Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor Program Usrah Sakinah & Penetapan Target Calon SPM 2024 Sabtu,11 Mei 2024 (8.00 pagi), Dewan Smadklana “Bersama Mendidik Anak Bangsa Madani”
PENGENALAN Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin murid ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah,maka rumah merupakan tempat yang paling lama murid berada dan di situ terdapat peranan ibu bapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanahdan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu jelas akan peranan mereka agar panduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan murid insan yang berjaya. Secara tidak langsung program ini dapat memberi kesan besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu demi masa hadapan mereka. Tambahan pula, program ini dapat menyumbang dengan menyuntik semangat belajar para pelajar untuk lulus dan cemerlang peperiksaan SPM.
OBJEKTIF Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak dibawah jagaan mereka. Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk menyedari kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran. Supaya dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab sebagai pelajar dalam menuntut ilmu. Supaya dapat meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
TEMA “Bersama Mendidik Anak Bangsa Madani” ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM Agama Dato’ Klana Petra Maamor. PELAKSANAAN Tarikh : 11 hb Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi -12.30 tengahari Sasaran : Semua ibu bapa dan murid Tingkatan 5 2024/2025 Tempat : Dewan SMADKLANA
JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Tn. Hj. Zainal Arifin B. Mahsurom (Pengetua) Pengerusi Bersama Prof. Madya Dr. Rosmizi Bin Abd Rahman (YDP PIBG) Timbalan Pengerusi Pn. Zakiah Bt. Ali (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 Pn. Subia Bt. Mohammed (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi 2 Pn. Fatimah Bt. Mohd Noor (PK Kokurikulum) Penyelaras Pn. Noraida binti Aludin (GKMP Kemanusiaan/SU Kurikulum) Setiausaha Pn. Norhayati Bt. Sulaiman (Guru Kaunseling) Penolong Setiausaha Pn. Nor Emilia Izzati Bt. Abdullah (Guru Kaunseling)
JAWATANKUASA KERJA Pendaftaran dan Sambutan Cik A’inun Jariyah binti Noor Sabri Pn. Zubaidah binti Seman Juruacara Majlis dan Bacaan Doa En. Muhammad Lutfi bin Zainol En. Ahmad Zaidi bin Baharudin Penetapan Target Pn. Zainoriah binti Zainuddin (GKMP) Pn. Aida Rahayu binti Awang (GKMP) Pn. Noor Azlinn binti Zainal Abidin(SUP) En. Rashdan bin Abd. Rahman (5 Imtiaz) Cik Nur Bazla’ Farisya binti Md Junid (5 Ihsan) Pn. Naseha binti Omar (5 Itqan) Persiapan Tempat Pn. Nurul Syazana binti Hanuar Pn. Nafizah binti Kassim Pn. Maizatul Hasni binti Ali Pn. Rahimi binti Shaari Buku Program Pn. Siti Khajaru’ain binti Osman Multimedia dan ‘Backdrop’ Pn. Nor Idayu binti Azmi Cik Nur Fitrah binti Abd Hamid Jamuan Cik Amiza binti Hamzah Pn. Nur Liyana binti Ramlan Pn. Siti Sarah binti Mohd Noor Fotografi Pn. Saila binti Suparno Siaraya En. Muhamad Akram bin Ahmed
TENTATIF PROGRAM 8.00 pg : Pendaftaran Ibu bapa/Penjaga Edaran Borang Aku Janji dan Penetapan Target oleh guru tingkatan Sarapan 8.30 pg : Ucapan Aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ceramah Keibubapaan oleh Tuan Rohizal bi Hj Kasim (In-Person Training and Consultancy) 10.30 pg : Taklimat Pengurusan Kurikulum oleh Pn. Zakiah bt. Ali (PK Pentadbiran) Ucapan oleh Tuan Pengetua, Tn. Zainal Arifin b. Mahsurom 11.30 pg : Aku Janji Pelajar 12.00 tgh : Bersurai
Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Mohd Rosmizi bin Abd Rahman En Zainal Arifin bin Mahsurom Barisan Penolong Kanan Barisan GKMP Barisan Guru Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Calon SPM 2024 Serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam Program Usrah Sakinah & Penetapan Target Calon SPM Tahun 2024