KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (SEMAKAN 2017)
PENULIS
Norlaili binti Ishak
Siti Halijah binti Abdul Karim
EDITOR
Mohd ‘Udzair bin Depanaik
PEREKA BENTUK
Kha’liesah binti Badruddin
ILUSTRATOR
Che Mohd Bazli bin Che Husain
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2019
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
No. Siri: 0068 PENGHARGAAN
KK 370-221-0102011-49-2496-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-2496-6 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
terima kasih ditujukan kepada semua pihak
Cetakan Pertama 2019 yang berikut:
© Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Teknologi Pendidikan,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik • Pegawai Bahagian Sumber dan
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Teknologi Pendidikan,
penggambaran semula mahupun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Pegawai Bahagian Pembangunan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum,
Perundingan tertakluk kepada pengiraan Kementerian Pendidikan Malaysia.
royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia oleh: • Organisasi atau institusi yang telah
Dewan Bahasa dan Pustaka, memberikan kerjasama dan membenarkan
Jalan Dewan Bahasa, karya atau bahan terbitannya digunakan
50460 Kuala Lumpur. sebagai bahan pembelajaran.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
No. Faksimile: 03-21479643 • Semua pihak yang terlibat secara langsung
Laman Web: http://www.dbp.gov.my atau tidak langsung dalam usaha
Reka Letak dan Huruf: menjayakan penerbitan buku ini.
Modernmedia Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 18 poin
Dicetak oleh:
Riatinta Sdn. Bhd.,
No. 20, Jalan PBS 14/13,
Kawasan Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Bukit Serdang, Selangor.
Kandungan
PENDAHULUAN v
UNIT
1 AGAMA ATAU KEPERCAYAAN 1 - 4
UNIT MEMBANTU JIRAN 5 - 10
AMALAN TERPUJI
2
UNIT TANGGUNGJAWAB 11 -16
KEWAJIPAN BERSAMA
3
UNIT TERIMA KASIH 17 -22
KELUARGAKU
4
UNIT BERADAB SOPAN 23 - 28
AMALAN TERPUJI
5
UNIT
6 HORMATILAH ORANG LAIN 29- 34
UNIT
7 SAYANGI WARGA SEKOLAH 35- 40
iii
UNIT 41 - 46
8 ADIL DAN SAKSAMA
UNIT BERANI BERKOMUNIKASI 47 - 52
DI SEKOLAH
9
UNIT AMALAN JUJUR 53 - 58
MENINGKATKAN JATI DIRI
10
UNIT KERAJINAN TANGGA 59 - 64
KEJAYAAN
11
UNIT AMALAN KERJASAMA 65 - 70
DALAM KELUARGA
12
UNIT 71 - 76
13 KESEDERHANAAN
UNIT TOLAK ANSUR 77 - 82
KELUARGA SEJAHTERA
14
iv
Pendahuluan
Buku teks Pendidikan Moral (Masalah Pembelajaran) Tahun 4 ini terdiri daripada
buku teks dan buku aktiviti. Buku ini digubal berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (Semakan 2017) yang diterbitkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Buku ini disediakan khas untuk murid bermasalah
pembelajaran bukan beragama Islam yang mempelajari mata pelajaran
Pendidikan Moral. Buku ini diterbitkan bagi menerapkan 14 nilai murni dalam
kalangan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Semua nilai murni
tersebut dipersembahkan dalam buku ini untuk menterjemahkan Standard
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan oleh murid dan guru sama ada di dalam atau
di luar bilik darjah.
Buku teks dan buku aktiviti Pendidikan Moral (Masalah Pembelajaran) Tahun 4
menitikberatkan tiga domain yang terdapat dalam kurikulum, iaitu pemikiran
moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Tiga domain ini dijalinkan agar
murid dapat memahami 14 nilai yang terdapat dalam buku. Huraian setiap
satu nilai murni diolah secara terperinci mengikut keperluan murid bermasalah
pembelajaran Tahun 4. Nilai murni yang terdapat dalam buku ini ialah kepercayaan
kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi,
hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama,
kesederhanaan dan toleransi.
