The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azhad Isyraf0705, 2024-03-05 16:41:32

Fungsi Sastera dan Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu

Produk

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu BMMB 1104 Fungsi dan Manifestasi Akal Budi Syair Nama Pensyarah : Puan Hajah Patimah Binti Dullah Nama Pelajar: Muhammad Azhad Isyraf Bin Abdul Razaq Unit: PPISMP Bahasa Melayu (SK) No Kad Pengenalan : 050731130593 No Angka Giliran : 2023052440013


Kandungan Pengenalan Fungsi Sastera Melayu Syair Dagang Manifestasi Akal Budi Masyrakat Melayu Penutup Rujukan 3 5 14 17 29 30


Pengenalan


Pengenalan Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I Edisi Kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Seterusnya, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mempunyai unsur keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional yang memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. Sastera menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah.


Fungsi Sastera Melayu


Hiburan dalam karya sastera diperlukan agar dapat melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Karya sastera yang menghiburkan terbina daripada kata-kata yang indah yang diungkapkan, irama serta rentaknya yang tersusun, mengandungi unsur yang lucu serta mampu mempengaruhi emosi pembaca atau pendengar. Hiburan


Contoh hiburan yang terdapat dalam karya syair Bidasari hasil nukilan Jamilah Haji Ahmad: Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Dalam rangkap syair ini, pendengar atau pembaca akan menjadi semakin teruja dan seronok setelah mengetahui bahawa raja yang memerintah negeri tersebut merupakan seorang yang bijaksana, tampan dan bersikap adil terhadap orang luar.


Dakwah Dakwah bermaksud mengajak orang melakukan sesuatu kebaikkan. Dakwah dalam karya sastera meliputi aspek agama, moral dan sosial. Bahasa merupakan medium bagi dakwah. Islam sangat menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan.


Contoh dakwah yang terdapat dalam Syair Dagang nukilah Hamzah Fansuri: Jauhkan tamak baiklah kurang Jaga dirimu jatuh ke jurang Pada 2 baris syair ini, penyair memberi pesanan kepada pembaca agar tidak bersikap tamak dan hiduplah bersederhana. Penyair turut memberi pesanan agar menjaga diri dan tidak mengejar kekayaan dunia agar tidak ditimpa masalah di masa akan datang


Pendidikan Karya sastera juga digunakan untuk memberikan pengajaran, pesanan dan nasihat kepada pembaca ataupun pendengar. Fungsi ini menjadikan karya sastera sebagai satu karya yang dapat memberi nilai-nilai moral, mengubah pemikiran dan memberi kesedaran kepada pembaca dan pendengar.


Contoh fungsi pendidikan yang terdapat dalam karya Syair Dagang: lmu itulah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati. Dalam rangkap syair ini, penyair menyatakan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana ilmu akan menjadi panduan bagi umat manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Pada baris terakhir dalam rangkap ini, penyair menyatakan bahawa ilmu tidak boleh dipisahkan dengan manusia sehingga mati.


Kritikan Sosial Sastera merupakan alat yang boleh mengawal kehidupan sosial dalam kehidupan seharian masyarakat. Melalui penghasilan karya sastera seperti puisi, drama, cerita dan sebagainya, masyarakat dapat mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan. Sastera juga dikatakan merupakan rakaman kehidupan yang menunjukkan kehidupan manusia daripada pelbagai sudut pandang secara mendalam.


Contoh kritikan sosial dalam karya Syair Dagang Amat-amati membuang diri Menjadi dagang di segenap negeri Baik-baik engkau fikiri Supaya selamat hari-hari Pada rangkap ini, penyair memberikan pesanan kepada,masyarakat yang sibuk mengejar kemewahan dunia untuk berfikir terlebih dahulu kerana kemewahan di dunia tidak akan membawa sebarang kebaikan malah akan menjadi sebuah masalah


Syair Dagang Hasil nukilan: Hamzah Fansuri


Hai sekalian kita yang kurang nafsumu itu lawan berperang jangan hendak lebih baiklah kurang janganlah sama dengan orang Amati-amati membuang diri menjadi dagang segenap diri baik-baik engkau fikiri supaya dapat emas sendiri


Wahai dagang yang hina Ketahui hidup dalam dunia Sebagai jati tiada berbunga Bagi burung tiada berguna Wahai sekalian kita yang kurang Nafsumu itu lawan berperang Jauhkan tamak baiklah kurang Jaga dirimu jatuh ke jurang Amat-amati membuang diri Menjadi dagang di segenap negeri Baik-baik engkau fikiri Supaya selamat hari-hari.


Manifestasi akal budi masyarakat Melayu


Manifestasi bermaksud perbuatan yang memperlihatkan sesuatu perkara. Akal pula membawa maksud fikiran manakala budi bermaksud kebijaksanaan. Masyrakat pula merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.


Pemikiran Pemikiran merupakan proses otak mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara dengan mencetus pelbagai idea yang boleh digunakan ketika melakukan pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.


Contoh aspek pemikiran dalam syair Dagang pada rangkap kedua: Amati-amati membuang diri menjadi dagang segenap diri baik-baik engkau fikiri supaya dapat emas sendiri Pada baris ketiga dalam rangkap ini, penyair memberikan pesanan kepada masyarakat agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara. Mengikut aspek pemikiran orang Melayu dahulu, mereka sering berfikir terlebih dahulu kesan yang akan berlaku sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.


