAN


Para 4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah mem memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib. 4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing. Para 6 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua murid di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. Jika terdapat mana-mana peraturan yang bercanggah dengan undang-undang negara atau ketatapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), maka peraturan sekolah berkenaan akan diketepikan secara automatis. EDISI PERTAMA : JANUARI 2024 PUNCA KUASA - BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 PENDAHULUAN


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara SK Tan Sri P.Ramlee akan menjadi salah sekolah cemerlang di Pulau Pinang Melonjakkan Kecemerlangan dan Membudayakan Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Warga SK Tan Sri P Ramlee Bahawa kami SK Tan Sri P.Ramlee berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut : ➢ Memastikan semua murid menerima pdp mengikut masa yang diperuntukkan. ➢ Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil ➢ Memastikan setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing ➢ Memastikan setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra. ➢ Memastikan setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih daripada tiga hari. ➢ Memastikan setiap arahan dan permohonan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima. 1. HARI PERSEKOLAHAN 1.1 Hari persekolah mengikut ketetapan KPM bagi negeri Pulau Pinang iaitu hari Isnin hingga Jumaat. 1.2 Hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu. 1.3 Waktu persekolahan 1.3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 7.30 pagi. 1.3.2 Murid mesti mematuhi waktu sesi pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) berdasarkan jadual waktu yang telah diedarkan oleh pihak sekolah. 1.3.3 Berikut merupakan waktu persekolah bagi sesi PDPC mengikut aliran. 1.3.3.1 Aliran Prasekolah Isnin hingga Jumaat : 8am – 12.00pm 1.3.3.2 Aliran Perdana Aliran Perdana HARI Waktu Hadir Waktu Pulang TAHAP 1 TAHAP 2 ISNIN 7.00 - 7.30am 12.30pm 1.30pm SELASA RABU 1.00pm KHAMIS JUMAAT 12.00pm Waktu Rehat 9.40 – 10.00am 10.00 – 10.30am VISI MISI VISI dan MISI SKTSPR PIAGAM PELANGGAN GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID


1.3.3.3 Aliran PPKI Aliran PPKI HARI Waktu Hadir Waktu Pulang TAHAP 1 TAHAP 2 ISNIN 7.00 - 7.30am 12.00pm 12.30pm SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 12.00pm Waktu Rehat 9.10am 1.4 Waktu Perhimpunan 1.4.1 Perhimpunan Mingguan Sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua guru dan murid diwajibkan hadir. 1.4.2 Hari Perhimpunan Rasmi ialah pada setiap hari Isnin ada jam 7.40 pagi hingga 8.10 pagi. 1.4.3 Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas dan penolong ketua kelas berada di hadapan barisan. 1.4.4 Ketika perhimpunan rasmi, semua murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu Sekolah dengan bersemangat sambil memandang bendera sebagai tanda hormat. 1.4.5 Murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara perhimpunan dijalankan. 1.4.6 Murid dikehendaki menadah tangan apabila doa dibacakan. 1.4.7 Setelah tamat perhimpunan, murid akan bergerak dalam barisan ke kelas masing-masing. 2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2.1 Murid Lelaki 2.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. 2.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh. 2.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. 2.1.4 Baju kemeja biru muda lengan panjang bagi pengawas sekolah. 2.1.5 Baju kemeja unggu muda lengan panjang bagi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 2.1.6 Baju kemeja kuning muda lengan panjang bagi pengawas Pusat Sumber (PSS).


2.1.7 Baju dimasukkan ke dalam seluar. 2.1.8 Kasut dan sarung kaki hitam ** Murid dinasihatkan agar menanda nama pada kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 2.1.9 Baju dimasukkan ke dalam seluar. 2.1.10 Baju dalam putih sahaja yang dibenarkan. 2.2 Murid Perempuan 2.2.1 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang. Tidak berfesyen, tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. 2.2.2 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 2.2.3 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih atau hitam. 2.2.4 Kasut dan sarung kaki hitam ** Murid dinasihatkan agar menanda nama pada kasut masingmasing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 2.2.5 Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang emas ke sekolah. 2.3 Lencana dan Tanda Nama 2.3.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. 2.4 Pakaian Pendidikan Jasmani 2.4.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt yang mempunyai logo dan nama sekolah sahaja. 2.4.2 Seluar trek warna hitam atau biru gelap 2.4.3 Baju dimasukkan ke dalam seluar. 2.5 Jadual Pemakaian Baju Murid PPKI HARI JENIS PAKAIAN ISNIN Pakaian Seragam Sekolah SELASA T-shirt PPKI (OREN) RABU T-shirt Pengakap KHAMIS T-shirt PPKI (UNGU) JUMAAT T-shirt PPKI (MERAH) **Murid baru yang tiada baju sukan boleh memakai t-shirt putih untuk sementara. **Untuk murid lama yang Tshirtnya tidak muat dan perlu diganti dengan yang baru, bolehlah membeli tshirt tersebut di kedai mengikut warna yang ditetapkan. 3. RAMBUT / KUKU 3.1 Murid tidak dibenarkan berambut panjang sehingga mencecah koloar baju atau cuping telinga. 3.2 Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas. 3.3 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan atau diikat dengan kemas menggunakan riben warna hitam atau biru tua. 3.4 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan warna rambut harus kekal dengan warna asal. 3.5 Kuku murid hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. *Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid. *Tanda nama murid hendaklah dijahit di bawah lencara sekolah *Bahagian poket hendaklah dikosongkan


