SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI
TEL: 04-3973561 FAKS : 04-3902662
Ruj.Kami : SMKTI(KOKU) 100 -3 3/1 jld.3 (
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 3/2020
Tarikh : 22 SEPTEMBER 2020 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Tertutup SMKTI
Agenda mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2 . Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2020
3 . Perkara Berbangkit
4. Laporan Penyelaras kelab persatuan, badan beruniform, sukan permainan dan ko akademik
5. Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2020
6 . Hal-hal lain
Kehadiran :
Guru hadir
1. En. Ramli bin Ahmad (Pengetua )
2. En. Aidi bin Arifin (PK Pentadbiran)
3. Pn. Norzakiah Binti Hamid (PK Hem)
4. En. Anthony Samy A/L Muniyandi (PKKO)
5. Pn. Rosnah Binti Othman (Setiausaha Kokurikulum)
6. Pn. NurHazwani Binti Jamil (Penolong Setiausaha Kokurikulum)
7. Pn. Asimah binti Saat (Penyelaras pasukan badan beruniform )
8. Pn. Anne Louisa a/p Arokasamy (Penyelaras kokurikulum akademik)
9. Pn. Siti Noorseriwani binti Adris
10. En. Khairul Nizam bin Abdul Manaf
11. En. Saiful Adli bin Ismail
12. Pn. Parveenderjit Kaur a/p Maljit Singh
13. Pn. Chew Siew Mun
14. En. Lai Nam Chun
15. Pn. Rahmas binti Mohd Shoroin
16. Pn. Suzana binti Ismail
17. Pn. Siti Sarah Illyani binti Basiran
18. En. Zulkifle Bin. Harun
19. En. Muhamad Rasimi bin Muhamad Yusup
20. Pn. Phuah Siew Imm
21. Pn. Law Mee Peng
22. En. Mohd Firdaus bin Aziz
23. Pn. Jamilah binti Mohamad Noor
24. Pn. Siti Zurairah binti Abdul Hamid
25. Pn. Mok Hei Wai
26. Pn. Nura binti Ahmad
27. Pn. Marlizam binti Md Ramli
28. Pn. Goh Bee Sian
29. Pn. Noorita binti Pauzi
30. Cik Tan Mee Hiang
31. Pn. Intan Baiduri Bt. Husin
32. Pn. Hafizah Bt. Raslan
33. Pn. Hasliza Bt. Zaferi
34. Pn. Lee Leng Leng
35. Pn. Nooraidila Bt. Saaid
36. Pn. Normala Bt. Ibrahim
37. En. Mohd Faisal Bin Abdullah
38. Pn Mardhati binti Zuber
39. Pn. Nur Azatul Azwa Bt. Aziz
40. Cik Chin Lee Hoon
41. En. Zaiman Bin. Ali
42. Pn. Quay Quan Neo
43. Pn. Komathy A/P Gopalan
44. Pn Romah Binti Husin
45. Pn. Asrah Bt. Abdul Hamid
46. Pn. Mariani Bt. Embran
47. Pn. Nur Raihan Bt. Azmi
48. Pn. Nasirah Bt. Mat Isa
49. Pn. Vikneswary a/p Supiah
50. Pn. Zainon Bt. Yazid
51. Pn. Muthuletchumi A/P kalyana Sundram
Guru yang tidak hadir :
1. Pn. Wan Basthiah Binti Abdul Rahman (Mesyuarat Latihan Pembinaan Item PT3 JU
Peringkat Kebangsaan 2020)
2. Pn. Fauziah Hanim binti Abd Aziz (Cuti Sakit)
3. Pn. Nur Adila binti Ab Sukur (Cuti Sakit)
4. En. Mohd Amran bin Wahab (CRK)
5. Pn. Rashidah binti Sidek ( Pemantauan Penyelarasan SKOR ULBS oleh KPKw)
Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan terima kasih kepada
barisan ketua bidang dan semua guru kerana dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat dan juga taklimat kokurikulum kali ketiga tahun 2020.
Tindakan : Makluman
1.2 Tuan Pengerusi berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama untuk
mendapatkan input-input berkaitan supaya tiada salah faham tentang
pelaksanaan kokurikulum semasa suasana covid.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2020
2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Pn. Nasirah Bt Mat Isa untuk
diterima dan disokong oleh Pn. Hafizah binti Raslan.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tuan Pengerusi membuat teguran mengenai format minit mesyuarat.
