The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SMKPP 2022 versi 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lily Baharudin, 2022-04-06 23:32:28

manual pengurusan ppki smkpp 2022

MANUAL PENGURUSAN SMKPP 2022 versi 2

MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2022

JAWATANKUASA KEBAJIKAN PPKI

a. Menguruskan hal berkaitan badan kebajikan PPKI
b. Menjadi setiausaha yang menggerakkan aktiviti dan kerjasama antara

pengurusan PPKI.
c. Menyusun aktiviti dan perancangan bagi melicinkan program
d. Menghidupkan aktiviti dalam urusan mesyuarat dan perjumpaan yang

membabitkan PPKI dan ibu bapa.

JAWATANKUASA HAL EHWAL GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

a. Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan pendidikan khas kepada PPD masing-masing.

b. Memastiakn semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya mendapat
bayaran insentif mengajar kanak-kanak khas.

c. Menghantar guru-guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya menghadiri
kursus minima 7 hari setahun.

JAWATANKUASA DATA

a) Menyediakan dan mengemaskini data dan maklumat kakitangan dan murid
b) Menghantar laporan berhubung data kepada guru data SMK Paya Pulai dan

Jabatan.
c) Mengurus pengisian maklumat yang terkini ke dalam data.
d) Menghadiri sebarang kursus dan mesyuarat berhubung data dan organisasi pihak

berkaitan.
e) Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan

dihantar kepada pejabat pelajaran daerah masing-masing sebelum atau pada 10
haribulan setiap bulan.
f) Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam fail laporan
status Program Pendidikan Khas.

50

MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2022

JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN KECERIAN KELAS
a) Menyelaraskan perjalanan kelas dan pengagihan murid mengikut pencapaian/
kebolehan
b) Menyelaras pengurusan buku kedatangan murid bagi setiap kelas.
c) Menjalankan tiugas berhubung kebajikan disiplin mengikut kelas.
d) Menjadi penyelaras program kebersihan dan keceriaan PPKI.
e) Menjalankan pemantauan dan memberi cadangan serta tindakan susulan ke arah
keceriaan program.
f) Menyediakan kertas cadangan dengan kos dan pelan lokasi untuk keceriaan PPKI.
g) Menjalankan aktiviti menceriakan fizikal PPKI.
h) Membentuk jawatankuasa keceriaan kelas Pendidikan Khas.
i) Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas Pendidikan Khas.
j) Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.
k) Memastikan penglibatan di dalam pentandingan keceriaan kelas peringkat sekolah,
daerah dan negeri.
l) Melengkap dan mengemaskini maklumat di bilik-bilik Pendidikan Khas.

JAWATANKUASA DISIPLIN MURID
a) Menyelaraskan dan menentukan dasar displin dan peraturan sekolah berpandukan
pekeliling berkaitan.
b) Membantu pengetua menguatkuasa dan melaksana peraturan dan displin.
c) Melaksana program bagi memantapkan disiplin murid dengan berkesan.
d) Menjadi pegawai berhubungan antara komuniti dalam menangani kes displin .
e) Berkerjasama dengan jawatankuasa disiplin sekolah kearah menangani kes disiplin
murid.
f) Mengendalikan kes-kes disiplin murid.
g) Berbincang dengan GPK Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan
bersama-sama Guru Pendidikan Khas lain bagi membincangkan dan menyelesaikan
masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas.
h) Berbincang dengan GPK Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan perjumpaan dengan ibu-bapa murid Pendidikan Khas yang menunjukkan
masalah tingkahlaku yang membimbangkan.
i) Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan dalam
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas dan Sistem Disiplin Pendidikan Khas Sekolah
(SDPKS).

51

MANUAL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SMK PAYA PULAI TAHUN 2022

J) Guru disiplin kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskinikan Fail Displin Kelas Pendidikan Khas.Fail ini merekodkan tingkahlaku
murid-murid Pendidikan Khas dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian
tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah
tingkahlaku,
Catatan jenis masalah tingkahlaku,masa dan tarikh berlaku
Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
Surat pemakluman kepada ibu bapa/penjaga,
Surat perjanjian dengan ibu bapa /penjaga berhubung dengan pelaksanaan
pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
Rekod perkembangan semasa tingkahlaku ke atas anak mereka,
Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut ,
Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

JAWATANKUASA KUTIPAN YURAN & TABUNG KEBAJIKAN MURID
a) Menjadi bendahari PPKI
b) Mengutip yuran PIBG dan tabung kebajikan murid PPKI.
c) Menyediakan akaun kewangan bagi Tabung Kebajikan murid PPKI.
d) Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
e) Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang
dari tabung kelas pendidikan khas.
f) Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap bulan.
g) Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas.

JAWATANKUASA KEROHANIAN

a) Menjadi bahan induk kegiatan kerohanian dan dakwah di program PPKI.
b) Merancang dan menyelaras aktiviti dan program dakwah peringkat PPKI.
c) Menjadi penyelaras dalam aktiviti kerohanian dan dakwah murid PPKI dalam
program yang dirancang oleh pihak sekolah.
d) Mengadakan sambutan hari kebesaran Islam.
e) Menjadi pengurus bagi program dan kem dakwah murid PPKI.

52


Click to View FlipBook Version