The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14403429, 2021-07-04 20:12:54

PANDUAN BUKU LOG SKIM LENCANA MAJU

Pengakap Muda

PANDUAN BUKU LOG

SKIM LATIHAN

LENCANa maju

PENRESGEKEURTI USAEMNBPIELAN0NGADKAARPULMKAHLUASYUSSIA

SKIM LATIHAN UJIAN LENCANA MAJU

NAMA :
TINGKATAN :
KUMPULAN :

Bil Perkara Tarikh TT Penguji

A. Cita- Cita Pengakap

1 Organisasi Kumpulan, PPM Daerah dan PPM Negeri

2 Melukis semua bendera negeri-negeri di Malaysia

3 Nama Penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhajaya
Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah

4 Undang-Undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

1 Latihan asas perbarisan

2 Kawad Tongkat

3 Upacara mengibar dan menurunkan bendera

4 Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter

C. Kemahiran Berpengakap

1 Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan
gergaji

2 Teknik menggunakan kapak

3 Simpulan dan ikatan

3.1 Tindih Kasih Ganda

3.2 Belit Lucut

3.3 Lilit Pasdul

3.4 Simpul Kerusi

3.5 Lilit Pemati Selit

3.6 Simpul Kepala Lalat

3.7 Sambat Balik

3.8 Ikatan Silang Gunting

4 Memasak Masakan Rimba

4.1 Menghidupkan api

4.2 Roti Lilit

4.3 Ikan

5 Model Projek Perintis

6 Kajian SATU perkara berikut :

6.1 Burung, binatang dan pokok tempatan

6.2 Lawatan bangunan / kawasan penting

6.3 Kawasan tempatan

1

Bil Perkara Tarikh TT Penguji

7 Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam

8 Langkah keselamatan berenang

9 Langkah keselamatan kerja luar

10 Melakukan DUA perkara berikut :

10.1 Catatan tentang Dapur gas, lampu gas, dapur

minyak tanah

10.2 Keperluan berkhemah atau

Memasak untuk dua orang

D. Pengembaraan

1 Jenis kompas dan membaca bearing

2 Sistem kontur, rujukan grid dan kunci peta

Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam

3 patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan
khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam Buku

Log

4 Ikhtiar Hidup

E. Perkhidmatan

1 Balutan – kepala, lutut dan lengan

2 Tindakan kecemasan

3 Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan

4 Khidmat Sukarela / Khidmat Masyarakat

Telah diuji dan diluluskan untuk Lencana maju pada _________________________

Nama Penguji :

Jawatan :

Tandatangan :

2

A. CITA-CITA PENGAKAP
1. ORGANISASI KUMPULAN, PPM DAERAH DAN PPM NEGERI

Contoh carta organisasi kumpulan

Organisasi PPM Negeri dan Pesuruhjaya Daerah

3

Barisan Pesuruhjaya Daerah

4

2. BENDERA NEGERI DI MALAYSIA

5

3. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. DIPERCAYAI
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.

2. TAAT
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,
kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-
bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3. BERGUNA
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.

4. BERSAUDARA
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan bersaudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. BERBUDI
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. KASIHKAN BINATANG
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. MENURUT PERINTAH
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan
tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan tabah hati serta manis
mukanya walaupun dalam kesusahan.

9. BERJIMAT
Pengakap itu sentiasa berjimat dan
cermat.

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya.

6

B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Latihan Asas Perbarisan

Perlakuan Arahan Gambaran
Luruskan barisan Luruskan barisan…..gerak

Cepat Jalan Dari kiri (atau dari kanan)
Hentak Kaki cepat jalan !!

Baris, hentak kaki !!

Berhenti Baris….henti !
Belok Kanan atau Belok Kiri Ke kanan belok !
Tukar Langkah Ke kiri belok !

Dari kiri (atau dari kanan),
tukar langkah

Perlahan Jalan Dari kiri (atau dari kanan),
perlahan jalan !

7

2. Kawad Tongkat

2.1 Jinjit Tongkat
2.2 Rusuk Tongkat
2.3 Turun Tongkat

8

2.4 Bimbit Tongkat
2.5 Julang Tongkat

9

3. Upacara Mengibar dan Menurunkan Bendera

10

11

12

bergerak

13

14

7
8

15

9
10

16

UPACARA MENGIBARKAN DAN MENURUNKAN BENDERA

Upacara Mengibarkan Bendera Pada setiap kali perjumpaan dan
perkhemahan diadakan, istiadat yang paling penting ialah mengibarkan dan
menurunkan bendera. Istiadat ini mestilah dihadiri oleh semua pengakap dan
pemimpin pengakap yang menghadiri perjumpaan tersebut.

Upacara Mengibarkan Bendera (rujuk infografik diatas)
1. Lipat bendera dan bersedia di tiang bendera.
2. Sediakan pengakap yang akan mengibarkan atau menurunkan bendera.

