The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

7 ADAB MURID KEPADA GURU YANG PERLU DIKETAHUI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazwani Muzaini, 2021-04-25 01:01:22

ADAB BERGURU

7 ADAB MURID KEPADA GURU YANG PERLU DIKETAHUI

7 Adab Murid Terhadap Guru Yang Perlu Anda Tahu

1. Memberikan Salam Kepada Guru

Lihat pada zaman dahulu murid akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana perasaan
takut dan hormat yang terlalu tinggi.

Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini guru pula perlu memberi laluan kepada murid kerana
murid hari ini beranggapan urusan bersama guru telah selesai apabila diluar bilik darjah.

Jadi, untuk mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya memberi
salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan suasana hormat-
menghormati antara murid terhadap guru.

Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh baginda
Rasulullah S.A.W untuk merapatkan hubungan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang
berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai, dan
orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua. Riwayat al Bukhari dan Muslim

2. Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-cakap
dengan teman di sebelah.

Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak dapat
memahami perkara yang diterangkan oleh guru.

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak
beradab menurut Islam.

Tetapi, lain pula dengan situasi hari ini yang dapat kita lihat ialah murid semakin mendominasi
situasi kelas seolah-olah lebih berkuasa daripada guru.

3. Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya
bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru.

Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak
beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagaimana firman Allah S.W.T;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu” Surah An-
Nisa’ ayat 59

Perkataan Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana darjat
mereka juga sangat tinggi disisi Allah.

Dan melalui ayat tersebut jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap
arahan guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

4. Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal
kata-kata guru.

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran guru
yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri.

Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas, kemudian
kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan-kawan sekelas,
perkara ini akan menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan pekerjaannya sebagai
guru.

Ini kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membuat teguran kepada guru
yang mungkin terlepas pandang bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

5. Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.

Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam
sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang
ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang
yang ketiga tadi bersedih”. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan orang
lain yang berada di sekitar kita.

Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia
tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.

Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.

6. Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid terhadap guru ialah jangan
pernah berburuk sangka kepada guru.

Hal ini demikian kerana sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang murid
tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya.

Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan sesuatu perkara yang pada
zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka hanya guru itu yang tahu akan segala
perbuatannya.

Ini kerana selagi perkara yang dilakukan guru itu tidak menyalahi Islam, maka tidak perlu bagi
seorang murid untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab ketika bersama guru.

7. Berdiri Apabila Guru Bangun

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang seterusnya ialah berdiri apabila guru bangun.

Hal ini demikian kerana kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang
murid yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar kelas kerana
itu menandakan yang kita amat menghormati guru.

Contoh lainnya, jika kita terpaksa berselisih dengan guru untuk menggunakan laluan tertentu,
sebagai murid kita perlu dahulukan guru untuk menggunakan laluan tersebut.

Jika dilihat pada zaman sekarang, ada segelintir murid seolah-olah tidak kisah perihal bangun
menghormati guru masuk dan keluar kelas dan tidak kisah akan cara-cara menghormati guru yang
sepatutnya dipraktikkan jika berselisih dengan guru.


Click to View FlipBook Version