DISEDIAKAN OLEH : PUAN SITI DIYANA BINTI RAZIB CIK HUE YEW HIEN DISEDIAKAN OLEH : PUAN MASITAH BINTI ABU BAKAR PUAN FARAH MASUZZA BINTI MOHAMAD KEM PEMIMPIN MUDA SMK SIERRAMAS TAHUN 2024 27 APRIL 2024 SMK SIERRAMAS, JALAN HOSPITAL, 47000, SUNGAI BULOH, SELANGOR
ISI KANDUNGAN PERKARA 1. KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN MUDA 2. SURAT UNDANGAN TETAMU KEHORMAT 3. SURAT UNDANGAN MURID 4. BUKU PROGRAM 5. DOA PEMBUKA DAN PENUTUP MAJLIS 6. BANNER 7. TEKS UCAPAN PERASMI 8. SENARAI NAMA PESERTA KEM PEMIMPIN MUDA 2024 9. SALINAN CONTOH SIJIL 10. LAPORAN POST MORTEM 11. LAMPIRAN GAMBAR
KERTAS KERJA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS KERTAS KERJA KEM PEMIMPIN MUDA ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM, UNIT HAL EHWAL MURID & UNIT BIMBINGAN KAUNSELING Dengan Kerjasama PIBG SMK SIERRAMAS TEMPAT: SMK SIERRAMAS JLN HOSPITAL 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR TARIKH: 27 APRIL 2024 (SABTU)
1.0 PENDAHULUAN Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Unit Hal Ehwal Murid dan UBK SMK Sierramas.Program ini melibatkan semua Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi Kelab Persatuan dan Unit Uniform, Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi, dan Ketua rumah sukan serta ketuaketua kelas dan penolong-penolong ketua kelas yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2024. Tujuan utama penganjuran kem ini adalah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada murid sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan jati diri sebagai seorang pemimpin muda. Mereka memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka Kem Pemimpin Muda ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari semasa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah. 2.0 RASIONAL Sebagai seorang yang terpilih menjadi pemimpin muda di sekolah, seseorang murid itu perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pemimpin muda tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan.Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik sebagai pemimpin muda akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.
3.0 MATLAMAT Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin. 4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan. 4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sebuah organisasi. 4.4 Memupuk nilai–nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai. 4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin muda dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah. 4.6 Melalui aktiviti–aktiviti yang telah dirancang ini, dapat menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pemimpin muda apabila menghadapi tugas yang diamanahkan. 5.0 KUMPULAN SASARAN 200 orang pemimpin muda aliran perdana tingkatan1, 2,3, 4 dan 5 dan PPKI. (Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi Kelab Persatuan, Unit Uniform, Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi, dan ketua-ketua rumah sukan serta ketua kelas dan penolong ketua kelas) 6.0 TARIKH DAN MASA Tarikh / Hari: 27 April 2024 (Sabtu) Masa: 7.30 pagi – 1.00 t/hari
