MPU23053
SAINS TEKNOLOGI
DAN
KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM
VAKSIN MENURUT
ISLAM
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
DEFINISI SERTA ISTILAH MENURUT
ISLAM
SEJARAH KEMUNCULAN
VAKSIN MENURUT
ISLAM
HUBUNGKAIT DENGAN PRINSIP
SYARIAH
I
HUBUNGKAIT DENGAN KAEDAH
FIQH
HUKUM
KESIMIPULAN
PENGENALAN
Vaksin ialah produk tunggal yang dibuat
daripada semua atau sebahagian daripada
virus, bakteria atau struktur sel lain yang
telah diubah atau dinyahtutur oleh subunit
protein virus. Sistem imun daya lawan
jangkitan (sistem imuniti) tubuh
membentuk imuniti vs jangkitan penyakit
khusus apabila antigen hadir dalam vaksin.
Vaksin mampu membuat profil (mencegah
atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan
akan datang dengan apa-apa patogen asli
atau "pembohong"). Vaksin menguatkan
sistem imun dengan memperkenalkan
antibodi untuk mengesan kuman-kuman
tertentu supaya sistem imun berfungsi
sepenuhnya apabila kuman sebenar badan
pada akhir tempoh masa tertentu.
DEFINISI SERTA ISTILAH MENURUT ISLAM
“Istihalah ialah proses semulajadi yang
memberikan kesan perubahan hukum (dari haram
ke halal) kerana berubah zatnya iaitu bahan dari
sumber yang haram yang telah berubah struktur
kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan
sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan
suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan
dipersetujui oleh ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-
Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.
“Pertama, jika ada vaksin lain yang lebih suci dan
diyakini sumbernya, maka tidak boleh digunakan
vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi
asas dalam fatwa-fatwa mengenai vaksin.
“Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci
tetapi keadaan bersifat darurat bagi
menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada
unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa
atau 'hifz al-nafs' adalah di antara objektif syariah.
Ini bermakna sesuatu vaksin tidak semudah itu
untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat
32
SEJARAH KEMUNCULAN VAKSIN
MENURUT ISLAM
vaksinasi bukan sesuatu yang baru dalam
sejarah Empayar Islam. Masyarakat Islam
dahulu telah berbicara tentang idea
vaksinasi yang menjadi konsep vaksinasi
dalam perubatan moden sekarang. Ibnu
Sina telah menyebut dalam kitabnya
‘Qanun fi at-tibb’ bahawa penggunaan
imuniti tubuh badan dengan sesuatu
penyakit atau kesakitan. Beliau
memberikan contoh kemampuan tubuh
untuk memperoleh kekebalan dari toksin
sekiranya digunakan secara beransur-
ansur. Jika Barat baru mengenali vaksinasi
pada kurun ke 18, umat Islam lebih awal
mengenali vaksinasi dalam bentuk
idealisme dan pengamalan, khususnya di
zaman khilafah Islam Uthamaniyyah.
HUBUNGKAIT DENGAN PRINSIP
SYARIAH
Antara prinsip-prinsip syariah, Tawazun
(Keseimbangan) diambil sebagai
penghubungkait untuk mengukuh lagi
huraian kami.
Tawazun bermaksud ajaran Islam
memberikan perhatian yang seimbang
kepada semua aspek kehidupan manusia;
dari segi individu dan masyarakat,
rohani dan jasmani, kebendaan dan
kerohanian serta dunia dan akhirat.
Sama juga vaksin, prinsip syariah ini
mampu megimbangkan populasi manusia
di muka bumi.
HUBUNGKAIT DENGAN
KAEDAH FIQH
Penggunaan kaedah fiqh yang sesuai iaitu
"La Darar Wa La Dirar" (al-Khadimi, Nur al-
Din Mukhtar: 2007) yang diambil secara
langsung daripada sabdaan Nabi SAW.
Kaedah "La Darar Wa La Dirar" di dalam
bahasa Melayu disebut sebagai tada mudarat
dan tidak boleh member mudarat merupakan
salah satu daripada lima kaedah figh yang
utama (Alqawaid al-Kulliyah al-Khams).
Berdasarkan langkah kerajaan membendung
wabak COVID-19, kerajaan telah melakukan
pelbagai cara contohnya, larangan
pergerakan, penutupan semua institusi
pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta
serta institut latihan kemahiran di seluruh
negara dan lain-lain.
Sekiranya dilihat dalam konteks figh Islam
ternyata banyak kaedah figh yang menyokong
tindakan kerajaan dan boleh diaplikasikan
terhadap situasi yang sedang melanda negara.
Berikut merupakan beberapa aplikasi kaedah
figh "la darar wa la dirar"
• Kemudaratan hendaklah dihilangkan
• Menolak kerosakan lebih utama
daripada mendatangkan kebaikan
• Ditanggung kemudaratan yang
khusus untuk menolak kemudaratan
yang umum
• Kemudaratan dihindari sebaik
mungkin mengikut kemampuan
• Tindakan manusia pada perkara
yang menjadi miliknya hanya sah
apabila tidak
memudaratkan orang lain
HUKUM
Hukum mengambil suntikan vaksin
ialah harus, jika tidak memudaratkan.
Vaksin-vaksin yang telah dikenal pasti
statusnya sebagai halal dan tayyiban
sahaja yang akan digunakan sepanjang
memerangi wabak virus,
contonya Virus COVID-19.
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada
kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah,
dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan (dengan bersikap
bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-
baiknya segala usaha dan) perbuatan
kamu; kerana sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang
berusaha memperbaiki amalannya."
(QS. AI-Baqarah 2: Ayat 195)
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, kami mendapati
bahawa suntikan vaksin sangat
diperlukan masa ke semasa. Suntikan
vaksin telah menjadi tanggungjawab
kita untuk mengambil vaksin supaya
dapat mengelak kemudaratan kepada
diri. Sebagai penutup bicara, marilah
kita semua memainkan peranan
masing-masing. Patuhilah langkah-
langkah kesihatan awam. Pastikan kita
mendorong atau mempengaruhi rakan-
rakan dan masyarakat di sekeliling
kita untuk merelakan diri dengan
suntikan vaksin.