The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adam haris Mohammad rizal, 2024-03-24 11:24:26

BANGSA IDAMAN

E-FOLIO

MPU 21023 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK TUGASAN: IDEA BANGSA IDAMAN PENSYARAH: SIR NAHRAWI KASSIM PENGAJIAN SEMASA: SESI 1 2023/2024


Bil Tajuk Halaman 1 Ahli Kumpulan 1 2 Pengenalan 2 3 Definisi Bangsa Idaman 3 4 Bangsa Sebelum Dan Selepas Kemerdekaan 4-5 5 Usaha-Usaha Untuk Mewujudkan Bangsa Idaman Di Malaysia 6-9 6 Kesimpulan 10 ISI KANDUNGAN


Ahli Kumpulan 1 MOHAMAD ADAM HARIS 17DHF23F2006 MUHAMMAD SAUFI 17DHF23F2072 MOHAMMAD IZHAN 17DHF23F2048 MUHAMMAD RAHIMI 17DHF23F2050 MUHAMMAD ISYRAF 17DHF23F2036


Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama,kaum melayu, cina dan india yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai serta saling menghormati antara satu sama lain. Bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” perpaduan adalah proses penyatuan daripada pelbagai aspek fizikal, sosial, rohani dan politik. 2


Definisi Bangsa Idaman “Idea bangsa idaman” secara ringkas merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh negara yang bermasyarakat majmuk di Malaysia, dari zaman sebelum merdeka hingga masa kini. Ia berkaitan dengan pembinaan identiti nasional yang sering berhadapan dengan krisis persetujuan kolektif, terutamanya dalam konteks masyarakat yang rencam seperti di Malaysia. 3


Sebelum merdeka, terdapat pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa telahpun merancang untuk berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka idaman masing-masing, yang menerangkan sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan ekonomi,politik,sosial dan budaya masing-masing. Sebagai contoh yang kita dapat lihat adalah didalam kalangan melayu terdapat 3 jalur bangsa idaman. MELAYU RAYA : anjuran kelompok strategi kiri Melayu NEGARA ISLAM : anjuran kelompok strategi berorientasi Islam MASYARAKAT MAJMUK PIMPINAN MELAYU : kelompok strategi tiga rangkai etnik yang diterima oleh pihak British Bangsa Idaman Sebelum Merdeka 4


Selepas merdeka, wujudnya keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya’. Idea dan wacana ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman. Konsep bangsa idaman telah melahirkan konsep Malaysia yang populer ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir Mohamad. Konsep bangsa idaman turut melahirkan konsep lain seperti wawasan 2020 dan gagasan 1Malaysia yang dipromosikan secara besar-besaran di seluruh negara. Di Sabah dan Sarawak pula wujud konsep seperti Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian. Konsep ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidak popular dikalangan umum. Bangsa Idaman Selepas Merdeka 5


USAHA-USAHA UNTUK MEWUJUDKAN ‘BANGSA IDAMAN’ DI MALAYSIA 6


Idea bangsa idaman adalah konsep tentang cita-cita atau harapan bersama masyarakat terhadap negara atau bangsa mereka. Ini bisa mencakup berbagai hal seperti keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi, kedamaian, kemajuan tekonologi, kesasteraan, dan nilai-nilai moral yang dianggap penting bagi kemajuan dan kesejahteraan Bersama. Selepas itu, peraduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.Hal ini kerana perpaduan kaum dapat diwujudkan untuk menerusi kepelbagaian budaya di negara kita.Terdapat pelbagai budaya yang merupakan satu keunikan yang menjadikan kebanggaan rakyat kita. Perbezaan tersebut telah memajukan negara kita dengan meningkatkan ekonomi negara kita. Tarian yang dipersembah kan iaitu Tarian zapin, Tarian mak yong dan Tarian naga , Tarian Kuchi Pudi untuk meraikan hari kebsesaran. Persembahan kebudayaan ini dapat menarik minat pelancong asing untuk datang berkunjung di negara kita. Akhir kata, budaya – budaya yang ada di negara kita dapat meningkatkan perpaduan kaum sekali gus dapat lebih mengenali antara satu sama lain.Bak kata mutiara tak kenal maka tak cinta masyarakat Tarian Piring Tarian Singa dan Tarian Naga Tarian Kuchipudi 7


Bangsa idaman merupakan konsep yang relevan dalam membentuk Malaysia Baharu. Ia merujuk kepada identiti nasional yang diimpikan oleh rakyat Malaysia, menggabungkan pelbagai budaya, agama, dan etnik. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan anak-anak. Berikut adalah beberapa peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam keluarga. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik bagi anak-anak. Ibu bapa harus berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain dan dengan anak-anak. Cara ibu bapa berbicara dan menyelesaikan konflik akan memberikan contoh kepada anak-anak. Kelakuan dan tindakan ibu bapa akan mempengaruhi perkembangan jiwa anakanak. Oleh itu, tunjukkan teladan yang positif agar anak-anak mengikuti contoh yang baik. ibu bapa Ibu bapa juga mestilah menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena suatu perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anakanak bersama. Dalam majlsi tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Selain itu, Ibu bapa perlu mengajar anak-anak nilai-nilai agama dan moral. Ini membantu membentuk karakter dan etika mereka. Ajarkan anak-anak tentang ajaran agama yang dianuti oleh keluarga. Berbicaralah tentang nilai-nilai seperti kasih sayang, kejujuran, kesederhanaan, dan keadilan. Ini dapat merapat hubungan keluarga dan tidak lupa juga dengan maha pencipta. menghadiri rumah terbuka berkomunikasi dengan anak 7


Antara usaha yang boleh dilakukan adalah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah boleh menganjurkan program pendidikan tentang kepelbagaian budaya dan kaum. Program pendidikan yang dimaksudkan adalah program yang dapat mengajar pelajar tentang kepelbagaian budaya, tradisi serta nilai-nilai untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan terhadap perbezaan kaum. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mangadakan aktiviti sukan yang melibatkan pelajar pelbagai kaum untuk mengalakkan semangat kerjasama dan persaudaraan antara kaum. Sebagai contoh, menganjurkan aktiviti perarakan dan pertandingan hias khemah bersama tanpa mengira kaum. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan sambutan hari kebangsaan dan perayaan budaya. Dengan ini, pelajar dapat bersama-sama untuk memupuk rasa bangga terhadap negara dan menghargai kepelbagaian budaya di negara ini. Akhir sekali, melalui usaha-usaha ini pihak sekolah dapat memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan dan meningkatkan semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar untuk masa depan negara. pihak sekolah hari sukan sambutan hari kebangsaan 8


9


Kesimpulannya, untuk membina sebuah negara-bangsa yang harmoni dan sempurna adalah bukan tugas yang mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Disebabkan negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum serta diperkukuhkan oleh sentiman warisan yang berbeza dan menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Oleh itu, kerajaan haruslah mempertingkatkan usaha untuk membuat semua rakyat agar boleh menerima cadangan untuk mewujudkan bangsa idaman, misalnya dengan cara mengadakan kempen kesedaran. Semoga harapan untuk menjadikan semua rakyat sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia dapat tercapai KESIMPULAN 10


Click to View FlipBook Version