The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhaz wani, 2019-12-26 08:52:59

minit mesyuarat kokurikulum bil 4/2019

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KE 4 2019

Tarikh : MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

SMK TAMAN INDERAWASIH

BIL. 4 / 2019
12 NOVEMBER 2019

Hari : SELASA

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SMKTI

Kehadiran :-

Tn Hj Ramli Bin Ahmad

En Aidi Bin Arifin

Tn Hj Zarman Bin Zainal Abidin

Pn Hjh Norhana Binti Ghazali

Pn Anne Louisa A/P Arokasamy

Pn. Asimah Binti Saad

Pn. Rosnah Binti Othman

Pn Wan Basthiah Binti Abdul Rahman

En Rasimi Bin Mohd Yusof

En. Khairul Nizam Bin. Abdul Manaf

En. Lai Nam Chun

En. Mohd Amran Bin Abdul Wahab

En. Saiful Adli Bin Ismail

En Mohd Zaiman Bin Ali

Pn. Marlizam Binti Ramli

Pn. Adila Binti Ab. Sukor

Pn. Mardhati Binti Zuber

Pn. Goh Bee Sian

Pn. Law Mee Peng

Pn. Phuah Siew Imm

Cik Tan Mee Hiang

Pn. Hafizah Bt. Raslan

Pn. Jamilah Bt. Mohamad Noor

Pn. Mok Hei Wei

Pn. Nooraidila Bt. Saaid

Pn. Romah Bt. Husin

Pn. Nurhazwani Binti Jamil

Pn. Rahmas Binti Mohamad Sharoin

Pn. Siti Noorseriwani Bt. Adris

Pn. Rahmas Bt. Mohamad Sharoin

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat PAJSK
5. Pengurusan Kokurikulum
6. Hal-hal lain
7. Penutup

1

AGENDA 1.0 Ucapan Pengerusi
Tn Hj Ramli Bin Ahmad selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-
fatihah. Pengerusi berterima kasih kepada guru-guru yang hadir.

Tindakan: Makluman
AGENDA 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Setiausaha Kokurikulum telah membentangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali ketiga
(Bil. 3/2019).En Rasimi mencadangkan minit mesyuarat diterima dan seterusnya disahkan dan disokong
oleh Pn. Jamilah

Tindakan: Makluman

AGENDA 3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Berdasarkan perkara 3.3, Pn. Nor Hana menerangkan bahawa penggunaan buku log bagi unit
uniform belum diwajibkan tetapi mengikut kepada keperluan terutama untuk kenaikan pangkat bagi
unit uniform tertentu seperti Kadet Polis, JPAM dan lain-lain.

Tindakan: Makluman

3.2 Berdasarkan perkara 3.4, Pn. Nor Hana mencadangkan kepada guru-guru supaya membuatjadual
penggiliran bagi aktiviti kokurikulum di sekolah manakala untuk aktiviti luar, guru- guru mesti
mengikut kuota yang ditetapkan.(10 pelajar , 1 guru)

Tindakan:Guru Penasihat

3.3 Berdasarkan perkara 5.2, Pengerusi menegaskan bahawa guru-guru tidak boleh mengeluarkan
pelajar sesuka hati dari mana-mana badan beruniform/ kelab persatuan/ sukan permainan. Guru-guru
mesti merujuk kepada Pn Nor Hana atau Setiausaha kokurikulum.

Tindakan:Guru Penasihat

3.4 Berdasarkan perkara 6.2, Pengerusi memuji guru- guru yang memakai uniform lengkap setiap
rabu. Pengerusi juga berharap agar terdapat penambahbaikan dari guru-guru lain agar menjadi contoh
kepada pelajar.

Tindakan:Semua Guru

AGENDA 4.0 Taklimat PAJSK

4.1 Pn Nor Hana memaklumkan bahawa Laporan SEGAK bagi tingkatan 3 telah disahkan dan belum
dicetak.

Tindakan:Makluman

4.2 Pn. Nor Hana memberitahu masalah utama dalam pengisian markah PAJSK ialah keciciran borang
pelajar. Terdapat pelajar yang tiada borang. Oleh itu, Pn Nor Hana memohon guru-guru untuk menghantar
borang kehadiran pelajar walaupun pelajar tersebut tidak pernah hadir dalam aktiviti kokurikulum.

Tindakan:Makluman

4.3 Pn Nor Hana mencadangkan bahawa Setiausaha PAJSK menyediakan borang kehadiran yang
dilengkapi dengan nama pelajar supaya tiada keciciran berlaku dan memudahkan pengisian data
PAJSK.

Tindakan:Setiausaha PAJSK

4.4 Pn. Nor Hana meminta guru-guru memberikan senarai AJK KELAS yang lengkap, senarai
pengawas, AJK PSS, ALK koperasi, kepada Pn. Mardhati untuk pengisian PAJSK.

Tindakan:Guru Terlibat
4.5 Pn. Mardhati memaklumkan bahawa masih terdapat guru-guru yang belum menghantar borang
kehadiran aktiviti kokurikulum dan meminta guru-guru menghantar borang tersebut selewatnya
sebelum sesi persekolahan 2019 tamat

Tindakan:Guru Terlibat

4.6 Pn Mardhati memaklumkan bahawa markah bagi pencapaian adalah berbeza mengikut kategori.
Guru- guru perlu mengenalpasti tahap pencapaian tertinggi pelajar. Selain itu, bagi masalah
perpindahan pelajar, guru- guru perlu memaklumkan kepada Pn. Nor Hana.