7.0 TEMPAT SMK Sierramas,Jalan Hospital,47000 Sungai Buloh, Selangor 8.0 AHLI JAWATANKUASA Jawatan kuasa Induk PENGERUSI En Hashim bin Saryani @ Mohd Noh Pengetua TIMB. PENGERUSI 1 Pn Roshida binti Abu Hamid PK Kokurikulum TIMB. PENGERUSI 2 Pn Nooreda binti Mohd Hashim PK HEM NAIB PENGERUSI Pn Noranitta binti Abd Mutalib Pn Zalinah binti Ahmad Pn Siti Suriati binti Mohd Jan PK Pentadbiran PK Petang PK PPKI PENYELARAS PROGRAM 1 Pn Halijah binti Mamat @ Ahmad GP Pencinta Alam PENYELARAS PROGRAM 2 Pn Beh Poh Choo GP Badminton SETIAUSAHA Pn. Hanisah binti Zolkifly Guru Pengawas BENDAHARI Pn Hayatul Mardziah binti Siron Pn Asmah binti Ahmad PT Kewangan Su Kokurikulum PENGURUS PESERTA En. Nik Mohd Husyaimie bin Hussin Cik Nurashikin binti Abd Rahim Pn Nurul Farah Amalina binti Zulkurnain Guru B&K Guru B&K Guru B&K
Jawatan kuasa Pelaksana BIL AJK GURU PELAKSANA BIDANG TUGAS 1 Suratmenyurat Pn Nurul Ain binti Aripin (K) Cik Feethi Masayu binti Salleh Pn Mazwila binti Che Othman ● Mengedar dan mengumpulkan senarai borang kebenaran ibu bapa. ● Mengutip wang pendaftaran RM5 dan menyerahkannya kepada bendahari program (Pn Asmah). 2 Brosur dan Banner Pn Nur Yazida binti Sabarudin ● Menyiapkan brosur berkaitan program ● Menempah, menggantung banner sebelum program dan menanggalkan banner selepas program. ● Menyerahkan banner kepada Su Ko (Pn Asmah binti Ahmad) setelah selesai program. 3 Teks Ucapan VIP Pn Nik Aliana binti Nik Mat ● Mendapatkan maklumat tentang pentadbir yang hadir ● Menyediakan teks ucapan Pengetua / Pentadbir yang hadir 4 Sijil Penceram ah dan Murid Pn Syazwani binti Zainudin (K) Pn Nurul Annisa binti Mohamad Cik Nur Aiza binti Ruzlan (G. Praktikal) ● Mendapatkan maklumat lengkap fasilitator dan mencetak sijil fasilitator. ● Mencetak sijil peserta program, ● Menyusun atur sijil mengikut kumpulan dan diserahkan semasa majlis penutup.
5 Persiapan Tempat /Teknikal dan Penyiaran En Mohd Faisal bin Mohd Razali (K) En Sherran Prabakar a/l Subramaniam (G. Praktikal) ● Memastikan susun atur dewan/Foyer sesuai dengan program. ● Mengemas semula dewan/Foyer seperti keadaan asal. ● Memastikan kebersihan dewan/Foyer selepas program. ● Mengendalikan dan memastikan kelengkapan PA System dapat berfungsi dengan baik sepanjang program berlangsung. 6 Pendaftar an Cik Sabeerah binti Abeedin (K) Pn Norfadila binti Che Abdullah Cik Noriesha binti Mohd Nawawi (G. Praktikal) 2 orang pengawas ● Mencatatkan kehadiran peserta program ● Menyerahkan senarai nama peserta yang hadir kepada setiausaha program (Pn Hanisah binti Zolkifly) 7 AJK Makanan dan Kebersiha n Pn. Beh Poh Choo (K) Pn Faridah binti Amir Noordin Pn Nur Syafini binti Mohd Zin Zainalabdin Cik Nor Shamierra Ashiera binti Sapar (G. Praktikal) ● Menempah makanan di kantin mengikut bilangan AJK guru dan peserta program ● Mengedarkan makanan kepada AJK guru dan peserta semasa program berlangsung. ● Memastikan kawasan persekitaran kem (dewan/foyer) sentiasa bersih selepas makan dan sehingga selesai program. ● Mendapatkan plastik sampah daripada pekerja kebersihan.