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diberikan penekanan dalam
buku ini agar dapat membudayakan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan
murid. Melalui KBAT, murid mampu menilai, berfikir, menganalisis, memahami dan
mengaplikasikan nilai moral dalam pelbagai aspek. Murid dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Peranan guru sebagai pemudah cara dalam penyampaian ilmu juga amat
penting melalui pelaksanaan pelbagai kaedah dan aktiviti yang menarik. Pelbagai
elemen Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) seperti permainan, simulasi, nyanyian
dan sebagainya dinukilkan dalam buku ini. Namun begitu, guru juga boleh
menggunakan kreativiti masing-masing mengolah aktiviti mengikut kesesuaian
murid dan keadaan sekeliling. Selain itu, elemen merentas kurikulum ditampilkan
melalui teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi serta
keusahawanan.
v
Penerangan Ikon Buku Teks
Penggunaan buku teks ini dibantu dengan penyediaan ikon tertentu. Ikon tersebut
adalah seperti yang berikut:
Konse
p Merupakan teks utama yang memperkenalkan konsep dan
mencetuskan pemikiran murid.
ngukuh Mengembangkan pemahaman dan pemikiran murid tentang nilai
Pe Pe an an yang dipelajari.
ngaya Mengembangkan pemahaman dan pemikiran murid melalui
pelbagai aktiviti secara cuba buat.
Pe anmulih
Membantu murid yang kurang menguasai nilai yang dipelajari
dengan menjalankan pelbagai aktiviti mengikut kemampuan.
Merujuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bersesuaian
dengan tahap kognitif murid.
Mengimbas kod menggunakan peranti semasa untuk mendapatkan
maklumat dalam pelbagai bentuk.
Panduan kepada guru untuk membimbing murid mencapai SP
yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).
Panduan dan cadangan kepada guru untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan
murid.
vi
UNIT p
1 AGAMA ATAU KEPERCAYAAN
Konse
Fahami gambar di bawah.
Marcella telah melawat satu pameran bersama-sama dengan ayahnya.
Di satu sudut pameran, terdapat maklumat berkaitan dengan agama atau
kepercayaan di Malaysia.
123
Agama Islam Agama Kristian Agama Sikh
456
Agama Hindu Agama Buddha Kepercayaan
Animisme
1. Nyatakan agama atau kepercayaan yang
terdapat di Malaysia.
2. Apakah agama yang kamu anuti?
1
1.1.1
Pe anngukuh Menghormati Agama Rakan Saya
Baca dan fahami situasi di bawah.
1 2
Rama, kamu Adakah kamu
membotakkan menunaikan nazar?
kepala!
3
Ya, saya
menunaikan nazar.
1. Bagaimanakah cara kamu menghormati agama rakan
yang lain berdasarkan situasi di atas?
2. Nyatakan perasaan kamu setelah menghormati agama
rakan kamu.
2 1.1.1
1.1.2
Pe ngaya an
Menghormati Kepercayaan
Rakan-rakan Saya
Teliti dan fahami situasi di bawah.
Kepercayaan
rakan-rakan
saya
1. Ceritakan cara kamu menghormati agama atau
kepercayaan rakan-rakan kamu.
1.1.1 Nota Guru 3
1.1.2 • Bimbing murid melakukan aktiviti di atas menggunakan “Kerusi Panas”.
1.1.3
Pe mulihan
Mari Bermain Bersama-Sama
Cara bermain:
1. Murid diminta melontarkan bola pingpong
ke dalam cawan secara bergilir-gilir.
2. Murid yang berjaya memasukkan bola
pingpong ke dalam cawan akan diberikan
sekeping puzzle.
3. Murid dikehendaki menyusun kepingan
puzzle untuk membentuk gambar yang lengkap.
IMBAS SAYA
1. Berdasarkan gambar puzzle yang telah kamu lengkapkan,
ceritakan cara kamu menghormati agama atau
kepercayaan rakan kamu.
2. Apakah perasaan kamu setelah mengamalkan cara
menghormati agama rakan-rakan kamu?
4 1.1.1
1.1.2
1.1.3
UNIT Konse
2 MEMBANTU JIRAN p
AMALAN TERPUJI
Fahami cerita di bawah.
Hannah dan Neela tinggal
berjiran. Mereka berkawan
baik. Setiap hari, mereka
pergi dan pulang dari sekolah
bersama-sama dengan
menaiki bas.
