The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLIDE PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2023 2024 ANYFLIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazwani Muzaini, 2023-03-12 12:12:12

SLIDE PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2023 2024 ANYFLIP

SLIDE PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2023 2024 ANYFLIP

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 - 5 SESI 2023/2024 SMA NAHDZAH B A T U 1 2 , Y A N , K E D A H 1 3 M A C 2 0 2 3 I S N I N 9 . 0 0 P A G I


USTAZ MOHD ZAKI BIN AHMAD PENGETUA SMA NAHDZAH BATU 12, YAN KEDAH UCAPAN ALUAN TUAN PENGETUA


USTAZAH YUSRA BINTI NASIR PENOLONG KANAN HEM SMA NAHDZAH BATU 12, YAN KEDAH TAKLIMAT KHAS UNIT HEM


SMA NAHDZAH BATU 12, YAN KEDAH BARISAN PENTADBIR USTAZAH NIK ZURAINI BINTI MOHAMUD PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


BARISAN GURU SMA NAHDZAH SMA NAHDZAH BATU 12, YAN KEDAH


01 BIASISWA / BANTUAN 02 DISIPLIN DAN PENGAWAS 03 PENGURUSAN PROFIL MURID 04 BIMBINGAN & KAUNSELING UNIT- UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID :


05 S P B T 06 J A W A T A N K U A S A 3 K 07 S U M U R 08 K E L A B P E N C E G A H A N J E N A Y A H UNIT- UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID :


09 K A N T I N 10 A S R A M A 11 S U R A U 12 P I B G / S A R A N A D A N P E R M U A F A K A T A N UNIT- UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID :


1 SAHSIAH 2 MENEPATI WAKTU 3 KESOPANAN & KESUSILAAN 5 KESELAMATAN 4 KEBERSIHAN 6 HAK MILIK & TANGGUNGJAWAB


SURAT MENYURAT 1. Semua surat/bungkusan yang diterima oleh pelajar dan dikirim kepada pelajar mestilah mempunyai nama dan alamat pengirim. 2. Pihak sekolah dan pihak pengurusan asrama berhak menapis/membuka semua surat/bungkusan yang diterima oleh pelajar.


PERKHIDMATAN DOBI Kadar bayaran adalah seperti berikut: *RM 2/cucian x 2 kali seminggu = RM 4/minggu = RM 16/bulan Perkhidmatan dryer juga disediakan bg yg berminat dgn bayaran tambahan sebanyak RM 4.00 bg setiap service perkhidmatan. Semua Pelajar digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dobi bg mengurangkan kesesakan penggunaan tempat basuhan pd hari cuti. Bayaran dobi boleh diserahkan kpd anak2 tuan/puan utk dijelaskan pada hari pertama persekolahan.


HARTA PERSENDIRIAN ❑ Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing. ❑ Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna. ❑ Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM30.00 pada satu masa.


BARANGAN LARANGAN Semua jenis dadah / drugs; Semua jenis hasil tembakau; Semua jenis minuman keras; Semua jenis senjata tajam dan senjata api; Lighter / mancis / lilin / pelita dan seumpamanya; Alat-alat yang bersifat tajam; Kamera / Telefon bimbit / Radio / Televisyen / MP3 / MP4 / Walkman; Seluar jeans; Memiliki wang perbelanjaan melebihi RM30 setiap orang; Pakaian yang tidak bermoral seperti pakaian yang ketat, mendedahkan aurat, mempunyai gambar artis, lambang-lambang yang merosakkan dan sebagainya; Minyak wangi (untuk perempuan); Kosmetik (untuk perempuan); Semua jenis barang kemas; Rantai / gelang / cincin untuk pelajar lelaki; Komik / Majalah hiburan / Novel Cinta / Gambar atau poster artis / Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak bersopan; Cermin mata hitam / teropong; Pita video / Kaset / CD / DVD; Semua jenis peralatan eletrik


PERKARA-PERKARA YANG DILARANG Pelajar dilarang sama sekali terlibat di dalam aktiviti membuli pelajar-pelajar lain. Pelajar tidak dibenarkan menampal atau melukis sebarang gambar di bilik/dinding asrama dan di mana-mana bahagian asrama. 7.3 Pelajar lelaki adalah dilarang sama sekali memasuki kawasan asrama perempuan dan begitulah juga sebaliknya. 7.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk mana-mana pelajar luar ke dalam asrama. 7.5 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan makmal komputer tanpa izin guru asrama.


MAKANAN Pelajar-pelajar diwajibkan hadir ke dewan makan pada waktu makan kecuali atas-atas sebab-sebab lain dengan izin dan kebenaran guru asrama. Pelajar-pelajar mestilah menepati jadual masa makan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar hanya akan dibenarkan makan lebih awal atau lewat dari masa yang telah ditetapkan dengan kebenaran khas dari Pengetua atau guru asrama. Pelajar-pelajar yang berpuasa perlu memaklumkan kepada Warden bertugas dan menulis nama di dalam buku yang disediakan pada malam sebelum hari berpuasa. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau makan di bilik asrama. Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan kepada penyelia asrama dengan mengemukan surat pengesahan daripada doktor untuk tindakan pihak asrama


KEROSAKAN ALAT-ALAT SEKOLAH / ASRAMA Segala kerosakan yang disebabkan oleh pelajar hendaklah diganti oleh pelajar berkenaan. Segala kerosakan yang disebabkan oleh pelajar tetapi tiada siapa yang mengaku, semua pelajar akan bertanggungjawab dan mereka semua akan berkongsi menggantikannya. Sebarang kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama seperti bantal, tilam, katil, almari dan lain-lain hendaklah dilaporkan kepada Guru Asrama.