8 Bacaan doa Pn Norazlina binti Kamarullah ● Menyediakan peserta yang boleh membaca doa pembuka dan penutup majlis ● Menyediakan teks doa yang bersesuaian dengan Program/Aktiviti 9 Fasilitator LDK En Nik Mohd Husyaimie bin Hussin (K) Pn Nurul Farah Amalina binti Zulkurnain En Ahmad Rashidul Amin bin Ruslan Cik Divyashini a/p Raman Krishnan (G. Praktikal) ● Memantau aktiviti kumpulan. ● Menyediakan keperluan LDK. ● Membuat penilaian bagi setiap peserta dan kumpulan sepanjang program berlangsung Kategori dinilai: PM Lelaki Terbaik (1) PM Perempuan Terbaik (1) Kumpulan Terbaik (5) Saguhati Kumpulan(15) 10 Hadiah dan Cenderah ati Pn Zarina binti Suratan (K) Cik Wan Nur Faten Nazurah binti Zakaria (G. Praktikal) ● Menyediakan hadiah (kupon) untuk 5 kumpulan terbaik dalam bentuk replika. ● Menyediakan hadiah (kupon) untuk pemenang tempat pertama hingga kelima dan 15 hadiah saguhati. ● Menyediakan 2 trofi untuk Pemimpin Muda (PM) terbaik ( Lelaki dan Perempuan) ● Menguruskan hadiah semasa Majlis penyampaian Hadiah (Penutup)
11 Pengacar a Majlis (Penutup) Cik Nurashikin binti Abd Rahim ● Mengendalikan majlis penutup dan penyampaian hadiah 12 Jurufoto Cik Nur Anisya Husna binti Abdullah (G. Praktikal) ● Mengambil gambar sepanjang program berlangsung hingga selesai ● Memasukkan gambar dalam kumpulan telegram “Moment Sierra” (Aktiviti bulan April) 13 Dokument asi Pn. Masitah binti Abu Bakar (K) Pn. Farah Masuzza binti Mohamad ● Mengumpul gambar dan bahan yang berkaitan untuk dokumentasi ● Menyediakan 3 salinan laporan dokumentasi (siap dijilid)
9.0 TENTATIF PROGRAM KEM PEPIMPIN MUDA MASA AKTIVITI CATATAN 7.30 pg – 8.30 pg Pendaftaran peserta di kantin ● Murid diberi taklimat ringkas 8.30 pg – 9.30 pg 9.30 pg – 10.30 pg Ceramah Kepimpinan Tinggi Rendah ● Lokasi : Foyer 10.30 pg – 11.00 pg Rehat ● Makanan disediakan di kantin 11.00 pg - 12.00 t/hari Garisan Hati ● Lokasi : Foyer dan surau terbuka 12.00 - 12.30 t/hari Unsur Sebatian 12.30 t/hari - 1.00 ptg Penilaian / Majlis penutup ● Lokasi : Foyer ● Pastikan murid bersurai (tiada murid yang tertinggal di kawasan sekolah)
10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN 10.1 Sumber pendapatan Bil Item Kos Seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM) 1 Sumbangan PIBG 10.00 200 2000.00 2 Unit Kokurikulum 12.00 200 2400.00 3 Sumbangan murid 5.00 200 1000.00 Jumlah 5400.00 10.2 Perbelanjaan Bil Item Kos Seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM) 1 Bayaran Penceramahan dan Fasililator 1700.00 1 1700.00 2 Banner dan brosur 100.00 1 100.00 3 AA Bateri Panasonic 12.00 1 12.00 4 Gula pasir 3.00 2 6.00 5 Air minuman 5 liter 7.00 2 14.00 6 Sirap Rose 3.00 1 3.00 7 Ais 5.00 1 5.00 8 Flower ribbon 4.00 1 4.00 9 Push flower ribbon 1.00 2 2.00 10 Frame A4 10.00 1 10.00 11 Plastik 14*20 3.00 1 3.00
12 Paper bag XL (32*42*11.5 cm) 4.00 1 4.00 13 Ink printer 10.00 1 10.00 14 Coklat Cadbury 11.00 7 77.00 15 Dokumentasi 50.00 1 50.00 16 Makanan peserta (Nasi lemak + ayam goreng) 5.00 200 1000.00 17 Air minuman(300ml) 6.00 20 dozen 120.00 18 Hadiah Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Tempat keempat Tempat kelima Saguhati 10.00 9.00 8.00 7.00 6.00 4.00 10 10 10 10 10 150 100.00 90.00 80.00 70.00 60.00 600.00 19 Sijil 1.00 200 helai 200.00 20 Trofi 13.00 2 26.00 21 Alat tulis 54.00 1 54.00 22 Biskut Lexus 10.00 18 180.00 23 Pen 1.00 200 200.00 24 Buku nota 3.00 200 600.00 25 Gula-gula kopiko 20.00 1 20.00 Jumlah 5400.00 11.0 PENUTUP
