IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR
01 02 03 04 ikhtiar hidup & pendidikan luar Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Situasi Ikhtiar Hidup • Kehabisan bekalan makanan dan minuman • Ancaman binatang buas • Masalah perlindungan Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui: • Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti • Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup • Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan • Teknik – kemahiran ikhtiar hidup • Material – peralatan, pakaian dan bekalan Prinsip Ikhtiar Hidup • Keselamatan • Usaha • Kawalan diri • Kerjasama Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup 1. Pisau / parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. 2. Mata pancing - menangkap ikan sebagai sumber makanan (protein). 3. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat. 4. Mancis / pemetik api - masak, haba, cahaya. 5. Garam - gantikan mineral badan yang hilang.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
pendidikan alam sekitar Pendidikan Mengenai Alam Sekitar Pendidikan Untuk Alam Sekitar Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku.Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar. Pendidikan Melalui Atau Dalam Alam Sekitar Pendidikan ini bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal. Pendidikan Alam Sekitar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia.
pendidikan alam sekitar
AKTIVITI AIR
LATIHAN AIR PENGENALAN TUJUAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN Pengenalan Latihan keyakinan dalam air atau water confidence merupakan salah satu aktiviti dalam modul latihan fizikal untuk pelatih kursus asas. Untuk warga APMM latihan ini juga terdapat dalam modul kursus Basic Training. Dari masa kesemasa latihan ini turut digabungkan dengan latihan apungan di laut, kolam renang, jeram atau sungai. Untuk meningkatkan keyakinan diri kumpulan sasaran ketika berada di dalam air. Memberikan kefahaman akan pengurusan risiko (risk management ) apabila terpaksa berhadapan dengan situasi di dalam air. Mendedahkan kepada kumpulan sasaran mengenai teknik menyelamat di air jika berlaku kecemasan ketika berekreasi atau di lapangan kelak. Membangun kemahiran akuatik asas tanpa bantuan jurulatih dan orang sekeliling. Tali keselamatan Sarung tangan. Jaket keselamatan. Bot keselamatan. Peti Pertolongan Kecemasan Kayak beserta dayung. (Sekiranya perlu
VIDEO & LAMPIRAN
VIDEO & LAMPIRAN LAGU RASMI KRS IKATAN DAN GADJET
PERTOLONGAN CEMAS KAWAD
KOMPAS DAN ORIENTEERING SENI PERKHEMAHAN