Pada suatu hari, ketika mereka
hendak turun dari bas, hujan
turun dengan lebatnya. Hannah
berkongsi payung dengan Neela.
Neela mengucapkan terima
kasih kepada Hannah. Hannah
berasa gembira kerana dapat
membantu Neela.
1. Nyatakan cara Hannah membantu jirannya. 5
2. Jelaskan kebaikan membantu jiran.
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
Pe anngukuh Kelly yang Baik Hati
Fahami cerita di bawah. Kelly Mak Cik Ibu
Stella
1. Nyatakan tindakan Kelly untuk membantu jirannya.
2. Apakah kebaikan yang diperoleh apabila kamu
membantu jiran?
6 2.1.1
2.1.2
Pe ngukuh Pantun Baik Hatian
Mari berpantun.
Pasang joran umpannya basah,
Sambil berangan di tepi jeti;
Jika jiran hidupnya susah,
Bantulah dengan seikhlas hati.
Batang galah dibuat joran,
Dapatlah seekor ikan haruan;
Berbuat baik kepada jiran,
Jiran sakit hulurkan bantuan.
Cantik nian cahaya bulan,
Indah menyinari jelas ketara;
Membantu jiran jadikan amalan,
Hidup harmoni aman sejahtera.
IMBAS SAYA
1. Berpandukan pantun di atas, nyatakan cara kamu
membantu jiran.
2. Ceritakan perasaan kamu apabila membantu jiran.
2.1.1 7
2.1.2
2.1.3
2.1.4
Pe ngayaan
Kad Ucapan
Arahan:
1. Murid perlu menyediakan kad ucapan menggunakan
komputer untuk diberikan kepada jiran yang
kurang sihat.
2. Murid boleh menghias kad mengikut kreativiti
masing-masing.
3. Setelah siap, murid perlu menyerahkan kad tersebut
kepada jiran.
1. Apakah cara lain untuk mengamalkan nilai baik hati
kepada jiran?
Nota Guru
8 2.1.1 • Guru boleh menggunakan aplikasi yang sesuai mengikut kreativiti
2.1.2 masing-masing untuk melaksanakan aktiviti ini.
2.1.3
2.1.4
Pe anngaya
Baik Hati Jadikan Amalan
Fahami gambar di bawah.
Pak Cik Sam, duduklah. Saya akan
ambilkan makanan untuk pak cik.
Terima kasih, Joseph. Kamu seorang
budak yang baik hati.
1. Apakah kebaikan sikap baik hati yang ditunjukkan 9
oleh Joseph berdasarkan gambar di atas?
2.1.2
Pe mulihan
Roda Baik Hati
Cara bermain:
Murid memutarkan roda sehingga
roda berhenti.
Murid diminta untuk melakonkan cara
membantu orang lain berpandukan gambar
yang ditunjukkan oleh anak panah.
Murid yang berjaya melakonkan cara tersebut
akan diberikan “token baik hati”.
Info:
Token baik hati akan
diletakkan pada carta
ganjaran yang berada
di dalam kelas.
IMBAS SAYA
Apakah
yang
patut saya
lakukan?
1. Ceritakan pengalaman kamu membantu jiran.
Nota Guru
10 2.1.1 • Guru boleh menyediakan bahan untuk melakukan aktiviti ini.
2.1.2 • Guru mengingatkan murid untuk membantu mengikut kemampuan
2.1.3 masing-masing.
2.1.4 • Minta murid menyatakan perasaan selepas membantu jiran.
UNIT Konse
3 TANGGUNGJAWAB p
KEWAJIPAN BERSAMA
Fahami situasi di bawah.
Andik tidak hadir ke taklimat tentang Agoonoree Pengakap.
Andik, cikgu minta kita bawa Baiklah, Muthu.
pakaian tradisional esok. Terima kasih.
Sama-sama.
Saya berasa
gembira kerana
dapat menyampaikan
info ini.
Keesokan harinya. Bagus, Muthu. Kamu
menunjukkan sikap
Selamat pagi, cikgu. Muthu telah bertanggungjawab.
menelefon saya semalam. Saya
sudah membawa
pakaian tradisional.
1. Nyatakan cara Muthu bertanggungjawab terhadap
rakan dalam cerita di atas.
