EDISI 1
2020
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, saya diberi
kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Buletin U8 edisi pertama tahun
2020 ini.
Tahniah diucapkan kerana berjaya menyiapkan Buletin U8 edisi pertama bagi Sekolah
Menengah Kebangsaan USJ 8 ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen
yang tinggi sudah tentu usaha murni ini tidak dapat disempurnakan seperti yang
dirancang.
Justeru, saya berbesar hati mengucapan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Sidang Redaksi yang telah mempamerkan kesungguhan dalam
merealisasikan hasrat penerbitan Buletin U8. Usaha ini secara tidak langsung telah
membuktikan kesungguhan warga sekolah dalam menghasilkan dokumentasi yang
berkualiti sebagai rujukan pada masa hadapan.
Syabas! Semoga penghasilan Buletin U8 ini akan dijadikan salah satu wadah dalam
menyampaikan maklumat kepada seluruh warga SMK USJ 8 dari semasa ke semasa.
Akhir kalam, semoga SMK USJ 8 terus mengorak langkah dalam apa jua bidang sehingga
ke peringkat yang tertinggi.
Sekian, Wassalam.
Mohd Fauzi Bin Zailan
Pengetua Cemerlang SMK USJ 8
Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2020
Khamis, 2 Jan : Sesi persekolahan dibuka
bagi tahun 2020. Semua murid dan guru
melangkah dengan azam dan semangat
yang baharu. Pelbagai reaksi menarik dapat
dirakamkan pada hari pertama
persekolahan.
SIDANG PENGARANG BULETIN U8
PENASIHAT
EN MOHD FAUZI BIN ZAILAN
PENYELARAS
PN ZALNIDAMASNITA BINTI RAZALI
KETUA EDITOR
PN MARINI MAT RASID
PENDAFTARAN UNIT KOKURIKULUM
Pada 07 Januari 2020, telah diadakan Pendaftaran Unit Kokurikulum melibatkan tingkatan
peralihan, 1, 3,dan 4. Pendaftaran ini menggunakan kaedah google form yang mana setiap
murid dapat mendaftar sekali sahaja. Nama murid akan hilang dari list selepas mendaftar
memandangkan penyertaan telah dihadkan bagi setiap unit.
KEJOHANAN LARIAN U8
Larian U8 diadakan pada 10 Januari 2020. Program ini dianjurkan oleh Unit Sukan SMK
USJ 8. Acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan diikuti dengan taklimat
keselamatan oleh setiausaha sukan sebelum murid-murid dilepaskan mengikut
kategori.
KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE-18
Pada 28 Februari 2020,
telah diadakan Kejohanan
Sukan dan Olahraga SMK
USJ 8 Kali Ke-18. Program
ini telah berlangsung pada
jam 7.30 pagi hingga 12.20
tengah hari. Program ini
melibatkan semua murid
SMK USJ 8.
PERASMIAN PROGRAM SUKSES & MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2020
Pada 31 Januari 2020 telah diadakan
Majlis Penetapan Target bagi calon
SPM 2020.
MESYUARAT AGUNG PIBG
Pada 22 Februari 2020, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG di Dataran Ilmu. Mesyuarat ini bertujuan
melantik Ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HANIS (HARI NILAM SELANGOR DAN SEMARAK NILAM)
Majlis Pelancaran Nilam
merupakan acara tahunan
Pusat Sumber Sekolah
(PSS).
Program ini telah diadakan
pada 22 Februari 2020.
EDUCATION FUN RUN 2.0 ( EFR)
Pada 9 Februari 2020 bertempat di Dataran Shah Alam aktiviti Education Fun Run 2.0 disertai
para guru-guru SMK USJ 8
MAJLIS PELANTIKAN KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN
Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Tingkatan telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Mac 2020.
Majlis dimulai dengan penyerahan tanda nama, lafaz ikrar dan disusuli dengan sesi fotografi melibatkan
semua ketua dan penolong tingkatan.
