The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK2302D
Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 302-14-aisyah, 2022-04-27 15:44:05

Portfolio Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-kanak

PAKK2302D
Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-kanak

Keywords: Pendidikan Awal Kanak-kanak

PORTFOLIO

PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN

TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

Nama AISYAH 'ATTIFAH BINTI SURATMAN

No. K/P 940404-01-6712

Angka Giliran 2021122370002

Ambilan JUN 2021

Program/Unit PDPM / PAKK 1

Kod Kursus PAKK2302D

Kursus SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU
Nama KANAK-KANAK
Pensyarah
PN SITI MISLIA BINTI SELAMAT

PENGENALAN

SOSIOEMOSI

SOSIOEMOSI

Sosio-emosi adalah gabungan daripada dua perkataan, sosial dan emosi.
Perkembangan sosial adalah proses kanak-kanak mempelajari kemahiran
komunikasi dan interaksi, agar dapat membina hubungan dengan
persekitarannya. Emosi adalah jiwa batin manusia yang menggambarkan
perasaan diri seperti gembira, suka atau marah. Pembinaan hubungan
dengan persekitaran yang terdiri daripada keluarga, rakan atau
masyarakat setempat supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri
dengan peraturan, adat resam, norma dan etika yang menjadi amalan.

SOSIAL

Ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat. Hubungan interaksi
dan sikap saling menerima dan menghargai (Proses kanak-kanak belajar).

EMOSI

Emosi adalah perkataan yang berasal dari Latin iaitu emorere, yang
bermaksud bergerak. Emosi merupakan satu perasaan dalaman yang kuat
datang dalam pelbagai penyataan seperti perasaan gembira, suka, marah,
bimbang, terkejut atau cemburu. Tujuannya adalah untuk melepaskan
perasaan bagi mendapatkan kepuasan diri. Emosi juga membawa maksud
perasaan jiwa yang kuat yang ditunjukkan dalam perlakuan dan
pergerakan.

PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK

Berikut adalah peringkat perkembangan emosi kanak-kanak mengikut umur:

PERINGKAT 2 (1-2 TAHUN) PERINGKAT 3 (2-3 TAHUN)

Kanak-kanak sudah berjaya Kanak-kanak mula membentuk sikap
menunjukkan perkembangan dan berdikari. Mereka juga dapat membentuk
kematangan fizikal yang drastik. Kanak-
kanak mula berjalan, melompat dan ayat-ayat yang mudah dibandingkan
berlari serta menunjukkan kematangan peringkat sebelum ini di mana mereka
hanya menyebut perkataan-perkataan
mental.
mudah sahaja.

PERINGKAT 1 (0-1 TAHUN)

Kematangan emosi akan mula dirasai apabila bayi menangis dan
mengukirkan senyuman. Kematangan emosi berlaku dalam tempoh

1 bulan pertama. Kematangan fizikal berlaku semasa berumur 4
bulan melalui pergerakan mata.

PERINGKAT 4 (3-4 TAHUN) PERINGKAT 5 (4-5 TAHUN)

Kanak-kanak sangat aktif. Mereka Peningkatan dari segi perhubungan
meluangkan masa bersama keluarga dengan rakan sebaya. Mereka
dan bermain bersama-sama. Kanak-
kanak juga berkeupayaan mengesan menumpukan kepada hubungan dan
dan menjalankan rutin-rutin seharian interaksi dengan rakan sebaya. Hasil
tersebut akan membentuk kematangan
yang perlu dilakukan.
emosi dan sosial

Perkembangan emosi merujuk kepada perkembangan perapatan, rasa percaya
keselamatan, kasih sayang dan cinta. Begitu juga dengan pelbagai jenis emosi dan
perasaan yang lain. Perkembangan ini juga melibatkan konsep-konsep kendiri dan
autonomi, tekanan, gangguan emosi dan sebagainya. Robert Havighurst (1953), dalam
teori perkembangan mengatakan tugas-tugas perkembangan manusia berdasarkan
perkembangan sosio budaya terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan
jasmani dan fizikal seseorang. Sesuatu tugasan akan diulangi dengan sukarela apabila
seseorang itu berjaya melakukan tugas tersebut dengan sempurna serta menimbulkan
kepuasan padanya. Apabila kegagalan ditempuhi walaupun untuk kali pertama, tingkah
laku tersebut tidak akan diulangi kerana perasaan kecewa akan menguasai seseorang.