Pada akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan dalam diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan pemimpin muda yang kreatif dan inovatif.. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………. ………………………………….. (HANISAH BINTI ZOLKIFLY) (ROSHIDA BINTI ABU HAMID) Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum Kem Pemimpin Muda SMK Sierramas SMK Sierramas Disahkan dan disokong oleh, Diluluskan, ………………………………………… ………………………………….. (HASHIM BIN SARYANI @ MD NOH) (SHAHADAN BIN BAHARUDIN) Pengetua, YDP PIBG, SMK Sierramas SMK Sierramas
SURAT UNDANGAN TETAMU KEHORMAT
SURAT UNDANGAN MURID
BUKU PROGRAM
DOA PEMBUKA DAN PENUTUP MAJLIS
DOA PEMBUKA MAJLIS KEM PEMIMPIN MUDA 2024 َم ِن بِ ال َّر ِحْيِم ْسِم هللاِ ال َّر ْح ُم َعلَى َر ُسْوِلنَا األِمْي َن َو َعلَى َء َوال َّسالَ َوال َّصالَةُ َحا ُت ، ّمُال َّصاِلـ َح ْمُد هللِ الِذ ْي بِنِ ْعَمتِ ِه تَتِ ـ ال أِل ِه ْ َمِعْي َن َوأ ْص َحاب ِه ِِ أ ْجـ . Ya Allah Yaa Tuhan Kami, Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan Kem Pemimpin Muda SMK Sierramas tahun 2024 pada hari ini. Ya Allah , Ya Haafiiz , Ya Syaafi , Jadikanlah Para Pemimpin Muda Sekolah ini bersifat mahmudah dan sentiasa berkerjasama antara satu sama lain bagi meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami . Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa , Berkatilah usaha-usaha kami , jadikan para kepimpinan muda kami ini sebagai barisan pemimpin yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Jadikan kami pemimpin muda yang cemerlang, terbilang , berwibawa, berketrampilan, disegani dan dihormati, samada dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Ya ‘Aziz, Ya Latif , Ya Kaafi , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Tetapkanlah iman kami atas jalanMu ya Allah agar kami beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. رقاً ُّ نَا ِم ْن بَ ْعِدِه تَفَ َ رقَـ ُّ َوتَفَ َمْر ُحْو ًما ، َج ْمعًا ْل َج ْمعَنَا َهذَا م ا ْجعَ َّ ُه َّ اَلل م فِ ْي َّ ُه َّ َوالَ تَ ْجعَ ِل الل َم َم ْع ُصْو ًما ، َوالَ َمعَنَا َوالَ َو نَا الَ ًّا ْن يَتْبَعُنَا َشِقي َم َم ْح ُرْو ًما َوالَ ْط ُرْو ًدا . َّا ِمنَا َر أي َو َخْي ْع َماِلنَا َخَواتِ ُمهُ َ َر أ َو َخْي َءا ِخ ُرهُ ِرنَا ْع َما َ َر أ ْل َخْي م ا ْجعَ َّ ُه َّ الل قَا َك فِ ْي ِه ْ أل َ يَ ْوم
َو ِل ْوبَنَا نُ م ا ْغِف ْرلَنَا ذُ َّ ُه َّ الل ِن َوالَ تَ ْجعَ َما ِلْي ْونَا بِا ِذْي َن َسبَقُ َّ ْي ْخَوانِنَا ال ْل فِ َّنَ َرب ْوا َمنُ ِذْي َن َءا َّ ِلل ًّ ْوبِنَا ِغال ُ ل ُ ٌم قـ َك َر ُء ْو ٌف َر ِحْي َّ اإن َّار َوقِنَا َعذَا َب الن َوفِي األ ِخ َرةِ َح َسنَةً دْنيَا َح َسنَةً َءاتِنَا فِي ال ُّ َّنَا َرب ِ ى َّ َو َص َح ل ْ َوال ، َ م َّ َو َعلَى َءاِل ِه َو َص ْحبِ ِه َو َسل مٍد َّ َر ِّب َى ُم َح ّلِلِ هللاُ َعل ْمُدَِّ ِمْي َن العَالَ DOA PENUTUP MAJLIS KEM PEMIMPIN MUDA 2024 Bismillahhirahmanirrahim, alhamdulillahirabbil a'lamin, wassolatuwassalamua'la asyrafil anbiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada hari yang berbahagia ini, dalam Majlis Penutup Kem Pemimpin Muda SMK Sierramas bagi tahun 2024. Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari, mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti. Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketakwaan. Ya Allah, Ya Qadhial Hajat, Ya Fathihal Barakat
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar. Wasallallahu ala saiyida Muhammad waala aalihi wasohbihi wasallam.Walhamdulillahirabbil a’lamin