Contoh aspek pemikiran seterusnya pada rangkap ketiga: Hai sekalian kita yang kurang nafsumu itu lawan berperang jangan hendak lebih baiklah kurang janganlah sama dengan orang Pada baris kedua dalam rangkap ini, pemikiran orang Melayu dahulu hanya mementingkan kehidupan dunia dan terlupa tentang akhirat. Hal ini kerana masyarakat Melayu dulu terlalu lena dalam kehidupan dunia dan ilmu agama Islam ketika itu tidak tersebar luas seperti zaman sekarang. Oleh itu penyair memberikan pesanan kepada masyarakat untuk sedar kehidupan dalam dunia hanyalah sementara dan bukanlah selamanya.


Pertuturan Pertuturan ialah gaya seseorang menuturkan sesuatu perkara. Pertuturan dapat digambarkan melalui lafaz, sebutan, ucapan serta kata-kata daripada seseorang. Pertuturan merupakan cara bercakap mengikut perkara dan bahasa yang dituturkan oleh seseorang individu. Masyarakat Melayu melihat sifat kesantunan melalui pertuturan. Awang Sariyan (2007), memberi maksud kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bercakap.


Perlakuan Menurut Kamus Dewan (1984), perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berkhemah dan baik.


Contoh aspek perlakuan masyarakat Melayu dalam rangkap pertama syair Dagang: Hai sekalian kita yang kurang nafsumu itu lawan berperang jangan hendak lebih baiklah kurang janganlah sama dengan orang Pada baris kedua pada rangkap syair ini, perlakuan orang Melayu dahulu sangat suka menurut kehendak nafsu mereka. Orang Melayu dahulu suka menurut nafsunya dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berlakunya masalah seperti pembaziran duit semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsunya. Pada baris ketiga dan keempat dalam aspek perlakuan, penyair melarang masyarakat mengikuti sikap orang Melayu dahulu yang ingin lebih daripada orang lain dan sikap yang ingin sama seperti orang lain. Orang Melayu dahulu sering mengutamakan kehendak nafsunya bukanlah keperluan. Hal ini kerana mereka terlalu ingin mengikuti kehidupan orang lain yang lebih mewah hidupnya.


Contoh aspek perlakuan seterusnya dalam rangkap ketiga syair Dagang: Wahai sekalian kita yang kurang Nafsumu itu lawan berperang Jauhkan tamak baiklah kurang Jaga dirimu jatuh ke jurang Pada baris terakhir dalam rangkap keempat, ayat “jaga dirimu jatuh ke jurang” digunakan oleh penyair untuk memberikan pesanan kepada masyarakat agar sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana masyarakat Melayu dahulu sering melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan dirinya ditimpa musibah, Contohnya sikap orang Melayu yang tamak dan suka membazir telah menyebabkan kehidupan mereka jatuh miskin bahkan tiada gunanya untuk kehidupan di akhirat.


Gaya hidup Menurut Kamus Dewan (1984), gaya hidup merupakan cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan ekonomi sama ada mewah, sederhana atau sebagainya. Kehidupan pula bermaksud perihal hidup. Terdapat beberapa jenis akal budi masyarakat Melayu dalam aspek gaya hidup iaitu agam dan kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.


Contoh aspek gaya hidup dalam rangkap kedua syair Dagang: Amati-amati membuang diri menjadi dagang segenap diri baik-baik engkau fikiri supaya dapat emas sendiri Dalam rangkap ini penyair menggambarkan gaya hidup orang Melayu zaman dahulu iaitu dalam ayat “menjadi dagang segenap diri”. Kehidupan masyarakat Melayu dulu suka merantau ke negeri orang untuk menimba ilmu ataupun mencari rezeki.


Contoh aspek gaya hidup dalam rangkap keempat syair Dagang: Wahai sekalian kita yang kurang Nafsumu itu lawan berperang Jauhkan tamak baiklah kurang Jaga dirimu jatuh ke jurang Pada baris ketiga dalam rangkap keempat, penyair menunjukkan gaya hidup masyarakat Melayu dahulu tamak dalam mengejar kekayaan. Masyarakat Melayu dahulu tamak dalam mengejar kekayaan dunia seperti merebut tanah dan wasiat. Penyair memberikan pesanan agar masyarakat menjauhi sikap tamak yang akan membinasakan diri.


Penutup Kesimpulannya, sastera merupakan satu alternatif bagaimana manusia boleh meluahkan perasaan, mendidik atau mengkrtitik menggunakan bahasa-bahasa indah. Karya sastera juga mampu mengubah kehidupan seseorang kerana dalam karya sastera terdapat nilai-nilai yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian. Tambahan melalui karya-karya sastera kita dapat melihat, menilai serta mengambil pengajaran daripada gaya hidup masyarakat Melayu dahulu. Karya sastera juga mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang tertentu bagi memastikan pembaca atau pendengar dapat memahami serta mendalami makna tersirat yang terdapat dalam karya. Karya sastera boleh menghibur, mendidik gaya hidup,ataupun mengkritik perbuatan-perbuatan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh manusia. Oleh itu, masyarakat seharusnya menghargai karya-karya sastera negara serta tokohtokoh sasterawan negara agar karya mereka tidak hilang akibat peredaran zaman dan dapat dijadikan sebagai pengajaran ataupun ilmu dalam kehidupan seharian.


Rujukan Azman bin Rahmat, Mohd Nazi bin Zainuddin Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan, Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.


Click to View FlipBook Version