The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SK Bukit Jelutong

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azhaeffendij, 2019-02-27 02:51:08

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SK Bukit Jelutong

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SK Bukit Jelutong

Keywords: Minit Mesyuarat PIBG

26 January 2019

8:30 Pagi

Dewan Besar SKBJ

PERASMI: YB TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI
(ADUN KOTA ANGGERIK)

SK Bukit Jelutong,
No.6, Jalan Serambi U8/21,

Seksyen U8,
40150, Shah Alam, Selangor

 03-78459457

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 KATA-KATA ALUAN PENGETUA 3
2 KATA-KATA ALUAN YDP PIBG 4
3 UCAPAN PERASMIAN OLEH ADUN KOTA ANGGERIK 5
4 PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAMATA AJK PIBG 6

SESI 2018/2019 6
5. PENYAMPAIN CENDERAMATA PERASMI 6
6. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT
7
MESYUARAT AGUNG KALI KE-16 SESI 2018/2019
7. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI 9
9
TAHUNAN 10
8. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 13
9. PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 14
10. PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020 15
11. SENARAI AJK SESI 2019/2020 18
12. UCAPAN YDP SESI 2019/2020
13. USUL / CADANGAN
14. UCAPAN PENANGGUHAN

2

1) UCAPAN GURU BESAR SELAKU
PENASIHAT PIBG SK BUKIT JELUTONG :

EN. ZAINUDDIN BIN ABDUL HALIM

1. Guru Besar SK Bukit Jelutong mengalu-alukan kedatangan
ibu bapa dan merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran ibu bapa ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17.

2. Guru Besar SK Bukit Jelutong juga mengucapkan ribuan
terima kasih atas kesudian Tuan Mohd Najwan bin Halimi
(ADUN Kota Anggerik) meluangkan masa hadir ke sekolah
ini.

3. Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan bahawa
seramai 33 orang murid mendapat 6A dalam UPSR 2018
dan SK Bukit Jelutong menjadi sekolah terbaik dalam
daerah dan terbaik di Negeri Selangor.

4. Guru Besar SK Bukit Jelutong mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada PIBG sesi 2018 / 2019 atas
penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun 2018
yang mendapat sambutan daripada ibu bapa dan
program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan
sekolah.

5. Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan bahawa
“Projek Pembinaan Surau” akan dilaksanakan pada bulan
Ogos 2019. Pihak sekolah mengharapkan sokongan
daripada ibu bapa dalam merealisasikan projek ini.

6. Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan pihak sekolah
merancang untuk melaksanakan “Program Surauthon”
bagi mengutip sumbangan untuk menampung dana
pembinaan surau.

3

2) UCAPAN ALU-ALUAN YANG DI
PERTUA PIBG SK BUKIT JELUTONG

2018 / 2019
: EN. SALEHUDDIN BIN HAMID

1. YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran Tuan Mohd Najwan bin
Halimi (ADUN Kota Anggerik) dan para ibu bapa ke majlis
perasmian dan mesyuarat Agung PIBG kali ke – 17. Kehadiran
ibu bapa pada hari ini amatlah dihargai. Ini menunjukkan
tanda sokongan dan kerjasama ibu bapa terhadap pihak
sekolah.

2. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SK
Bukit Jelutong atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan
setiap program yang dilaksanakan serta gigih mengajar anak-
anak murid sehingga berjaya mencapai kecemerlangan yang
tinggi dalam semua aspek.

3. YDP PIBG berharap mesyuarat ini menjadi medan kepada ibu
bapa menyuarakan idea ataupun pandangan demi kebaikan
anak-anak di sekolah ini.

4. YDP PIBG mengharapkan kerjasama daripada semua pihak
dalam memantapkan dan menjayakan program-program
yang telah dan bakal dilaksanakan pada tahun ini.

5. YDP PIBG menyeru ibu bapa yang berkemahiran supaya
bersama-sama dalam barisan PIBG bagi memantapkan lagi
aktiviti dan program sekolah pada masa akan datang.

