Nama Nurul Shuhadda Bt Anuar Kelas 3 Stem Amanah Nama Guru Pn.Nur Salimi bt Che Mat Smk Kampong Selamat Kajian Kes sejarah tingkatan 3
Bil Kandungan Halaman 1.0 Objektif kajian 2 2.0 Kaedah Kajian 3 3.0 pengenalan penentangan masyarakat tempatan di negara kita 4 3.1 Faktor penentangan masyarakat tempatan di negara kita 5 3.2 Perjuangan menentang penjajah di negerinegeri melayu dan nilai kesan kejayaan 6-7 3.3 Iktibar perjuangan menentang penjajah di negara kita 8 4.0 Rumusan 9 5.0 Sumber rujukan 10 6.0 Lampiran 11
2.Menjelaskan iktibar perjuangan menentang penjajah di negara kita. Kajian ini dijalankan bagi mencapai 3 objektif yang telah ditetapkan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: Objektif kajian 1. Menerangkan faktor penentangan masyarakat tempatan di negara kita. 3.Menghuraikan perjuangan menentang penjajah di Negeri-negeri Melayu.
Kaedah kajian a) Kaedah rujukan Membuat rujukan tentang matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan
Pengenalan Campur tangan kuasa Barat membawa perubahan kepada sistem pentadbiran Barat. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan kerana kehilangan hak dan kedudukan. Oleh itu, bangkitnya penentangan dari masyarakat tempatan. Matlamat perjuangan Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan pentadbiran Barat yang merugikan mereka Menegmbalikan dan mengekalkan sistem pemtadbiran tradisional sebagaimana sedia ada Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan Bentuk penentangan Penentangan bersenjata Mencabar perjanjian Menggunakan sistem perundangan
Seorang pahlawan terkenal di Pahang,Malaysia Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh Seorang Orang Besar Raja (seorang lelaki yang mentadbir tanah yang diberikan kepadanya oleh Sultan dan seorang besar dari salah di istana) di Pahang. Beliau adalah besar-datuk saudaranya itu Abu Samah Mohd Kassim, yang juga seorang pejuang terkenal kemudian menjadi ahli jawatankuasa pusat Parti Komunis Malaya dan nasionalis dalam Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya. Nama gelarannya galah Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Berasal dari suku kaum Bugis Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara Latar belakang Dato’ Bahaman
Faktor penentangan Dato’ Bahaman Pembinaan balai polis Lubuk Terua tanpa pengetahuan beliau Kehilangan hak mengutip cukai & dilucut gelaran sebagai pembesar.
Penjuangan menentang penjajah di Negeri-negeri Melayu Pada tahun 1888,beberapa orang pembesar telahbersatu melawanpenguasan British di Pahang.Apabila J.P Rodgers dilantik sebagai ResidenPahang yang pertama ,Dato Bahaman telah menolak pelaksanaanundang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistempolitik tempatan.Undang-undang British meliputi sistemkehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai dan penubuhanpasukan polis luar.Undang-undang itu telah menghakis kuasa DatoBahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.DatoBahaman dan Tok Gajah serta Iman Rasul telah bersatu menentangBritish. 1890 1891 1892 1894 1895 menentang pembinaan Balai PolisLubuk Terua,kawasan pengaruhnya menyerang British keranamenangkap anak buahnya menyerang dan menawan semula Lubuk Terua menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British,DatoBahaman berundur keKelantan.
Dato Bahaman dan pengikutnya mendapat perlindungan daripada penduduk danpembesar Terengganu dan Kelantan.Dato Bahaman menetap di hulu Kelantanmanakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di hulu Terengganu.Dato Bahamanberpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan polotik oleh RajaChulalongkorn. (1896).Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sarahidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana. Nilai kesan kejayaan Penentangan ialah i)Pentadbiran Tempatan Pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing-masing.British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato Bahaman.Tindakan British ini memalukan beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang. ii)Perundangan Tempatan Konflik antara Dato Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua.Tindakan British menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat. iii)Kewangan Tempatan Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil,Dato Bahaman danpembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungutcukai.Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil.Misalnya,Dato Bahamanditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan.Para pembesar Pahang tidak berpuas hatidengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan MajlisMesyuarat Negeri
Iktibar perjuangan menentang penjajahan di negara kita 1. Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan. Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undangundang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar. Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British. Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya. 2.Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga.Perebutan kuasaakan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.
Rumusan Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian kes tentang Penentangan Masyarakat Tempatan.Sepanjang menjalankan kajian kes tentang Penentang masyarakat tempatan,terdapat latar belakang tokoh Dato Bahaman,peristiwa penentangan dan kesan kejayaan penentangan yang telah saya pelajari.Hasilnya,saya dapat merumuskan bahawa Penentangan Masyarakat Tempatan amat bergantung pada matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan.Kesimpulannya,jelaslah kepada kita memerihalkan kebangkitan masyarakat tempatan menentang British.Dasar pentadbiran British yang mengancam kedudukan raja dan pembesar Melayu menjadi faktor utama kebangkitan penentangan ini.Rakyat turut merasai kesan perubahan pentadbiran Barat apabila mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi dan amalan budaya tradisional mereka terancam.Maka,bermulalah tiupan semangat nasionalisme anti-Barat dalam kalangan masyarakat.
Sumber rujukan 1.Rujukan buku -Dr.Azharudin Bin Mohamed Bali,Ridzuan Bin Hasan,Muslimin Bin Fadzil.2018,Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan BahasaDan Pusaka 2.Rujukan internet -https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-07-01/kssm-f3-sj-07/07-01- matlamat-dan-bentuk-penentangan-masyarakat-tempatan -https://www.studocu.com/cl/document/instituto-profesional-ipg/sejarahpolitik-tanah-melayu-sehingga-awal-abab-ke-19.com
Lampiran