BANNER
TEKS UCAPAN PERASMI
TEKS UCAPAN PERASMIAN/PENUTUP MAJLIS KEM PEMIMPIN MUDA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS 2024/2025 OLEH: PN ROSHIDA BINTI ABU HAMID PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK SIERRAMAS 27 APRIL 2024 (SABTU)
Bismillahhirrahmannirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan NORANITTA BINTI ABD MUTALIB, Penolong Kanan Pentadbiran Puan NOOREDA BINTI MOHD HASHIM, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan ZALINAH BINTI AHMAD, Penolong Kanan Petang, Puan SITI SURIATI BINTI MOHD JAN , Penolong Kanan Pendidikan Khas. Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor, Barisan Fesilitator Mind Training Motivation MTM Consultancy Guru-guru AJK PIBG, dan anak-anak permata pemimpin yang disayangi.
1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Kem Pemimpin Muda Tahun 2024/2025 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang jitu daripada Badan Kepimpinan Murid SMK Sierramas bersama dengan pihak Mind Training Motivation MTM Consultancy. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MTM Consultancy kerana berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti yang sangat bermanfaat buat anak-anak Badan Kepimpinan Murid, SMK Sierramas pada hari ini. Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada semua murid yang terlibat kerana telah berjaya mengikuti kem kepemimpinan ini. Sesungguhnya, anda semua adalah golongan yang terpilih dan berbakat dalam bidang kepimpinan. Saya percaya segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang hari ini akan dapat dijadikan panduan untuk menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan berkepimpinan pada masa akan datang. 2. Murid-murid sekalian, Kalau hendak mencuci kain, Sudah dicuci lalu dijemur; Kalau hendak menjadi pemimpin, Rendahkanlah hati berlakulah jujur. Anda semua ialah generasi pewaris pemimpin akan datang. Sikap kepimpinan perlu dipupuk dalam diri masing-masing kerana setiap daripada anda akan menjadi seorang pemimpin sama ada sebagai pemimpin sesebuah organisasi mahu pun pemimpin sesebuah keluarga. Anda juga pastinya seorang pemimpin bagi diri anda sendiri. Justeru, asahlah bakat kepimpinan dalam diri anda semua bermula dari hari ini supaya anda akan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Mulakanlah bakat kepimpinan anda dengan membantu para guru untuk menguruskan Badan Kepimpinan
Murid dengan lebih baik supaya anda semua menjadi ‘role model’ kepada murid-murid yang lain. 3. Hadirin sekalian, saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang telah berkorban masa dan tenaga untuk memastikan Kem Pemimpin Muda ini berjalan seperti yang dirancang. Biar pun pelbagai dugaan melanda, para guru tetap positif dan komited dalam memastikan anak-anak murid dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak ternilai pada hari ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Apabila sesuatu program itu dijalankan atas landasan kefahaman dan toleransi antara semua pihak, sudah pasti program tersebut akan membuahkan hasil yang baik. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Semoga pengalaman yang dilalui sepanjang kem ini berlangsung dapat memberikan satu pengetahuan dan kenangan yang baharu kepada kita semua. Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Majlis Penutupan Kem Pemimpin Muda SMK Sierramas 2024/2025. Sekian, terima kasih.
