KONSEP NEGARA DAN BANGSA KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA KONSEP NEGARA PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
SHARIFUDDIN BIN AHMAD - PENSYARAH KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO.PENDAFTARAN MUHAMMAD IKHWAN BIN MOHD ZAWAWI 13DEE23F1048 MUHAMMAD LUTFIL HADI BIN AHMAD MASRI 13DEE23F1027 MUHAMMAD MUKHRIZ ZAIM BIN PAUZI 13DEE23F1015 MUHAMMAD ZULHILMI BIN KARI 13DEE23F1007
KATA LALUAN SIDANG BERAKSI Assalamualalkum w.b.t, bersyukur kehadrat llahi kerana dengan izinnya kami dapat menyiapkan E-Folio bersama-sama yang bertajuk Konsep Negara Dan Bangsa Dalam Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Sharifuddin Bin Ahmad yang merupakan pensyarah kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan E-Folio ini. Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan bersamasama berhempas pulas dalam melengkapkan tugasan E-Folio ini yang memberi bantuan dari segi informasi terkini mengenai tajuk kami ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyempurnakan tugasan E-Folio ini.
⁷ ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN 5 LATAR BELAKANG 6-7 KONSEP NEGARA DAN BANGSA 8 KONSEP NEGARA 9-10 KONSEP BANGSA 11-12 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA 13-14 KESIMPULAN 15 RUJUKAN 16 LAMPIRAN 17 ISI KANDUNGAN
⁷ PENGENALAN Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa. Seterusnya, pembinaan bangsa menyusul melalui institusi sistem politik kepartian dan piliban raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
LATAR BELAKANG Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang namun disebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa. Usaha ini pertu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan Bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di negara orang-
Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar ruangruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969. Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai identit yangkukuh sebagai seorang masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, Bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan mereka.
Menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke-4, Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan jalah: i. Frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyal kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan ii. Frasa bangsa merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identity budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Konsep negara bangsa dilihat sebagal satu bangsa yang ideal yang dimpikan olch sesebush negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identity tersendiri. KONSEP NEGARA DAN BANGSA
KONSEP NEGARA * Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. * Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain. * Rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang- *Kewujudan rakyat yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.
penduduk wilayah kerajaan * CIRI-CIRI UTAMA PEMBENTUKAN SESEBUAH NEGARA ADALAH ADANYA: A) PENDUDUK B) SEMPADAN C) KERAJAAN D) KEDAULATAN * SESEBUAH NEGARA JUGA MEMILIKI SISTEM POLITIK YANG DITEGAKKAN OLEH SEKUMPULAN MANUSIA SERTA MEMBENTUK SATU KERAJAAN YANG SAH DAN DIIKTIRAF OLEH PIHAK LUAR * UNTUK MEMBENTUK SEBUAH NEGARA PERLU MEMPUNYAI ELEMENELEMEN BERIKUT: kedaulatan
KONSEP BANGSA Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat. Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyal hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah.
Elemen perasaan kebersamaan turut menjadi santimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara. Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah: i. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain. ii. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya. iii. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada sidang ideologi politik. iv. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.
KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA • Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan yang lahir dalam satu negara, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain. • Ditadbir urus oleh negara yang berdaulat dan merdeka tanpa dijajah minda dan fizikal. • Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. apa yang lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa. • Setelah Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia ( Abdul Rahman Embong, 2001).
• Usaha-usaha ke arah pembentukan negara bangsa merupakan salah satu Langkah ke hadapan dalam mewujudkan satu negara satu bangsa. • Usaha ini perlu dilaksanakan secara Bersama tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.
KESIMPULAN Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan sahaja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi.
RUJUKAN • Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ( versi Politeknik Malaysia) • Buku Pengajian Malaysia ( versi Politeknik Malaysia), o https://www.flipsnack.com/E6CE95BBDC9/topik-5-pembinaan-peradabanmajmuk-di-malaysia.html
LAMPIRAN
SEKIAN, TERIMA KASIH