The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by only.rikiko, 2023-07-03 05:27:30

TAKLIMAT RINGKAS PAPR

TAKLIMAT RINGKAS PAPR

Keywords: PAPR

TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENDIDIKAN RENDAH (PAPR)


DASAR DAN KONSEP PAPR PAPR dibangunkan sebagai pentaksiran pusat yang holistik dan autentik khusus untuk mentaksir kebolehan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di sekolah rendah Tahap 2 yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). PAPR bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan dalam ketidakbolehan (tapping into ability) dan potensi individu. PAPR menyediakan pelaporan mengenai kebolehan MBPK di sekolah rendah untuk persediaan pembelajaran dan pentaksiran di sekolah menengah.


TAPPING INTO ABILITY MENGESAN KEBOLEHAN Tapping Into Ability TAP - kaedah mengesan keupayaan dan meneroka kebolehan MBPK


JENDELA PENTAKSIRAN 05 Jendela Pelaporan Pentaksiran Persekolahan


CIRI-CIRI PAPR BERPUSATKAN MURID HOLISTIK AUTENTIK BERSEPADU PEREKODAN BERTERUSAN PENTAKSIRAN DIGITAL


SYARAT PENDAFTARAN MBPK yang berada di sekolah KPM atau sekolah bantuan kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Tahap 2; dan Mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga secara bertulis untuk melaksanakan PAPR. 1 2 3


INSTRUMEN


PENGENALAN Instrumen ialah alat, kaedah, pendekatan atau mekanisme yang ditadbirkan kepada murid bagi mendapatkan respons yang akan menjadi eviden bagi perkara yang ditaksir. Pentaksiran Alternatif menggunakan instrumen yang dibina berdasarkan persekitaran pembelajaran dan kehidupan seharian murid yang dinamakan sebagai Environment-Based Assessment Instrument (EBAI).


DEFINISI EBAI Modul pentaksiran yang mengandungi dokumen lengkap yang sistematik untuk menjalankan seterusnya menjayakan sesuatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik dan abiotik yang hadir bersama secara natural di mana masing-masing saling berinteraksi untuk melaksanakan fungsi tertentu.


CIRI-CIRI EBAI EBAI dibangunkan berdasarkan Model ERRA (Environment, Reaction, Recognition, Acknowledgment). Komponen-komponen EBAI adalah terdiri daripada persekitaran (environment), reaksi (reaction), eviden, pengenalpastian (recognition), konstruk, standard kebolehan dan pengiktirafan (acknowledgment). Tiga ciri-ciri penting EBAI ialah terangkum, fleksibel dan autentik


MODEL ERRA 1. Environment (Persekitaran) 2. Reaction (Reaksi) 3. Recognition (Pengenalpastian) 4. Acknowledgement (Pengiktirafan) (Adaptasi PASM) Pentaksiran yang berteraskan persekitaran yang melibatkan reaksi yang diperhatikan dan direkod untuk dijadikan sebagai eviden bagi mengenal pasti kebolehan dan kemahiran MBPK berdasarkan standard kebolehan yang telah ditetapkan. Hasil pengenalpastian tersebut dilaporkan sebagai satu pengiktirafan terhadap kebolehan terbaik bagi konstruk yang dikuasai.


INSTRUMEN (EBAI) 1. Minggu Pengurusan Diri 7. Minggu Matematik 13. Hari Kantin 2. Majlis Hari Jadi 8. Pengangkutan Awam 14. Sambutan Hari Raya 3. Kempen Bumi Hijau 9. Membeli belah 15. Sambutan Bulan Kemerdekaan 4. Karnival Permainan Rakyat 10. Masakan 16. Sukan Tahunan Sekolah 5. Kem Jati Diri 11. Perkhemahan 17. Virtual Run 6. Boling 12. Hari Keusahawanan 18. Kem Bestari Solat Environment Based Assessment Instrument (EBAI) ialah instrumen pentaksiran berasaskan situasi sebenar kehidupan yang mengandungi senarai aktiviti (reaksi) yang dilaksanakan oleh murid dan ditaksir oleh guru. EBAI


PELAPORAN Pelaporan PAPR adalah berbentuk pernyataan standard kebolehan berkaitan konstruk yang telah dikuasai. Pelaporan ini akan diberikan kepada MBPK yang menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah.


EVIDEN EVIDEN ❖ Gambar ❖ Video GAMBAR ❖ Hasil kerja murid ❖ Aktiviti murid ❖ Kolaj gambar mengikut urutan aktiviti (menggunakan aplikasi bersesuaian) VIDEO ❖ Hasil kerja murid ❖ Proses pelaksanaan aktiviti


SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE JALAN TIMAH, 10300 GEORGETOWN PULAU PINANG. TEL / FAKS: 04 - 2268841 JADUAL KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PAPR SESI AKADEMIK 2023 / 2024 BIL EBAI TARIKH PELAKSANAAN 1. EBAI 11 PERKHEMAHAN (13 reaksi) 28 JULAI 2023 2. EBAI 15 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN (10 reaksi) 16 OGOS hingga 16 SEPTEMBER 2023 3. EBAI 8 PENGANGKUTAN AWAM 10 reaksi) 5 OKTOBER 2023 5. EBAI 10 MASAKAN (9 reaksi) 8 NOVEMBER 2023 6. EBAI 2 MAJLIS HARI JADI (13 reaksi) 7 DISEMBER 2023


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version