The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN MURID SEKSYEN 27 SESI PERSEKOLAH AN TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nooraiza009, 2021-03-30 23:45:40

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

PANDUAN MURID SEKSYEN 27 SESI PERSEKOLAH AN TAHUN 2021

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27,
JALAN SELAYANG 27/27, SEKSYEN 27
40400,SHAH ALAM SELANGOR

5 APRIL 2021- ISNIN

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Latar Belakang

Pembukaan Semula Sekolah dalam norma baharu 2.0 telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pembukaan sesi persekolahan 2021 secara bersemuka ialah pada
5 April 2021.

Kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dilaksana dengan mematuhi segala Prosedur Operasi
Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan dengan mematuhi ciri
keselamatan dan kesihatan yang ketat . lni bertujuan mengelakkan
wabak pandemik COVID 19 daripada merebak di sekolah.

Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 memberi
perhatian serius dan keutamaan kepada keselamatan dan
kesihatan warga sekolah serta berharap dengan inisiatif ini maka
penularan pandemik dapat di bendung .

Kumpulan Sasaran

Pembukaan sekolah secara bersemuka melibatkan semua murid
Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan PPKI.

Prosedur Keselamatan Pencegahan COVID-19

Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:

1. Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman atau bersentuhan
dengan orang lain.

2. Sentiasa kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

3. Tidak berada di dalam kumpulan atau kelompok yang rapat.

4. Dikehendaki memakai pelitup muka .

5. Elakkan perkongsian alat tulis, buku dan sebagainya.

6. Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu cara hidup dengan
sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer.

7. Tidak berkongsi makanan, sudu dan garfu.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

A) PERINGATAN MESRA

 Sekiranya ada ahli keluarga murid yang terdekat telah melakukan ujian
swab dan sedang menunggu keputusan, pihak sekolah mohon agar
murid berkenaan direhatkan sehingga keputusan ujian tersebut
dimaklumkan.

 Langkah berjaga-jaga amat diperlukan supaya jangkitan kes dapat
dikawal dan diputuskan.

B) WAKTU PERSEKOLAHAN

HARI TINGKATAN/KELAS MASA
7.30 pagi – 1.00 tengah hari
Isnin - Khamis 1, 2 dan 3 (Mawar, Melur, Melati,

Kenanga, Kemboja, Kekwa)

4 dan 5 (Sapphire, Emerald, 7.30 pagi – 1.30 tengah hari
Diamond, Amethyst, Pearl)

1, 2 dan 3 (Abu Bakar) 7.30 pagi – 2.00 petang

4 dan 5 (Abu Bakar) 7.30 pagi – 2.30 petang

PPKI 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Jumaat 1, 2 dan 3 (Semua kelas) 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

4 dan 5 (Semua kelas) 7.30 pagi – 12.30 tengah hari

PPKI 7.30 pagi -11.45 pagi

C) KAWASAN LARANGAN

Mana-mana kawasan/tempat yang telah dipasang pita merah-putih
adalah diwartakan sebagai kawasan larangan. Murid yang
memasuki kawasan ini boleh diambil tindakan disiplin.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

D) ETIKA BERPAKAIAN

 Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang
lengkap setiap hari.

 Pemakaian kasut sekolah murid haruslah mengikut ketetapan seperti
berikut :

 Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking
berwarna hitam.

 Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking
berwarna putih.

 Pemakaian kasut dan stoking yang berbeza warna kasut adalah tidak
dibenarkan.

 Pemakaian baju PJPK hanya dibenarkan pada hari kelas PJPK mengikut
jadual kelas masing-masing.

 Murid hendaklah memakai baju PJPK yang berwarna ‘maroon’,
berseluar ‘trek’ (hitam/biru gelap sahaja) dan berkasut sekolah.
Pemakaian baju rumah sukan (setiap hari Selasa) tidak dibenarkan
sewaktu PdPc PJPK.

 Murid digalakkan memakai pakaian beruniform penuh/ separa pada hari
Rabu. Namun, pemakaian baju PJPK pada hari Rabu hanya dibenarkan
bagi kelas-kelas yang mempunyai PdPc PJPK dalam jadual waktu sahaja.

 Murid diingatkan untuk memakai pakaian seragam sekolah lengkap
sepanjang minggu peperiksaan. Pakaian PJPK dan baju rumah sukan tidak
dibenarkan semasa menduduki peperiksaan.

 Murid lelaki digalakkan untuk memakai baju melayu putih lengkap
bersampin pada hari Jumaat sepanjang hari persekolahan.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

E) Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah

 Memastikan diri telah menjalani saringan kesihatan iaitu pengambilan
suhu sebaik sahaja tiba di sekolah.

 Hanya murid, guru dan kakitangan dengan suhu badan di bawah 37.50C
sahaja dibenarkan berada dalam kawasan sekolah.

 Murid dengan suhu badan 37.50C dan ke atas serta bergejala seperti
batuk, selesema, demam serta sukar bernafas akan ditempatkan di bilik
isolasi. Ibu bapa atau penjaga akan segera dihubungi.

 Murid dikehendaki memakai pelitup muka ketika berada dalam kawa-
san sekolah.

 Cuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi sebelum masuk ke kelas,
pejabat atau bilik-bilik khas yang terdapat di sekitar sekolah.

 Sila patuh pada pelan laluan pergerakan terarah atau sehala dengan
sentiasa peka kepada tanda arah yang telah disediakan.

