KASIH
SEORANG
KELUARGA.
Daripada Farhana Umairah.
Pengenalan.
Cerpen ini merupakan cerita yang mengisahkan
kehidupan sebuah keluarga yang kasih akan
anaknya.
Saya harap pembaca dapat pengajaran
daripada cerpen ini.
“Makanlah nasi dekat atas meja tu nanti lapar pula
perut...”arah makcik yang sedang berada di penjuru
ruang tamu.
Makcik Ina yang sudah menjagaku sejak dari kecil
lagi.Makcik yang dianggap emak dan ayah bagiku kerana
dia telah menjagaku dengan penuh kasih sayang dan
ikhlas.Aku bukanlah seorang anak yatim tetapi mak dan
ayahku sudah hilang entah ke mana.Aku selalu juga
memberanikan diri untuk bertanya di manakah
kewujudan mak dan ayahku dan mengapa aku dijaga
oleh orang yang bukan ibu dah ayah kandung kepada
makcik tetapi makcik hanya berdiam diri bahkan selalu
bertukar topik seperti mahu mengelak daripada
menjawab soalanku.
Makcik yang berumur 50-an itu masih tidak berkahwin
lagi atas faktor menjagaku.Aku selalu rasa bersalah
kerana makcik terpaksa menjagaku daripada mencari
jodoh.Makcik Ina pun sudah tidak larat lagi untuk
melakukan banyak aktiviti seperti dahulu kala.
Sebuah kereta yang berwarna merah gelap yang tidak
dikenali apatah lagi dilihat berada di depan rumah
Makcik Ina.Seorang perempuan berumur 30-an dan
berpakaian kemas keluar daripada kereta.Aku cuma
melihat sedikit melalui lubang tingkap kehairanan.
“Assalamualaikum,Cik Ina!”
Suara yang tidak dikenali memecah masuk halaman
rumah yang sunyi itu.Aku cepat-cepat berlari anak untuk
memanggil makcik Ina yang sedang sibuk memasak di
dapur.Makcik Ina cepat-cepat menjawab salam yang
tidak dijawab tadi.
“Waalaikummussalam...eh Ani?
Makcik Ina yang gembira tadi memudarkan
senyuman.Aku berfikir mungkin orang itu bukan
penghantar barang tetapi bagaimana makcik Ina
mengenali perempuan itu?
Muka makcik Ina nampak marah setelah ditenung
lama.Tidak lama kemudian,makcik Ina menjemput
perempuan itu masuk.Aku segera pergi ke dapur untuk
membuat air kerana perempuan itu merupakan tetamu.
“Kenapa tiba-tiba kau datang sini?”tanya makcik Ina
dengan nada yang sedikit marah.Aku terdengar
perbualan mereka dari dapur tetapi aku cuba untuk
mengabaikan kerana hal itu adalalah antara mereka
berdua.
Jag air serta dua cawan diletakkan di atas meja kecil di
ruang tamu.Aku segera menuju ke bilik setelah
mendapat isyarat daripada makcik Ina tadi.
Aku terdengar sedikit perbualan antara makcik Ina dan
perempuan itu semasa hendak menuju ke bilik ketika
menaiki tangga.”Saya datang sini nak ambil dia”kata
perempuan itu sambil mula menangis.
Aku bingung.Siapa yang dia mahu ambil?
Setelah beberapa minit di dalam bilik,makcik Ina
memanggilku dari ruang tamu.Aku segera menuruni
tangga dengan berhati-hati agar tidak terjatuh.”Kemas
baju sekarang”kata makcik Ina seperti aku dan dia tidak
akan berjumpa lagi.Aku yang tidak tahu apa yang terjadi
kebingungan.”Kenapa?”tanya aku sambil memandang
muka makcik Ina yang nampak sedih.
“Ain..ni mak kamu”kata makcik Ina sambil mengelapkan
air mata.Aku yang berdiri di tepi tangga itu terkejut dan
kaku.Aku sangat terkejut sehingga tidak memberikan
sebarang reaksi.
“Ain,ni mak ni,maaf sebab mak tak tengok kamu,jaga
kamu,berhubung dengan kamu..”
Perempuan yang berdiri sebelah makcik Ina mula
menangis dan mendekatkan diri kepadaku untuk
memelukku.Aku tidak pasti bahawa adakah aku perlu
menangis?bersyukur?atau gembira?.Reaksiku tidak
ditunjukkan.
Tiba-tiba sahaja air mata jatuh dipipi.Aku tidak sangka
bahawa aku dapat berjumpa dengan mak kandungku
sendiri dalam keadaan begini tetapi di mana ayahku?
“Mak,mana ayah?”ujarku dengan nada perlahan.Mak
berpaling memandang mukaku sambil tersenyum.Aku
cuba untuk memikirkan apa jawapan yang akan keluar
daripada mulut mak.
“Ayah dah meninggal sebab sakit ...”kata mak perlahan.
Sekali lagi aku terkejut dan kaku disitu.Perasaan sedih
memenuhi suasana yang sunyi tadi.Aku redha kerana
mungkin aku memang tidak ditakdirkan untuk berjumpa
dengan ayahku.Pelbagai soalan yang memenuhi
fikiranku.Aku cuba untuk menenangkan diri dan
bertanya.
Kata mak,mak dan ayah meninggalkanku bersama makcik
Ina kerana masalah kewangan dan mereka berfikir tidak
dapat menjagaku lagi.Sebelum ayahku meninggal,ayah
mahu sangat berjumpa denganku buat kali terakhir untuk
berterima kasih kerana lahir didunia ini dengan kuat
sekali.Sekali lagi,air mataku terjatuh.Mak yang
kehilangan ayah terpaksa menyara hidupnya sendiri
sambil menyelesaikan masalah kewangan yang
dihadapinya.Mak memang sudah lama hendak berjumpa
denganku tetapi takut bahawa aku tidak akan
menyukainya kerana tidak menjagaku.
Walaupun begitu,aku bersyukur sangat kerana aku dapat
melihat mak aku lagi dengan sihat.Aku bersyukur kerana
jikalau mak dan ayahku tidak meninggalkanku sudah
tentu aku tidak dapat berjumpa dengan makcik Ina.Aku
redha kerana mak dan ayah meninggalkanku dalam
keadaan terdesak dan tidak rela tetapi dengan masalah
kewangan,mereka merelakannya.
Aku yang sudah membawa beg pakaian menunggu mak
yang masih bersalam-salaman di dalam rumah.Aku
terpaksa berpindah jauh daripada makcik Ina kerana
pekerjaan mak aku.Makcik Ina yang menangis teresak-
esak melambai kesedihan.Walaupun aku dan mak
terpaksa berpindah jauh tetapi kami akan tetap melawat
makcik Ina.