FAKTOR DAN IMPLIKASI

PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN

TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH

LAKU KANAK-KANAK

TTerdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan

tingkah laku kanak-kanak secara umumnya bermula daripada peringkat umur 0 hingga
2 tahun, 3 hingga 4 tahun mahupun 5 hingga 6 tahun. Menurut Rohayati (2020), bahawa
persekitaran yang melingkungi kanak-kanak terdiri daripada ahli keluarga, rakan, guru,
jiran, peraturan, organisasi, nilai, agama, budaya dan perubahan yang berlaku dalam
kehidupan turut memainkan peranan penting terhadap perkembangan sahsiah, tingkah
laku, emosi dan akademik kanak-kanak.

FAKTOR PERSEKITARAN

Umumnya, faktor persekitaran merupakan penyumbang utama dalam mempengaruhi
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Persekitaran yang melingkari
kehidupan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk jenis
keperibadian kanak-kanak, (Rohayati, 2020). Hal ini demikian kerana persekitaran yang
seimbang dan baik dapat menghasilkan modal insan yang bermutu dan begitu juga
sebaliknya kerana dinyatakan bahawa faktor penyebab berlakunya masalah sosial
dalam kalangan kanak-kanak antaranya faktor rakan sebaya dan permasalahan
persekitaran sekolah dan juga latar belakang keluarga (Sharif & Mohamad Roslan,
Hassan & Ramli, 2018).

FAKTOR PERHUBUNGAN

Faktor kedua, iaitu perhubungan dengan keluarga dan ibubapa. Peringkat umur O hingga
6 tahun ini masih bergantung sepenuhnya dengan ibubapa juga keluarga terdekat.
Misalnya didikan ibubapa di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di
sekolah, sebagai contoh ibu bapa yang melindungi anak secara berlebihan
(overprotective) yang hidup dalam prasangka bahaya terhadap segala sesuatu, akan
menimbulkan rasa takut pada anak menjadidominan. (Hijriati, 2019).

Kanak-kanak yang diberi galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi akan
menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak diberi
peluang. Conteh lain adalah kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang
sihat. Oleh sebab itu, ibu bapa bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan
pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-anak. Justeru itu, sikap ibu bapa
yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak yang bercorak memahami
perasaan, penyayang, berupaya mengasuh dan mendidik anak dengan cara yang baik
menghasilkan tingkah laku dan emosi yang sempurna.

FAKTOR RAKAN SEBAYA

Menurut Rohayati (2020), rakan sebaya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
khasnya perkembangan sahsiah, emosi dan sosial, kanak-kanak yang bersosialisasi
dengan rakan sebaya yang sopan akan menyerap nilai-nilai positif daripada mereka.

FAKTOR KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI KELUARGA

Kedudukan sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi perkembangan emosi dan
tingkah laku kanak-kanak. Misalnya, ibu bapa yang kurang berkemampuan daripada
segi kewangan tidak mampu memenuhi keperluan kanak-kanak, berbanding dengan
yang mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil.

FAKTOR KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT

Faktor yang seterusnya adalah kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang
berbeza juga akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek
sosioemosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan anutan agama akan
membezakan corak dan cara hidup serta tingkah laku kanak-kanak. Perkembangan
sosioemosi dan tingkah laku yang dipengaruhi oleh norma- norma, nilai dan amalan
masyarakat. Misalnya ada sesetengah masyarakat, yang menitikberatkan jantina, iaitu
mementingkan jantina lelaki berbanding perempuan. Pengaruh seperti ini, menganggu
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.

FAKTOR TEKNOLOGI DAN MEDIA SOSIAL

Teknologi dan media sosial juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Menurut Zakaria (2012),
pendedahan kepada sumber teknologi dan maklumat yang sihat akan meningkatkan
kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak ke arah yang positif.
Sebaliknya, kanakk­ anak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur
keganasan, dan kezaliman, akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif. Waiau
bagaimanapun, sekiranya sumber teknologi dan media digunakan dengan cara
berhemah, tidak dinafikan pelbagai maklumat yang diperolehi untuk dijadikan panduan
dalam membantu dalam meningkatkan tahap sosial dan emosi kanak-kanak.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Beberapa implikasi terhadap perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-
kanak antaranya adalah membina dan menanam asas kepercayaan di dalam kelas
semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan tidak membanding-
bandingkan mereka.

Selain itu, menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka dengan
pelbagai teknik seperti bercerita, melukis, menyanyi dan main peranan, dengan aktiviti
seumpama ini ianya boleh membantu guru dalam memahami emosi kanak-kanak dan
bertindak sesuai dengan perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Di samping itu,
guru boleh membantu kanak-kanak mengenali emosi rakan yang lain dengan cara
melaksanakan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-­kanak, ringkas dan mudah difahami.

Memudahkan guru untuk memilih alat bantu mengajar dengan mengambil kira tahap
perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pemilihan strategi pengajaran dan alat bantu
mengajar yang tepat mampu membantu untuk meningkatkan tahap sosial dan tingkah
laku kanak-kanak ke arah yang lebih baik.

AKTIVITI

KANAK-KANAK
0-2 TAHUN

Nama aktiviti: Capan Tangan Saya
Penerangan berkenaan aktiviti:

Sambungan..

KAEDAH PERLAKSANAAN YANG MELIBATKAN
PROSES PERANCANGAN AKTIVITI

cara pelaksanaan

Terlebih dahulu guru menerangkan secara ringkas aktiviti capan dan kemudian
mendemontrasikan cara atau kaedah membuat capan.Guru juga akan banyak
menggunakan teknik soal jawab semasa aktiviti ini. Oleh kerana kanak-kanak masih
berumur 1 hingga 2 tahun, maka guru akan memberi bimbingan lebih untuk memastikan
aktiviti ini berjalan dengan lancar.Setiap penggunaan warna air, guru sentiasa
memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan aktivti ini
perlu diambil kira.

kaedah pendekatan belajar sambil bermain

Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi dan
bersosial, melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti, belajar menyelesaikan masalah,
membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri serta keinginan untuk meneroka
bagi memenuhi perasaan ingin tahu. Sebagai contoh ,apabila melakukan aktiviti capan
tangan, kanak-kanak akan berasa teruja dengan pelbagai warna di samping dapat
mengembangkan kemahiran deria dan motor kanak-kanak. Kaedah tunjuk cara dapat
membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu permainan dengan baik.di samping itu
perrnainan ini banyak kebaikan yang tersirat terutama dari segi kerjasama dan
mengikut peraturan mudah.

Pendekatan Bertema boleh diintegrasikan dalam pembelajaran kanak-kanak di Taska
apabila guru memilih sesuatu tema sebagai pembelejaran mingguan atau bulan.Sebagai
contoh aktiviti ini bertemakan Deria. Aktiviti ini boleh digabungjalin dengan
perkembangan yang lain seperti Perkembangan fizikal dan perkembangan Awai
Matematik dan Pemikiran Logik.

kaedah pendekatan belajar sambil bermain

Aktiviti ini menggunakan konsep pembelajaran melalui pengalaman langsung (First Hand
Experience) iaitu kanak-kanak dapat merasai pengalaman sendiri membuat capan
melalui teknik ulangan. lni dapat dibuktikan dengan Teori Psikososial Erikson(1902-1994)
yang menyatakan kanak-kanak umur 1 hingga 2 tahun membina sifat ingin mencuba
melakukan sesuatu dengan cara dan kemampuannya sendiri.

Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 2 tahun amat sesuai menggunakan Teknik ulangan
dalam pembelajaran supaya memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari
apada hari ini.

Kaedah tunjuk cara dapat membantu kanak-kanak mempelajari cara guna alat dan
bahan dalam sesuatu aktiviti.Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna,guru boleh
membimbing dan memberi "scaffolding" kanak-kanak semasa mereka bermain.lni
selaras dengan Teori pembelajaran Sosial bandura yang mendapati kanak-kanak belajar
dengan cara meniru gaya atau gelagat orang lain.