 Ketika berada dalam kawasan sekolah, murid perlu sentiasa amalkan
penjarakan fizikal satu meter sebagai langkah pencegahan penularan
wabak covid 19.

F) Di Dalam Kelas

 Jumlah murid di dalam kelas pada setiap masa adalah mengikut
bilangan murid yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

 Susunan meja bagi setiap kelas berada dalam jarak satu (1) meter
(bahu ke bahu).

 Murid tidak digalakkan berkongsi alat tulis atau barangan peribadi.
 Murid perlu berada di tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh men-

gubah kedudukan.
 Murid tidak dibenarkan berkongsi meja dan kerusi.
 Patuh pada pelan laluan pergerakan sehala yang terdapat dalam kelas.
 Dapatkan kebenaran (slip keluar kelas) dari guru jika ingin ke tandas

walaupun pada waktu rehat. Hanya seorang murid dibenarkan ke tandas
pada satu-satu masa.

G) Bilik Guru dan Bilik-bilik Khas

 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

H) Surau

 Penggunaan surau dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

I) Makmal Sains dan Makmal Komputer
 Murid berbaris sebelum masuk ke makmal dengan penjarakan fizikal
dan tidak dibenarkan duduk di tempat bertanda ‘X’.

J) Waktu Rehat

 Waktu rehat murid adalah secara berperingkat. Sila patuhi waktu rehat
kelas masing-masing.

 Murid akan dibenarkan keluar dari kelas dengan pemantauan guru.

 Guna tangga 3 sahaja untuk ke kantin.

 Sentiasa amalkan penjarakan satu (1) meter semasa bergerak ke
kantin dan semasa berurusan membeli makanan di kantin.

 Hanya murid yang ingin membeli makanan atau minuman di kantin
atau koperasi sahaja dibenarkan turun.

 Pihak kantin akan menyediakan makanan dan minuman yang telah
siap dibungkus.

 Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan setelah selesai
membeli makanan.

 Makan dan minum di dalam kelas dengan pemantauan guru.
 Murid amat digalakkan membawa sudu, garfu serta bekalan makanan

dan minuman dari rumah.
 Buang sampah bungkusan makanan ke dalam plastik sampah. Jangan

buang sampah dalam laci meja atau atas lantai setelah selesai makan.
 Ikat dan buang plastik sampah ke dalam tong sampah bertutup yang

disediakan di hujung koridor kelas.
 Terus amalkan sikap positif menjaga persekitaran kelas agar sentiasa

bersih sepanjang masa terutamanya selepas rehat.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

K) Bilik Segar ( Tandas)

 Elakkan penggunaan tempat yang dilabelkan ‘X’.

 Setiap kali sebelum dan selepas penggunaan bilik segar, bersihkan
tangan dengan sabun yang disediakan.

 Murid perlu beratur diluar bilik segar ikut tanda penjarakan jika bilik segar
penuh. Hanya 5 murid sahaja dibenarkan berada di dalam bilik segar
pada satu-satu masa.

L) Waktu balik

Murid akan dibenarkan keluar secara berperingkat dari kelas dengan
pemantauan guru.

Murid dari blok A dan B akan turun melalui tangga 3 iaitu tangga kantin
dan keluar dari kawasan sekolah melalui pagar utama.

Murid dari blok C , D dan E akan turun menggunakan tangga 1 iaitu tepi
koperasi. Murid lelaki perlu menggunakan pintu pagar utama dan murid
perempuan perlu menggunakan pintu pagar kecil.

Guru masa akhir perlu mengiringi murid semasa turun hingga ke pagar
sekolah dan memastikan semua murid telah bersurai/pulang.

Pastikan penjarakan 1 meter diamalkan.
Murid perlu membawa pulang semua buku teks, buku tulis dan buku kerja

setiap hari.
Murid perlu terus balik ke rumah dan tidak dibenarkan berada dalam

kawasan sekolah, berkumpul di luar kawasan sekolah atau pergi ke
tempat lain setelah tamat sesi persekolahan.
Pastikan memakai pelitup muka semasa berada di dalam bas sekolah
atau kenderaan awam semasa balik dari sekolah.
Sentiasa elakkan 3S (Sesak, Sempit & Sembang dekat) dan sentiasa
amalkan 3W ( Wash, Wear & Warn ).

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Penglibatan ibu bapa/penjaga

Ibu bapa/ penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak/ anak
jagaan iaitu:

 Penjarakan fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan.
 Tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.
 Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.
 Menghantar dan mengambil anak/anak jagaan termasuk jika

dihubungi pihak sekolah.
 Menyediakan makanan dan minuman dari rumah bagi mengurangkan

pergerakan ke kantin.
 Memastikan sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
 Menasihati anak-anak tidak berkongsi peralatan termasuk makanan

dan minuman dengan orang lain.

Saranan kepada ibu bapa / penjaga

 Anak tidak ke sekolah jika bergejala: atau lebih), Batuk, Selsema,

Demam ( Suhu badan 37.5°C
Sakit tekak, Sesak Nafas

 Anak diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal di
dalam kelas, kantin, semasa menunggu kenderaan dan di dalam bas.

 Anak diajar langkah mencuci tangan dengan betul menggunakan
'hand sanitizer' atau sabun dan air.

 Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

‘Prihatin Rakyat: Darutat Memerangi Covid-19’
‘TS 25: Penggerak Pembelajaran Bermakna’
‘Lindung Diri,Lindung Semua’

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM


Click to View FlipBook Version