The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nas kimi, 2023-12-01 02:07:34

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KAUM BAJAU

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK TUGASAN KAUM BAJAU NAMA PENSYARAH EN ABDUL RAHMAN BIN ABDUL GAPAR NAMA PELAJAR NAMA NOMBOR MATRIKS MUHAMAD NASRUL HAKIMI BIN MOHD ZULKIFLI 14DGU23F1004 MUHAMMAD NAUFAL BIN AMIRUL AIMAN LUA ABDULLAH 14DGU23F1019 ADY WAFIY BIN SHAMSUL AZHAR 14DGU23F1048 MUHAMAD MUAWIYAH ALFAKHRULLAH BIN MOHD FARID 14DGU23F1044


ISI KANDUNGAN UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 1 2.0 PENGENALAN 2 3.0 OBJEKTIF 3 4.0 SEJARAH KAUM BAJAU 4-5 4.1 PERBEZAAN SUKU BAJAU DI PANTAI BARAT DAN TIMUR SABAH 6 4.2 BAHASA DAN JENIS MAKANAN SUKU BAJAU 7-8 4.3 PERKAHWINAN DAN PANTANG LARANG SUKU BAJAU 9-11 5.0 KESIMPULAN 13 6.0 RUJUKAN 14 7.0 LAMPIRAN 15-16


1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada EN Abdul Rahman Bin Abdul Gapar, Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merialisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan olch rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. 1


2.0 PENGENALAN Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu. 2


3.0 OBJEKTIF • Menyatakan sejarah berkaitan suku kaum bajau • Mendalami perbezaan suku bajau di pantai barat dan timur Sabah • Memahami bahasa dan jenis makanan suku bajau • Tatacara perkahwinan dan pantang larang suku bajau 3


4.0 SEJARAH KAUM BAJAU Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran “Koboi Timur” atau “Koboi Sabah”. Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga. Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih. 4


Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan. 5


4.1 PERBEZAAN SUKU KAUM BAJAU DI PANTAI BARAT DAN TIMUR SABAH Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.” Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai ‘cowboy of the east’ kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud.Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut. 6


4.2 BAHASA DAN JENIS MAKANAN SUKU BAJAU BAHASA Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau yang merupakan variasi daripada dialek bajau itu sendiri. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Terdapat banyak perbezaan dari segi sebutan,pembentukan kata dan makna dalam setiap dialek bajau ini.Namun perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat dari pembahagian dua kawasan iaitu penutur dialek bajau di pantai timur (Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau) dan pantai barat (Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar). 7


MAKANAN SUKU BAJAU Kima Kima ialah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain . Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. Sagol/Ѕenagol Sagol/Ѕenagol apabila digunakan sebagai kata kerja bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol apabila digunakan sebagai kata nama bermaksud 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Terdapat dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dikukus. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek, Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain (selalunya makanan laut).Ia kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Tompek (Тinompeh) Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. 8


4.3 PERKAHWINAN DAN PANTANG LARANG SUKU BAJAU TATACARA PERKAHWINAN Perkahwinan kaum Bajau di Daerah Kota Belud, Bahagian Pantai Barat Sabah, mempunyai sedikit persamaan dengan orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Kaum ini sangat mementingkan pelaksanaan setiap upacara dalam adat perkahwinan mereka yang melibatkan tujuh peringkat utama antaranya seperti: 1. TILAU-TILAU DAN MENDO Ibu bapa memilih gadis untuk dijadikan menantu. Bila telah dikenal pasti persiapan bagi tilau-tilau (merisik) segera diatur. Sebaik selesai risikan kesempatan diambil untuk bertanyakan latar belakang si gadis kerana masyarakat Bajau mementingkan zuriat. 2. SERUAN Majlis seruan (bertunang) diadakan di rumah pihak perempuan dan tempoh bertunang serta tarikh perkahwinan dibincangkan. Kaum ini sangat teliti dalam hal memilih bulan serta tarikh perkahwinan. 3. NORONG Selepas itu adalah upacara norong iaitu majlis menghantar berian (hantaran) daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Hari norong dikenali sebagai malad dan lazimnya dibuat waktu pagi. Dalam upacara ini tarikh perkahwinan ditetapkan. Terdapat dua jenis norong. Yang pertama dibuat ketika dalam tempoh tiga bulan manakala yang kedua dalam masa tiga sehingga sehari sebelum majlis perkahwinan. 9


4. MANDI BEDAK Acara mandi bedak atau malam berinai diadakan sebelum majlis nikah dan bersanding. Antara bahan yang digunakan adalah beras kuning, inai, bunga rampai dan santan kelapa berserta daun pandan. Bedak dilumur di seluruh tubuh pengantin bagi membuang kotoran. Hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan hadir. Bagi memeriahkan majlis acara betitik dan berunsai (muzik dan tarian tradisi Bajau) diselang seli pantun diadakan sepanjang malam selepas selesai acara merenjis. 5. NIKAH DAN SANDING Ketibaan rombongan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan diwar-warkan dengan beberapa das tembakan. Rombongan pengantin dimestikan membawa damak (buah tangan). Dahulunya pengantin lelaki tidak dibenarkan memijak tanah. Justeru, pengantin berketurunan Datu diarak menggunakan usungan, manakala orang biasa diarak di atas kuda. Pengantin lelaki dibawa naik ke atas rumah pengantin perempuan dan didudukkan di atas peningkoon (tempat duduk berupa tilam kecil beralas tujuh lapisan tipo selisir, sejenis tikar tradisi Bajau) diapit dua orang pengapit. Kemudian akad nikah dilaksana dalam keadaan duduk atau berdiri dibuat pada hari bersanding. Selepas itu pengantin disandingkan. Pelamin mempunyai tiga lapis tabir yang perlu dilalui pengantin lelaki yang juga diminta bersyair dan membayar cukai tabir. Sebelum duduk di pelamin pengantin lelaki perlu membatalkan wuduk dengan memusing-musingkan sapu tangannya tiga kali di atas kepala pengantin perempuan kemudian menjatuhkannya di atas tapak tangan pengantin perempuan. Seterusnya pengantin lelaki menyentuh lelangit kerasnya dengan ibu jari kanan dan menyentuh dahi isterinya dengan ibu jari tersebut sambil membaca kalimah syahadah. 10


6. NGANDO DAN NGENDEDE Selepas majlis perkahwinan ialah upacara ngando iaitu menjemput pengantin perempuan ke rumah keluarga pihak lelaki. Pengantin perempuan perlu membasuh kaki sebagai tanda menyucikan diri selain sah menjadi ahli keluarga lelaki. Selepas beberapa hari acara ngedede pula dilaksana iaitu menghantar semula kedua-dua pengantin ke rumah pengantin perempuan. Pengantin diberi hadiah seperti peralatan dapur, peralatan tidur dan sebagainya. 11


PANTANG LARANG SUKU KAUM BAJAU Dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam.Antara adat yang digunapakai sehingga hari ini ialah: 1. Larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna. 2. Larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah. 3. Larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain. 4. Larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang. 5. Larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati. 6. Larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej. yang tidak baik pada pandangan orang. 7. Larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu. 8. Larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga. 9. Larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit. 10. Larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi. 11. Larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun. 12


5.0 KESIMPULAN Kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat juga boleh mendatangkan impak kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam kalangan pelajar khususnya di dalam bilik darjah. Pelajar mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan pelajar pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap pelajar yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, pelajar perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. 13


6.0 RUJUKAN 1. Wikipedia https://ms.m.wikipedia.org › wiki Bajau - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 2. JKKN https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my › ... ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BAJAU ADAT PERKAHWINAN 3. WordPress.com https://sumatra93.wordpress.com › ... Mengenali Kaum Bajau | SKBL2113 4. JKKN https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my › ... ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BAJAU ADAT DAN PANTANG ... 14


7.0 LAMPIRAN 15


16


Click to View FlipBook Version