Pengakap itu mestilah memakai pakaian seragam yang lengkap. Jika
terdapat lebih daripada satu bendera yang akan dikibarkan atau sebaliknya,
jumlah pengakap perlu ditambah. Peringatan: Hanya seorang pengakap
sahaja untuk mengibarkan sesuatu bendera dan dua orang pengakap
digunakan untuk menurunkan bendera.
3. Semua pengakap dikehendaki berbaris dalam patrol dan berkeadaan sedia.
Ketua kumpulan akan mengarahkan semua pengakap supaya bersedia.
4. Pengakap yang ditugaskan untuk mengibarkan bendera akan bergerak ke
tiang bendera dan mengibarkan bendera tersebut.
5. Pengakap yang ditugaskan tadi akan melangkah selangkah ke belakang
kemudian member hormat kepada bendera, dan diikuti oleh semua
pemimpin dan pengakap lain.
6. Kemudian Lagu Kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan beramai-ramai.
7. Selepas itu pengakap yang bertugas akan bergerak ke tempat asalnya.
8. Istiadat melafazkan persetiaan pengakap dijalankan dengan diketuai oleh
ketua kumpulan.
9. Istiadat bertafakur dan bacaan doa oleh yang beragama Islam dijalankan.
10. Pemimpin akan memberi arahan untuk aktiviti seterusnya pada hari itu.
11. Semua pengakap kemudiannya diarahkan keluar baris oleh ketua kumpulan
untuk menjalankan aktiviti.

Upacara Menurunkan Bendera
1. Semua pengakap berada dalam patrolnya berbaris selari menghadap tiang

bendera.
2. Ketua kumpulan mengarahkan semua pengakap bersedia.
3. Ketua kumpulan menyebut istiadat menurunkan bendera. Sebaik sahaja

perkataan itu disebut, pengakap yang bertugas (dua orang bagi tiap
bendera), akan bergerak ke tiang bendera. Bendera diturunkan
perlahanlahan. Pengakap kedua yang berada di belakang pengakap yang
menurunkan bendera tadi akan menyambut bendera dam meletakkan di
bahunya.
4. Bendera itu ditanggalkan dari tali tiang bendera kemudian dilipat kemas.
Pengakap pertama akan bergerak menghadap pemimpin, kemudian
member tabik hormat dan menyerahkan bendera tersebut.
5. Pengakap yang bertugas akan masuk semula ke barisannya.
6. Pemimpin pengakap akan memberi pesanan akhir kepada semua
pengakap.
7. Semua pengakap diarahkan oleh ketua kumpulan untuk bersurai.

17

Semasa perkhemahan bendera pengakap tidak perlu diturunkan dari tiang
bendera sehingga tamat perkhemahan. Bendera negeri dan bendera Malaysia
sahaja yang diturunkan pada tiap-tiap pukul 6.00 petang dan dinaikkan semula oleh
pengakap bertugas pada pukul 6.00 pagi esoknya.

Pada setiap kali istiadat ini dijalankan, satu tiupan wisel akan dibunyikan dan
sebaik sahaja selesai dinaikkan, satu tiupan wisel dibunyikan. Dalam jangka masa
dua tiupan wisel ini, semua pengakap dikehendaki berdiri tegak dan tidak
dibenarkan melakukan sebarang perkara.

Ini dilakukan sebagai tanda hormat kepada bendera. Peringatan: Bendera
adalah lambang kebesaran. Pengakap tidak boleh melangkah atau menjadikan
pengalas dan mengibarkan terbalik. Bendera hendaklah sentiasa disimpan dengan
baik dan selamat.

4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter

Seseorqng itu perlu menguasai beberapa teknik semasa memanjat pokok. Cara
memanjat tali juga perlu mempunyai kemahiran, kekuatan dan kombinasi antara
kaki dengan tangan.

Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki.
Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :

1. Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2. Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-

dua belah kaki untuk bertahan.
3. Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali

sekaligus menarik badan keatas.
4. Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara kaki dinaikan

menurut tali.
5. Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.

18

C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP
1. Menjaga, mengasah, menyimpan

kapak dan gergaji

Kapak merupakan sebuah alat yang sangat
penting dalam kegiatan berpengakap dan semasa
berkhemah. Seseorang pengakap perlu mengetahui
jenis-jenis kapak dan kegunaannya. Setiap bentuk
mata kapak mempunyai kegunaan yang berbeza-
beza.

BAHAGIAN-BAHAGIAN KAPAK
Kapak mempunyai dua bahagian utama, kepala kapak dan pemegangnya.

Kepala kapak ataupun mata kapak mempunyai bahagian yang tajam (mata
kapak) di satu bahagian yang diletakkan pada penghujung suatu pemegang.

Pemegang Kapak biasanya dibuat menggunakan kayu keras yang tahan
lama dan tahan lasak, Tetapi pada masa ini bahan plastik dan juga besi sudah mula
digunakan untuk menggantikan kayu pemegang.

Pemegang kapak pada masa sekarang ini biasanya dibuatkan sedikit
melengkung untuk membolehkan pengguna mendapatkan pegangan yang lebih
baik dan daya yang lebih semasa mengayun kapak.

19

JENIS-JENIS KAPAK
Kapak Pokok (Menebang)
Kapak ini khusus untuk menebang pokok dan
digunakan dengan memotong urat kayu. Ada kapak
pokok yang mempunyai dua mata kapak dan ada
berbagai jenis pemegang yang digunakan untuk
kapak jenis ini yang disesuaikan dengan jenis kayu
yang ditebang.