6. YDP PIBG memohon maaf kepada semua pihak daripada
barisan PIBG 2018 atas kelemahan dan kekurangan beliau
sepanjang menajalankan tugas sebagai YDP PIBG.

4

3) UCAPAN PERASMIAN :
TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI

(ADUN KOTA ANGGERIK)

1. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi mengalukan kedatangan ibu
bapa ke mesyuarat PIBG.

2. Dewan Undangan Negeri akan memberikan sedikit
sumbangan untuk menampung perbelanjaan untuk
pembinaan surau SKBJ.

3. Mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk bersama-
sama PIBG dan menjalinkan hubungan yang utuh.

4. YB mengucapkan terima kasih atas komitmen PIBG pada sesi
2018 yang sangat mantap.

5. YB memaklumkan jika ada program boleh terus menghantar
kertas kerja kepada ADUN untuk memohon sumbangan.

6. YB telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKBJ 2019 Kali ke-
17 pada pukul 9.25 pagi.

5

4) PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAMATA
AJK PIBG SESI 2018/2019

• Majlis penyampaian Sijil & Cenderamata AJK PIBG Sesi 2018/2019
telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin
Halimi, ADUN Kota Anggerik diiringi oleh YDP PIBG, Guru Besar
dan NYDP.

5) PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI

• Majlis penyampaian Cenderamata Perasmi telah disampaikan
oleh En. Salehuddin bin Hamid, YDP PIBG SKBJ sesi 2018/2019
kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi , ADUN
Kota Anggerik selaku perasmi, diiringi oleh Guru Besar.

6) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 16 SESI

2018/2019

• Dibentangkan : Cik Khairunnisa Binti Md Yunos (SU PIBG 2018)
• Disahkan : Puan Kusuma Dewi Binti Abd Aziz
• Disokong : Puan Aliya Binti Ayob

6

7) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

1. Dibentangkan oleh Cik Khairunnisa Binti Md Yunos (SU PIBG
2018) secara ringkas mengenai aktiviti setiap biro yang
dipaparkan di “slide show” iaitu:
• (Biro Sarana dan PIBK)
• (Biro Ekonomi dan Tajaan)
• (Biro Pembangunan Sukan)
• (Biro ICT)
• (Biro Kebajikan dan Media Sosial)
• (Biro Keselamatan)
• (Biro Pembangunan & Penyelenggaraan)
• (Biro Pendidikan & Modal Insan)

2. Datin Izza Binti Ismail selaku Biro Ekonomi dan Tajaan
membentangkan tentang perancangan pembinaan Surau Al-
Iman SKBJ.

3. Datin Izza Binti Ismail menyatakan mencapai kata sepakat
dalam perancangan pembinaan Surau Al-Iman SKBJ.

4. Datin Izza Binti Ismail menyatakan sebagai tempat beribadat
yang selesa kepada anak-anak SKBJ, guru-guru, kakitangan
dan ibu bapa yang singgah untuk menunaikan solat.

5. Datin Izza Binti Ismail memaklumkan tapak surau yang akan
dibina terletak di tapak kelas 5 Tasbih dan 5 Tanjung.

6. Datin Izza Binti Ismail memaklumkan anggaran kos surau
berkenaan adalah RM 771 550 (5 141x RM 150) sqft.

7. Datin Izza Binti Ismail memaklumkan RM 16 570 (diperolehi
daripada Program Charity SKBJ)

7

7) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

8. Datin Izza Binti Ismail mencadangkan:
i. Kutipan Ramadhan (RM 15 000)- Mempertingkatkan
kutipan sumbangan di tahun 2019
ii. Mendapatkan pelepasan cukai daripada LHDN.
iii. Melantik kontraktor.
iv. Sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta amatlah
dialu-alukan.

9. Ada beberapa persoalan tentang pembinaan surau
daripada Encik Nordin bin Ahmad (Ibu Bapa):
i. Tiada jadual khusus untuk solat berjemaah.
ii. Guru disarankan untuk berjemaah bersama murid.
iii. Adakah aktiviti yang dijalankan di surau akan dipantau
oleh Panitia Agama Islam?
-Guru Besar memaklumkan bahawa murid dibenarkan
solat tetapi tiada pekeliling yang mengkhususkan waktu
solat berjemaah. Perkara ini tertakluk kepada guru mata
pelajaran pada waktu tersebut. Segala aktiviti yang
dijalankan oleh Panitia Pendidikan islam akan dipantau
oleh guru-guru agama.

