TAHUNMajlis
Konvensyen
HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF
& KREATIF (HB KIK)
SERTA SAMBUTAN
2021HARI INOVASI
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
5-7 OKTOBER 2021
KEHADIRAN
ATUR CARA
MAJLIS KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HB KIK) JPPH 2021
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
5 OKTOBER 2021 (SELASA)
9.00 pagi Pendaftaran peserta (pengesahan kehadiran melalui google form)
9.30 pagi Ucapan Pembukaan oleh MC
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh :
YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak
Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik)
Sesi Bergambar
10.00 pagi Taklimat Ringkas Persembahan HB KIK oleh MC
10.15 pagi Persembahan HB KIK :
• Kumpulan 1 - i-EXPERT (INSPEN)
• Kumpulan 2 - LEGASI MYY (JPPH MIRI)
• Kumpulan 3 - KL INFINITI (JPPH WP KUALA LUMPUR)
11.40 pagi Rehat
11.50 pagi Sambungan Sesi Persembahan HB KIK
• Kumpulan 4 - THE BRAINIACS (JPPH KLUANG)
• Kumpulan 5 - GIFT-TECH (JPPH TAIPING)
1.00 petang Makan Tengahari/ Rehat
2.30 petang Sambung Sesi Persembahan HB KIK :
• Kumpulan 6 - RAUB CREATIVE INOVATIVE – RCI (JPPH RAUB)
• Kumpulan 7 - CYBER-PRO (JPPH SEPANG)
• Kumpulan 8 - KUMPULAN MANTAP (JPPH KOTA BHARU)
• Kumpulan 9 - KUMPULAN BERLIAN (JPPH JEMPOL)
• Kumpulan 10 - UNITE (JPPH BATU PAHAT)
4.45 petang Penangguhan Sesi Persembahan HB KIK
2
6 OKTOBER 2021 (RABU)
9.00 pagi Sambung Sesi Persembahan HB KIK :
• Kumpulan 11 - CONVENIENT, SYSTEMATIC & INNOVATION-CSI (JPPH GOMBAK)
• Kumpulan 12 - Kumpulan 12 - THE KOMTAR’S (JPPH GEORGETOWN)
10.15 pagi Rehat
10.25 pagi Sambung Sesi Persembahan HB KIK :
• Kumpulan 13 - TERENGGANU INOVATION CREATIVE TEAMS - TICT
(JPPH KUALA TERENGGANU)
• Kumpulan 14 - BERLIAN (JPPH PERLIS)
• Kumpulan 15 - ARTIFICIAL INTELLIGENCE MELAKA – AIM (JPPH MELAKA)
• Kumpulan 16 - WOW FIGHTER (JPPH KEDAH)
• Kumpulan 17 - CHRONEMICS (JPPH JOHOR BHARU)
1.00 petang Makan Tengahari/ Rehat/ Bersurai
3
ATUR CARA
MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JPPH DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HB KIK) JPPH 2021
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
7 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
0830 Ceramah ‘Semangat Inovasi Dalam Menjayakan Aspirasi JPPH’ oleh
Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
1000 Majlis Perasmian
• Sambutan Hari Inovasi JPPH 2021 dan
• Penutupan Konvensyen Horizon Baharu
• Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPPH 2021
Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh
Sr Norhayati Binti Awang,
Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Dan Standard Amalan,
merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Anugerah KIK.
Ucapan dan Perasmian Oleh
YBhg. Dato’ Sr A’zmi bin Abdul Latif,
Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Gimik Pelancaran
Persembahan Montaj Sambutan Hari Inovasi
Pengumuman Pemenang Anugerah Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (HB KIK) 2021
4
VISI
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
Peneraju Penilaian, Perkhidmatan Harta, Latihan Dan Informasi Harta Tanah Bertaraf
Dunia Secara Berterusan.
MISI
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
Menyediakan Perkhidmatan Penilaian, Perundingan, Pengurusan Harta, Latihan,
Penyelidikan Dan Informasi Harta Tanah Yang Profesional Serta Relevan.
OBJEKTIF
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
• Memberi perkhidmatan penilaian, informasi dan penyelidikan
yang berkualiti secara berterusan.
• Memperluaskan perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan
harta di agensi-agensi Kerajaan.
• Menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan
aset Kerajaan.
• Mewujudkan Pusat Kajian Lanjutan Harta Tanah yang diiktiraf.
5
PRINSIP KIK
KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam
Perkhidmatan Awam yang berketrampilan tinggi bagi merialisasikan aspirasi Kerajaan
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
KIK adalah sepasukan pekerja (4-10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau
bersilang fungsi, yang bermesyuarat secara tetap untuk menyelesaikan masalah kerja atau
membuat penambahbaikan ke atas standard yang sedia ada atau menghasilkan cara
kerja atau sistem perkhidmatan yang baru. Kumpulan ini berperanan untuk:
• Mengenalpasti
• Memilih
• Menganalisa serta
• Mencetus idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara
berkaitan kerja atau organisasi.
OBJEKTIF KIK
Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja
khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:
• Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi.
• Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja.
• Semangat bekerja secara berpasukan.
• Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif.
• Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja.
• Dorongan kerja yang tinggi.
• Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri,kumpulan, organisasi
dan negara.
• Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.
• Pewujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja.
