SSAAYYAA AANNAAKK MMAALLAAYYSSIIAA Saya Upin dan saya bangga jadi rakyat Malaysia! Ini adik saya Ipin Hai, semua , Mari ikuti kisah kami ! MALAYSIA KUALA LUMPUR
Malaysia, tanah airku. Wah , tak sabarnya kami nak kibarkan jalur gemilang sambil nyanyi lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai di dewan! Hah, Jalur Gemilang! Apa tu cikgu? Ishh, kau ni mail tu pun tak tahu! Jalur Gemilang kan bendera Malaysia yang ada warna merah, putih, biru, kuning tu. Betul tu, Upin. Jalur Gemilang juga mempunyai anak bulan yang meembawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang pecah 14 membawa maksud perpaduan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan. Murid-murid semua tahu tak pada 31 Ogos ini kita akan menyambut hari kemerdekaan.
Malaysia, tanah airku. Baiklah , murid-murid. Pada pendapat kamu , bagaimanakah cara kita menyambut kemerdekaan sebagai tanda semangat patriotisme Cikgu, ayah saya selalu bawa saya ke Dataran Merdeka pada awal pagi 31 Ogos untuk menyaksikan perarakan kemerdekaan. Saya bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Saya akan menggantungkan Jalur Gemilang di sekitar rumah Opah. Saya pula akan menonton dokumentasi atau video klip berkaitan sejarah negara. Saya dapat tahu banyak info baharu.
Selepas ini, Mei Mei nak belajar rajinrajin untuk bantu memajukan negara. Bagus semua, kita wajarlah menyambut kemerdekaan bagi menghargai perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh perjuangan negara di samping meningkatkan tanggungjawab kita untuk memelihara dan memperkukuh kemerdekaan itu sendiri. Aku pu n boleh, aku nak minta bapak aku beli semua produk buatan Malaysia Aku pun nak belajar bersungguhsungguh, aku tak nak ponteng kelas lagi.