10. Encik Nazri bin Amin (Ibu Bapa) menyokong cadangan
pembinaan surau dengan mengambil contoh surau SK TTDI
Jaya.

8

8) PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

1. Dibentangkan : Puan Nurul Fatmie Binti Mohd Nafi

Disahkan : Encik Al Asyraf Zarif Bin Al-Bakri
Disokong : Encik Rozaimi Bin A. Manap

2. Bendahari PIBG 2018 membentangkan Penyata Penerimaan
dan Pembayaran sehingga 31 Disember 2018. Senarai akaun
yang terlibat ialah:

i. Bank Islam (Bank Induk PIBG)

ii. Bank Rakyat (Surau)

iii. RHB Bank (Bayaran Tahun 6)

iv. Bank Muamalat ( Sumbangan PIBG dan Kertas)

3. Ibu Bapa memberi soalan mengenai kewangan sekolah iaitu

i. Adakah Unify sekolah dibayar oleh akaun sekolah atau PIBG?

ii. PIBG ada berapa akaun?

iii. Isu tandas kotor ada peruntukan?

-YDP memaklumkan bahawa Unify sekolah dibayar oleh
Akaun PIBG. PIBG mempunyai 4 akaun dan mengenai isu
tandas ada peruntukan untuk penyelenggaraan. Ibu bapa
juga menyumbang dana untuk menaiktarafkan tandas
sekolah. SKBJ akan memasuki pertandingan terbaik tandas
pada tahun ini.

9) PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN
PENGERUSI SEMENTARA

1. Dibentangkan : Encik Salehuddin Bin Hamid (YDP PIBG)
: Encik Anwaruddin Bin Sidu Mohamed
Disahkan : Encik Mohd Azizi Bin Ahmad
Disokong
9

10) PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020

1. Berikut ialah senarai nama pencalonan AJK PIBG
2019/2020:

BIL PERKARA

1 Pencalonan YDP

1.1 Calon : En Salehuddin Bin Hamid

Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir

1.2 Calon : En Salehuddin Bin Hamid

Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir

1.3 Cadangan ditutup : En Rajni Bin Ahmad

Disokong : Pn Hazlina binti Fahmi

2 Pencalonan YDP

1.1 Calon : En Salehuddin Bin Hamid

Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir

1.2 Calon : En Salehuddin Bin Hamid

Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir

1.3 Cadangan ditutup : En Rajni Bin Ahmad

Disokong : Pn Hazlina binti Fahmi

3 Pencalonan Setiausaha & Bendahari :

Setiausaha Kehormat dan Bendahari dikekalkan untuk sesi
2019/2020. (Lantikan dalaman sekolah)