Setiausaha perlu membuat penambahbaikan dari segi kehadiran, dimana
kotak tidak perlu diletakkan dan juga menulis nama penuh guru di ruangan
kehadiran.
3.2 Pn Lee Leng Leng memaklumkan bahawa beliau hadir dan meminta
setiausaha untuk mencatatkan semula namanya pada minit mesyuarat yang
lalu.
Tindakan : Setiausaha
4.0 Laporan Penyelaras Kelab persatuan, Unit beruniform, Sukan Permainan dan
Ko akademik
4.1 Laporan Penyelaras Kelab persatuan
Pn Rosnah memaklumkan bahawa kelab persatuan telah menghantar 2
penyertaan iaitu dari kelab PROTUNE dan juga Kelab Pengguna tetapi
keputusan masih belum diperolehi.
Tindakan : Makluman
4.2 Laporan Penyelaras Unit Beruniform
4.2.1 Pn Asimah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru
penasihat yang telah berjaya melengkapkan papan kenyataan namun terdapat
beberapa badan beruniform yang masih belum membuat pertukaran pada
nama PK koko yang baru iaitu En Anthony Samy.
Tindakan : Guru Penasihat
4.2.2 Pn Asimah memaklumkan bahawa 2 Unit beruniform iaitu Kadet Remaja
Sekolah (KRS) yang telah menyertai Cabaran Kem Pro Kadet Remaja, yang
dikendalikan oleh Pn Law dan badan Beruniform Puteri Islam yang telah
menyertai Pertandingan atas talian,iaitu Pertandingan gubahan bahan terbuang
yang dikendalikan oleh Pn Nasirah. Kedua-dua penyertaan ini masih belum
mendapat keputusan.
Tindakan : Makluman
4.3 Laporan Penyelaras ko akademik
4.3.1 Pn Anne memaklumkan bahawa jadual aktiviti ko akademik telah diberikan
seawal bulan Mac, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
semua aktiviti tidak dapat dijalankan.
4.3.2 Pn Anne memaklumkan bahawa untuk Bahasa Inggeris, sekolah kita telah
menyertai 3 pertandingan iaitu poetry recitation, poem writing dan essay
writing. Untuk poem writing , pelajar kita adalah antara 5 sekolah yang
terpilih mewakili Peringkat negeri dan telah mendapat tempat kedua. Pelajar
tersebut, Nor Syafiqa dari kelas 2M menerima wang tunai RM200 dan juga
sijil pencapaian.
4.3.3 Pn Anne juga memaklumkan bahawa bahasa Tamil juga telah menyertai satu
pertandingan tetapi masih belum mendapat keputusan.
Tindakan : Makluman
5.0 Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2020
5.1 Penolong Kanan Kokurikulum mengingatkan bahawa guru-guru haruslah
menjadikan SOP-SOP yang telah diberikan sebagai panduan untuk terus
bergerak dalam menjalankan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.
5.2 Penolong Kanan Kokurikulum juga memaklumkan bahawa SOP yang perlu
guru-guru ikuti ialah SOP pembukaan sekolah yang guru-guru telah terima
dan juga amalkan bermula dari pintu pagar sekolah, mengambil suhu,
memastikan pelajar memakai pelitup muka dan menjarakkan pelajar 1 meter
serta menggalakkan pelajar membasuh tangan dan juga sanitasi bilik darjah
sebelum pulang.
5.3 Penolong Kanan Kokurikulum juga meminta guru-guru membaca dan
mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang
telah dikongsi di telegram sekolah. Antara Garis Panduan Pelaksanaan yang
ditekankan oleh Kementerian ialah :-
A. SEBELUM
1. Kehadiran guru/jurulatih dan murid berdasarkan kepada jadual dan
penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum.
2. Pelan susun atur disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan
padang, gelanggang, dan ruang lain yang bersesuaian.
3. Peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
4. Murid digalakkan mengguna peralatan sendiri seperti raket badminton, tali
ikatan dan alat muzik
5. Bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih.
6. Bilangan murid yang menggunakan bilik mandi/persalinan/tandas
dihadkan mengikut kapasiti bilik.