3.1.1 11
3.1.2
3.1.3
Pe ngukuh Tanggungjawab Amalan Muliaan
Baca dan fahami cerita di bawah.
1 Murid Kelas 4 Utarid akan mengikuti latihan boling
di Purnama Super Bowl. Mereka diminta berkumpul
di sekolah pada pukul 9:00 pagi.
Amy! Fira! Boleh Boleh,
saya ke sekolah marilah.
bersama-sama
kamu?
2
Aduh, sakitnya kaki saya!
Saya tidak boleh berjalan.
12
3 Fira, kita perlu menghubungi 4 Pak cik, saya kawan Fira.
ayah awak untuk Fira terjatuh, kakinya luka.
memaklumkan perkara ini. Kami tunggu di pondok
bas Taman Impian.
Baiklah, Mala. Ini
nombor telefon Baiklah, pak cik
ayah saya. akan ke sana
sekarang.
5 Cikgu, Fira tidak dapat Baiklah, Amy. Terima kasih
kerana memaklumkan
hadir ke latihan boling. perkara ini kepada saya.
Dia terjatuh dan
cedera. Mala pula
menemaninya di situ.
1. Nyatakan cara Amy dan Mala bertanggungjawab
terhadap Fira.
2. Apakah yang akan berlaku kepada Fira jika rakannya
tidak membantu?
3.1.1 13
3.1.4
Pe anngaya
Ikrar Tanggungjawab
Lafazkan dan hayati ikrar di bawah.
Bahawa dengan sesungguhnya;
Saya bertanggungjawab terhadap rakan saya;
Melaksanakan pesanan rakan;
Menasihati rakan-rakan jika mereka membuat silap;
Saya berasa bangga dapat bertanggungjawab
terhadap rakan;
Saya akan dipercayai dan disayangi rakan-rakan.
1. Berpandukan ikrar di atas, bagaimanakah kamu
melaksanakan tanggungjawab terhadap rakan?
Nota Guru
14 3.1.1 • Bimbing murid melafazkan ikrar bertanggungjawab terhadap rakan.
3.1.2
3.1.3
Pe ngaya an
Poster Tanggungjawab
Fahami poster tanggungjawab di bawah.
disayangi
dipercayai
Kepentingan
bertanggungjawab
terhadap rakan
dihormati
dihargai
1. Nyatakan kepentingan sikap bertanggungjawab
terhadap rakan.
2. Nyatakan perasaan kamu apabila dapat melaksanakan
tanggungjawab terhadap rakan.
3.1.2 15
3.1.3
Pe mulihan
Apakah Tindakan Kamu?
Berdasarkan situasi di bawah, nyatakan
cara kamu bertanggungjawab terhadap
rakan. Lakonkan.
Situasi 1 Situasi 2
Rakan meminta kamu Kamu menziarahi rakan
menjaga makanannya yang sakit. Rakan meminta
kerana dia pergi ke kamu memaklumkan
tandas. kepada guru bahawa dia
tidak dapat hadir
ke sekolah.
Situasi 3 Situasi 4
Semasa gotong-royong, Semasa ke tandas, kamu
rakan kamu tidak ternampak rakan kamu
melaksanakan ponteng sekolah.
tugasnya.
1. Berdasarkan pengalaman kamu, ceritakan cara kamu
bertanggungjawab terhadap rakan.
2. Apakah yang berlaku jika kamu tidak bertanggungjawab
terhadap rakan?
Nota Guru
16 3.1.1 • Guru boleh menyediakan situasi tambahan berdasarkan pengalaman
3.1.2 dan situasi setempat.
3.1.4
UNIT p
4 TERIMA KASIH KELUARGAKU
Konse
Fahami situasi di bawah.
Terima kasih, emak.
Saya sayang emak.
1. Berdasarkan situasi di atas, nyatakan cara berterima
kasih kepada ahli keluarga.
2. Mengapakah kita perlu berterima kasih kepada
ahli keluarga?
4.1.1 17
4.1.2
4.1.3
Pengukuh Terima Kasih Ibu dan Abangan
Fahami cerita di bawah.
Pada suatu petang, Ji Keong dan Ji Hong menunggang
basikal di sekitar kawasan perumahan mereka.
Aduh, sakitnya!
