Penulisan Kreatif: Cerpen kanak-kanak CHOONG CHUN KEAT MUHAMMAD NURHADI BIN MOHD ARIFF NUR AYUNNI BINTI ISMAIL NUR SYAKIRAH BINTI RIPING NURHIDAYAH IRSALINA BINTI MOHD JAYA Kuliah Tutorial 2 (15 Januari 2024)
Peribadi Kreatif Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan peribadi bermaksud manusia sebagai diri sendiri dan peribadi bermaksud mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. Oleh itu, peribadi kreatif merupakan kebolehan yang ada pada diri sendiri untuk mencipta atau menghasilkan idea baharu dan asli.
Peribadi Kreatif Mudah menerima hakikat kelemahan dan kekurangan diri Pemikiran kerohanian 1 2 3 Bersikap terbuka 4 Berani dan suka mencuba sesuatu
Cerita PENDEK: SiBongkok Lupa Diri
Cerita ‘Si Bongkok Lupa Diri’ ini merupakan penulisan karya sastera kanakkanak yang bertemakan kritikan masyarakat terhadap sikap angkuh dan sombong seseorang sehingga memakan diri sendiri. Cerita ini menggambarkan tentang kehidupan Si Bongkok yang sering diejek dan dikeji oleh semua penduduk Kampung Pulai terutamanya Mat Derus dan konconya disebabkan fizikalnya yang cacat. Si Bongkok sering dibuli dan dipukul oleh mereka tanpa sebab sehingga menimbulkan rasa amarah dan dendam di dalam hati Bongkok. Namun begitu, Si Bongkok mempunyai ibu yang amat penyayang dan kasih terhadapnya. Ibunya sering mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Bongkok. Plot cerpen ini menjadi hidup apabila Bongkok didatangi oleh seorang lelaki tua yang bercahaya. Beliau menawarkan pertolongan kepada Bongkok untuk kelihatan cantik. Namun, Bongkok harus menepati setiap syarat yang ditetapkannya. Sinopsis
Penerangan Contoh Dalam cerpen kanak-kanak ini, sikap mudah menerima hakikat kekurangan dan kelemahan diri dapat dilihat melalui watak Si Bongkok yang menunjukkan bahawa dia telah menerima takdir dengan rupanya yang hodoh dan badannya yang bongkok itu. Mudah menerima hakikat kekurangan dan kelemahan diri
Mudah menerima hakikat kekurangan diri Dalam cerita Si Bongkok, kita dapat melihat watak utama iaitu Si Bongkok menerima hakikat kekurangan dirinya secara mudah setelah dia berubah menjadi Si Bongkok yang asal. Hal ini telah menunjukkan watak mudah menerima hakikat kekurangan diri kerana ia merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat berubah lagi. Contoh:
PEMIKIRAN KEROHANIAN (Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral) Perkaitan Kepengarangan Contoh Menurut Misran Rokiman (2005), pengarang sastera kanak- -kanak perlu menyelitkan pemikiran yang berunsurkan asas pendidikan agama dan pendidikan moral dalam karya yang dihasilkan agar dapat mengekang pelbagai pengaruh budaya barat. Pengarang ini dilihat sangat mementingkan penerapan nilainilai keagamaan dan moral dalam penghasilan cerita. Hal ini kerana dengan adanya pemikiran seperti ini, pengarang mengharapkan agar masyarakat dapat menerima takdir dan berlaku adil dalam setiap perkara.
Bersikap terbuka Hal ini dapat dilihat apabila Si Bongkok menerima takdirnya kembali menjadi seorang yang hodoh dan bongkok. Penulis menggambarkan sikap Si Bongkok yang terbuka menerima takdirnya akibat kesalahan yang dilakukan olehnya sendiri.
Sikap berani dan suka mencuba sesuatu yang baharu dapat dilihat apabila pengarang menyatakan watak utama iaitu Si Bongkok berani mencuba kemungkinankemungkinan baru yang berlainan dari kebiasaan. Perkara ini terbukti ketika Si Bongkok berani untuk berubah menjadi cantik setelah Orang Tua menawarkan pertolongan tersebut kepadanya. Berani dan suka mencuba sesuatu
Sekian, Terima Kasih