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SMK USJ 8
Pada 9 Mac 2020 diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas. Bacaan ikrar diketuai
oleh Ketua Pengawas Sekolah dilaungkan dengan penuh bersemangat.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
SMK USJ 8 mengadakan pertandingan kawad kaki badan beruniform pada 4 Mac 2020. Penilaian
dibuat ke atas kekemasan pakaian diikuti dengan pertandingan kawad kaki. Majlis perasmian dan
penutup disempurnakan oleh Inspektor Judip bin Barandy, Pegawai Perhubungan Sekolah. Hakim
jemputan termasuklah Koperal Samsun bin Md Noor - Trafik IPD Subang Jaya, Hashim Wahdi bin
Ahmad Shauki - Kadet ATM (SK DATO ONN JAAFAR), Datin Hanizah binti Md Hanifah – KRS (SMK
BANDAR PUNCAK JALIL), Md Juri bin Kamdi – BOMBA (SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA), Ismady
bin Ahmad (SAM BESTARI) dan Muhammad bin Yusof – PENGAKAP (SMK KELANA JAYA).
MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Keputusan SPM 2019 yang diumumkan pada 5 Mac 2020 menyaksikan seorang murid kita telah
berjaya meraih keputusan terbaik iaitu Ahmad Daniel Bin Muhammad Idress yang berjaya mendapat
10 A+.
PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19
Bermula 18 Mac 2020 sesi persekolahan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
Namun, pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang perintah kawalan
pergerakan (pkp) tetap dijayakan oleh seluruh warga guru dan murid.
PERSEKOLAHAN DENGAN NORMA BAHARU
16 Jun 2020, guru-guru bertungkus-lumus membuat persiapan pembukaan sekolah yang melibatkan
murid tingkatan 5 mengikut norma baharu serta SOP yang telah ditetapkan.
Hari pertama persekolahan dibuka dalam suasana pandemik melibatkan semua calon peperiksaan SPM
(24 Jun 2020)
Sesi pembelajaran bersemuka bagi tingkatan peralihan, 1, 2, 3 dan 4 (15 Julai 2020)
MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA
Menjelang 15 September 2020, SMK USJ 8 telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan
bertemakan ‘Pakaian Tradisional’. Walaupun disambut mengikut norma baharu dan mematuhi SOP yang
telah ditetapkan, majlis disambut meriah dengan penglibatan murid tingkatan 5. Persembahan murid-
murid tingkatan 5 diabadikan sebagai kenang-kenangan setelah 5 tahun bersekolah di SMK USJ 8.
PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19 2.0
Bermula 12 Oktober 2020 hingga 17 Disember 2020 sesi persekolahan sekali
lagi ditangguhkan kesan daripada pandemik Covid-19 menuntut warga
sekolah menjalani pembelajaran dari rumah atau home based learning
sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
MAJLIS PERSARAAN PUAN NOR’AIDAH BINTI ABDULLAH ( PK PETANG SMK USJ 8)
(4 Mac 2020)
Majlis Persaraan Penolon Kanan Petang iaitu
Pn. Noraidah bt Abdullah
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung;
Hendak membeli tikar rotan,
Budi dikenang bakti disanjung;
Kekal subur dalam ingatan.
MAJLIS MERAIKAN PUAN KANNAGY ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PK
PETANG DI SMK USJ 4 SUBANG JAYA
17 Januari 2020
Sekalung ucapan Tahniah buat Puan Kannagy
MAJLIS PERPISAHAN DAN MERAIKAN PUAN MAHNUM BINTI MOHAMAD ATAS KENAIKAN
PANGKAT SEBAGAI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DI SMK USJ 13 SUBANG JAYA
Tahniah diucapkan kepada Puan Mahnum. Jasamu dikenang,
baktimu dijulang.
MAJLIS PERPISAHAN PUAN HALIMATUL SA’ADIAH BINTI ABDUL RAZAK YANG BERPINDAH KE
SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1
Selamat bertugas di tempat baharu.
Semoga lebih cemerlang.
11 September 2020
MAJLIS PERPISAHAN EN. SULL HAZRY BIN MOHD ALI DAN EN. HILMI BIN ABDUL WAHAB
Tinggi bukit gilang-gemilang;
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidak kan hilang;
Itu menjadi kenang-kenangan.
24 September 2020
MAJLIS PERPISAHAN DATUK M. MAGENDRAN A/L M. MUNISAMY ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI
PENGETUA DI SMK TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM
27 November 2020
TAHNIAH DATUK M. MAGENDRAN
Sekian , Terima Kasih.