6
AJK PELAKSANA KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF
DAN KREATIF JABATAN 2021
Pengerusi :
Puan Norhayati binti Awang
Ahli:
Puan S. Zulifahalila binti Abbas @ Ahmad
Sr Nur Sharlizan binti Mohd Rapi’ain
Encik Mohd Khairi bin Yaakob
Puan Nur Syaffawati binti Ismail
Puan Kartini binti Haron
Puan Julia binti Mohd Zawawi
Puan Fatihah binti Omar
Cik Siti Fairuz binti Md Amli
Encik Mohamad Farid bin Zainal Abidin
Encik Adnan bin Mohamed Nordin
Encik Huzaili bin Shaarani
Encik Mior Mohd Shahizi bin Ismail
Encik Ayub bin Ngah
Enck Mohamad Hafiz bin Mamat
Encik Muhammad Zaid bin Hussain
Encik Mohd Ibrahim bin Musa
Puan Nurhani binti Tajuddin
Puan Salizawati binti Azman
Puan Nur Shazwani binti Baharudin
7
HORIZON BARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
(HB KIK)
2021
8
INSPEN
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : i- EXPERT
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Pendaftaran Pegawai Baharu Melapor Diri Di INSPEN
(New Staff INSPEN System - NSIS)
Pegawai Penyelaras : Siti Rafidah binti Abdullah
Fasilitator :
Ketua Kumpulan : Ahmad Zaki bin Mat Derakah
Ahli : Puan Marliyana binti Saharan
Puan Siti Nordiah binti Kordi
Puan Nursyahida binti Abu
Encik Khairulamri bin Abdul Rashid
Encik Noorazam bin Mohd Noor
Encik Mohd Nor Adzim bin Shaari
Puan Normah binti Berahim
Puan Noor Laizan binti Noor Azmi
Tarikh Projek Dimulakan:
16 Oktober 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
Lapan (8) Bulan / 12 minggu (1 Feb – 30 April)
9
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
16 Februari 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) INSPEN bertanggungjawab menguruskan urusan
lapor diri bagi pegawai baharu di INSPEN. UPSM perlu mendapatkan pelbagai maklumat
pegawai baharu semasa mereka melaporkan diri. UPSM perlu mengemukakan surat
pemberitahuan lapor diri ke Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JPPH Ibu Pejabat beserta
beberapa borang yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, pelbagai borang yang lain perlu dikemukakan kepada pelbagai unit
berlainan untuk pelbagai urusan lain. Kelewatan melengkapkan pelbagai jenis borang ini
akan menyebabkan banyak proses akan terganggu dan terkesan. Ini akan menyukarkan
pegawai baharu untuk menjalankan tugas harian rasmi seperti yang diarahkan sekaligus
boleh mengakibatkan INSPEN gagal melaksanakan fungsinya.
Pegawai baharu perlu melengkapkan pelbagai jenis borang untuk tujuan pendaftaran
termasuk maklumat diri dan permohonan kemudahan di INSPEN. Proses ini mengambil
masa yang lama kerana terdapat maklumat berulang yang perlu dilengkapkan semasa
pengisian pelbagai jenis borang yang berkenaan.
Hasil permuafakatan ahli kumpulan dan sokongan pihak pengurusan INSPEN, kumpulan ini
telah berjaya membangunkan sistem yang dinamakan New Staff INSPEN System (NSIS bagi
memudah dan memantapkan lagi pengurusan pendaftaran pegawai baharu melapor
diri di INSPEN.
Punca-Punca Utama Masalah:
i. Pegawai baharu perlu mengisi pelbagai jenis borang untuk tujuan pendaftaran
termasuk maklumat diri dan permohonan kemudahan di INSPEN.
ii. Maklumat pegawai adalah penting bagi urusan Buku Perkhidmatan dan
penyediaan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8).
iii. Pegawai baharu menghadapi masalah untuk mengisi borang yang begitu
banyak pada satu masa dan borang tersebut perlu diisi secara tulisan tangan.
iv. Pegawai juga perlu mengisi maklumat yang sama dan berulang tetapi di dalam
borang yang berbeza seperti maklumat nama, nombor kad pengenalan,
jawatan dan alamat rumah.
v. Borang yang telah diisi tidak dikembalikan semula ke UPSM pada hari yang
sama atau dalam tempoh yang ditetapkan.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Kumpulan telah bersetuju untuk membangunkan satu sistem bagi memudah dan
memantapkan lagi pengurusan pendaftaran pegawai baharu melapor diri di INSPEN yang
dinamakan New Staff INSPEN System (NSIS).
10
JPPH MIRI
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : LEGASI MYY
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Sistem permohonan penggunaan kenderaan jabatan secara
atas talian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Miri
Sarawak
Pegawai Penyelaras : Sr Mohd Zaki bin Mohd Zain
Fasilitator : Song Mui Kie
Ketua Kumpulan : Mohamad Farudin bin Abd Rahman
Ahli : Mohamad Azrizal bin Kadir
Lim Yee Kong
Mohammad Shahrir bin Hata
Dayangku Suraya binti Awangku Fazlee
Donny Adi anak Dasing
Fitri Nadia binti Latif
Iswandi bin Mohamad Idris
Tarikh Projek Dimulakan:
Permulaan sekitar Disember 2020.
Tempoh Pelaksanaan Projek:
Kumpulan “LEGASI MYY” telah mengambil masa sekitar lapan bulan (Disember 2020 hingga
Julai 2021) untuk menyiapkan projek ini.
11
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
Projek telah dipersembahkan kepada pihak pengurusan mengikut tarikh yang ditetapkan
iaitu 27 Julai 2021.
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Sistem permohonan penggunaan kenderaan jabatan secara atas talian di Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta Miri Sarawak merupakan satu aplikasi inovasi yang
terhasil bagi mengatasi masalah permohonan kenderaan di JPPH Miri yang menjadi
punca utama permasalahan yang timbul sejak dahulu lagi. Hal ini kerana penggunaan
sistem yang lapuk dan telah usang ditelan zaman menjadi penyebab kepada sesuatu
permohonan kenderaan itu bermasalah seperti kelewatan mendapatkan kelulusan
kenderaan. Jika masalah ini berterusan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan(SKT) akan
merosot. Cara penggunaan yang lama iaitu secara manual menimbulkan permasalahan
kepada pegawai pemohon kerana terpaksa menyusun jadual mengikut slot permohonan
kenderaan yang akan dikeluarkan oleh pegawai kenderaan. Masalah ini kerap dihadapi
oleh pegawai JPPH Miri dan menyebabkan sesuatu kes bagi seseorang pegawai tersebut
terpaksa diletakkan sebagai Keep In View (KIV) dalam tempoh yang agak lama. Oleh
itu, perancangan mengatasi masalah ini sering dilakukan sepanjang tahun kerana untuk
mengelakkan pertembungan penggunaan kenderaan di cawangan JPPH Miri. Justeru
itu, kumpulan “LEGASI MYY” terpanggil untuk menghasilkan satu inovasi untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh Pejabat Cawangan JPPH Miri ini sejak sekian lama. Ianya
berfungsi sebagai penyelesaian masalah kepada cara permohonan kenderaan terdahulu
iaitu secara manual dan ditukarkan kepada permohonan melalui atas talian. Usaha ahli
kumpulan “LEGASI MYY” ialah untuk mewujudkan satu sistem penambahbaikan sistem
terdahulu supaya lebih cepat, mudah dan efisyen serta mesra pengguna. Ciptaan inovasi
ini tercerna hasil percambahan minda dan sumbangan idea kreatif menggunakan kaedah
DESIGN THINKING. Antara teknik kawalan kualiti yang digunakan ialah 5W 2H. Hasilnya,
ia dapat meningkatkan imej jabatan, penjimatan masa, kepuasan hati pelanggan/
pengguna, mesra pengguna dan proses kerja yang licin. Pada masa yang sama ia juga
memudahkan pengguna membuat permohonan dimana-mana sahaja tanpa lokasi
terhad. Inovasi ini mendukung program kerajaan dengan meningkatkan tahap daya
saing negara melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap, lebih sistematik
dan mesra pengguna. Seterusnya inovasi ini juga menyokong misi pentadbiran Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) seperti dalam slogan penilaian pantas JPPH First
Class. Mentransformasikan JPPH kepada jabatan yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
Merakyatkan perkhidmatan dan penggunaan teknologi yang tinggi dalam penyelesaian
masalah. Seterusnya inovasi ini akan meningkatkan imej jabatan kerana ia mampu
mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang berkaitan.