4. TATATERTIB DI KELAS 4.1 Semua murid yang berada di kelas perlu sentiasa dalam keadaan senyap dan bersopan santun. 4.2 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas. 4.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti kebersihan dan kekemasan bilik darjah. 4.4 Tidak dibenarkan makan atau minum, bermain, berlari, bergurau dan lainlain di dalam kelas. 4.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan, alat bantu mengajar (ABM) yang terdapat di dalam kelas. 4.6 Tutup suis dan kipas sebelum meninggalkan kelas. 4.7 Semua murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual waktu yang ditetapkan wakalupun ketiadaan guru. 4.8 Murid dibenarkan keluar kelas ke tandas tidak melebihi daridapa 2 orang setiap masa dengan kebenaran guru dan membawa pas keluar kelas. 4.9 Dilarang meludah. 5. TATATERTIB DALAM KAWASAN SEKOLAH 5.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Wakilnya. 5.2 Tidak dibenarkan berlari / bising / meronda di kawasan sekitar sekolah tanpa hala tujuan. 5.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutama kantin, padang, surau, dewan, Pusat Sumber Sekolah, Bilik ICT, dan lain-lain. 5.4 Dilarang hampir atau masuk ke bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilikbilik khas, tandas guru, stor sukan dan lain-lain tanpa keizinan guru. 5.5 Dilarang meludah. 6. TATATERTIB DI TANDAS 6.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas dari semasa ke semasa. 6.2 Murid yang memakai ‘Pas Keluar’ sahaja dibenarkan berada di tandas kecuali pada waktu rehat. 6.3 Pam tandas setelah digunakan. 6.4 Jangan sesekali memasukkan kertas atau benda lain ke dalam tandas. 7. TATATERTIB DI KANTIN 7.1 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat sahaja. 7.2 Memastikan kantin sentiada berada dalam kebersihan bersih sebelum dan selepas digunakan. 7.3 Murid wajib mengikuti segala peraturan kantin 7.4 Murid yang langgar peraturan dan tidak menjaga kebersihan sekitar kawasan kantin akan dikenakan tindakan disiplin. 7.5 Dilarang meludah. PERATURAN KANTIN • Tidak membuat bisang • Jaga kebersihan kantin • Beratur dan jangan merebut • Duduk di meja makan • Makan dengan sopan dan berhemah • Cuci tangan sebelum dan selepas makan • Letak bekas makanan di tempat yang disediakan. 8. TATATERTIB DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 8.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke PSS. 8.2 Pinjaman atau pemulangan buku-buku dari PSS hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 8.3 Murid diminta senyap ketika berada di PSS. 8.4 Dilarang meludah.


9. HARTA BENDA SEKOLAH 9.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-lain. 9.2 Dilarang menconteng dinding sekolah. 9.3 Semua murid hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya. 9.4 Semua murid bertanggungjawab membanteras perbuatan kecurian, kehilangan, kerosakan harta benda sekolah. 9.5 Sekiranya berlaku sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan lain-lain hendaklah dilaporan kepada guru kelas atau guru bertugas. Murid akan didenda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya sekiranya didapati merosakkan harta benda sekolah. 10. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 10.1 Buku teks yang dipinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastik supaya tidak rosak. 10.2 Murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman SBPT. 10.3 Murid dilarang menconteng dan mengotorkan buku teks yang dipinjam. 10.4 Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku. 10.5 Buku teks yang rosak atau hilang mesti diganti / dibayar mengikut harganya. 11. ALATAN SUKAN 11.1 Murid hanya boleh mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani / Permainan / sukan dengan kebenaran guru. 11.2 Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya hendaklah dilaporan dengan segera kepada guru. 11.3 Menyimpan semula perlatan yang digunakan dalam stor dengan keadaan baik. 12. KEHADIRAN SEKOLAH 12.1 Kehadiran ke sekolah pada hari persekolahan adalah diwajibkan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor / ibu bapa / penjaga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah. 12.2 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin. 12.3 Setiap murid perlu menghadiri ke sekolah sebelum 7.30 pagi. 12.4 Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu persekolahan atas sebab-sebab tertentu, hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya terlebih dahulu dan direkodkan ke dalam buku yang disediakan di pejabat sekolah. 12.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah dianggap ponteng. Sekiranya ketidakhadiran tersebut melebihi 3 hari berturut-turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran kepada ibu bapa / penjaga. 12.6 Setelah 3 kali surat dihantar tetapi masih juga tidak hadir, murid berkenaan boleh dibuang sekolah. SURAT TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas AmaranTerakhir 13. PEPERIKSAAN / UJIAN 13.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan atau ujian mengikut jadual yang ditetapkan 13.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan / ujian tanpa alasan yang munasabah dikira TIDAK HADIR dan tidak diberi peluang untuk mengulang peperiksaan / ujian tersebut.