Abang, tolong saya.
Jangan menangis, Ji Keong. Terima kasih,
Abang ada di sini. abang.
Sama-sama,
Ji Keong.
18
Sakitnya, ibu.
Sabar, Ji Keong. Kita akan
sampai ke klinik sebentar lagi.
Terima kasih ibu kerana bawa Sama-sama,
saya ke klinik. Saya sayang ibu. Ji Keong.
1. Apakah kebaikan adik berterima kasih kepada abang?
2. Berdasarkan pengalaman kamu, nyatakan cara
berterima kasih kepada ahli keluarga.
4.1.1 19
4.1.2
4.1.3
4.1.4
Pe anngaya
Ucapkan Terima Kasih
Fahami situasi di bawah dan lakonkan cara
berterima kasih kepada keluarga.
1 Terima kasih kerana hantar saya ke sekolah, ayah.
Sama-sama.
2
1. Apakah perasaan kamu setelah melakonkan situasi
di atas?
2. Berdasarkan situasi di atas, nyatakan cara berterima
kasih kepada ahli keluarga.
3. Apakah yang akan terjadi jika kamu tidak mengamalkan
sikap berterima kasih?
20 4.1.2
4.1.3
4.1.4
Pe anngaya
Kepentingan Berterima Kasih
Fahami peta minda di bawah.
Hubungan
kekeluargaan
bertambah erat
Melahirkan Kepentingan Keluarga
keluarga yang berterima kasih akan berasa
penyayang
kepada ahli dihargai
keluarga
Membentuk Keluarga
keluarga yang akan berasa
bahagia
dihormati
1. Senaraikan kepentingan berterima kasih kepada 21
ahli keluarga.
4.1.1
4.1.2
Pe anmulih
Hadiah untuk Ayah
Membuat bingkai gambar untuk ayah.
Alatan dan bahan: gunting
empat batang
aiskrim berwarna
gam
gambar ayah
cat air
12
Lekatkan batang aiskrim Hiaskan bingkai gambar.
membentuk bingkai segi 4
empat sama.
3
Tampalkan gambar foto Hadiahkan kepada ayah.
pada bingkai.
1. Apakah perasaan kamu setelah menghadiahkan bingkai
gambar kepada ayah?
22 4.1.2
4.1.3
4.1.4
UNIT Konse
5 BERADAB SOPAN p
AMALAN TERPUJI
Baca dan fahami situasi di bawah.
1 Cikgu, izinkan saya 2 Mak cik, bolehkah saya
untuk minum air. gunakan tandas sekarang?
Silakan, Mary. Boleh.
3 Maafkan saya, puan. Tidak mengapa,
Mary. Kamu
tidak sengaja.
1. Nyatakan perlakuan sopan yang ditunjukkan dalam
situasi di atas.
5.1.1 23
5.1.2
Pe ngukuh Anai-anai yang Sopanan
Fahami cerita di bawah.
Hai, Anai-anai. Selamat pagi,
Mari makan. Mak Cik Kerengga.
_____________?
_____________ atas Khabar baik, Anai-anai.
jemputan.
_____________ saya tumpang lalu Pak Siput?
_____________, Anai-anai.
_____________ sungguh Anai-anai
ini. Patutlah dia ramai kawan.
Apa khabar Bersopan Terima kasih Silakan Bolehkah
1. Apakah kepentingan tutur kata yang sopan?
2. Nyatakan kebaikan tutur kata yang sopan.
Nota Guru
24 5.1.1 • Bimbing murid melengkapkan dialog dan melakonkan situasi di atas
5.1.2 dengan menggunakan tutur kata sopan yang sesuai.
5.1.3
5.1.4
Pe ngukuh Berbudi Bahasa Amalan Muliaan
Fahami situasi di bawah.
Seorang murid Tahun 1 ingin berjumpa dengan abangnya
yang berada di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI).
1 Selamat pagi, kakak. 2 Saya mencari abang
di kelas 4 Bestari.
Selamat pagi, adik.
Boleh kakak tolong? Mari kakak tunjukkan.
3 Izinkan saya bantu kakak. 4
Terima kasih.
1. Ramalkan keadaan yang akan berlaku pada situasi 4.
Mengapa?
5.1.1 25
5.1.2
5.1.3
Pe anngaya
Perlakuan Bersopan
Mari lakonkan.
Arahan:
1. Murid perlu memahami situasi.
2. Murid perlu melakonkan perlakuan sopan
berpandukan situasi pada setiap stesen.
3. Murid dibekalkan dengan pelekat jika
berjaya melakonkan perlakuan sopan dengan
betul di setiap stesen.
Situasi 1
Situasi 2
26
Situasi 4
Situasi 3
1. Apakah kepentingan tutur kata yang sopan? 27
5.1.1
5.1.2
Pe mulihan
Lagu Hemah Tinggi IMBAS SAYA
Mari menyanyi.
Berhemah tinggi amalan mulia
Mari kawan ikut nyanyi bersama
Can mali can (2 kali)
Can mali can ketipung payung
Selamat datang wahai cikguku
Silakan duduk di atas kerusi itu
Can mali can (2 kali)
Can mali can ketipung payung
Izinkan saya membantu cikgu
Hendak buat apa tolonglah beritahu
Can mali can (2 kali)
Can mali can ketipung payung
Maafkan saya jika salah kata
Berhemah tinggi amalkan bersama
Can mali can (2 kali)
Can mali can ketipung payung.
1. Sebutkan tutur kata sopan yang terdapat dalam lagu
di atas.
Nota Guru
28 5.1.1 • Bimbing murid menyanyi dan membuat gerakan mengikut lagu
5.1.2 yang dinyanyikan.
5.1.3
5.1.4
UNIT p
6 HORMATILAH ORANG LAIN
Konse
Fahami poster di bawah.
memberikan salam sejahtera
memuliakan tetamu
berjabat tangan
mengetuk pintu sebelum
memasuki pejabat atau
bilik guru
1. Berpandukan poster di atas, senaraikan warga sekolah
dan pelawat.
2. Lakonkan cara menghormati warga sekolah dan pelawat.
6.1.1 29
6.1.2
Pe anngukuh Menghormati Warga Sekolah dan
Pelawat Amalan Kami
Lihat dan fahami situasi di bawah.
Selamat pagi, encik.
Selamat datang
ke sekolah kami.
30
1. Berpandukan situasi di atas, bagaimanakah
cara murid menghormati pelawat?
2. Ceritakan cara kamu menghormati warga
sekolah dan pelawat.
3. Ceritakan perasaan kamu apabila dapat
menghormati warga sekolah dan pelawat.
6.1.2 31
6.1.3
6.1.4
Pe anngaya
Jom Hormat Warga Sekolah dan Pelawat
Cara bermain:
1. Murid akan dibahagikan mengikut kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan satu kad situasi.
3. Lakonkan cara menghormati warga sekolah dan pelawat
mengikut kad situasi.
dMPaeunmridmbateenmlatubhePmresneihgnkugarenumsaans Pekerja kantin meminta
bilik masakan. kamu untuk beratur
ketika membeli
makanan.
Kad situasi
ssKeeadkmuamnugpinbugelainrnbliainblcuuadbniaghp.aadyaapnagn Edumanttpauanktgloakrtiaehnasgenkakohelalbi habkokamarmabnau.
Jururawat datang ke sekolah
kamu untuk pemeriksaan
dan rawatan gigi.
1. Berdasarkan kad situasi di atas, nyatakan cara kamu
menghormati warga sekolah dan pelawat.
2. Ceritakan perasaan kamu setelah menghormati warga
sekolah dan pelawat.
Nota Guru
32 6.1.2 • Bimbing murid melakukan aktiviti ini.
6.1.3
6.1.4
Pe ngaya an
Banding Beza
Kenal pasti perlakuan yang perlu Jimmy
lakukan.
1. Berdasarkan situasi di atas, apakah yang akan berlaku
sekiranya kamu tidak menghormati pelawat?
2. Ceritakan pengalaman kamu menunjukkan cara
menghormati pelawat.
6.1.2 33
6.1.3
6.1.4
Pe mulihan
Teka Siapa Saya?
A. Cara bermain:
1. Murid diminta untuk memilih salah satu daripada
beberapa sampul yang disediakan oleh guru.
Lakonkan watak dalam gambar tersebut.
2. Murid lain perlu meneka watak yang dilakonkan
oleh rakan tersebut.