Kapak Baji (Membelah)
Kapak ini digunakan untuk membelah kayu dan digunakan
untuk memotong memanjang selari dengan urat kayu. Kapak
ini mempunyai mata kapak yang mempunyai baji yang lebih
besar untuk memudahkan kerja membelah kayu. Bentuk baji
yang tebal membuatkan urat kayu terpecah dan
memudahkan kerja membelah.

Kapak Tangan (Memotong)
Digunakan untuk memotong dan merapikan dahan-dahan kecil
dan ranting untuk dijadikan kayu api. Tidak sesuai digunakan
untuk menebang pohon-pohon besar.

MENJAGA KAPAK
1. Mata kapak hendaklah selalu tajam.
2. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk
mengasah.
3. Jangan letak kapak di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di
capai dan jauh dari laluan.
4. Jangan jadikan kapak seperti alat permainan. Kapak boleh menyebabkan
cedera dan terbunuh.

20

MENGASAH KAPAK
1. Menggunakan Batu Asah

2. Terdapat berjenis-jenis batu asah di pasaran. Pastikan standard grit yang betul
kerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Grit batu
asah jepun tidak sama dengan grit batu asah buatan Amerika atau Eropah.

BATU ASAH KASAR (grit 120) (rough grinding) (to reestablish the shape and edge)
Untuk tumpul teruk - untuk membuang/canai serpihan/sumbing di mata kapak atau
bila bilah kapak sangat tumpul.
BATU ASAH SEDERHANA KASAR (grit 220 - grit 700) (to sharpen) (membentuk mata
kapak)- untuk tumpul yang biasa (normal) - untuk menajamkan mata kapak selepas
membuat kerja. Mata kapak yang tidak terlalu tumpul (ketajaman yang biasa).
BATU ASAH HALUS (grit 800 - grit 1200) (to finishing) (menajamkan mata kapak)
Mata kapak secara amnya masih lagi tajam - cuma nak menambahkan lagi
ketajaman. Digunakan untuk mendapatkan balik ketajaman tanpa mengasah
kapak secara berlebihan.
BATU ASAH HALUS (grit 4000 dan keatas) (to last finishing/polishing) (mengilap)
Untuk mendapatkan mata kapak yang sangat tajam - digunakan untuk
mendapatkan sudut yang tepat dan mata kapak yang sangat tajam.
Jadi, secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah.

1. Untuk asah kasar/canai (rough grind)
2. Untuk menajamkan (to sharpen)
3. Untuk mengilap (hone)

21

MENYIMPAN KAPAK

Cara yang paling selamat untuk mengelakkan
kapak daripada mencederakan adalah
seperti berikut:

1. Menyimpannya di poket khas yang
telah disediakan. Pembalut mata ini
biasanya diperbuat daripada kulit dan
ia selamat.

2. Memakukkan mata kapak pada tunggul kayu atau batang kayu.

FAKTOR KESELAMATAN
1. Mata kapak mestilah sentiasa tajam
2. Jangan pakai pakaian yang labuh sehingga mengganggu keselesaan
sewaktu bekerja
3. Jangan pakai skaf sewaktu bekerja
4. Pakai kasut yangb sesuai semasa bekerja
5. Pastikan tiada orang yang berhampiran sewaktu bekerja
6. Sentiasa menjaga kapak supaya tidak tercabut daripada pemegangnya
7. Sebaik sahaja selesai menggunakannya, kapak hendaklah disimpan di
tempat yang selamat

GERGAJI

Gergaji ialah sejenis alat yang digunakan
untuk memotong sesuatu. Bilah gergaji
biasanya bergerigi, dan bentuk gigi
gergaji bergantung kepada bahan yang
dipotong, contohnya kayu atau logam.

Ada banyak jenis gergaji. Antaranya merupakan peralatan tangan yang bekerja
dengan kekuatan otot. Beberapa gergaji memiliki sumber tenaga lain seperti stim,
air atau elektrik dan lebih kuat dari gergaji tangan.

Gergaji biasanya menimbulkan bunyi bising. Menggunakan gergaji untuk
memotong bahan agak berbahaya kerana tepinya yang tajam. Bahagian suatu
benda yang dipotong gergaji boleh terbang tanpa disedari dan berbahaya buat
pernafasan, mata dan kulit. Gergaji dapat menghasilkan keratan yang kemas dan
amat perlu semasa perkhemahan.

22

BAHAGIAN-BAHAGIAN GERGAJI

JENIS-JENIS GERGAJI

GERGAJI POTONG LINTANG
➢ Ia digunakan untuk menggergaji melintang

urat kayu.
➢ Panjangnya di antara 50-70 cm.
➢ Jarak gigi dalam seinci di antara 5-9 mata.

GERGAJI BELAH
➢ Ia digunakan untuk menggergaji mengikut
arah urat kayu (proses memotong mengikut
arah urat kayu dipanggil membelah).
➢ Panjang bilah di antara 60-70 cm.
➢ Jarak gigi dalam seinci di antara 3-4 mata.

GERGAJI LENGKUNG HALUS

➢ Ia digunakan untuk menggergaji bahagian tepi
melengkung pada papan nipis.

➢ Apabila memasang bilah gergaji, gigi belah mesti
menunjukkan kearah pemegang

➢ Selepas digunakan, longgarkan pemegangnya
untuk melepaskan kuasa tegangan pada bilah
gergaji

➢ Buat potongan panduan apabila menggergaji
lengkung yang dalam

23

MENJAGA GERGAJI

1. Untuk menjaga ketajaman mata gergaji saat digunakan, hindari menggergaji
besi, beton, atau batu (umumnya terjadi secara tidak sengaja). Untuk itu,
singkirkan paku dari kayu sebelum Anda menggergajinya.

2. Untuk mencegah karat, gosok mata gergaji dengan lilin atau sapukan cairan
antikarat.

3. Semasa menggunanya, pastikan matanya tidak panas. Jikalau tidak ia akan
patah.

MENGASAH GERGAJI

Beberapa teknik tertentu diperlukan untuk mengasah mata gergaji menjadi
gergaji yang tajam dan baik. Mengasah gergaji tidak sekadar membuat semua
jajaran mata gergaji menjadi lebih runcing akan tetapi kita perlu perhatikan
beberapa perkarayang akan sangat besar pengaruhnya untuk kemudahan
menggunakan gergaji tangan.

1. Kelurusan bilah gergaji
Bilah gergaji harus benar-benar lurus tanpa bengkok sehingga pada waktu gerakan
menggergaji garis potong yang akan dihasilkan terjaga ukurannya dan tenaga
yang diperlukan untuk mendorong ataupun menarik gergaji tidak terlalu besar,
terutama pada waktu garis potong sudah memiliki kedalaman tertentu. Bilah gergaji
yang bengkok mengakibatkan garis potong menjadi lebih besar dan hasil gergaji
tidak halus/rata.

2. Barisan Mata Gergaji
Pengasahan harus memperhatikan hasil akhir pada posisi mata gergaji. Semua
ujung mata gergaji harus terletak pada satu garis lurus dengan sekecil mungkin
toleransi. Begitu pula dasar sudut mata gergaji juga harus tetap berada pada satu
garis lurus.

Ketidakrataan posisi barisan mata gergaji berarti tidak semua mata gergaji bekerja
maksima. Hanya mata gergaji paling tinggi yang bekerja memotong kayu. Situasi ini
membuat penggergajian lebih berat dan lebih lama. Juga membuat gergaji lebih
cepat tumpul terutama pada mata gergaji tertinggi.

MENYIMPAN GERGAJI

1. Jangan simpan di dalam kotak perkakas, kerana akan merosak mata gergaji.
Penempatan gergaji adalah digantung di dinding.

2. Mata gergaji diberi pelindung dari plastik atau bahan lain.
3. Setelah menggunakannya, ingat supaya ia telah disapu dengan minyak.

Jadi tidak, ia akan berkarat.

24

2. Teknik menggunakan kapak

Kapak terdapat dalam pelbagai saiz dan digunakan untuk pelbagai tujuan.
Kapak digunakan untuk memotong atau membelah kepingan kayu yang besar dan
memerlukan kedua tangan untuk digunakan.

Cara memotong kayu menggunakan kapak

1. Pegang kapak dengan kuat. Tubuh
anda mesti longgar dan santai,
sementara tangan anda perlu
memegang kapak itu dengan kuat.

2. Pastikan tangan anda terpisah
beberapa inci pada pemegang
kapak sebelum anda mula
memotong.

3. Pegang kapak dengan
meletakkan tangan anda yang
tidak dominan 1 hingga 2 inci (2,5
hingga 5 cm) di atas hujung
pemegang kapak.

4. Letakkan tangan anda yang lain
kira-kira 25% ke bawah pemegang
di bawah bilah kapak.

5. Sekiranya anda tangan kanan,
tangan kanan anda mestilah yang
paling dekat dengan mata kapak
dan sebaliknya.
6. Potong kayu dengan berhati-hati dan
terkawal. Ketepatan lebih penting
daripada kekuatan itu, jadi tidak perlu
berlebihan.
7. Luncurkan tangan yang paling dekat
dengan bilah ke hujung pemegang
semasa anda mengayunkan kapak.
Tangan atas harus turun dari pegangan
dan bertemu dengan tangan bawah
pada saat anda selesai mengayun.

8. Untuk membantu ketepatan, buat tanda kapur di mana anda mahu
memotong kayu

9. Ayunkan kapak untuk memotong kayu pada sudut 45 darjah. Berdiri terus di
atas kayu semasa anda melakukan ini. Sentiasa biarkan bahagian pisau
kapak anda terkena dan tidak menyentuh kayu. Ini akan memastikan kapak
anda tidak tersekat.

10. Arahkan ayunan anda ke bahagian atas, tengah dan bawah setiap sisi
tempat anda memotong kayu.

11. Alternatif mengayunkan kapak dari sebelah kiri dan kanan sasaran pada
kayu. Angkat kapak ke atas bahu kiri dan kanan anda, beralih dari satu sisi ke
sisi lain ketika anda menurunkan kapak di setiap sisi tempat sasaran di atas
kayu.