14. BAYARAN SUMBANGAN PIBG 14.1 Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam jangkaan masa yang ditetapkan. 14.2 Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. Resit akan dikeluarkan dan hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran. 15. LATIHAN KEBAKARAN KECEMASAN 15.1 Murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan-peraturan semasa latihan kecemasan dijalankan. 16. KETUA DARJAH / PENGAWAS / PENGAWAS PSS 16.1 Memakai pakaian dan tali leher yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas dan rapi sentiasa. 16.2 Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan. 16.3 Sentiasa memberi kerjasama kepada guru. 17. KEGIATAN LUAR 17.1 Murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tidak kaitan denga aktiviti sekolah kecuali mendapat kebenaran bertulis dari guru, ibu bapa atau penjaga. 17.2 Murid-murid adalah DILARANG KERAS melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 18. LAWATAN PELAWAT-PELAWAT Murid dikehendaki menghormati mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah dengan memberi ucapan bertatasulila. S - DADAH KOD JENIS KESALAHAN S01 URIN S02 TANGKAPAN S03 PENGAKUAN A – TINGKAH LAKU JENAYAH KOD JENIS KESALAHAN A01 BERJUDI A02 MENCURI A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK A09 BERGADUH C – BULI KOD JENIS KESALAHAN C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN D – ROKOK KOD JENIS KESALAHAN D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP E – PONTENG KOD JENIS KESALAHAN E01 PONTENG SEKOLAH E02 PONTENG KELAS E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG JENIS DAN KATEGORI KESALAHAN MURID DI SEKOLAH


F – TINGKAH LAKU LUCAH KOD JENIS KESALAHAN F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH F07 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK G – TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP KOD JENIS KESALAHAN G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN G03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERKBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDARKAN MINUMAN YANG MEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA H – KESALAHAN VANDALISME KOD JENIS KESALAHAN H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN HARTA PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK DAN MENGOYAK BUKU SBPT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID J – TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH KOD JENIS KESALAHAN J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR L – TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA KOD JENIS KESALAHAN L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KO-KURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA M – KEKEMASAN DIRI KOD JENIS KESALAHAN M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 BERTATOO K09 MENCUKUR BULU KENING K10 MEMAKAI ALAT SOLEK N – PENGLIBATAN POLITIK KOD JENIS KESALAHAN N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUAN / PERARAKAN POLITIK N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK R – KES KHAS KOD JENIS KESALAHAN R06 KES KHAS – MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN R07 KES KHAS – BERTATOO R08 KES KHAS – MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI R09 KES KHAS – CUBAAN MEMBUNUH DIRI R10 KES KHAS – TERJUN BANGUNAN R11 KES KHAS – PENYALAHGUNAAN RACUN R12 KES KHAS – HAMIL R13 KES KHAS – LUMBA HARAM R14 KES KHAS – KEMALANGAN DALAM SEKOLAH R15 KES KHAS – LARI DARI RUMAH R16 KES KHAS – AJARAN SESAT / MILITAN R17 KES KHAS – MEMBUNUH DIRI Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihan. Murid tidak harus berasa segan, malu atau takut untuk menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi KHIDMAT NASIHAT


1. Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama, berdasarkan kepada jenis dan beratnya kesalahan tersebut : i. Tindakan menghukum ii. Tindakan pencegahan iii. Tindakan polis 2. Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah : • Amaran • Denda • Penahanan dalam kelas • Hukuman Rotan • Gantung Persekolahan • Buang daripada sekolah 3. Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin. 4. Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut dikenakan, Guru Besar / Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga kepada yang melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan itu. 5. Satu sistem hukuman bersifat mencegah bergantung kepada beratnya hukuman itu. 6. Hukuman Rotan akan digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan. 1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian masa atau keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib, sekolah atau nasihat Guru Besar. 2. Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini, murid wajib akur kepada peraturan lain yang digunal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat dalam buku ini. 3. Semua murid dikehendaki mematuhi arahan atau peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. 4. Murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah memahami bahawa hidup ini pebuh dengan peraturan walau di manajua kita berada. 5. Justeru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di SK Tan Sri P.Ramlee. 1. Murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan/pesanan/nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru. 2. Murid hendaklah sentiada menunjukkan kelakuan yang baik di sekolah dan di luar sekolah. 3. Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah. 4. Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan semua warga sekolah. MAKLUMAT UMUM KELAKUAN YANG PATUT DIAMALKAN HUKUMAN


BORANG PENGAKUAN Guru Besar, SK Tan Sri P.Ramlee, Jalan Timah, 10150 Georgetown, Pulau Pinang. Melalui Guru Kelas, BUKU PANDUAN PERATURAN DISIPLIN Saya telah memiliki sebuah buku tersebut di atas untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. 3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tandatangan : _____________________________ Nama (Huruf Besar) : ______________________________________________ Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas. Tandatangan : _____________________________ Nama (Huruf Besar) : ______________________________________________ Alamat : ______________________________________________ ______________________________________________ Tarikh : _____________________________ CATATAN :


Click to View FlipBook Version