KESIHATAN DAN
PERPADUAN
PREPAREd BY:
NUR ELIS FITRINI BINTI MOHD AKHIR JAMALUDIN (16DEE20F1002)
NUR AIDA NABILAH BINTI MOHD FADLI (16DEE20F1015)
NAZREEN AQILLA BINTI MOHAMAD SAID (16DEE20F1020)
Masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang
hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama
dalam perbualan setiap masyarakat mahupun kaum
.jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih atau
berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit yang
bernahaya seperti demam denggi dan kencing tikus.oleh
itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan
antara kaum kerana masyarakat akan saling menunding
jari antara satu sama lain.
Seterusnya, perpaduan antara kaum semakin
pudar.disebabkan itu persekitaran yang bersih menjamin
kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman
dan harmoni oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan
antara kaum dapat dielakkan
Sebagai contoh, di era norma baharu yang sedang kita
hadapi sekarang ini, disebabkan penularan virus covid -19
perpaduan juga dapat dicipta melalui kerjasama barisan
hadapan dan juga masyarakat tidak kira kaum bersama
sama menjalankan perintah kawalan pergerakan (pkp)
bagi mencegah virus ini tular dengan lebih pesat
Melalui perpaduan ini, malaysia dapat dilihat sebagai
negara yang makmur dan harmoni dengan
masyarakat pluraliti dan itu tidak menjadikan ia satu
beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara
ini sebagai sebuah negara hebat di samping itu ia
dapat membasmi penyakit berbahaya juga
permusuhan antara kaum mahupun negara kerana
sifat perkauman adalah musuh utama negara kita.
Dalam sektor ekonomi,ahli perniagaaan tidak kira
bangsa sama ada Melayu, Cina ata India yang
dermawan juga memberikan sumbangan yang besar
dalam kesihatan.Mereka berganding bahu bersama
masyarakat dalam menjayakan sebuah program
sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan
.Contohnya, memberikan perkhidmatan perbuatan,
keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan
kepada yang masyarakat yang memerlukan.
Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan
ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi
memupuk kesedaran di kalangan masyarakat
berbilang kaum.Hal ini sekaligus, dapat memperkukuh
perpaduan masyarakat di samping mengelakkan
penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik
serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang
tinggal di kawasan perumahan rakyat engakui bahawa
mereka berasa gembira berkawan dengan rakan yang
berlainan bangsa dimana ereka jugamengakui bahawa
mereka bersama-sama jiran-jiran mereka saling
menghormati. Malah mereka juga boleh bertolak
ansur dengan rakan-rakan berlainan bangsa serta
mampu menjalankan pelbagai aktiviti bersama sama.
Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang
dijalankan oleh Ruth etal (2016) yang mendapati
bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian
mereka menunjukkan rasa selesa menjalankan
tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan rakan
yang berlainan kaum dan berasa selesa dibawah
kepimpinan yang berlainan kaum.
Manakala berdasarkan analisis regresi berganda yang
dijalankan secara stepwise dengan menggunakan
sampel kajian sejumlah 244 orang remaja, hasil kajian
mendapati 4 faktor yang mempengaruhi semangat
perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat iaitu kesihatan diri,
tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan
semangat cintakan Malaysia
.
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, keputusan
mmenunjukkan bahawa kesihatan diri menyumbang
sebanyak 29.0 peratus varians terhadap semangat perpaduan
dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di perumahan
rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri
merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi semangat
perpaduan dalamkalangan remaja B40. Manakala kombinasi
kesihatan diri dan tingkah laku menyumbang sebanyak 6.6%
perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor
hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysis
menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4 varians terhadap
semangat perpaduan.
Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan
kualiti hidup. Oleh itu, kerajaan terus komited untuk
mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan
berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan
usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan. Setiap
rakyat malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos
yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia
perkhidmatan awam atau swasta Aspirasi ini akan
direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar,
khususnya bagi masyarakat yang kurang mendapat akses
kepada perkhidmatan
Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti,
terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang
mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan diperluas
.Ini termasuk peluang perkhidmatan kepada isi rumah yang
berpendapatan rendah, Orang asli di semenanjung malaysia,
dan kawasan luar bandar dan pedalaman di sabah dan
sarawak.
Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramai pakar
dalam bidang perubatan dan kesihatan serta personal
berkemahiran, mewujudkan lebih banyak kemudahan
penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memerlukan
terpencil dan mengembangkan program jangkauan
kesihatan. Sebagai contoh,perkhidmatan doktor udara
dan sukarelawan kesihatan kampung akan diperluas di
kawasan pedalaman yang amat memerlukan
perkhidmatan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat yang
sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi
tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan
dan mendapatkan ubat. Tidak kira apa bangsa, Klinik dan
hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat
dalam mendapatkan rawatan kesihatan terhadap
sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga
dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,
jururawat ,pembantu hospital dan semua kakitangan
hospital akan memastikan pesakit yang datang akan
diberikan rawatan
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di
malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik
perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan
malah lagi dibanggakan Sebagai doktor ataupun
jururawat,mereka tetap akan merawat pesakit yang
datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana
itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga
khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit
melanda negara kita
Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam
negara malaysia kerana rakyatnya yang tidak
membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan.
Masyarakat tidak perlu takut untuk berinteraksi dengan
bangsa yang berbeza kerana kerajaan malaysia sentiasa
memupuk sifat bertolak ansur dan saling hormat
menghormati antara satu sama lain. Dalam kes ini, kita
dapat bekerjasama dalam mengurangkan penyakit
berbahaya yang melanda negara atas sebab rakyatnya
yang sentiasa berdisiplin dan mementingkan bab
penjagaan kebersihan.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan, dapat kita lihat
perkaitan antara kesihatan dan perpaduan.
Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi
kerana dengan adanya perpaduan antara
masyakarat segala masaalah dapat dihadapi
bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang
barru-baru ini merebak ke seluruh negara
seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat
diredakan di negara kita dengan kerjasama
rakyat yang patuh akan arahan pemimpin.
Mereka berkerjasama dalam mengikut ' SOP'
yang ditetapkan serta mengikut perintah
kawalan pergerakkan. Di sini kita dapat lihat
kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dan mampu mengelakkan kes semakin
menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
RUJUKAN
1. http://anyflip.com/nddvn/erea/basic
Siti Wahida 4 November 2020
2.https://etikakesihatandanperpaduan.blo
gspot.com/?m=1
Nurdiana binti mohd noor 30 Oktober 2020
3. https://youtu.be/68MmuP6M5hM
Syed Afif 12 Oktober 2020