Bahan bantu mengajar

Kertas A4, warna air, berus lukisan,

IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN
EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

1Bermain dapat memenuhi fitrah keinginan dan keseronokan kanak - kanak sehinggakan
kanak-kanak berasa gembira dengan aktiviti dan selesa berdekatan dengan guru.

Kanak - kanak dapat mempelajari satu kaedah baru dalam seni kreativiti iaitu
capan.Apabila menjalankan aktiviti ini akan mewujudkan dan merapatkan hubungan
yang mesra, interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat dan
harmoni antara guru dengan muridnya.lni selaras dengan Teori Perapatan yang
dikemukakan oleh Bowlby (1969,1988) bahawa perapatan ialah "ikatan emosi yang
istimewa"antara bayi dengan ibu bapa ataupun pengasuh.

Kanak - kanak mendapat pengalaman menggunakan bahan - bahan pembelajaran.
Menurut Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting
untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung.

AKTIVITI

KANAK-KANAK
3-4 TAHUN

Tajuk: bermain teng-teng
Penerangan berkenaan aktiviti:

Sambungan..

Sambungan..

KAEDAH PERLAKSANAAN YANG MELIBATKAN
PROSES PERANCANGAN AKTIVITI

cara pelaksanaan

Terlebih dahulu guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain dan kemudian
mendemontrasikan cara atau kaedah bermain teng-teng. Guru juga menggunakan teknik
soal jawab semasa aktiviti ini. Seorang atau sekumpulan murid dipilih untuk melakukan
semula demonstrasi guru. Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan
kecil masing-masing. Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan
mengawasi aktiviti murid dan memberi bimbingan jika perlu. Selepas aktiviti, seorang
murid dipilih untuk untuk memberi rumusan apa yang dipelajari pada hari ini.

strategi pelaksanaan

Pendekatan yang digunakan ialah kaedah belajar sambil berrnain. Jill Hadfield (1984)
berpendapat bahawa aktiviti perrnainan haruslah diajar demonstrasi dan bukan
disampaikan dengan cara penerangan lisan. Guru menggunakan strategi berpusatkan
murid bagi melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan interaksi
antara murid secara tidak langsung akan terbentuk. Sekiranya ada masalah, guru akan
mengguna pakai kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.

Kaedah tunjuk cara dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu permainan
dengan baik.di samping itu perrnainan ini banyak kebaikan yang tersirat terutama dari
segi kerjasama dan mengikut peraturan mudah.

Bahan bantu mengajar

Petak nombor, buah serta simbol pemain objek.

IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN
EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Kanak - kanak dapat mempelajari konsep nombor melalui permainan teng-teng. Melalui
permainan ini dapat memastikan keadilan dan layanan sama rata kepada semua
murid.apabila guru menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan
mempelbagaikan cara mengajar dan cara pengajaran yang kreatif pastinya dapat
menarik perhatian kanak-kanak.

Kanak - kanak mempelajari konsep dengan melaksanakan aktiviti permainan. lni
bermaksud kanak-kanak memahami peraturan permainan teng-teng dan dapat
memahami arahan mudah guru. Di samping itu, kanak-kanak akan diterapkan nilai-nilai
murni bahawa dalam permainan ada menang ada yang kalah dan perlu kesabaran
dalam menunggu giliran untuk bennain, bekerjasama, tolong menolong dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain.

Aktiviti yang melibatkan permainan, pastinya kanak - kanak akan melibatkan diri dengan
lebih aktif kerana dapat memberi peluang kepada kanak-kanak berinteraksi antara satu
sama lain. Guru turut menggunakan teknik menyoal supaya murid memberi tindakbalas
demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