Setiausaha : Cik Khairunnisa Binti Md Yunos

Bendahari : Pn Nurul Fatmie Binti Mohamad Nafi

10

10) PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020

1. Berikut ialah senarai nama pencalonan AJK PIBG
2019/2020:

BIL PERKARA

4 Pencalonan AJK PIBG (Ibu Bapa)

4.1 Calon : En Anwarudin Bin Saidu Mohamed

Cadangan : Pn Nuha Binti Talib@Mohd Talib

4.2 Calon : Pn Kusuma Dewi binti Abdul Aziz

Cadangan : Pn Azlinawati binti Ahmad Kamal

4.3 Calon : En Al- Asyraf Zarif Bin Al-Bakri

Cadangan : En Zuriadi bin Ahmad

4.4 Calon : En Aidid Marcello bin Azahari

Cadangan : En Mohamad Azizi bin Ahmad

4.5 Calon : Datin Izza Binti Ismail

Cadangan : En Mohd Zulhafiz bin Mohd Zubir

4.6 Calon : Pn Roslina binti Mohamad Rijal

Cadangan : Pn Musliha binti Mustaffa Kamal

4.7 Calon : Tengku Ahmad Masirin bin Tengku
Cadangan Mahmud

: En Nik Amirul Asraff Bin Nik Aman

4.8 Calon : Pn Salwa binti Jalil

Cadangan : Pn Zila binti Ahmad

4.9 Calon : En Mohd Farid bin Banjari

Cadangan : Pn Saliza Binti Khalid

4.10 Calon : Pn Nuha Binti Talib@Mohd Talib

Cadangan : Pn Norhayati binti Daud

4.11 Calon : En Mohd Hezli Bin Md Tahir

Cadangan : En Malik Hassan bin Mohamad

11

10) PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020

1. Berikut ialah senarai nama pencalonan AJK PIBG
2019/2020:

BIL PERKARA

4 Pencalonan AJK PIBG (Guru)

4.12 Calon : En Mohd Faizal Mohd Noor

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

4.13 Calon : En Che Mohd Khalis Bin Che Khalid

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

4.14 Calon : En Mohd Noh Bin Mohd Hassan

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

4.15 Calon : En Malik Hassan bin Mohamad

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

4.16 Calon : Pn Noraniza binti Abu Bakar

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

4.17 Calon : En Nik Amirul Asraff Bin Nik Aman

Cadangan : Lantikan dalaman sekolah

12

11) SENARAI AJK PIBG SESI 2019/2020

BIL JAWATAN NAMA

1 YDP En Salehuddin bin Hamid

2 NYDP Pn Fauziah binti Abd Rahim

3 Setiausaha Kehormat Cik Khairunnisa binti Md Yunos

4 Bendahari Kehormat Pn. Nurul Fatmie binti Mohamad Nafi

5 AJK (Ibu/Bapa) En. Anwaruddin bin Saidu Mohamed

6 AJK (Ibu/Bapa) En. Al-Ashraf Zarif bin Al-Bakri

7 AJK (Ibu/Bapa) En. Aidid Marcello bin Azahari

8 AJK (Ibu/Bapa) Datin Izza binti Ismail

9 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Roslina binti Mohamad Rijal

10 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Nuha binti Talib@Mohd Talib

12 AJK (Ibu/Bapa) Tengku Ahmad Masirin bin Tengku Mahmud

13 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Kusuma Dewi bin Abdul Aziz

14 AJK Guru En. Che Mohd Khalis bin Che Khalid

15 AJK Guru En. Mohd Noh bin Mohd Hassan

16 AJK Guru En. Malik Hassan bin Mohamed

17 AJK Guru Pn. Noraniza binti Abu Bakar

18 AJK Guru En. Nik Amirul Ashraff bin Nik Aman

19 Juruaudit Ibu/Bapa En. Mohd Hezli bin Md Tahir

20 Juruaudit Guru En. Mohd Faizal bin Mohd Noor

13

12) UCAPAN YDP PIBG SESI 2019/2020

YDP PIBG En Salehuddin bin Hamid mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan ibu
bapa dan warga sekolah melantik beliau sebagai YDP
pada Tahun 2019. Beliau amat berharap supaya
mendapat sokongan dan kerjasama yang berterusan
daripada semua pihak. Beliau juga mengingatkan agar
semua AJK PIBG yang baru dilantik melaksanakan tugas
dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.

14

13) USUL / CADANGAN

USUL / CADANGAN JAWAPAN / TINDAKAN / CATATAN

Pencadang : 1. Maklumat tentang PAJSK boleh
Pn. Kusuma Dewi bin Abdul Aziz didapati di laman web PAJSK.
1. Mencadangkan supaya pihak
2. PK Kokurikulum SKBJ memberi
sekolah mengadakan taklimat penerangan tentang PAJSK
tentang PAJSK kepada ibu bapa secara ringkas.

Pencadang : 1. Pihak PIBG telah mewujudkan
Puan Kristina binti Ahmad akaun FB PIBG SKBJ dan SKBJ rasmi
1. Mewujudkan “link whatsapp” untuk menyampaikan maklumat
dan aktiviti yang dijalankan.
untuk ibu bapa SKBJ yang
berminat agar projek PIBG boleh 2. Guru Besar memaklumkan
mencapai sasaran. bahawa broadcasting whatsapp
telah diwujudkan oleh guru kelas
untuk menyampaikan maklumat
terkini.

