NO. TAJUK MUKA
SURAT
1 APA ITU PENGURUSAN KEWANGAN?
1-2
2 ADAKAH ANDA TAHU TENTANG 3S ? 3-4
3 4 KOMPONEN PENGURUSAN KEWANGAN 5
PTPTN
4 KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN 6 - 7
KEWANGAN PTPTN?
5 KATA-KATA NASIHAT 8
6 BAGAIMANA URUSKAN DUIT PTPTN? 9 - 11
7 FORMULA KEWANGAN MODEL 12
8 APAKAH FAEDAH YANG KAMU DAPAT? 13
9 ADAKAH ANDA TAHU MASALAH YANG 14 - 16
DIHADAPI OLEH PELAJAR?
10 6 PELAN PENGURUSAN KEWANGAN PTPTN 17 - 23
11 KATA-KATA NASIHAT 24
12 APAKAH YANG DAPAT KITA SIMPULKAN? 25
APA ITU PENGURUSAN KEWANGAN?
Pengurusan
kewangan merupakan
suatu proses untuk
mengetahui kedudukan
kewangan semasa
anda. Pelajar juga perlu
memahami serta
mendalami ilmu
kewangan untuk
mengetahui bagaimana
untuk mencapai
sesuatu keinginan agar
matlamat yang
diimpikan itu menjadi
kenyataan.
Namun begitu, dalam menghadapi kos sara hidup
.yang meningkat pada masa kini, satu daripada
langkah untuk mengurangkan beban kewangan
pelajar ialah dengan mengawal perbelanjaan.
Perbelanjaan yang terkawal akan menyekat pelajar
daripada berbelanja melebihi kemampuan mereka
Pengurusan kewangan yang bijak dapat membantu pelajar
untuk mengimbangkan antara kemasukan dan
perbelanjaannya terutama apabila pelajar tersebut membuat
pinjaman ptptn. Pelajar perlu memastikan dia tidak boleh
berbelanja sebanyak sepuluh jika kemasukannya hanya lapan.
Ini akan mengakibatkannya berhutang. Ini adalah asas
perkiraan yang sangat mudah. Dengan kemahiran ini, setiap
pelajar akan dapat menguruskan kewangan ptptn mereka
dengan baik, walau berapa kecil pun jumlahnya. Sebaliknya,
tanpa kemahiran ini seseorang pelajar itu boleh jatuh miskin
walau berapa banyak pun pinjaman ptptn yang dibuatnya.
Justeru itu, setiap pelajar perlu la mempelajari ilmu kewangan
agar kewangan mereka sentiasa mencukupi.
Kesimpulannya, pelajar perlu lakukan ialah anda harus bermula
dengan menetapkan matlamat anda sama ada matlamat jangka
pendek, sederhana atau jangka Panjang. Matlamat ini haruslah di
tulis di buku anda agar setiap kali anda membuka buku itu, anda
akan Nampak matlamat yang anda ingin capai dalam hidup.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
KEWANGAN PTPTN
Pada masa kini, sangat penting bagi seseorang pelajar untuk
mengetahui ilmu pengurusan kewangan yang bijak dan lebih baik
terutama kepada pelajar yang membuat pinjaman pendidikan
ptptn. Sebagai pelajar, mereka perlu mendalami teknik
pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik supaya tidak
mengalami krisis kewangan yang teruk sepanjang sesi pengajian.
Pelajar juga boleh mengambil langkah bersesuaian dengan situasi
dan permasalahan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan di
kampus. Langkah yang bijaksana mampu untuk mengurangkan
masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa. Sekaligus, dapat
menyedarkan pelajar tentang fungsi sebenar kewangan serta
input-input yang berguna yang perlu diamalkan supaya masalah
kewangan tidak mengganggu pembelajaran mereka di IPTA.
FORMULA
KEWANGAN
MODEL
APAKAH FAEDAH YANG
KAMU DAPAT?
Masalah : dalam mengatur wang ptptn .
Mahasiswa tidak tahu cara mengatur atau
membahagikan wang sehingga berlakunya
pemborosan .
Solusi :
Cara mengatur wang ptptn, sebagai contoh, duit ptptn untuk tempoh
1 semester (rm2300)
LANGKAH 1
Setelah mendapatkan wang ptptn, asing kan dahulu wang untuk
membayar yuran (rm260), insuran ( rm35), serta untuk membayar
buku (rm200) : total disini sebanyak rm495 . (Rm2300 - rm495 :
rm1805)
LANGKAH 2
Duit baki yang terdapat adalah (rm1805) . Baki ini akan
dibahagikan dengan 6 bulan kerana, 6 bulan bersamaan dengan 1
semester. Rm1805 รท 6 : rm300.83
LANGKAH 3
Setelah langkah kedua , bermakna sebagai mahasiswa hanya
sebanyak rm300.83 sahaja mahasiswa dapat gunakan untuk sebulan.
Masalah : Mahasiswa tidak tahu cara
meletakkan had wang ringgit seharian
menyebabkan ketidakcukupan wang ptptn .
Solusi :
LANGKAH 1
Setelah mahasiswa membahagikan wang untuk sebulan .
Mahasiswa juga boleh membahagi rm300.83 (duit perbelanjaan
sebulan) dengan 31 hari.
LANGKAH 2
Wang had seharian yang mahasiswa boleh gunakan hanya
sebanyak (rm9.70) sehari sahaja.
LANGKAH 3
Semakin mahasiswa berjimat, semakin banyak wang yang
mahasiswa boleh gunakan untuk membeli barang keperluan
sebulan