aAktiviti-aktiviti yang bersesuaian haruslah diberi perhatian oleh guru agar

kemahiran sosioemosi kanak-kanak berkembang. Kemahiran sosioemosi adalah sebuah
kemahiran yang membantu kanak-kanak untuk belajar bekerjasama, berdikari, empati
dan melakukan pekara yang diharapkan oleh orang dewasa dan kemahiran ini adalah
sebuah kemahiran yang diper1ukan dalam kehidupan seharian kanak-kanak di masa
hadapan. Malah, kanak­kanak yang pernah menjalankan aktiviti main peranan akan
menjadi lebih kreatif, selesa dan menunjukkan perkembangan sosioemosi yang lebih baik
apabila aktiviti tersebut dijalankan pada kali kedua (Howe et al., 2014). Di samping itu,
kemahiran kanak-kanak untuk menguruskan emosi dengan baik dapat membantu
mereka mengembangkan kemahiran yang lain seperti sosial, kognitif dan rohani
(Zaharah, 2016). Justeru menunjukkan keperluan aktiviti main peranan dalam suasana
pembelajaran kanakkanak. Kemampuan memahami manfaat dan kepentingan aktiviti
main peranan dalam pembelajaran dipercayai mampu memberi gambaran dalam
memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

nNamun, meskipun banyak kajian telah dijalankan terhadap kaedah main peranan

dalam PdP, namun kebanyakan kajian memberi tumpuan pada aspek komunikasi dan
pergaulan berbanding aspek sosioemosi. Mohd Khiri (2012) memberi saranan agar kajian
mengenai keberkesanan pelaksanaan aktiviti perkembangan sosioemosi kanak-kanak
dapat dijalankan.

pPerkembangan sosioemosi yang tidak sejahtera boleh menyebabkan masalah

tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Mereka sering menunjukkan tingkah laku
yang tidak terkawal, tekanan dan kemurungan kerana mereka menghadapi masalah
untuk mengawal dan mengurus emosi dengan baik (Mohamad Albaree et al., 2019).
Menurut Marziyeh Alivandi dan Khaidzir (2017), tingkah laku negatif seperti mengasingkan
diri dan tidak patuh arahan berlaku kerana suasana pengajaran yang membosankan.

PENUTUP

secara keseluruhannya, faktor persekitaran yang banyak menyumbang kepada

perkembangan sosio emosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Hal ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa urusan mengembangkan potensi dan pendidikan bukan hanya
terletak dalam konteks persekolahan semata-mata malah perlu dilakukan secara
keseluruhan oleh semua pihak yang terlibat.vBegitu juga setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang yang dijalankan di sekolah mempunyai impak terhadap sosio emosi
dan tingkahlaku kanak-kanak tidak kira melalui guru mahupun murid. Apa yang diajar
positif maka positif juga yang akan sampai kepada kanak-kanak begitu juga sebaliknya.
Guru dianggap sebagai 'role model' di mana proses kanak-kanak belajar bagaimana
bertingkahlaku dengan meniru tingkahlaku orang lain ataupun guru. Oleh itu, guru
perlulah bijak dan kreatif dalam menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

RUJUKAN

Hijriati, (2019). Faktor dan Kondisi yang Mempengaruhi Perkembangan Sosial Emosional
Anak Usia Dini. Fakulti Tarbiyah dan Keguruan.

Howe, N., Akebuhatoum, S., & Chang-Kredl, S. (2014). "Everything's upside down. We'll call i
it upside down valley!": Siblings' creative play themes, object use, and language
during pretend play. Early Education and Development, 25(3), 381-398.
https://doi.org/10.1080/10409289.2013.773254

Marziyeh Alivandi Vafa, & Khaidzir Ismail. (2017). Filial therapy work best for preschooler's
children with challenging behaviour. e-Bangi, 3(3), 1-13.

Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, lylia Mohamad, & Zaharah Osman. (2019).
Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan
aktiviti muzik. Jurnal Pendidikan Awai Kanakkanak Kebangsaan, 8, 17-23.

Mohammad, S. A., Osman, Z., & Abdul Aziz, A. N. (2021). Perkembangan sosioemosi kanak-
kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran di
peringkat prasekolah. Jurnal Pendidikan Awai Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 47-
60. https://doi.org/10.37134f,pak. vol10.2.5.2021

Mohd Khiri Masbol. (2012). Sikap dan kefahaman guru tadika dalam pengajaran tunjang
ketrampilan diri (Perkembangan sosioemosi). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohayati binti Junaidi, (2020). Persekitaran yang Membentuk Modal lnsan Dalam Novel
Kanak-kanak. MANU 31 (1 ), 97-119. E-ISSN 2590-4086.

Zaharah Osman. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi &
Friends. Jurnal Pendidikan Awai Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version