SENARAI NAMA PESERTA
SENARAI NAMA PESERTA KEM PEMIMPIN MUDA 2024 PPKI BIL NAMA KELAS 1 NOR RANIA BINTI RAHIM 1 KS (AM) INTERAKTIF 2 QASEH QISTINA ZAHRA BINTI ABDUL MALEK 1 KS (AM) INTERAKTIF 3 MUHAMMAD ANIQ HAIQAL BIN MOHD SHAHRIL 2 KR (APH) CEMERLANG 4 MUHAMMAD SYAHMI BIN SHUBLY 2 KR (APH) CEMERLANG 5 ASMALINA BINTI JAMALUDDIN 2 KR (PPB) DINAMIK 6 SITI SHAIDATUL NAJIHA JAMAL BINTI ABDUL AZIZ 2 KR (PPB) DINAMIK 7 DARWISHAH RAZIN BIN RAMLI 2 KS (AM) INTERAKTIF 8 MUHAMMAD HASIF DINIY BIN KAMARUZZAMAN 2 KS (AM) INTERAKTIF 9 RAJA NURDAMIA FATINI BINTI RAJA MOHD FERDAUS 2KS (AM) INTERAKTIF 10 MUHAMMAD AZRIL SAFUAN BIN MOHD ZAHUDI AZAHARI 3 KR (AM) ASPIRASI 11 NUR UMAIRAH BINTI MOHAMAD NORSHAM 3 KR (AM) ASPIRASI 12 KUNAALAN A/L JEGATHISAN 3 KR (AM) BESTARI 13 MUHAMMAD AMIRUN AIDIL BIN MOHAMAD NAZRUL 3 KR (AM) BESTARI 14 MOHAMMAD SIRAJ YUSOF 3 KR(AM) BESTARI 15 AIMAN SHAMIL BIN ROHAMINAFIZAL 3 KS (APS) PASTRI 16 MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MOHD ALHAFFES 3 KS (APS) PASTRI 17 MUHAMMAD NUR IMAN DANIAL BIN MUHAMAD AZLI 3 KS(APS) PASTRI 18 MUHAMMAD SYAWAL IKHQWAN BIN JUHARI 3 KS(APS) PASTRI 19 ZENDER MIKHAEL BIN ZULKARNAIN 4 KS (APS) PASTRI 20 ZHARFAN NU`MAN BIN ZULFAKA 4 KS (APS) PASTRI 21 MUHAMMAD ADZFAR FAHEEM BIN MOHD AZMI 4 KS(APS) PASTRI 22 NORASIMAH BINTI ABDUL RAHMAN 4KS (APS) PASTRI 23 MOHAMAD DANIAL BIN BADARUDIN 5 KS (AM) INTERAKTIF 24 MOHAMAD FARIZ RIEZMAN HUZZAIMY BIN FAIZ 5 KS (AM) INTERAKTIF 25 MUHAMMAD FAQRULL BIN OTHMAN 5 KS (AM) INTERAKTIF 26 NOOR FARZANA BINTI AHMAD JAIS 5 KS (AM) INTERAKTIF 27 SHAHRULAFZAN BIN SHAHRULNYSWAN 5 KS (AM) INTERAKTIF
SENARAI NAMA PESERTA KEM PEMIMPIN MUDA 2024 SESI PAGI BIL NAMA KELAS 1 MOHAMMAD RAYYAN NAFIZ BIN MOHD SUHAIBI 1KAA 2 AHMAD RUSYAIDI AMSYAR BIN MOHAMAD KHAIRUL AZHAR 2KAA 3 AQIL ZIKRI BIN AZDI 3A 4 NURDAMIA QAISARA BINTI MUHAMMAD NAZIF 3A 5 MUHAMMAD RIZQ IKHWAN BIN MOHD REZUAN 3B 6 NUR AISYAH ARDINI BINTI AHMAD SHAFIRUL 