Tindakan: makluman

4.7 Pn. Nor Hana mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang secara sukarela memasukkan
sendiri markah PAJSK bagi ahli mereka.

Tindakan: Makluman

4.8 Pn. Nor Hana memaklumkan bahawa pelajar yang keciciran borang dan tidak hadir, guru akan
merujuk maklumat pendaftaran awal bagi aktiviti kokurikulum dan diisi sebagai ahli tidak aktif.

Tindakan: Makluman

4.9 Pn Nor Hana berharap kerjasama daripada semua guru-guru supaya menyerahkan borang sebelum
cuti agar pengisian PAJSK terutamanya bagi tingkatan 3 dapat disiapkan lebih awal bagi pengurusan
keputusan PT3.

Tindakan: Makluman

AGENDA5 Pengurusan Kokurikulum

5.1 Pn. Nor Hana meminta guru penasihat mengemaskini fail kerana terdapat fail-fail yang masih
tidak dikemaskini dari tahun 2013,serta memindah masuk maklumat ke fail induk dibiliknya,
mengikut 3 tahun terkini.
Tindakan: Guru Penasihat

5.2 Pn Nor Hana meminta guru-guru menyusun fail mengikut senarai semak yang telah diedarkan.
Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat penambahan terbaru dalam senarai semak tersebut
iaitu laporan pencapaian dan salinan sijil.
Tindakan: Guru Penasihat

5.3. Pengerusi mencadangkan agar mewujudkan ruang simpan fail-fail khas untuk pengurusan
kokurikulum.
Tindakan:Pn Nor Hana

5.4 Pengerusi mencadangkan bahawa senarai semak diletakkan dihadapan fail untuk rujukan dan
membuat pembahagian mengikut tahun.
Tindakan: Guru Penasihat

5.5 Pengerusi mengulas tentang pelajar yang tiada rekod. Rekod pelajar tersebut diambil dari
pendaftaran awal.
Tindakan: Makluman

5.6 Pn Nor Hana memberitahu tentang pertukaran kelab/ uniform pelajar atas faktor kewangan
(taekwando/karate) yang memerlukan yuran bulanan, guru perlu memastikan bahawa ianya benar dan
pelajar tersebut perlu membuat surat dan menyatakan kelab/uniform yang dia berminat untuk sertai
dan pelajar tersebut perlu membawa bersama borang kehadiran dari kelab/uniform yang sebelumnya.

Tindakan: Makluman

AGENDA6.0 Hal-hal lain

6.1 Pengetua mencadangkan pengagihan aktiviti kokurikulum bagi pelajar tingkatan 1 dilakukan
lebih awal.

Tindakan: Pn Nor Hana

6.2 Pengetua mencadangkan aktiviti merentas desa peringkat sekolah diadakan pada hari jumaat
dan dalam bulan januari, iaitu lebih awal dari kejohanan merentas desa peringkat negeri untuk
memudahkan pemilihan atlet ke peringkat negeri.

Tindakan: Pn Nor Hana

6.3 Pengetua meminta guru-guru mempromosikan pakaian sukan sekolah kepada pelajar bagi
membantu koperasi terutamanya seluar tracksuit sekolah dan begitu juga t-shirt sukan sekolah.

Tindakan: Semua Guru

6.4 Pengetua memberitahu bahawa belanjawan dan peruntukkan kokurikulum hendaklah dibuat
awal agar tiada masalah kewangan yang timbul.

Tindakan: Makluman

6.5 Pengetua meminta En Khairul Nizam merekodkan pembelian setiap alatan sukan dan
menyenaraikan keperluan peralatan sukan bagi tahun 2020 dan memasukkan didalam peruntukkan
tahun 2020. Pengetua juga mengharapkan peningkatan kpi bagi sukan bola baling pada tahun 2020.

Tindakan: En Khairul Nizam

6.6 Pengetua mencadangkan program peringkat antarabangsa seperti kejurulatihan diadakan bagi
membantu pelajar mendapat markah dalam aktiviti kokurikulum dan membantu kpi guru agar ramai
pelajar yang mendapat sijil di peringkat tertinggi.

Tindakan: Pn Nor Hana

6.7 Pengetua mencadangkan agar mengaktifkan perhimpunan rasmi kokurikulum dan juga kem
kepimpinan bagi memilih dan melatih pelajar dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kokurikulum.

Tindakan: Pn Nor Hana

6.8 Pengetua mengingatkan guru-guru untuk menyediakan surat kutipan yuran (taekwando/karate)
bagi jurulatih luar. Beliau juga mengaingatkan guru agar memasukkan perbincangan tentang kutipan
yuran bulanan kelab dalam minit mesyuarat kelab.

Tindakan:Makluman

6.9 En. Zulkifli memaklumkan bahawa kelab Olahraga memerlukan 20 pasang spike dan Pn
Hafizah memaklumkan bahawa kelab bola baling juga memerlukan alatan untuk latihan. Pn Nor Hana
memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan kertas kerja pembangunan atlet / sukan bagi
bantuan peralatan yang diminta.

Tindakan: Makluman

7.0 Penutup

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn Nor Hana dan semua guru yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.55 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

..................................................... ...................................................

(PN NURHAZWANI BINTI JAMIL) (PN NOR HANA BINTI GHAZALI)


Click to View FlipBook Version