25

3. Simpulan dan Ikatan

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis
ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang
simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan
mematikan hujung tali(whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia
digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan
ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan
sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di
hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan
berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya,ikat
serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Meyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan
selamat semasa digunakan. Sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik,
sambat pendek dan sambat mata.

Mematikan hujung tali
Seorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan.
Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali
dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

IKATAN DAN SIMPULAN LENCANA MAJU

1. TINDIH KASIH BERGANDA

Menyelamat orang dan dua tanjul itu
boleh diubah untuk kesesuaian orang
sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih
biasa

Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa
kerana terdapatnya dua utas tali

Digunakan juga semasa kerja-kerja
menyelamat.

26

2. BELIT LUCUT Digunakan untuk mengikat bot atau
3. LILIT PASDUL binatang.
Digunakan untuk turun dari atas pokok
dengan menggunakan tali.

Untuk membuat tangga
Untuk mencabut kayu pancang yang
terbenam terlalu dalam tanah.

4. SIMPUL KERUSI Diguna semasa kecemasan atau
5. LILIT PEMATI SELIT untuk menuruni / menaiki tebing.

Mematikan hujung tali supaya
hujung tali itu nampak kemas dan
tidak terbuang.

27

6. SIMPUL KEPALA LALAT

Simpulan ini digunakan bagi mengelakkan
hujung tali daripada terurai

7. SAMBAT BALIK

Sambungan dari simpul kepala lalat

Digunakan untuk mencegah hujung tali yang
besar daripada terburai

a) Pecahkan hujung tali
b) Sambat balik ke belakang
c) Tarik supaya tali kemas
d) Selang hujung tali di atas urat yang rapat
e) Masukkan hujung urat tali
f) Lakukan tiga atau empat kali

8. SILANG GUNTING

Digunakan untuk menyambung dua
batang kayu atau buluh dalam
aktiviti membuat gajet dan
pioneering

Dimulakan dengan ikatan manuk
pada sebatang kayu kemudian
belitkan tali dengan kemas.

28

4. Memasak makanan rimba (backwoods)

29

5. Model Projek Perintis

Perintis atau dikenali sebagai 'pioneering' adalah ilmu pengakap yang paling
berguna. Pada awalnya ilmu perintis ini digunakan oleh jurutera tentera dengan
menggunakan batang-batang kayu yang kukuh dengan diikat menjadi sebuah
menara, pintu gerbang atau gajet, ia bermula dengan pengenalan asas ikatan dan
simpulan hingga diikat atau disimpul pada beberapa kayu menjadi sebuah
bangunan ringkas sesuai dengan keperluan ketenteraan.

Seorang pengakap yang tidak mengetahui ilmu ikatan dan simpulan dianggap
suatu yang tidak logik, ini kerana ilmu ini diperlukan selepas seorang ahli itu
mengetahui 3 asas penting yang melayakkannya memperolehi lencana keahlian
dipoket uniform.
Pembinaan Menara - Digunakan untuk tujuan pemerhatian dalam tapak
perkhemahan ataupun meninjau luar dari kawasan bagi memerhati gerak-geri
musuh suatu masa dahulu
Gajet - adalah suatu perkakas atau alatan yang ringkas lagi mudah. Ia dibuat
dengan mengunakan ranting dan kayu tanpa melibatkan
penggunaan besi atau plastik. Hampir semua gajet ini menggunakan bahan organik
seperti buluh.

Contoh Model Projek Perintis

30

6. Contoh Penulisan Kajian

Lawatan bangunan penting atau kawasan
1. Melawat ke sebuah bangunan penting atau kawasan penting dan membuat

laporannya dalam buku log. Antara laporan tersebut ialah :
(a) Mengenai sejarah pembinaan dan penggunaannya
(b) Bahan binaan
(c) Reka bentuk atau seni bina
(d) Keluasan
(e) Struktur
(f) Keistimewaan

2. Menceritakan sejarah atau kepentingan satu kawasan berhampiran rumah,
contohnya mengikut sejauh satu kilometer sungai atau parit atau tali air dan
membuat laporan dan peta lakaran yang menunjukkan tempat-tempat
penting

Contoh peta Port Dickson

31

7. Berkhemah tidak kurang dari lapan malam

Contoh Rekod Perkhemahan

REKOD PERKHEMAHAN

Adalah ini disahkan bahawa

Nama : ...............................................................................
Patrol : ...............................................................................

Telah berkhemah sekurang-kurangnya lapan malam seperti maklumat
di bawah :

Bil Jenis Tarikh Tempat Bil TT Ketua
Perkhemahan/Kursus Malam Pekhemahan/Penguji

1.

2.

3.

4.

Tandatangan Ketua Penguji

.................................
(Nama & Jawatan)

32

8. Langkah keselamatan berenang

1. Memastikan cuaca bersesuaian sebelum melakukan aktiviti di kawasan
rekreasi.

2. Membaca dan memahami setiap amaran dan panduan keselamatan yang
tertera di papan tanda keselamatan di air.

3. Mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian jaket
keselamatan atau pelampung ketika berada di air.

4. Menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan dan memastikan terdapat
penyelamat keselamatan berhampiran kawasan rekreasi.

