Cerita Burung Bayan (Cerita rakyat Melayu)
Cerita Burung Bayang merupakan himpunan cerita pendek. Cerita Bayan
Budiman amat masyhur dalam kalangan orang-orang Melayu.
Menurut hikayat cerita ini, pada sebatang pokok tinggal sekawan burung
bayan. Burung-burung itu telah berjaya mengusir sepasang cerpeling yang tinggal di
pangkal pokok tersebut. Namun, datang seorang penjerat burung lalu memasang
jala dan menjerat burung-burung itu. Sebelum penjerat burung itu kembali untuk
mengambil burung-burung yang terjerat itu, ketua burung bayan telah mengarahkan
semua rakanya berpua-pura mati. Sudah tentu penjerat burung itu akan membuang
mereka ke tanah apabila dia kembali ke sana nanti. Namun, sebelum sempat ketua
burung itu melepaskan, sewaktu burung yang terakhir dibuang ke tanah, rakan-
rakan burung yang lain telah terbang pergi menyelamatkan diri. Dengan burung
bayan di tangannya, penjerat itu tidak melepaskannya kerana dia telah diperdaya
burung-burung tersebut. Walaupun dia berpura-pura mati, penjerat itu tidak
mempercayainya. Penjerat itu mahu membawa burung bayang pulang untuk
digulainya.
Burung Bayan lalu berkata, “ Usahlah tuan makan daging hamba. Juallah hamba di
pasar dan pasti tuan akan mendapat harga yang mahal bagi diri hamba.”
Mendengarkan kata-kata Burung Bayan itu, penjerat burung itu pun pergi
menjualnya kepada seorang saudagar kaya-raya yang bernama Khoja Maimun.
Pada suatu hari, saudagar Khoja Maimun telah bertolak ke luar negeri untuk urusan
perniagaan. Isteri saudagar kaya ini seorang wanita yang jelita. Seorang anak raja
telah berlalu di hadapan rumah saudagar itu dan terpandang akan wajah isteri
saudagar tersebut. Daripada kejadian itu, isteri saudagar telah mabuk asmara
menginginkan putera raja tersebut. Mereka telah berjanji untuk bertemu. Pada waktu
malam, sewaktu isteri suadagar itu sedang bersiap-siap untuk meninggalkan rumah,
Burung Bayan mula bercerita. Cerita-ceritanya itu menambat hati isteri saudagar itu.
Kerana syik dan leka mendengar cerita-cerita Burung Bayan setiap kali dia hendak
berjumpa, maka tidaklah terjadi pertemuan yang dimaksudkan. Banyak cerita
Burung Bayan yang menarik hati itu tersirat pelbagai nasihat itu telah berjaya
menggagalkan pertemuan sepasang kekasih itu. Setiap sebuah cerita akan berakhir
sebaik-baik sahaja menyinsingnya waktu fajar. Dengan yang demikian, muslihat
Burung Bayan untuk memelihara kehormatan isteri tuannya, Khoja Maimun itu,
berjaya. Pada akhir cerita, isteri saudagar itu sedar akan kesilapannya dan dia
menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya.