KKEESSAANN NNEEGGAATTIIFF YYAANNGG WWUUJJUUDD DDAALLAAMM PPEENNEERRAAPPAANN EETTIIKKAA DDAANN PPEERRAADDAABBAANN AAKKIIBBAATT KKEETTIIDDAAKKBBIIJJAAKKSSAANNAAAANN PPEENNGGUUNNAAAANN IICCTT DDAALLAAMM KKEEHHIIDDUUPPAANN HHAARRIIAANN MMAASSYYAARRAAKKAATT MPU2062D Penghayatan Etika dan Peradaban
Ketidakbijaksanaan penggunaan ICT ini akan menyebabkan kecacatan budaya atas dasar tidak beretika semasa menjadikan ICT yang serba canggih ini seperti kulat dalam makanan, yang ada kalanya baik, dan barangkali memudaratkan. Tidak dinafikan apabila pengguna tidak beretika semasa menggunakan teknologi ICT ini, pengguna akan lebih mudah terpengaruh dengan budaya negatif dari sudut akhlak dan juga rohani. Sebagai contoh, penggunaan permainan video melalui internet lebih meluas dan sentiasa di hujung jari. Bergantung kepada pengguna untuk menggunakan kebijaksanaannya dengan alam, masyarakat setempat dan keluarga. Seringkali, masyarakat zaman ini tidak mengenal jirannya sendiri berbanding zaman dahulu kala. Malah, dengan menggunakan bahasa kesat dan lucah yang diperkenalkan oleh rakan maya menjadi akrab dalam hidup pengguna yang tidak bertapis akan menyebabkan pengguna dibenci masyarakat dan membantuti sistem sosial sesama mereka. Etika merupakan sesebuah tindakan atau perilaku yang membolehkan pelaksanaan sesuatu kerja dan kewajipan manusia. Perkara ini memainkan peranan penting terhadap setiap individu atas dasar nilai-nilai moral yang akan menjadi perbahasan dalam masyarakat sekiranya dipraktikkan sebaiknya, atau sebaliknya. Menerusi penggunaan ICT dalam kehidupan, terlampau banyak maslahah yang dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian. Namun, setiap penggunaan tidak boleh berlebihan untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada diri sendiri bahkan orang yang tersayang. Tidak dinafikan terlajak perahu boleh diundur, akan tetapi tidak mudah seseorang itu untuk mengubah impak yang tertimpa atas dirinya. PENGENALAN PENGARUH BUDAYA TIDAK SIHAT PENYEBARAN FITNAH DAN GOSIP Sekian yang diketahui secara global, teknologi ICT amatlah gemilang dalam sistem komunikasi. Walaupun begitu, perkara ini tertakluk kepada penggunanya sendiri sekiranya digunakan dengan bijak. Amat menyedihkan, sepatutnya apabila teknologi ICT sudah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, tidaklah gosip dan isu berbaur fitnah yang menjadi umpan di mata masyarakat oleh pihak media sebagai pemasaran produk atau syarikatnya. Sekiranya pihak media menggunakan bahasa yang penuh adab dan tidak menimbulkan spekulasi yang tidak benar, pastinya impak negatif tidak akan berlaku seiring perkembangan teknologi ini. Setiap fitnah dan gosip yang dilemparkan selalunya menconteng arang di muka orang yang di fitnah sehingga air muka mereka dikenalpasti amat malu dengan setiap kata yang dilontarkan. Kesan yang lanjut akan menyebabkan individu tidak ingin bersua dengan masyarakat, yang berlaku terutamanya pada artis tempatan.
Jadual amatlah penting untuk disusun oleh semua umat manusia. Walaupun hal demikian diambil cakna, kadangkala insan yang bersifat lupa ini memang fitrahnya mudah terleka terutama sesuatu itu menyeronokkan. Terutama, rata-rata penduduk di dunia ini memilika sebuah telefon pintar kerana telefon pintar dapat memudahkan perjalanan hidup semua orang. Oleh kerana mudah berhubung dengan orang yang jauh, tanpa disedari perkara ini akan memakan masa sekiranya kita terlampau khusyuk dengan teknologi di tangannya. Contoh lainnya, apabila terlalu leka mengikuti perkembangan semasa, walaupun sesetengah perkembangan tidaklah perlu diikuti atas dasar lagha, kita tetap akan terjerumus dalam hal tersebut. Misalnya, gosip-gosip artis dan komen-komen yang tidak munasabah. Dengan kebijaksanaan pengurusan masa terhadap penggunaan ICT, sudah pasti tiada isu tiada masa untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat. PENGLIBATAN PORNOGRAFI Menjadi isu hangat di dada akhbar bahawa penglibatan pornografi yang berleluasa dalam kalangan remaja dan kanak kanak akibat daripada penggunaan ICT yang tidak terkawal. Teknologi Virtual Private Network (VPN) software yang kian banyak dicipta oleh bijak pandai memberi kemudahan kepada pengguna untuk melayari laman web lucah dan tidak sepatutnya dilayari. Dengan penciptaan VPN, bukan sahaja pornografi, namun kesan yang besar seperti jenayah seksual juga menjadi ikutan. Walaupun VPN ini hakikatnya penting untuk beberapa golongan pekerja supaya pekerjaannya dapat berjalan lebih lancar, namun ketidakbijaksanaan orang yang tidak sepatutnya menggunakan software ini untuk melayari web-web yang terlarang ataupun penggodaman adalah tidak wajar. Hal yang demikian, ini tetap dapat dielakkan oleh pencipta VPN agar kepenggunaan VPN ini lebih terkawal daengan ketat, seperti memberi akses kepada individu berumur 18 tahun minimum. PENGURUSAN MASA TERABAI PENDEDAHAN PRIVASI Kepenggunaan teknologi ICT selalunya melibatkan 'cookies' yang dapat melolosi sistem privasi setiap pengguna. Sudah pasti, teknologi ICT dapat membantu kita menyimpan lebih banyak maklumat dalam tempat yang kecil, akan tetapi data kita mudah terdedah terutamanya sekiranya kita melayari laman web yang melibatkan perdagangan dan perniagaan seperti laman Shopee, AirAsia, RedBus dan bermacam-macam lagi. Pakar dan pekerja IT sama ada dalam syarikat tersebut mahupun tidak mempunyai akses sekiranya kita tidak bijak memilih laman web yang sesuai dan selamat. Ketidakbijaksanaan dalam menguruskan ICT akan menjejaskan penerapan etika dan peradaban dalam budaya dan komunikasi. Pengguna yang bijak akan menggunakan minda dan akal ke arah kemajuan, dan akan sedaya upaya mengelakkan risiko terhadap dirinya. Tidak semua kebaikan akan kekal memberi kepentingan kepada manusia, bahkan akan memberi kemudaratan sekiranya penggunaan itu berlebihan tanpa menggunakan kebijaksanaan dalam penggunaannya. PENUTUP