Punca-Punca Utama Masalah:
“LEGASI MYY” mendapati punca-punca masalah yang timbul di Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta Miri Sarawak adalah berkaitan dengan penggunaan sistem yang
sudah lama dan tidak mesra pengguna.
12
Cadangan Penyelesaian Projek:
“LEGASI MYY” ingin menyarankan cadangan-cadangan berikut untuk mengurangkan
masalah-masalah yang dihadapi oleh projek kami antaranya ialah:-
a) Cadangan mengurangkan penggunaan kertas.
Kumpulan kami “LEGASI MYY” mencadangkan semua cawangan JPPH diwajibkan
menggunakan sistem permohonan secara atas talian bagi menjimatkan
penggunaan kertas atau bahan bercetak dan sekaligus mengurangkan kos
perbelanjaan negara.
b) Cadangan mengurangkan proses pelupusan bahan bercetak.
Kumpulan kami “LEGASI MYY” mencadangkan agar pihak Pengurusan Tertinggi
dapat merangka satu aplikasi baru selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
yang mampu mengawal penggunaan bahan bercetak bagi menjimatkan
penggunaan bahan sedia ada.
13
JPPH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : KL INFINITI
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Sistem Transaksi Sewa (STS)
Pegawai Penyelaras : Sr Khalid Bin Abdul Mutalib
Fasilitator : Puan Nur Wahida Binti Abdul Wahab
Ketua Kumpulan : Cik Aqeela Binti Mohd Pauzi
Ahli : Encik Muhammad Nurudin Bin Mohd Nasir
Encik Nor Azam Azuan Bin Ahmad
Encik Yusmiakmal Bin Md Yusof
Encik Muhammad Ridhwan Bin Abdul Rahim
Puan Aida Rohayu Binti Salim
Encik Mohd Zawawi Bin Deris
Encik Mohd Faizul Bin Abd Yashak
Puan Rose Azlina Binti Mohd Resad
Tarikh Projek Dimulakan:
1 Disember 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
7 Bulan (31Jun 2021)
14
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
21 April 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Kesukaran dalam membuat semakan data sewa PBO di JPPH WPKL
Punca-Punca Utama Masalah:
• Kesukaran dalam membuat semakan data sewa PBO.
• Data yang diperolehi daripada laman web harta tanah kebanyakannya adalah
merupakan sewa yang dicadangkan dan bukan transaksi sewa sebenar.
• Halangan untuk hadir ke pejabat JPPH untuk mendapatkan data akibat
pejabat ditutup atau SOP ketika pandemik Covid-19.
• Masa pembelian data sewa yang mengambil masa selama 3 hari untuk diproses.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Mencipta satu sistem transaksi sewa yang boleh memudahkan pengguna berdaftar untuk
akses sistem di mana-mana secara atas talian. Selain itu, pengguna dapat menjimatkan
masa serta proses kerja menjadi lebih mudah dan sistematik.
15
JPPH KLUANG
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : THE BRAINIACS
Kategori : Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan)
Tajuk Projek : Sistem Maklumat Penilaian Bangunan (BVis)
Pegawai Penyelaras : Pn. Nor Shabani Binti Johari
Fasilitator : En. Muhamad Taufik Bin Mohd Ali
Ketua Kumpulan : Pn. Puspayanti Binti Khairuddin
Ahli : En. Md. Suffian Bin Abu Bakar
Pn. Irney Hailinda Binti Ithnin
En. Muhamad Hatimi Bin Jaafar @ Zubir
En. Zulhairey Bin Adan
Pn. Ruhayati Binti Gimen
Y.M Raja Ellyza Binti Raja Zainal Abidin
Pn. Noorliza Binti Mahmood
En. Mohd Aminor Bin Mohd Ismail
Tarikh Projek Dimulakan:
1 Mac 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
6 bulan (Mac – Ogos)
16
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
12 Julai 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Projek yang dijalankan adalah merupakan satu pendekatan ke arah penambahbaikan
proses kerja untuk tujuan kegunaan dalaman iaitu memberi kemudahan kepada Unit
Teknikal JPPH Kluang semasa menjalankan kerja-kerja penilaian bangunan kerajaan.
Projek ini dilaksanakan dengan mendigitalkan semua maklumat kos bangunan yang
diperlukan dan menggabungkan semua proses kerja nilaian bangunan ke dalam satu
sistem bagi memudahkan kerja-kerja penilaian bangunan dilaksanakan bagi mengatasi
masalah proses kerja penilaian bangunan yang tidak efisien di JPPH Kluang.
Punca-Punca Utama Masalah:
Masalah dihadapi semasa menjalankan kerja penilaian bangunan kerajaan yang
lazimnya diterima secara pukal melibatkan bilangan bangunan yang banyak iaitu
antara 30 hingga 270 unit bagi setiap permohonan dan perlu disiapkan oleh pegawai
dalam tempoh masa yang disasarkan. Terdapat juga permohonan yang memerlukan
nilaian dibuat dengan kadar segera dan ini telah menimbulkan masalah dan tekanan
kepada pegawai kerana proses kerja penilaian bangunan memerlukan tempoh masa
yang panjang dan rumit untuk dilaksanakan. Hal ini kerana, hampir keseluruhan proses
kerja menilai bangunan perlu dilaksanakan secara manual satu persatu bagi setiap jenis
bangunan yang terlibat. Proses kerja yang tidak efisien ini telah menyebabkan pegawai
kesuntukan masa untuk mencapai sasaran tempoh masa yang ditetapkan dan telah
mengakibatkan kualiti dan mutu kerja terjejas.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Pembangunan Sistem Maklumat Penilaian Bangunan (BVis)
17
JPPH TAIPING, PERAK
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : GIF- TECH
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Mewujudkan Sistem Semakan Pangkalan Data Kos
Binaan/Kerja Ubahsuai Kontraktor Secara Online (SPDKB)
Pegawai Penyelaras : Sr Tan Eng Peik
Fasilitator : Puan Norazura Binti Mohamad Yusuwan
Ketua Kumpulan : Encik Shahrul Bin Abd Zoher
Ahli : Encik Muhammad Dzulfakar Bin Ariffin Shah
Encik Abd Rahman Bin Mohd Noor
Encik Mohd Nadzirul Shahriman Bin Mokhtar
Encik Mahazi Bin Mohamed
Puan Nur Farhana Binti Ahmad Shuhaimi
Encik Mohd Hafiz Bin Md Noor
Encik Mohd Faizal Bin Muat
Encik Azlan Bin Abdul Ghani
Tarikh Projek Dimulakan:
20 Januari 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
1 Tahun
18
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
28 Disember 2020
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Masalah Dokumentasi Data Kos Binaan/Ubahsuai dan Sebutharga Pembinaan Bangunan
Kediaman Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 2, 6 dan 7 di JPPH Taiping Tidak Sistematik.
Punca-Punca Utama Masalah:
Daripada kajian dan penelitian kumpulan melalui Kaedah Design Thinking dan
menggunapakai konsep Pareto. Berikut adalah penemuan menarik bagi punca – punca
utama masalah tersebut :-
• Pegawai teknikal JPPH Taiping perlu meneliti setiap sebutharga dengan cara
berbeza kerana setiap sebutharga daripada kontraktor mempunyai format kerja
yang berlainan
• Kesukaran pegawai teknikal JPPH Taiping menganalisa kos binaan/ubahsuai
rumah
• Memerlukan semakan secara manual (semakan helaian hardcopy) setiap data
kos yang diterima daripada kontraktor
• Kaedah penyimpanan sumber rujukan secara manual dan sukar dikemaskini
• Prosedur penilaian adalah berbeza dengan garispanduan kelulusan pinjaman
oleh LPPSA
• Kualiti kerja kontraktor bukan tanggungjawab JPPH
Cadangan Penyelesaian Projek:
Melalui projek penjanaan idea menerusi Kaedah Design Thinking, Kumpulan berjaya
menyenarai 4 cadangan penyelesaian bagi masalah tersebut :-
• Sesi dialog bersama peguam dan kontraktor Kumpulan telah mengadakan sesi
dialog bagi mengupas isu ini dan berkongsi cadangan penyelesaian dalam
penyediaan dokumentasi sebutharga.
• Mewujudkan borang standard pengisian kos dan kerja binaan.
Kumpulan telah memperkenalkan borang standard berserta pecahan kerja –
kerja berkaitan pembinaan bagi permohonan kerja binaan rumah dan kerja
ubahsuai rumah.
• Memendekkan tempoh masa semakan dan penilaian Kumpulan telah berjaya
memendekkan tempoh masa semakan dan penilaian daripada piagam asal 6
hari kepada 4 hari dengan menggunakan sistem atas talian yang direka khas
oleh Kumpulan ini.
• Merekabentuk sistem atas talian Kumpulan telah merekabentuk Sistem Semakan
Pangkalan Data Kos Binaan/Kerja Ubahsuai Kontraktor Secara Online (SPDKB)
dan telah digunapakai oleh agensi berkaitan.
19
JPPH RAUB
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : Raub Creative Inovative (RCI) 20
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Borang Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan
Pegawai Penyelaras : Sr. Amran bin Abdullah Hadi
Fasilitator : Puan Nur Amirah binti Ab. Latif
Ketua Kumpulan : Puan Noraini binti Abddul Wahab
Ahli : Norhalizah binti Farouk
Mohd Syahrizan bin Ahmad Ali
Halwani binti Termiji
Mohd Adam bin Kamaruddin
Najayati binti Abdullah
Zuraini binti Hamdan
Asma El-Huda binti Razali
Izahsam bin Azrain
Tarikh Projek Dimulakan:
20 Januari 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
1 Tahun 2 Bulan
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
23 Julai 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Kenderaan Jabatan kerap berlaku kerosakan akibat tidak diselenggara dengan betul.
Punca-Punca Utama Masalah:
• Rekod Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan tidak sistematik
• Sikap Pemandu tidak cakna terhadap penyelenggaraan Kenderaan Jabatan.
• Kurang pengetahuan terhadap penyelenggaraan kenderaan Jabatan..
• Usia kenderaan yang sudah lama/ melebihi 10 tahun.
Cadangan Penyelesaian Projek:
• Dengan menggunakan borang-borang yang sedia ada, kumpulan kami telah
menjana idea dengan menggabungkan kesemua borang yang menjadi satu
borang penyelenggaraan kenderaan jabatan.
• Borang ini sangat kreatif, inovatif dan efisen serta mesra pelanggan. Hasil daripada
gabungan idea-idea ahli kumpulan, borang ini tercetus daripada permasalahan
yang berlaku pada kenderaan jabatan.
• Konsep ini diaplikasikan bagi memudahkan kerja-kerja peyelenggaraan dan
pemantauan kenderaan jabatan oleh Pegawai Kenderaan dan menjimatkan
kos penyelenggaraan yang tinggi. Selain itu, dapat menjamin keselamatan
pengguna dan penumpang dan kenderaan jabatan akan setiasa dalam
keadaaan yang baik.
21
JPPH SEPANG SELANGOR
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : CYBER - PRO
Kategori : Penciptaan
Tajuk Projek : Pengkalan Data Daftar IstilahJPPH - (PDDIJPPH)
Pegawai Penyelaras : Pn. Fazliyana binti Alias
Fasilitator : En. Said Ja’afar bin Othman
Ketua Kumpulan : En. Mohmad Sabri bin Che Saad
Ahli : Pn. Norliyani a/p Limen
Pn. Zamelah binti Zahari
En. Mohd Qusyairi bin Razak
En. Nur Taufiq bin Kamaruddin
En. Mohd Ridhuan bin Mohd Sazali
Cik Siti Shafi’ah binti Hassanuddin
En. Muhammad Shazwan bin Ab. Ghani
En. Mohd Ahswad bin Abd Majid
En. Mohd Afzan William bin Joumis
Tarikh Projek Dimulakan:
24 Februari 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
3 bulan (Mac – Mei 2021)
22
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
19 Julai 2021
Deskripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Dalam tugasan harian JPPH, terutama sekali di bahagian teknikal, kerap kali berhadapan
dengan istilah-istilah tertentu. Kadang kala berlaku kekeliruan dan salah faham untuk
istilah yang lebih tepat, tiada suatu bahan rujukan khas untuk istilah-istilah terbaharu dan
terkini, yang ada pun cuma buku daftar istilah ringkas keluaran cetakan 1989 (rujukan
perpustakaan INSPEN) yang tiada huraian lengkap. Kumpulan ini atau dikenali sebagai
CYBER - PRO berusaha mengatasi masalah dengan melengkapkan ringkasan istilah asal
dan mengumpulkan istilah popular terkini sebagai bahan rujukan.
Punca-Punca Utama Masalah:
Apabila berlakunya salah faham tentang ketepatan sesuatu istilah, ini akan menyebabkan
proses seperti pendaftaran kes, penentuan maksud jenis nilaian dan lain-lain kerja berkaitan
akan menjadi perlahan dan perlu kepada masa untuk semakan berulang kali. Setiap
individu dipercayai mempunyai kefahaman tersendiri dengan istilah-istilah tertentu. Tiada
suatu bahan rujukan khas untuk penyeragaman rujukan.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Kumpulan KIK CYBER-PRO JPPH Sepang telah mengambil pendekatan mengujudkan
Pengkalan Data Daftar Istilah JPPH (PDDIJPPH), dengan memberi nafas baharu kepada
istilah-istilah asal (cetakan 1989) disamping penambahbaikkan dan penambahan kepada
istilah-istilah popular dan terkini untuk dijadikan rujukan kepada semua kakitangan JPPH
dan kepada mereka yang berminat dan berkaitan dengan bidang hartatanah (tiada
had pengguna). Kemudahan ini boleh dilayari di pautan https://online.flippingbook.com/
link/87225/, atau mengimbas kod QR seperti tertera. Selamat mencuba.
23
JPPH KOTA BHARU
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : MANTAP
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Sistem Pemakluman Laporan Nilaian Bagi Maksud Pinjaman
Perumahan dan Bayaran Berperingkat (e-Pelaporan)
Pegawai Penyelaras : Mohd Haris bin Yop
Fasilitator : Farah Amira binti Mohd Zuki
Ketua Kumpulan : Norzawati binti Mat
Ahli : Mohd Rahim bin Hussin
Siti Haslinda binti Mohd Noh
Zuraeda binti Abdul Rahman
Siti Aisah binti Ghazali
Mariam binti Mohamad
Siti Khatijah binti Zakaria
Norhayati binti Rabuan
Muhammad Thozorni Misuari bin Roslan
Nor Aishah binti Ayuming @ Azmi
Tarikh Projek Dimulakan:
1 April 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
2 bulan
24
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
28/3/2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Projek inovasi ini diberi nama ‘e- Pelaporan’ merupakan satu sistem surat pemakluman
kepada pemohon bagi maksud Pinjaman Perumahan (PP) dan Bayaran Berperingkat
(BP) secara atas talian. Ia adalah satu network yang diwujudkan oleh Bahagian Teknologi
Maklumat JPPH Kota Bharu yang boleh dikongsi oleh semua staf yang terlibat secara
langsung. JPPH Kota Bharu sering menerima aduan bahawa surat nilaian tidak sampai
kepada pemohon dan dikembalikan semula kepada jabatan kerana surat gagal diterima
oleh pemohon.
Punca-Punca Utama Masalah:
Mengambilkira dua masalah utama yang sering dihadapi oleh JPPH Kota Bharu iaitu kepada
pelanggan luaran dan pelanggan dalaman. Pelanggan luaran adalah pemohon yang
membuat nilaian bagi maksud Pinjaman Perumahan dan Bayaran Berperingkat di mana
yang surat pemakluman kepada pemohon tidak sampai atau lambat sampai. Manakala
pelanggan dalaman ialah dari segi penyediaan surat pemakluman kepada pemohon
yang memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan dihantar.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Mewujudkan satu projek inovasi yang dinamakan ‘e- Pelaporan’ iaitu satu sistem surat
pemakluman kepada pemohon bagi maksud Pinjaman Perumahan (PP) dan Bayaran
Berperingkat (BP) secara atas talian. Di mana surat pemakluman kepada pemohon akan
dihantar melalui emel.
25
JPPH JEMPOL
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : KUMPULAN BERLIAN
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Kesukaran Penyediaan Pelan Bangunan Kes Penilaian
Perakauanan Akruan Kerajaan di JPPH Jempol Mengakibatkan
Kelewatan Nilaian
Pegawai Penyelaras : Puan Nor Haida Binti Mawardi
Fasilitator : Puan Nor Haida Binti Mawardi
Ketua Kumpulan : Encik Mohd Sharil Bin Razali
Ahli : Encik Muhamad Ikhwan Nabil Bin Rahim
Encik Mohd Nor Shafiq Bin Idris
Encik Azman Bin Ahmad
Encik Muhammad Badruzhayan Bin Roslan
Puan Asmahrina Binti Hussin
Norulhawa Binti Omar
Puan Normah Binti Ahmad
Cik Bharati Kaur A/P Gado Baro
Tarikh Projek Dimulakan:
Julai 2020
Tempoh Perlaksanaan Projek:
Julai 2020 – Feb 2020 (8 Bulan)
26
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
21 Dis 2020
Deskripsi Projek / Tindakan / Masalah:
Penggabungan teknologi terkini dan peralatan digital bagi kategori penambahbaikan
dalam penyampaian perkhidmatan untuk memudahkan kerja lawat periksa, penyediaan
pelan bangunan dan pengiraan keluasan bangunan.
Punca-Punca Utama Masalah:
1. Lawat periksa yang mengambil masa terlalu lama kerana terlalu
banyak bangunan yang perlu dilawat periksa dalam satu masa.
2. Lawat periksa perlu dilakukan dengan jumlah pekerja yang ramai.
3. Penyediaan pelan bangunan dan pengiraan keluasan bangunan yang
agak sukar kerana dibuat secara manual serta mengambil masa yang lama.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Menyediakan satu alat yang dinamakan FID (Flying Intelligent Device) bagi memudahkan
proses lawat periksa dan penyediaan pelan bangunan serta keluasan bangunan.
27
JPPH BATU PAHAT
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : UNITE
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Sistem Maklumat Skim (SMS)
Pegawai Penyelaras : Hamim Amira binti Ahmad Termizi
Fasilitator : Hamim Amira binti Ahmad Termizi
Ketua Kumpulan : Rosila binti Yasin
Ahli : Siti Asiah binti Hasbie
Noor Shakila binti Abdullah
Hayati binti Aliman
Mohamad Suhaimi bin Md Ruvi
Mohd Syahmi bin Mohd Noh
Mohd Farrhan bin Yusof
Sivaneswary A/P Krishnan
Nurul Liyana binti Suratin
Tarikh Projek Dimulakan:
3 Januari 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
6 bulan
28
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
22 Julai 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Sistem Maklumat Skim (SMS) adalah sistem yang dibangunkan secara in-house untuk
pengurusan, pencarian, penyelenggaraan dan penyimpanan semua maklumat berkaitan
Harta Tanah yang diterima oleh Unit Informasi Harta Tanah (UIHT). SMS akan menjadi satu
pangkalan data yang boleh diakses secara perkongsian melalui ‘Local Area Network
(LAN)’ oleh seluruh kakitangan di JPPH Batu Pahat.
SMS dibangunkan bagi menyediakan satu sistem pengurusan maklumat yang cepat,
mudah, sistematik dan mesra pelanggan. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga
kakitangan JPPH Batu Pahat.
Sistem fail maklumat skim UIHT yang kurang efektif menyebabkan penggunaan masa yang
panjang dalam mendapatkan data. Selain itu proses permintaan data secara bersemuka
juga sukar ketika pegawai UIHT tiada di pejabat.
Punca-Punca Utama Masalah:
Masalah ini berpunca daripada sistem fail maklumat skim UIHT yang kurang efektif. Ketiadaan
pegawai UIHT di pejabat (lawat periksa) menyukarkan pegawai mendapatkan data. Di
samping itu SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga sedikit sebanyak
mengganggu proses permintaan data secara bersemuka.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Membangunkan SMS bagi memudahkan pencarian data.
29
JPPH GOMBAK
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : CSI (CONVENIENT, SYSTEMATIC & INNOVATION)
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Sistem Pengurusan Fail Pembangunan yang tidak efisien di Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak
Pegawai Penyelaras :
Fasilitator : Puan Azura binti Salleh
Ketua Kumpulan : Puan Norhasimah binti Hashim
Ahli : Puan Intan Fazilah binti Abdul Ghani
Puan Nurul Asshima binti Aminullah
Encik Muhammad Romizam bin Ngah
Nur Imanina binti Abdul Jamil
Mohammad Kamarul Ehsan bin Mohd Aminuddin
Farid bin Ramli
Che Nur’Ain Shuhada binti Che Ruslan
Mohd Nazrin bin Saifulzahri Azhan
Shah Rizza bin Hassanudin
Tarikh Projek Dimulakan :
1 Disember 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
6 bulan
30
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
1 Februari 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Bagi melancarkan proses kerja – kerja nilaian, sistem penyimpanan dan perekodan fail – fail
penilaian secara bersistematik secara amnya dan terutamanya fail – fail pembangunan
adalah amat penting. Sebelum menjalankan kerja – kerja nilaian, pegawai adalah
bertanggungjawab untuk mengenalpasti sama ada terdapat fail kes sebelumnya atau
tidak. Namun begitu, terdapat pelbagai maklumbalas menyatakan bahawa fail – fail kes
penilaian sebelumnya sukar untuk ditemui apabila ianya dicari disebabkan oleh tidak
mengetahui keberadaan fail tersebut sama ada di luar bilik fail mahupun di dalam bilik
fail. Jika ianya terdapat di bilik fail sekalipun, sukar untuk mengetahui pada kedudukan
rak, baris dan lajur. Manakala, jika ianya berada di luar bilik fail, keberadaan tidak dapat
dikenalpasti sama ada ianya dipinjam, atau berada pada pengguna atau kakitangan
yang lain. Perkara ini terjadi kerana tiada rekod keluar dan masuk fail pembangunan serta
penyusunan dibilik fail pembangunan yang tidak kemas dan teratur.
Punca-Punca Utama Masalah:
• Penyusunan Fail yang tidak teratur di Bilik Fail
• Rekod keluar masuk fail tidak direkodkan
• Kesukaran untuk mengesan kedudukan/keberadaan fail
• Ruangan di Bilik Fail yang terhad
Cadangan Penyelesaian Projek:
Kumpulan CSI mencipta satu sistem pengurusan fail yang sistematik dan efisien bagi
menangani masalah yang timbul. dinamakan Sistem Pengurusan Fail Pembangunan
(SPFP). Sistem ini merupakan sistem database yang menggunakan aplikasi Microsoft Excel
bagi merekod perincian fail yang disimpan di bilik fail, nama pegawai peminjam fail, serta
merekod fail jika terdapat pada pengguna lain. Justeru itu, dapat menangani masalah
kesukaran pencarian fail yang melambatkan proses kerja – kerja nilaian serta duplikasi fail
apabila fail tidak ditemui.
31
JPPH GEORGETOWN
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : The Komtar’s
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Penyeragaman Laporan Penilaian yang Tidak Seragam
Pegawai Penyelaras :
Fasilitator : Pn Sazila Binti Muhamad
Ketua Kumpulan : Mat Nazari Bin Masrom
Ahli : Encik Mat Nazari Bin Masrom ( Ketua Kumpulan )
Puan Ayuni Dhamirah Binti Fadzil
Encik Muhammad Hafiz Bin Mat Rozi
Encik Samson Arit Bin Mat Akhir
Encik Muhammad Khalis Bin Mohamad Khairi
Puan Nurul Nisah Binti Abdullah
Cik Nur Diyana Binti Kamarudin
Encik Mohd Amilin Bin Ismail
Encik Muhamad Rasyid Bin Hasan
Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Muhiddin
Tarikh Projek Dimulakan:
Ogos 2020
32
Tempoh Pelaksanaan Projek:
6 bulan
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
5/10/2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Laporan Nilaian Yang Tidak Seragam
Punca-Punca Utama Masalah:
Tiada Laporan Penilaian yang seragam di semua jabatan
Cadangan Penyelesaian Projek:
Menyediakan satu templat Laporan Penilaian Seragam yang akan digunapakai oleh
semua AVO dan VO di JPPH Pulau Pinang dan cawangannya
33
JPPH KUALA TERENGGANU
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : TICT (TERENGGANU INOVATION CREATIVE TEAM)
Kategori : Penciptaan
Tajuk Projek : GEValMap (Google Earth Valuation Map)
Pegawai Penyelaras : Puan Zahrah Binti Ismon
Fasilitator : Cik Mariani Binti Samat
Ketua Kumpulan : Mohd Hanafiah Bin Mohd
Ahli : Rose Hafizan Binti Abd Hamid
Nor Idayu Binti Ahmad
Mohd Yusman Bin Hashim
Wan Rubee Junainah Binti Wan Daud
Wan Mohd Faizal Bin Wan Ismail
Tarikh Projek Dimulakan:
1 Januari 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
6 Bulan
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
25 Julai 2021
34
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Unit teknikal JPPH Kuala Terengganu, proses
kerja penilaian sediaada banyak tertumpu kepada proses penyediaan data perbandingan
dan pelan-pelan berkaitan sebelum sesuatu hasil nilaian boleh diterbitkan. Menyedari
perkara itu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPPH Kuala Terengganu TICT telah mengambil
inisiatif dengan mewujudkan sistem yang menggunakan teknologi web base sebagai peta
nilai yang lebih sistematik dan komprehensif.
Punca-Punca Utama Masalah:
Sistem peta nilai di JPPH Kuala Terengganu yang tidak seragam, tidak berpusat dan kurang
efektif.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Sistem peta nilai yang menggunapakai perisian Google Earth sediaada dengan menyusun
maklumat secara sistematik dan diintegrasikan dengan Sistem SPDDS dan MapInfo yang
digunakan di JPPH Kuala Terengganu bagi mewujudkan satu sistem peta nilai yang lebih
komprehensif dan bersepadu.
35
JPPH PERLIS
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : BERLIAN
Kategori : Penciptaan
Tajuk Projek : Car And Tools Booking System - (CATS)
Pegawai Penyelaras : Puan Fadzilah binti Abdul Hamid
Fasilitator : Puan Mariyani binti Marodzakhi
Ketua Kumpulan : Puan Melawati binti Othman
Ahli : Norazira Binti Hassan
Norliza Binti Ahmad
Ahmad Shahir Bin Ishak
Nor Aqliah Binti Ismail
Ahmad Shahreen Ezainy Bin Mustapha
Amirah Rabtah Binti Noor Hazlan
Tarikh Projek Dimulakan:
Mac 2021
Tempoh Pelaksanaan Projek:
3 Bulan
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
1 April 2021
36
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Penggunaan kenderaan jabatan di JPPH adalah amat penting bagi urusan lawat periksa
dan lain-lain urusan yang berkaitan. Namun terdapat masalah dari segi mendapatkan giliran
penggunaan kenderaan jabatan sehingga menimbulkan suasana kurang enak antara
kakitangan jabatan. Pihak jabatan hanya mampu menyediakan dua buah kenderaan
berbanding jumlah tugasan yang perlu diselesaikan oleh pegawai.
Oleh yang demikian, Kumpulan Berlian telah melaksanakan bidang inovasi penyampaian
perkhidmatan dalam kategori penambahbaikan yang bertajuk Car and Tools Booking System
atau nama singkatanya CATS. CATS memudahkan pengguna melihat senarai tempahan
kenderaan serta dapat melakukan tempahan secara online dan pada masa yang sama
berjaya menggelakkan berlakunya pertindihan jadual penggunaan kenderaan. Pihak
pengurusan juga dapat mencari pemandu gantian dengan segera apabila pemandu
utama tidak dapat melaksanakan tugasan tersebut. CATS telah berjaya membantu JPPH
Perlis merealisasikan penjimatan dari segi kos tuntutan perjalanan, masa dan tenaga.
Punca-Punca Utama Masalah:
• Seringkali terjadinya pertindihan jadual bagi penggunaan kenderaan sehingga
mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu lebih lama kehadiran wakil dari
JPPH.
• Pemandu menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas apabila berlakunya
perselisihan faham di antara staf dari segi penggiliran penggunaan kenderaan
jabatan. Pemandu dipersalahkan dengan alasan mengutamakan kepentingan
peribadi / ‘pilih bulu’.
• Mendapat aduan daripada penyelia kenderaan JPPH Negeri Perlis
berkaitan masalah yang timbul apabila pemandu terpaksa mengambil cuti
sakit atau cuti kecemasan. Pemandu gantian perlu dicari dan hal ini
merupakan salah satu punca kepada kelewatan pegawai tiba di tempat lawat
periksa.
• Peralatan yang digunakan semasa proses lawat periksa seringkali tidak dapat
dikesan apabila pengguna terakhir yang menggunakan peralatan tersebut tidak
memulangkan kepada Unit Pentadbiran.
37
Cadangan Penyelesaian Projek:
Kumpulan Berlian telah menggunakan tools ‘Design Thinking’ sebagai kaedah penyelesaian
masalah. Terdapat lima langkah dalam kaedah ‘Design Thinking’ telah diaplikasikan
untuk menghasilkan penyelesaian yang kreatif. Kaedah 5 W 1 H turut diterapkan untuk
mengenalpasti isu/kumpulan sasar bagi melaksanakan empati. Bagi mengatasi kelemahan
sistem tempahan kenderaan dan peralatan secara manual, sistem tempahan secara atas
talian telah dibangunkan iaitu Car and Tools Booking System ( CATS ).
Kelebihan CATS ialah dapat menjimatkan perbelanjaan mengurus, menjimatkan masa
untuk membuat tempahan kenderaan dan menjimatkan masa menunggu pelanggan.
Sistem CATS juga mudah untuk dikendalikan dan diakses iaitu hanya dengan menggunakan
telefon mudah alih yang dilengkapi dengan talian internet. Dengan menggunakan CATS ,
karenah birokrasi dapat dielakkan. Perselisihan faham dalam urusan tempahan kenderaan
dapat dielakkan sepenuhnya.
Sistem CATS adalah satu sistem yang amat mudah mesra pengguna. Rekod tempahan
kenderaan dan perlatan juga dapat diuruskan dengan lebih tersusun dan mudah untuk
diakses oleh pihak pentadbiran.
38
JPPH MELAKA
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : Artificial Intelligence Melaka (AIM)
Kategori : Penambahbaikkan
Tajuk Projek : Sistem e-DT (Electronic Delivery Tracker)
Pegawai Penyelaras : Puan Manohelmi Binti Mior Tajuddin
Fasilitator : Encik Ezuan Bin Elleas
Ketua Kumpulan : Puan Rubiatun Akmal Binti Amran
Ahli : Puan Zulaikha Binti Zainuddin
Puan Azean Ezamin Binti Mion
Puan Hamidah Binti Jemari @ Jamhari
Puan Siti Sofiah Binti Mohd Fahmi
Encik Azhar Bin Mohamad Ali
Encik Muhammad Khairul Afham Bin Ibrahim
Encik Mohd Fadhullah Bin Ismail
Encik Muhammad Iqbal Baqi Bin Mohd Yusof
Encik Mohd Rauuf Bin Rosien
Tarikh Projek Dimulakan:
3 Ogos 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
10 bulan (15 Jun 2021)
39
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
5 Mac 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Sistem penghantaran dan penerimaan surat yang kurang efisyen.
Punca-Punca Utama Masalah :
1. Aduan daripada pelanggan mengenai surat nilaian tidak diterima.
2. Penerimaan permohonan nilaian yang berulang.
3. Proses kerja yang berulang serta tidak efisyen seperti pencarian fail,
semakan buku daftar keluar dan penghantaran semula surat nilaian
yang sama.
4. Tidak mengetahui pegawai kendali (penerima) yang menerima surat
serta masa penerimaan surat nilaian.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Mencipta satu sistem electronic-Delivery Tracker (e-DT) untuk memberi pengesahan
penerimaan surat dengan membuat imbasan QR Code dan maklumat penerimaan akan
terus dikemaskini di google sheet dan notifikasi penerimaan akan terus dihantar ke emel
Ketua Jabatan.
40
JPPH KEDAH
(KATEGORI PENCIPTAAN)
Nama Kumpulan : WOW FIGHTER
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : Integrasi Berpusat Maklumat Harta Sewa (IBMH-S)
Pegawai Penyelaras : Shamsul Baharin Bin Aminud-din
Fasilitator : Sr. Azizierul Bin Ramli
Ketua Kumpulan : Aimi Amira Binti Zanal Bidin
Ahli : Shamsul Amer bin Zainol
Nurul Azian Binti Mohd Nordin
Abd Razak Bin Sabri
Shamsul Baharin Bin Aminud-din
Azhar Bin Ayob
Nur Ainaa Syazwani Binti Md Ariff
Muhammad Uzaini Bin Ghazali
Arnida Binti Abu Kasim
Tarikh Projek Dimulakan:
1 Jun 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
12 bulan (1 tahun)
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan: 41
5 dan 6 Oktober 2021
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Data sewa yang dibekalkan oleh pihak LHDN adalah satu data dalam bentuk alamat.
Bagi proses kemasukan maklumat sewaan memerlukan maklumat seperti dalam salinan
hakmilik/carian. Maklumat yang diperlukan adalah No Lot atau Nombor Pejabat Tanah,
Mukim, Daerah dan lain-lain lagi.
Punca-Punca Utama Masalah:
Masalah yang wujud apabila hendak menentukan maklumat lot yang tepat melalui
sistem VIS, iaitu kesukaran untuk mendapatkan maklumat harta tanah yang lengkap
untuk diisi dalam sistem (Kemasukan Maklumat Sewa VIS). Proses kemasukan maklumat
sewaan berdasarkan maklumat yang dibekalkan dari Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri
mengambil masa yang lama kerana data adalah tidak lengkap.
Cadangan Penyelesaian Projek:
WOW Fighter memilih kaedah “Design Thinking” kerana ia merupakan pendekatan
kontemporari yang memberi fokus kepada “human need atau user centric” yang
memberi penekanan yang tinggi kepada keperluan dan kehendak pelanggan dan
dilihat penting untuk diadaptasi dalam perkhidmatan awam. Ia turut mengambilkira
kepentingan perspektif “outside in”. WOW Fighter melaksanakan lima proses dalam
“Design Thingking” untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna, mentakrifkan
semula isu dan menguji idea dengan pantas.
42
JPPH JOHOR BAHRU
(KATEGORI PENAMBAHBAIKAN)
Nama Kumpulan : CHRONEMIC
Kategori : Penambahbaikan
Tajuk Projek : E-Kos
Pegawai Penyelaras : Puan Haslinda binti Abd Kadir
Fasilitator : Puan Haslinda binti Abd Kadir
Ketua Kumpulan : En Mohd Zulkarnain bin Sarawani
Ahli : En Syed Amir Hazim bin Syed Hamzah
En Wan Azizi bin Wan Abbas
Puan Nor Azlina bin Rahmat
Puan Umi Nadrah binti Abd Rahman
Puan Rafida binti Abu Bakar
Puan Norazura binti Shamsudin
Puan Zaiasraa binti Abdolah
Tarikh Projek Dimulakan:
3 Ogos 2020
Tempoh Pelaksanaan Projek:
10 bulan
Tarikh Projek Dipersembahkan Kepada Pihak Pengurusan:
3 Mac 2021
43
Deksripsi Projek/Tindakan/Masalah:
Sistem yang lemah dalam pengurusan data kos bahan binaan di JPPH Johor Bahru
Punca-Punca Utama Masalah:
Kesukaran kepada pegawai-pegawai penilaian di JPPH Johor Baharu bagi mendapatkan
maklumat berkaitan kos bahan binaan. Permasalahan ini menyebabkan kelewatan
dalam menghantar laporan penilaian pinjaman perumahan kepada pihak Lembaga
Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Selain itu ketirisan kewangan kerajaan
sekiranya permohonan nilaian pinjaman perumahan tidak disemak berpandukan data-
data kos bahan binaan terkini.
Cadangan Penyelesaian Projek:
Kumpulan CHRONEMIC telah menjana idea dengan mewujudkan satu satu sistem secara
atas talian (web base) yang dinamakan E-Kos. E-Kos adalah satu sistem di mana segala
maklumat berkaitan kos bahan binaan disimpan dan ianya boleh diakses melaui komputer
dan telefon pintar . Ia menjadi rujukan kepada pegawai teknikal di JPPH Johor Bahru dalam
memperakui sesuatu permohonan pinjaman perumahan bagi maksud kerja tambahan
dan ubah suai. E-Kos merupakan satu sistem yang dicipta menggunakan perisian yang
terdapat dalam Google yang dinamakan “Google Site”. Dalam sistem ini terdapat data-
data kos bahan binaan seperti kos pemasangan tile, kos pemasangan pintu, dan lain-lain
lagi.
44
LAGU NEGARAKU 45
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
LAGU JPPH
Menaksir Menilai Mengurus Harta
Dengan Kepakaran yang Tersedia
Berkhidmat Cekap Tepat Berkualiti
Tanggungjawab JPPH Kami
Buku Merah, Hijau dan Biru
Amalan Menjamin Keseragaman
Sistem yang Unik serta Dinamik
Kamilah Simbol Kepercayaan
Bersama Berbakti Kepada Negara
Rangkaian Pimpinan Berwibawa
Bersama Menuju Arah Kejayaan
Tingkatkan Perkhidmatan dan Penilaian
Membina Semangat Berpasukan
Tunaikan Tugas Penuh Dedikasi
Perkhidmatan Bernilai Teras Komitmen Kami
Itulah Azam Sepanjang Zaman
Sekalung Penghargaan
Jawatankuasa Induk Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (HB KIK)
Tahun 2021 Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan
Malaysia ingin merakamkan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian
dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah
Penilaian Negeri, Pengarah INSPEN, Pengarah NAPIC, Penilai Daerah serta seluruh individu
yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (HB KIK) Tahun 2021 Peringkat
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2021.
46