B. SEMASA
1. Penjarakan fizikal dan prosedur sedia ada perlu dipatuhi bagi aktiviti
berikut: a. satu (1) hingga tiga (3) meter bagi aktiviti statik seperti aktiviti
regangan dan memanaskan badan; dan b. tiga (3) hingga lima (5) meter bagi
aktiviti dinamik seperti latihan sukan, kawad kaki dan tarian.
2. Maklumat disampaikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal.
Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak
dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka (face mask) dan mencuci
tangan dengan sabun dan 7 air/pensanitasi tangan (hand sanitizer) perlu
diamalkan.
3. Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka
dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid
lain
Tindakan : Semua Guru
5.4 Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum di peringkat sekolah :-
a . Semua pelajar berada di dalam kelas masing-masing dan waktu
kokurikulum pada hari Rabu dijalankan pada waktu pertama dan kedua
(7.30pg- 8.30pg)
b . Perjumpaan Kokurikulum dikendalikan oleh Guru Kelas dan Pembantu
Guru Kelas.
c . Bahan aktiviti akan disediakan oleh guru penasihat mengikut jadual yang
telah ditetapkan .
d . Guru-guru boleh mengambil bahan di bilik guru mengikut tingkatan 1-5
e . Senarai kehadiran setiap kelas akan diberikan dan guru perlu merekod
kehadiran pelajar.
f . Setiap pelajar perlu menyediakan satu buku latihan (Panjang) untuk
menyalin nota-nota penting dan melekatkan kertas aktiviti.
g . Guru- guru boleh memulakan aktiviti kokurikulum di kelas dengan latihan
kecergasan seperti memanaskan badan.
h. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah menulis laporan, memohon surat
kebenaran, membina logo t-shirt, cara membuat laporan kewangan, senarai
tugas setiausaha, pertandingan papan kenyataaan, pertandingan silang kata,
pertandingan melukis, kuiz keselamatan, dan juga merancang aktiviti-aktiviti
kelab dan persatuan.
Tindakan : Semua Guru
6.0 Hal-hal Lain
6.1 Tuan Pengetua menegaskan bahawa tiada sistem penggiliran semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan. Semua guru perlu berada di kelas masing-masing
kecuali kepada guru-guru khususnya guru RBT yang mempunyai kelas
sehingga pukul 10.30 untuk membuat penggiliran semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan.
6.2
Tuan Pengetua mengingatkan guru-guru supaya memastikan setiap pelajar
mempunyai buku log bagi tujuan semakan kehadiran pelajar dan juga
penyimpanan bahan yang diedarkan.
6.3
Tuan Pengetua juga mengingatkan guru-guru mengenai pemakaian baju
sekolah pelajar. Untuk hari biasa, pelajar perlu memakai unifom lengkap
sekolah manakala hari rabu, pelajar perlu memakai baju badan beruniform.
Tiada pemakaian baju sukan dibenarkan melainkan atas kebenaran.
6.4
En Aidi memaklumkan bahawa guru-guru perlu melengkapkan pengisian
SKPMG2 pada 30 September 2020.
6.5
Pn NorZakiah meminta guru kelas dan pembantu guru kelas untuk
memastikan buku pemantauan kelas berada di dalam kelas sewaktu PDPC
dijalankan dan meminta ketua kelas untuk menghantar buku tersebut di
6.6 depan pejabat selepas waktu pdpc berakhir.
Pn NorZakiah memaklumkan bahawa kelas yang telah kehabisan “hand
sanitiser” boleh membawa botol berkenaan ke pejabat untuk diisi semula.
Sekiranya terdapat pelajar yang memerlukan pelitup muka, boleh berjumpa
6.7 dengan beliau untuk mendapatkan pelitup muka tersebut.
Pn NorZakiah juga mengingatkan guru-guru untuk menggunakan Pas Keluar
Kelas untuk mengelakkan pelajar berada diluar kelas tanpa kebenaran guru.
Tindakan : Semua Guru
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.45 petang Disemak oleh,
Disediakan oleh, …………………
Anthony Samy A/L Muniyandi
………………… Penolong Kanan Kokurikulum
NurHazwani Binti Jamil SMK Taman Inderawasih
Penolong Setiausaha Kokurikulum
SMK Taman Inderawasih