3. Rakan yang sedang melakonkan watak hanya
boleh menjawab “Ya” atau “Tidak”.
4. Murid yang berjaya meneka identiti watak
tersebut akan mendapat token untuk
Carta Ganjaran.
B. Berdasarkan watak yang dikenal pasti dalam permainan
di atas, nyatakan cara kamu menghormati warga
sekolah dan pelawat.
Senarai Semak
Watak Cara menghormati warga sekolah dan pelawat
Polis
Guru
Besar
Nota Guru
34 • Guru perlu menyediakan pelbagai watak warga sekolah dan pelawat.
• Bimbing murid melakukan aktiviti ini.
6.1.1
UNIT p
7 SAYANGI WARGA SEKOLAH
Konse
Fahami situasi di bawah.
Cara menyayangi
warga sekolah
1. Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah cara 35
menyayangi warga sekolah?
2. Nyatakan cara kamu menyayangi warga sekolah.
7.1.1
Pe anngukuh Sajak Kasih Sayang
Hayati sajak di bawah.
Warga sekolahku,
Aku sayang kamu semua,
Tunjuk ajarmu sentiasa aku ingat,
Sentiasa mendorong kami untuk belajar.
Warga sekolahku,
Aku sayang kamu semua,
Senyuman manis sentiasa terukir,
Hubungan mesra bertambah erat.
Warga sekolahku,
Aku sayang kamu semua,
Pemandangan sekolah indah di mata,
Sentiasa membuat hati kami gembira.
Kawan-kawanku,
Kita belajar bersama-sama,
Sayang-menyayangi sesama kita,
Agar hidup kita ceria dan bahagia.
IMBAS SAYA
1. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan cara kamu
menyayangi warga sekolah.
2. Apakah kebaikan menyayangi warga sekolah?
36 7.1.1
7.1.2
Pe ngukuh Pidato Kasih Sayangan
Baca dan fahami pidato di bawah.
Salam sejahtera rakan-rakanku,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Sayangi Warga
Sekolah Kita”. Saya menyeru supaya kita sentiasa
menyayangi warga sekolah kita.
Rakan-rakanku,
Bagaimanakah cara kita menyayangi warga sekolah?
Pertama, kita perlu menyapa mereka apabila
bertemu. Kedua, raikan hari istimewa mereka dengan
memberikan hadiah atau kad ucapan.
Wahai rakan-rakanku,
Sayangi warga sekolah kita. Sudah pasti hubungan
menjadi lebih erat apabila kita saling menyayangi
sesama warga sekolah.
Sekian, terima kasih.
1. Nyatakan kepentingan menyayangi warga sekolah.
2. Ceritakan cara kamu menyayangi warga sekolah.
7.1.2 37
7.1.4
Pe anngaya
Nota Kasih Sayang
Baca dan hayati nota di bawah.
Istimewa untuk Mak Cik Munah, kmmKTaaeuemammniyn.biaebGyeruairkrnauagsnBiatenubasaaasnnirh,gyagatankgdesapepalaadtlau
Kami akan menjaga kebersihan
tandas bersama-sama.
Kami sayang Mak Cik Munah.
Terima kasih Mak Cik Munah.
Daripada,
Abid, Lucy dan Sharjesh
Natalia, Yu Fang Daripada,
dan Rajpreet
Kepada Kak Ana,
Terima kasih kerana
sentiasa membantu kami
mengurus diri setiap hari.
Kami berasa selesa dan
seronok dengan Kak Ana.
Daripada,
Marleen, Lisa dan Lee Ji An
1. Apakah perasaan kamu apabila dapat menyayangi
warga sekolah?
2. Mengapakah kamu perlu menyayangi warga sekolah?
38 7.1.2
7.1.3
Pe ngaya an
Domino Kasih Sayang
Cara bermain:
1. Permainan ini dimainkan oleh sekurang-kurangnya dua orang pemain.
2. Kad dibahagikan kepada pemain.
3. Pemain yang mendapat kad MULA akan memulakan permainan.
4. Pemain akan memadankan watak warga sekolah dengan cara
menyayangi mereka yang sesuai.
5. Permainan diteruskan sehingga kad TAMAT.
MULA Mak Cik Noni Saya TAMAT
seorang pekerja menghadiahkan
kantin. sejambak bunga
kepada Kak Siti.