5. Ketahui kedalaman kolam di setiap sudut kerana kedalaman setiap sudut
adalah berbeza.

6. Perhatikan persekitaran kolam sama ada mempunyai alat bantuan
keselamatan seperti pelampung dan jaket.

7. Jangan sesekali berenang bersendirian kecuali terdapat penyelamat di tepi
kolam.

8. Melakukan regangan sebelum masuk ke kolam bagi mengelakkan
kekejangan otot.

9. Pastikan pencahayaan di sekitar kolam adalah cukup.
10. Gunakan tangga yang disediakan yang ada disetiap kolam apabila masuk

kolam, jangan sesekali melompat terus ke dalam kolam.

33

9. Langkah Keselamatan Kerja Luar

Aktiviti Berkhemah
1. Mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah atau kem warden

secara bertulis.
2. Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sekurang-

kurangnya seminggu sebelum bertolak.
3. Memaklumkan pemimpin kumpulan berkenaan tarikh, tempat, bilangan ahli

yang akan menyertai.
4. Memastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin turut serta

dalam perkhemahan patrol.
5. Memaklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah mengenai perkhemahan

tersebut dengan menyatakan tarikh, tempat, bilangan ahli perkhemahan
bersama pemimpin sekali. (Peringkat kumpulan)
6. Tinjauan awal pemimpin bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan
adalah mustahak (bukit curam, binatang buas, jenayah dan lain-lain). Ia
mesti-lah bersih dan jauh daripada bahaya. Jika perlu beritahu pihak polis
yang berdekatan mengenai perkhemahan itu.
7. Memastikan terdapat sumber air yang bersih (air paip atau perigi) dan
kemuda-han-kemudahan lain.
8. Mengadakan satu unit pasukan pertolongan cemas dengan
kelengkapannya untuk bertanggungjawab atas sebarang kecederaan kecil.
9. Memastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain
tersimpan dengan baik dan selamat.
10. Sepanjang perkhemahan, seorang pemimpin dimestikan bertugas di pusat
untuk menguruskan patrol bertugas harian. Ia juga menjadi penasihat
kepada keseluruhan patrol.
11. Semua ahli perkhemahan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturan-
peraturan perkhemahan.

Aktiviti Air
1. Mesti mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan pemimpin pengakap

semasa menjalankan aktiviti air seperti berperahu, berkayak dan berenang.
2. Jangan berenang di sungai, laut atau di kolam persendirian.
3. Pastikan mereka yang boleh berenang sahaja menjalankan aktiviti air.
4. Mesti memakai baju keselamatan semasa berperahu atau berkayak.
5. Jangan berdiri atau berteduh di bawah pokok semasa hujan lebat.

Aktiviti Mengembara/Jalan Raya
1. Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sekurang-

kurangnya seminggu sebelum aktiviti.
2. Mesti memakai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
3. Mesti mengetahui undang-undang lalulintas jalan raya dan mematuhinya.
4. Semasa melintasi jalan raya, pastikan kanan dan kiri tidak ada kereta dan

kenderaan yang menghalang pemandangan kita, baru melintas.
5. Semasa berjalan, mesti berjalan di sebelah kanan jalan raya.
6. Jangan melintas di simpang yang tajam dan merbahaya.
7. Berhati-hati semasa melintasi jalan raya. Jika tidak sihat, jangan melintas jalan

raya dan cuba dapatkan bantuan orang.
8. Jangan bermain di jalan raya, perhatian setiap langkah anda.
9. Gunakan jejantas semasa melintasi jalan raya, jika ada.
10. Jangan memanggil kawan semasa mereka sedang melintas.
11. Jika berbasikal waktu malam tanpa lampu lebih baik memakai baju putih.
12. Setelah tamat mengembara, mesti lapor kepada pemimpin pengakap

secepat mungkin.

34

D. PENGEMBARAAN
1. JENIS KOMPAS DAN MEMBACA BEARING

Kompas ialah untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas ialah
alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati
kompas mula dicipta oleh orang China pada abad ke-11 dan hanya digunakan
oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi.

Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Secara teknikal, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah
utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan
dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan
kompas tersebut.

Pada kompas terdapat 3 komponen antara lain badan kompas, arah mata
angin serta jarum magnet. Badan kompas berguna sebagai pelindung serta
pembungkus komponen utama pada kompas. Komponen arah mata angin
biasanya berupa lingkaran 360° dan komponen jarum magnet dipasang sedemikian
rupa supaya boleh berputar dengan bebas secara horizontal.

Mengenal 3 Jenis Kompas
Jenis kompas yang boleh digunakan dalam pergerakan pengakap ialah

kompas biasa, kompas bidik dan kompas orienteering.

Kompas Biasa Kompas Bidik Kompas Orienteering

35

Cara membaca bearing

1. Kedudukan sesuatu poin dengan poin lain boleh ditentukan dengan
menggunakan arah atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu
ia tidak tepat.

2. Bearing adalah tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protraktor
(jangka sudut).

3. Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari poin lain dengan
menggunakan nama mata angin.

4. Rajah tersebut menunjukkan semua arah mata angin. Yang utama ialah utara,
timur, selatan dan barat.

5. Kuadran antara utara dan selatan dibahagi setengah pada 45 dan dinamakan
timur laut, seterusnya, tenggara di antara selatan dan timur, barat daya antara
selatan dan barat dan barat laut antara utara dan barat.

