hari
kanak-kanak
sk seri mutiara
9 DISEMBER 2022
TEMA : CITA-CITA
PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia
sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta
semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi
Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak
”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut
Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun.
Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap
kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, Unit HEMdengan
kerjasama guru-guru dan PIBG akan mengadakan Sambutan Hari
Kanak - Kanak bagi mengisi takwim Sekolah bagi tahun 2022. Pada
tahun ini, pihak sekolah SK SERI MUTIARA meraikan Sambutan
Hari Kanak – Kanak bagi mewujudkan semangat baru dalam
kalangan murid.
MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan
kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa
masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan,
kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak
mereka sentiasa dipelihara.
OBJEKTIF
Objektif utama diadakan program ini :
1. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak
Sedunia dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti
yang dirancang.
2. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk
memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
4.Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi
fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
5.Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin
dan berinovasi.
6.Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji,
cemerlang, berbakat serta berwibawa.
JAWATANKUASA
TENTATIF PROGRAM
HARI KANAK-KANAK
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : SK SERI MUTIARA
Tema : CITA-CITAKU
Atur cara :
7.40 pagi : Berkumpul di Tapak Perhimpunan
Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Mengambil kehadiran murid
7.45 pagi : Ucapan Guru Besar (Pn. Noraini Bt Razak)
7.50 pagi : Persembahan Murid (Nyanyian Dan Tarian)
- Pra
- PPKI
- Tahap 1
- Tahap 2
- Program McDonald’s
10.20 pagi : Jamuan Dan Hadiah ( Dalam Kelas Masing-
masing)
-Hadiah Penyayang
-Hadiah Sahsiah Terbaik
-Hadiah Kehadiran Terbaik
-Hadiah Pakaian Terbaik
12.00 tgh : Majlis Bersurai
Semasa kita cuba
mengajar anak-anak kita
tentang kehidupan, anak-
anak kita mengajar kita
apa itu kehidupan.