Pencadang : 1. Disokong sebulat suara.
Encik Anwarudin Bin Saidu
1. Mohon yuran PIBG dikekalkan

RM50/ sekeluarga , RM 20 /
seorang (sumbangan kertas)

Pencadang : 1. Pihak sekolah bersetuju bagi
Puan Nadia binti Salleh menyediakan fasiliti dibawah
1. Menawarkan khidmat sebagai pengendalian PIBG.

tenaga pengajar kursus Bahasa
Perancis kepada murid-murid yang
berminat. Yuran yang dikenakan
kepada murid akan
disumbangkan kepada tabung
PIBG.

15

13) USUL / CADANGAN

USUL / CADANGAN JAWAPAN / TINDAKAN / CATATAN

Pencadang: 1. Pihak PIBG mencadangkan
Puan Arisha binti Ahmad “check point” supaya tiada isu
1. Mencadangkan supaya Road berbangkit.

Run dijalankan dengan lebih 1. Pihak sekolah akan berunding
efisyen. dengan pihak kedai buku.

Pencadang : 2. Ibu bapa boleh membeli buku di
Encik Mohd Rozaidi bin Abdul Manaf kedai buku luar dengan
1. Mencadangkan diskaun diberi ke mendapatkan senarai buku yang
ditetapkan.
atas buku yang dibeli.
1. Perubahan pentadbiran yang
Pencadang : diurus oleh pengusaha kedai buku.
Puan Salwa binti Jalil
1. Mencadangkan perancangan 1. Pihak sekolah akan membuat
aduan.
jualan baju sukan lebih awal.
1. Pk Kokurikulum telah
Pencadang : memaklumkan Baju sukan
Datin Izza binti Ismail berlengan panjang hanya untuk
1. Memaklumkan buku yang dijual di murid perempuan.

kedai buku tidak dibekalkan 1. Pihak sekolah memaklumkan
mengikut bilangan murid. bahawa penilaian adalah secara
holistik berdasarkan penilaian
Pencadang: yang diselaraskan oleh pihak
Encik Hazrie bin Abu Bakar kementerian.
1. Mencadangkan baju sukan

berlengan panjang.

Pencadang :
Puan Azura binti Ahmad
1. Memohon agar Ujian diagnostik

Tahun 6 diadakan bagi
mengetahui tahap penguasaan
murid.

16

13) USUL / CADANGAN

USUL / CADANGAN JAWAPAN / TINDAKAN / CATATAN

Pencadang : 1. Speech Corner telah diwujudkan.
Encik Mohd Zuhaidi 2. Pihak sekolah akan menyusun
1. Mencadangkan bahawa ‘fun
semua guru termasuk guru
learning’perlu diterapkan dalam matapelajaran ketika
proses pembelajaran murid. perjumpaan “Hari Terbuka”.
2. Perjumpaan Hari Terbuka. Guru
kelas perlu mengambil tahu 1. Ibu bapa tahun 6 sebulat suara
secara keseluruhan setiap murid di akan menyumbang sebanyak
dalam kelas. RM190 untuk Program
Pemuafakatan Murid Tahun 6.
Pencadang :
Encik Nasreen bin Ahmad
1. Memohon agar ibu bapa

menyumbang kertas untuk
keperluan murid terutamanya
Tahun 6.

17

14) UCAPAN PENANGGUHAN

YDP lantikan 2019/2020 En Salehuddin bin Hamid
mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
hadir. Beliau dan AJK PIBG akan menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan Oleh:
KHAIRUNNISA BINTI MD YUNOS
SETIAUSAHA KEHORMAT
PIBG SK BUKIT JELUTONG
SESI 2019/2020

Disemak Oleh:
SALEHUDDIN BIN HAMID
YANG DIPERTUA
PIBG SK BUKIT JELUTONG
SESI 2019/2020

18


Click to View FlipBook Version