The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norsyazana K, 2024-05-19 17:34:01

Buku program KEMPEN H.I.J.A.U

Buku program KEMPEN H.I.J.A.U

Keywords: hijau,kantin

PELANCARAN KEMPEN HAPUS ITEM (PLASTIK), JAGA ALAM UTAMA 20 Mei 2024 Dewan Bakti, Masa dan tempat ANJURAN: UNIT HAL EHWAL MURID, #TOGETHER GAIN SUCCESSH.I.J.A.U SMK Puteri Titiwangsa SMK PUTERI TITIWANGSA


Mengurangkan penggunaan barangan plastik sekali guna di sekolah. Mendidik murid SMK Puteri Titiwangsa mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Meningkatkan kesedaran warga SMK Puteri Titiwangsa mengenai alternatif mesra alam yang boleh digunakan. Menggalakkan warga SMK Puteri Titiwangsa untuk mengamalkan gaya hidup hijau dan lestari. Pengenalan Kempen H.I.J.A.U (Hapus Item plastik, Jaga Alam Utama) merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan barangan plastik di SMK Puteri Titiwangsa. Penggunaan plastik secara berlebihan, terutama sekali barangan plastik sekali guna seperti sudu plastik, garfu plastik, dan straw plastik telah memberikan impak negatif yang besar terhadap alam sekitar. Plastik yang tidak terurai dengan cepat boleh mencemarkan tanah dan lautan, mengakibatkan kematian hidupan marin dan menjejaskan keseimbangan ekosistem. Oleh itu, langkah proaktif melalui kempen ini adalah amat penting untuk membentuk kesedaran dan memupuk amalan hijau dalam kalangan warga sekolah. Kempen ini akan dilaksanakan bermula bulan Mei dan sepanjang sesi persekolahan. Semoga kempen ini dapat memupuk murid mengenai kesedaran menjaga dan melestarikan alam sekitar. Objektif


JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Puan Rozila binti Iberahim (Pengetua SMK Puteri Titiwangsa) Naib Pengerusi : Puan Azlina binti Muhammad (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi I : Puan Sharifah Norashikin binti Syed Abu Bakar (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II : Puan Tuan Juhaida binti Tuan Muhammad Amin (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha : Puan Nur Shafika binti Johari (Setiausaha Kantin) Pen Setiausaha : Cik Norsyazana binti Kamarudin Ahli Jawatankuasa : Cik Faridah binti Mohd Yassin Puan Evoyana Anak Chamia Cik Nur Yasmin Afifie binti Saiful Bahri Cik Nor Syahirah binti Sarian


TENTATIFPROGRAMPELANCARAN 7.20 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di dewan 7.25 pagi : Ketibaan Pengetua bersama barisan pentadbir Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Maju & Sejahtera Bacaan Doa Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar TGS Laporan guru bertugas mingguan M10 Guru bertugas mingguan M11 7.45 pagi :Ucapan Pentadbir (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) :Gimik pelancaran kempen H.I.J.A.U 8.20 pagi : Majlis diserahkan kembali kepada pengacara majlis perhimpunan pagi : Nyanyian lagu sekolah


Click to View FlipBook Version