MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 46 b. Mempamerkan aktiviti yang telah berlangsung di papan kenyataan yang telah disediakan. c. Sentiasa mengemaskini papan pameran aktiviti d. Mengumpul, menyimpan dan dibukukan segala dokumentasi. e. Mengumpul semua laporan setiap aktiviti/ program untuk dijilidkan dan menyerahkan satu dokumentasi lengkap keseluruhan aktiviti PPKI kepada pengurusan sekolah pada bulan Mac,Jun,September dan November. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU/GURU GANTI a. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing. b. Menyediakan jadual waktu kelas bagi program PPKI. c. Menyediakan salinan jadual waktu bagi rujukan pentadbir d. Mempamerkan jadual waktu peribadidan kelas di bilik pengurusan bagi rujukan semua pihak. e. Menyediakan jadual ganti bagi mengisi masa guru-guru yang tidak hadir. f. Mengedarkan jadual guruganti kepada guru berkenaan. JAWATANKUASA PLC/LDP a. Merancang kursus dan program PLC yang dijalankan sama ada melibatkan guru atau murid. b. Bekerjasama dengan jawatankuasa kewangan bagi menguruskan perbelanjaan c. Menjadi urusetia sepanjang program dijalankan dan mengurus perjalanan In house training. d. Menyediakan fail bagi rujukan/ tindakan/ laporan bagi sesiapa yang menghadiri kursus. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER a. Memastikan susun atur dan suasana sudut pusat sumber yang ceria dan menarik. b. Mengenalpasti keperluan bahan bacaan dan kelengkapan. c. Mengurus pembelian bagibuku-bukupusat sumber
MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 47 d. Menjalankan pelaksanaan program pusat sumber seperti pinjaman, aktiviti dan seumpamanya. JAWATANKUASA MESYUARAT PPKI/ SETIAUSAHA a. Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga. b. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. c. menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan. d. Menguruskan perjalanan mesyuarat. e. Menguruskan surat panggilan mesyuarat kepada pihak berkaitan f. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan satu fail rujukan bagi setiap minit mesyuarat. g. Menjalankan tindakan susulan yang berkaitan dengan keputusan mesyuarat sekiranya perlu. h. Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. i. Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas. j. Mengumpul dan menjilidkan laporan aktivtii-aktivtii kelas pendidikan khas pada akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. JAWATANKUASA BUKU PENGURUSAN a. Menyediakan satu buku panduan pengurusan di awal tahun bagi rujukan dan tindakan. b. Membincangkan dan melakukan penambahbaikan bagi memantapkan perjalanan program. c. Mengedar secukupnya buku panduan dan tugasan bagi rujukan pihak berkenaan. d. Mendapatkan maklumat dari guru berkenaan di akhir tahun bagi memantapkan pengurusan.
MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 48 JAWATANKUASA KEBAJIKAN PPKI a. Menguruskan hal berkaitan badan kebajikan PPKI b. Menjadi setiausaha yang menggerakkan aktiviti dan kerjasama antara pengurusan PPKI. c. Menyusun aktiviti dan perancangan bagi melicinkan program d. Menghidupkan aktiviti dalam urusan mesyuarat dan perjumpaan yang membabitkan PPKI dan ibu bapa. JAWATANKUASA HAL EHWAL GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS a. Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada PPD masing-masing. b. Memastiakn semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya mendapat bayaran insentif mengajar kanak-kanak khas. c. Menghantar guru-guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya menghadiri kursus minima 7 hari setahun. JAWATANKUASA DATA a) Menyediakan dan mengemaskini data dan maklumat kakitangan dan murid b) Menghantar laporan berhubung data kepada guru data SMK Paya Pulai dan Jabatan. c) Mengurus pengisian maklumat yang terkini ke dalam data. d) Menghadiri sebarang kursus dan mesyuarat berhubung data dan organisasi pihak berkaitan. e) Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada pejabat pelajaran daerah masing-masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan. f) Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam fail laporan status Program Pendidikan Khas.
MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 49 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN KECERIAAN KELAS a) Menyelaraskan perjalanan kelas dan pengagihan murid mengikut pencapaian/ kebolehan b) Menyelaras pengurusan buku kedatangan murid bagi setiap kelas. c) Menjalankan tiugas berhubung kebajikan disiplin mengikut kelas. d) Menjadi penyelaras program kebersihan dan keceriaan PPKI. e) Menjalankan pemantauan dan memberi cadangan serta tindakan susulan ke arah keceriaan program. f) Menyediakan kertas cadangan dengan kos dan pelan lokasi untuk keceriaan PPKI. g) Menjalankan aktiviti menceriakan fizikal PPKI. h) Membentuk jawatankuasa keceriaan kelas Pendidikan Khas. i) Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas Pendidikan Khas. j) Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan. k) Memastikan penglibatan di dalam pentandingan keceriaan kelas peringkat sekolah, daerah dan negeri. l) Melengkap dan mengemaskini maklumat di bilik-bilik Pendidikan Khas. JAWATANKUASA DISIPLIN MURID a) Menyelaraskan dan menentukan dasar displin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling berkaitan. b) Membantu pengetua menguatkuasa dan melaksana peraturan dan displin. c) Melaksana program bagi memantapkan disiplin murid dengan berkesan. d) Menjadi pegawai berhubungan antara komuniti dalam menangani kes displin . e) Berkerjasama dengan jawatankuasa disiplin sekolah kearah menangani kes disiplin murid. f) Mengendalikan kes-kes disiplin murid. g) Berbincang dengan GPK Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan bersama-sama Guru Pendidikan Khas lain bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas. h) Berbincang dengan GPK Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu-bapa murid Pendidikan Khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan. i) Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan dalam Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas dan Sistem Disiplin Pendidikan Khas Sekolah (SDPKS).
MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 50 J) Guru disiplin kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Displin Kelas Pendidikan Khas.Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid Pendidikan Khas dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut : Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas, Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku, Catatan jenis masalah tingkahlaku,masa dan tarikh berlaku Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut, Surat pemakluman kepada ibu bapa/penjaga, Surat perjanjian dengan ibu bapa /penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka, Rekod perkembangan semasa tingkahlaku ke atas anak mereka, Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut , Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani. JAWATANKUASA KUTIPAN YURAN & TABUNG KEBAJIKAN MURID a) Menjadi bendahari PPKI b) Mengutip yuran PIBG dan tabung kebajikan murid PPKI. c) Menyediakan akaun kewangan bagi Tabung Kebajikan murid PPKI. d) Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain. e) Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung kelas pendidikan khas. f) Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap bulan. g) Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. JAWATANKUASA KEROHANIAN a) Menjadi bahan induk kegiatan kerohanian dan dakwah di program PPKI. b) Merancang dan menyelaras aktiviti dan program dakwah peringkat PPKI. c) Menjadi penyelaras dalam aktiviti kerohanian dan dakwah murid PPKI dalam program yang dirancang oleh pihak sekolah. d) Mengadakan sambutan hari kebesaran Islam. e) Menjadi pengurus bagi program dan kem dakwah murid PPKI.
MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2023 51