3B 7 KEESHA BEGUM BINTI MOHD SALEM 3C 8 SYAMIRUL SYAMIR BIN AZMI 3C 9 LEONG WEI SAM 3D 10 NIK NOOR SHAKILA MALISA BINTI ISMAIL 3D 11 MUHAMMAD DARIUS HAKIMI BIN MOHD AZUANNIS 3E 12 NURUL IMAN NAJWA BINTI RIDZUAN 3E 13 MUHAMMAD AKIF AMSYAR BIN AZIZOOL 3F 14 NUR DIYA BATRISYAH BINTI ABDULLAH 3F 15 MUHAMMAD EILMAN ZAQHWAN BIN MOHD RIZUAN 3G 16 NUR DELISHA IRDINA BINTI MOHD YASMIZI 3G 17 AMIRAH BALQIS BINTI MAT SYUKRI 3KAA 18 NAUFAL HAZIQ BIN MOHD NAJIB 3KAA 19 NUR AQILAH BINTI ROSIDI 3KAA 20 NUR FITRIAH AMANI BINTI AZRUL HISHAM 3KAA 21 NUR IMAN ARIESYA BINTI ZULHAMIZI 3KAA 22 NURUL AQILAH BINTI ROSIDI 3KAA 23 MUHAMAD ADIB ZAKWAN BIN ZULKIFLI 4 TSWR 24 MUHAMAD NORHAZIQ BIN ZULKIFLI 4 TSWR 25 MUHAMMAD THAQIF BIN ALI 4 TSWR 26 NURQISTINA SYUHADA BINTI MOHAMMAD NAZRI 4 TSWR 27 MUHAMMAD AQIL MUSTAQIM BIN MOHD JOHAR 4 TWSR 28 ALISHA HUSNA EIMAN BINTI MAZLAN 4E
29 KHAIRUNI AISYAH BINTI ABDULLAH 4E 30 MUHAMMAD AIMAN AISY BIN NORIZAT 4E 31 MUHAMMAD IKMAL DANIAL BIN RAHAMAT 4E 32 NUR SYIFA ERISYA BINTI MUHAMMAD ROSLEY 4E 33 SAIFULHAKAM BIN SAMSUDDIN 4E 34 CALIX CHONG ZHENG HAO 4P 35 MUHAMAD AIRILL AMANI BIN ARIFFIN 4P 36 NUR NAJWA BINTI NOR AZALI 4P 37 PUTRI NURDAMIA IFFAH BINTI NORMAZNAN 4P 38 AMIR FAIZ BIN AMIR AZHAR 4S 39 AQIF DANIAL HADY BIN AZLINNOR HADY 4S 40 ATHIRAH NADIAH BINTI AHMAD NAZALI 4S 41 ATIKAH NADIAH BINTI AHMAD NAZALI 4S 42 DURRANI FAQIHAH BINTI AHMAD FARIZ 4S 43 MUHAMMAD ASYRAF BIN AZLAN 4S 44 NURUL AQIELA BINTI AZZAN 4S 45 MOHAMAD AQIL BIN MOHAMAD SAHARIZAL 4SV1 46 NUR IRISH INSYIRAH BINTI ROSDI 4SV1 47 MUHAMMAD IQBAL BIN IBRAHIM SHAHBUDDIN 4SV2 48 TAMILCHELVAN A/L VELLASAMY 4SV2 49 ALIFF ZUL IMAN BIN ZAINUDIN 5P 50 CHAN WENG KEAN 5P 51 DANISH AIMAN BIN FIRDAUS EFENDI 5P 52 ISKANDAR ZULKARNAIN BIN ABD JALIL 5P 53 MOHAMAD HAZRIQ BIN ZAMREE 5P 54 MUHAMAD DANDI BIN ABDULLAH 5P 55 MUHAMMAD ANIQ IFFAT BIN RAZIF 5P 56 MUHAMMAD NUR ASYRAF BIN MOHD GADAFFI 5P 57 NOOR AFEEQAH BINTI NOOR AZLAN 5P