Saya berkongsi Kak Siti seorang Saya selalu Cikgu Wong Ai
sarapan dengan Pembantu menyapa beliau Lee seorang guru
rakan saya. Pengurusan apabila tiba Pendidikan Khas.
Murid. di pintu pagar.
Saya selalu Pak Cik Hanafi Saya selalu Joshua rakan
mengucapkan seorang membantu beliau sekelas saya.
terima kasih pengawal membawa buku.
selepas membeli keselamatan.
makanan
di kantin.
1. Ramalkan kesan sekiranya semua warga sekolah
mengamalkan nilai kasih sayang.
2. Lakonkan situasi di atas bersama-sama dengan
rakan kamu.
7.1.1 Nota Guru 39
7.1.2 • Guru boleh melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.
7.1.4
Pe mulihan
Roti Kasih Sayang
Mari kita buat aktiviti Roti Kasih Sayang untuk
dihadiahkan kepada warga sekolah sebagai tanda
kasih sayang kepada mereka.
12
Bahan-bahan yang Tekapkan roti Sapukan jem
diperlukan. strawberi pada roti.
menggunakan
3 5
acuan.
4
Hiriskan strawberi Masukkan roti Hadiahkan roti
dan susun di atas ke dalam bekas. itu kepada warga
roti. sekolah.
1. Nyatakan perasaan kamu selepas menghadiahkan Roti
Kasih Sayang kepada warga sekolah.
40 7.1.3
7.1.4
UNIT Konse
8 ADIL DAN SAKSAMA p
Baca dan fahami dialog di bawah.
Remy, tolong agihkan tugasan Cikgu Wong meminta kita
menghias gazebo. menghias gazebo. Saya akan
angkat pasu yang paling besar.
Baik, Cikgu Wong. Kar Jun angkat pasu yang kecil.
Kamu pula bantu susun
pasu-pasu kecil.
Cikgu, Remy telah mengagihkan Terima kasih kerana membantu cikgu.
tugas dengan adil.
Sama-sama, cikgu.
Saya sangat gembira.
1. Bagaimanakah Remy bersikap adil terhadap 41
rakan-rakannya?
2. Mengapakah kamu perlu bersikap adil dalam
pembahagian tugas?
8.1.1
8.1.2
8.1.3
Pe ngukuh Mari Bersikap Adil Sesama Wargaan
Sekolah
Fahami cerita di bawah.
Semasa Hari Sukan Sekolah, sebagai ahli pengakap, Yuan
Seng dan Ragu ditugaskan untuk mengedarkan makanan
dan minuman kepada warga sekolah.
Tolong agihkan roti dan air Baik, cikgu. Jom, Ragu.
mineral kepada warga sekolah.
Zahid dan Mina, ini Yuan Seng, boleh beri saya
roti dan air kamu. air mineral lagi?
Baiklah, Maafkan saya,
Yuan Seng. Zahid. Saya perlu
bersikap adil
kepada semua.
42
Ragu, tinggal Mak Cik Thama sahaja yang
belum kita berikan roti dan air mineral.
Raju, saya hendak beri lebih
kepada Mak Cik Thama.
1. Bincangkan kesudahan cerita di atas.
2. Mengapakah kita perlu bersikap adil dalam situasi di atas?
8.1.1 Nota Guru 43
8.1.2 • Bimbing murid bersikap adil sesama warga sekolah.
Pe anngaya
Lagu Keadilan
Mari menyanyikan lagu di bawah.
Amal sikap adil
Tidak berat sebelah
Warga sekolah sayang
Kita dipuji
Amal sikap adil
Agih sama rata
Warga sekolah suka
Semua gembira
Amal sikap adil
Jadikan amalan
Warga sekolah bangga
Kita dipuji
(Melodi Lagu “Urus Diri
Tahun 1 Pendidikan Khas”)
IMBAS SAYA
1. Berdasarkan lagu di atas, sebutkan ciri bersikap adil.
2. Apakah kebaikan bersikap adil sesama warga sekolah?
3. Ceritakan perasaan kamu apabila bersikap adil kepada
warga sekolah.
44 8.1.1
8.1.2
8.1.3