The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssmktebobon123, 2021-05-15 10:48:42

Lagenda Mahsuri

Lagenda Mahsuri

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan
Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II
ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu
ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya
adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakansabagai orang
yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan
perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa
selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di
sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri.
Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh
dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan
kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat
terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah
seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk
Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
[sunting]Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan
Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri
hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber
menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau,
Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang
penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi.
Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri,
Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan
menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau
Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura
menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa
mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang,
Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk
dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak.
Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat

terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti
(terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang
rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana
persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau
Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh
keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri
dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna
putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang
turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu
bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya.
Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal
menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu
membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang
pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam.
Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan
diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan
disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau
Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai
pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana
kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.[2]
[sunting]Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang
kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih
menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di
mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur
yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan
kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu
disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan
segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra

Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di
Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu
menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun
Dr. Mahathirturut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur
dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.


Click to View FlipBook Version