6. Tiap-tiap bahagian 45 ini dibahagikan setengah pada sudut 22½ dan nama-
nama khusus diberi kepada arah ini.

7. Cara bagaimana arah sesuatu poin didapati ialah poin itu disambung kepada
pusat arah mata angin.

36

2. SISTEM KONTUR, RUJUKAN GRID DAN KUNCI PETA

Sistem Kontur
1. Garisan yang dilukis pada peta yang menghubungi tempat-tempat yang mem-

punyai paras tinggi yang sama dari aras laut dinamakan kontur.
2. Kontur ditandakan pada selang tinggi 50 kaki pada kebanyakan peta yang

mempunyai skala 1 inci bagi 1 batu.
3. Jika unit metrik digunakan, selang tinggi kontur biasanya 20 meter. Nilai selang

tinggi kontur boleh berbeza dan bergantung kepada skala peta atau
kadangkala rupa bumi.

Rujukan Grid
1. Tujuan rujukan grid digunakan adalah untuk
menunjukkan kedudukan tempat atau benda-benda
di atas peta topo dengan mudah, garisan-garisan
grid dilukis secara mendatar (Timuran) dan menegak
(Utaraan) melintangi peta.
2. Garisan Timuran dinomborkan dari barat ke timur dan
garisan Utaraan pula dinomborkan dari selatan ke
utara.

Panduan Empat Angka. Panduan ini digunakan untuk merujuk kepada seluruh
persegi grid,
Panduan Enam Angka. Panduan ini digunakan untuk menunjukan kedudukan yang
lebih tepat dan untuk merujuk kepada cirri yang lebih kecil. Satu angka ketiga
ditambahkan kepada Timuran dan Utaraan melalui pembahagian kecil yang
dibayangkan seolah-olah tiap-tiap persegi dibahagi kepada persepuluh.

37

Skala/Skil Skala ialah satu nisbah yang
membandingkan jarak antara dua poin di atas
peta dengan jarak sebenar di atas tanah.
Nisbah ini menunjukkan satu inci atau sentimeter
di atas peta adalah sama dengan beberapa
batu atau kilometer di atas tanah.
Sebenarnya skala ini merupakan ringkasan daripada seluruh pernyataan satu inci
mewakili satu batu dan 1 cm mewakili 1 km. Kita juga boleh menggunakan
perkataan 1 inci merupakan 1 batu tetapi bukan 1 inci ialah 1 batu kerana ia
merupakan satu nisbah.
Skala Linear Skala Linear ialah sejenis skala yang menunjukkan satu garisan dalam
ukuran inci atau sentimeter dan perbandingan jarak di atas tanah ditunjukkan pada
garisan itu. Mana-mana jarak di atas tanah boleh diketahui dengan merujuk
kepada garisan itu.

Kunci Peta
Kunci peta ialah petunjuk yang tedapat di dalam sebah peta topografi yang
dinyatakann dengan simbol, tanda dan warna tertentu. Simbol, tanda dan warna ini
dapat menerangkan mengenai tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi, bangunan,
pembinaan dan sebagainya.

Contoh-contoh kunci peta

38

Contoh kunci peta dalam sebuah peta topografi

39

3. LAPORAN BERTULIS PENGEMBARAAN

Contoh laporan bertulis pengembaraan

4. IKHTIAR HIDUP

Kemahiran ikhtiar hidup perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah
hutan tidak kira sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Hal ini disebabkan
oleh malang yang tidak berbau. Kita tidak dapat mengagak sama ada kita akan
dapat keluar dari dalam hutan pada tempoh yang dirancang.

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di
hutan sekiranya tersesat ilmu ikhtiar hidup adalah perlu digunakan.

Ilmu ikhtiar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut :
1. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
2. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan
keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan
berbuat demikian.
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. Tujuannya bolehlah
dibahagikan kepada 3 iaitu :
Kognitif
1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di

laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
2. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber

makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa

menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
1. Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari

bahaya.
2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber

makanan untuk terus hidup.

40

3. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu
situasi yang kurang baik.
Afektif
1. Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
2. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggungjawab
3. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat
menimati keindahannya

E. PERKHIDMATAN
1. BALUTAN – KEPALA, LUTUT DAN LENGAN

Seorang pengakap boleh membalut beberapa kecil. Kebiasaanya kain
anduh/kasa digunakan untuk kecederaan tersebut dan skaf pengakap itu sendiri
boleh juga digunakan sebagai kain anduh.
Terdapat 5 jenis balutan anduh iaitu anduh lengan,
kepala, lutut atau siku, pergelangan tangan dan tapak
kaki. Ikatan yang digunakan untuk mengikat anduh ialah
buku sila.

ANDUH KEPALA.
1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan
letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian
dibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.

41

ANDUH LUTUT.
1. Lipat sedikit kain anduh dan
letakkannya di atas lutut yang
tercedera. (gambar 1)
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila pada atas
bahagian lutut. (gambar 2)
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu
atas kain anduh untuk lebih kemas.

ANDUH LENGAN.
1. Bucu atas kain anduh hendaklah
diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam untuk lebih
kemas.

ANDUH PERGELANGAN TANGAN / TAPAK KAKI.
1. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan/kaki
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki.

42

2. TINDAKAN KECEMASAN

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh
pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa
kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau
sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan
nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan
mendapat rawatan doktor.

Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas
atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan
sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan
dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara rawatan segera.

PENDARAHAN

Pendarahan juga dikenali sebagai kehilangan darah, berdarah atau hemoraj
adalah darah yang keluar dari sistem peredaran darah berpunca dari saluran darah
yang rosak.

Pendarahan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1. Pendarahan Luaran (external) seperti luka terhiris yang disebabkan benda
yang tajam seperti pisau, luka terkoyak yang disebabkan oleh cakaran
binatang atau dawai, luka berdarah berkemungkinan dari pukulan tepat
benda yang tumpul dan luka tembus iaitu luka yang disebabkan oleh tikaman
pisau, jarum dan tembakan.
2. Pendarahan Dalaman (internal) seperti pada perut (muntah berdarah), rahim
(tumpah darah), tali usus (darah pada dubur), buah pinggang (kencing
berdarah), paru-paru/saluran pernafasan (batuk berdarah) dan tengkorak
(darah mengalir melalui telinga atau hidung)
pendarahan dalaman tanpa kesan seperti pada limpa dan hati pecah dan
pendarahan dalam otak.
3. Luka iaitu luka terbuka iaitu luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang
mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan
dan jangkitan kuman. Luka tertutup yang mana pada kebiasaannya kulit tidak
pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang
mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

Cara merawat pendarahan terbuka.
Luka-luka kecil

a) Bersihkan tangan dengan sabun.
b) Jangan sentuh luka dengan tangan yang

kotor.
c) Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
d) Keringkan luka menggunakan tisu atau

tuala/kain yang telah disterilkan.
e) Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
f) Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
g) Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

43

Luka-luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca

atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah :
a) Bersihkan tangan dengan sabun.
b) Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
c) Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
d) Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang

sudah disteril.
e) Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan

yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
f) Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko

jangkitan kuman.
g) Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
h) Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

Tempat-tempat Tekanan pendarahan semasa berlaku pendarahan/luka
a) Temporal arteri –di hadapan telinga.
b) Facial arteri –1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri –1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri –ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk
pertama di belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri –arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri –pergelangan siku.
g) Radial arteri –bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri –bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral –pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri – di belakang lutut.
k) Anterior tibial –pergelangan kaki.

PENGENDALIAN DAN MEMINDAHKAN MANGSA
Dilaksanakan dalam masa membuat kerja-kerja

menyelamat seperti mangsa kemalangan Jalanraya
dan mangsa kebakaran. Sebelum melakukan
pemindahan mangsa perlu dipastikan keadaan
kecederaan yang dialami mangsa kerana setiap
pergerakan akan menambahkan risiko kepada
mangsa.

Terbahagi kepada 2 kaedah :
1. Tanpa menggunakan peralatan –

menggunakan daya usaha penyelamat.
2. Dengan menggunakan peralatan – bantuan

peralatan lain untuk memudahkan kerja-kerja
pemindahan mangsa dilakukan. Peralatan lain
yang biasa digunakan seperti stretcher, kerusi,
selimut, cadar, troli, hos, tali
Pemilihan cara memindahkan mangsa ini
adalah mengikut seperti perkara berikut :
1. Kesesuaian tempat
2. Keadaan masa
3. Kecederaan mangsa
4. Jumlah penyelamat yang ada

44

3. MEMANGGIL POLIS, BOMBA DAN AMBULAN

Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira masa, tempat dan situasi. Seorang
Pengakap Muda perlu melatih dirinya supaya “selalu sedia” memberi pertolongan.
Apabila berlaku sesuatu kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas, kejutan elektrik,
kebocoran gas, pembunuhan, rompakan dan sebarang jenayah, seorang
pengakap boleh menghubungi pihak polis, bomba dan ambulan.

Cara membuat panggilan dengan
1. Dail 999, atau tekan emergency call pada telefon bimbit.
2. Apabila terdengar suara operator, jawab dengan tenang dan teratur
3. Sebut nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada operator di talian
4. Terangkan kejadian dengan jelas, contohnya kebakaran kilang atau

bangunan kediaman atau bangunan tinggi. Keadaan ini memudahkan pihak
berkuasa untuk bertindak
5. Beritahu tempat kejadian dengan tepat (nombor rumah, jalan dan lokasinya)
6. Beritahu berapa ramai mangsa, benda atau kenderaan yang terlibat
7. Tanya apa yang harus kamu lakukan

45

4. KHIDMAT SUKARELA / KHIDMAT MASYARAKAT

REKOD KHIDMAT MASYARAKAT TIGA JAM
LENCANA MAJU

Nama : .................................................................................

Kumpulan Pengakap : ..................................................................................

Sekolah : ..................................................................................

Patrol : ..................................................................................

Jenis Perkhidmatan : ..................................................................................

Tarikh : ......................................................................

Tempat : ......................................................................

Masa : ......................................................................

Laporan : ......................................................................

Pengesahan Pemimpin Kumpulan

46


Click to View FlipBook Version