PERATURAN MELAWAT Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut : Jumaat atau Sabtu & Cuti umum : *10.00 pagi – 5:30 petang (* Tertakluk kepada aktiviti sekolah dan asrama – Jadual akan dikeluarkan) Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa atau penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua / PK HEM dan Guru Asrama yang bertugas. Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau saudara lelaki. Pihak pengawal/Guru Asrama berhak menahan mana-mana pelawat yang diragui kesahihannya. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum tamatnya sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan.


PERATURAN KELUAR MASUK Pelajar dibenarkan keluar ke bandar(outing) HANYA SEKIRANYA DITEMANI IBUBAPA /PENJAGA SAHAJA mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan asrama. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Guru Asrama atau Guru Asrama yang bertugas. Pelajar dikehendaki mengemukakan kad keluar masuk serta mendapatkan tandatangan atau cop daripada guru asrama yang bertugas sebelum keluar. Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau sebabsebab lain yang wajar sahaja. Pelajar hanya dibenarkan balik kampung / bermalam di rumah berdasarkan jadual keluar bermalam yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar yang pulang bercuti dikehendaki berada semula di asrama bermula jam 2.00 petang dan sebelum jam 6.00 petang pada hari terakhir cutinya. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan disiplin. Rekod Keluar Masuk pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan selamat. Sebarang kehilangan boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM10.00.


KECEMASAN / SAKIT Pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada Guru Asrama bertugas. Pelajar yang memerlukan rawatan doktor akan diberikan kebenaran ke hospital dengan van sekolah bila diperlukan. Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit dibenarkan balik ke rumah / kampung. Pelajar dilarang berada di asrama tanpa keizinan jika tidak dapat ke kelas, sebaliknya berada di bilik sakit atau tempat yang telah ditetapkan.


TINDAKAN TATATERTIB Berikut adalah di antara denda-denda yang akan dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan , tindakan / denda seperti berikut: - Nasihat / Teguran - Amaran - Sesi kaunseling - Surat kepada ibubapa / penjaga - Panggil ibu bapa / penjaga ke sekolah - Tindakan nyata seperti rambut dipotong, barang dirampas dan sebagainya - Gantung asrama / persekolahan - Diberhentikan atau dibuang sekolah / dibuang asrama


YURAN ASRAMA Yuran asrama hendaklah dibayar sebelum/pada 30 haribulan pada setiap bulan. Setiap resit pembayaran yang diterima oleh penghuni hendaklah disimpan dengan baik. (Untuk tujuan rujukan sekiranya timbul sebarang masalah) Pelajar yang lewat membayar yuran/bayaran asrama akan digantung dari memasuki asrama atau tidak ditawarkan asrama pada tahun berikutnya.


AKTIVITI PELAJAR ASRAMA Kelas Tafaqquh Jamuan Riadhah & Sukan Kelas Fardhu Ain Kelas Bimbingan al-Quran Kelas Tarannum Tazkirah Sambutan Hari Lahir Lawatan Kelas Bimbingan/ Tuisyen Qiamullail Usrah Tadarus al-Quran Hafazan surah-surah pilihan Ceramah Motivasi Gotong royong


• Semua jenis peralatan elektonik seperti radio, seterika, pemanas air elektrik, alat komunikasi/telefon bimbit, pemainan gajet, kamera, pengecas bateri, peralatan tajam, buku, novel atau majalah hiburan dan lain-lain adalah dilarang dibawa atau disimpan. JIKA DIRAMPAS TIDAK AKAN DIPULANGKAN. • Pelajar dinasihatkan tidak membawa peralatan /pakaian yang berlebihan atau pakaian YANG MEMPUNYAI GAMBAR / CETAKAN yang dilarang termasuk barang perhiasan/ alat make up. • Pakaian asrama / rasmi asrama hanya dibenarkan untuk urusan asrama sahaja, tidak dibenarkan memakainya ketika waktu persekolahan. (RUJUK BUKU PANDUAN ASRAMA) • Pelajar diwajibkan berpakaian asrama / sekolah yang lengkap dengan kemas semasa keluar dan masuk ke asrama. Termasuk kasut hitam bertutup.


• Pelajar tidak dibenarkan membawa / menyimpan makanan atau minuman yang berbau dan berair yang boleh mengganggu pelajar lain di dalam dorm. • Pelajar tidak dibenarkan membawa perabot sendiri ke asrama kerana ruang asrama yang terhad. • Pelajar digalakkan membawa peralatan sukan yang dibenarkan sendiri bagi memudahkan pelajar bersukan. • Semua pelajar diwajibkan membeli pakaian asrama /sukan asrama untuk keseragaman sepanjang tinggal di asrama. • Pelajar DIGALAKKAN membawa bantal sendiri JIKA TIDAK DISEDIAKAN. • Pelajar diwajibkan membawa sejadah/ telekung sendiri (tidak dibenarkan berkongsi) • Pelajar digalakkan membawa hand sanitizer / mask untuk kegunaan peljar sendiri.


• Pelajar-pelajar yang menerima buku daripada SPBT adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan buku-buku tersebut supaya tidak supaya tidak hilang atau rosak. • Kehilangan SPBT hendaklah dilaporkan segera. • Buku-buku SPBT mestilah dibalut • Pelajar dilarang menconteng di halaman buku-buku tersebut. • Buku mestilah dipulangkan segera sekiranya pelajar berhenti sekolah atau berpindah sekolah ataupun diberhentikan.


TERIMA KASIH SMA NAHDZAH B A T U 1 2 , Y A N K E D A H


Click to View FlipBook Version