The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sal personal, 2022-03-27 04:25:20

DOA KHATAM ALQURAN DIHATI SESI 5

DOA KHATAM ALQURAN DIHATI SESI 5

DOA KHATAM ALQURAN
PUSPANITA CIAST

4/10/2020- 27/3/2022

DOA KHATAM ALQURAN DIHATI SESI 5, PUSPANITA

٣× ‫أﺳﺗﻐﻔر ﷲ اﻟﻌظﯾم اﻟذى ﻻإﻟﮫ إﻻھواﻟﻌﺣ ُﻰ اﻟﻘﯾوم وأﺗوب إﻟﯾﮫ‬

Niatkan:
Kita hadiahkan Al fatihah buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para
rasul, para nabi, para sahabat, para malaikat, para auliya, seluruh umat nabi
Rasulullah, nenek moyang, ibu ayah, suami, anak-anak cucu cicit dan zuriat
keturunan sahabat-sahabat Alquran dihati CIAST sesi 5 sehingga hari
akhirat….moga-moga menjadi asbab keterhubungan kita dgn baginda nabi
salallahu alaihi wasalam serta mendapat limpahan cahaya buat diri kita dan
seluruh insan yang berada disekeliling kita serta menjadi asbab untuk kita
lebih mendekati pengisian alquran.

-alfatihah-
‫ َواﻟ ﱠﺻﻼَة ُ َواﻟ ﱠﺳﻼَ ُم َﻋﻠَﻰ َﺳﯾِّ ِدﻧَﺎ ُﻣ َﺣ ﱠﻣ ٍد َو َﻋﻠَﻰ آ ِﻟ ِﮫ َوأَ ْﺻ َﺣﺎ ِﺑ ِﮫ أَ ْﺟ َﻣ ِﻌ ْﯾ َن‬,‫اَ ْﻟ َﺣ ْﻣ ُد ِ ﱠ ِ َر ّ ِب ا ْﻟﻌَﺎﻟَ ِﻣ ْﯾ َن‬

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekelian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Dan selawat dan salam ke atas
Rasul kita Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-
sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami!

Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui.

Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima
Taubat, Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada
kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah!

Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai
pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Ya Allah!

Ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan dari Al-Quran. Dan ajarlah
kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran.

Dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu
malam dan siang. Dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami,
wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah!

Hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan
kemuliaan Al-Quran.

Dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Dan pakaikanlah
kami dengan permata Al-Quran.

Masukkan kami ke dalam Syurga dengan syafaat Al-Quran.

Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat
dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah!

Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, dan di
dalam kubur sebagai kawan yang mesra. Pada hari kiamat sebagai
pembantu dan sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke Syurga sebagai
teman dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka.

Dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada
segala kebaikan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah!

Tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada
api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat
kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan
kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang empunya segala macam kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah
dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dah ihsan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari
apa yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera kepada sekelian Rasul.
Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan seluruh alam.

DOA KHATAM ALQURAN
PUSPANITA CIAST

4/10/2020- 27/3/2022

Segala puji bagi Alah Tuhan sekelian alam, dan kesudahan yang baik bagi
mereka yang bertaqwa. Dan tiada permusuhan kecuali atas mereka yang
zalim. Dan selawat serta salam atas semulia-mulis para Nabi dan para Rasul
dan keluarganya serta sekelian sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Terimalah doa dan amalan kami.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
dan terimalah taubat kami.

Sesungguhnya Engkaulah yang Mana Menerima Taubat, lagi Maha
Mengasihani. Dan tunjukkanlah kami serta bimbinglah kami ke jalan yang
lurus dengan keberkatan al-Quran yang mulia.

‫ِ َرﺑﱠﻧَﺎ َءا ِﺗﻧَﺎ ِﻓﻲ اﻟ ﱡد ْﻧﯾَﺎ َﺣ َﺳﻧَﺔ ً َوﻓِﻲ اﻷ ِﺧ َرةِ َﺣ َﺳﻧَﺔ ً َو ِﻗﻧَﺎ َﻋذَا َب اﻟﻧﱠﺎر‬
‫ َوا ْﻟ َﺣ ْﻣ ُد ِ ﱠ ِ َر ّ ِب اﻟﻌَﺎﻟَ ِﻣ ْﯾ َن‬، ‫َو َﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺣ ﱠﻣ ٍد َو َﻋﻠَﻰ َءا ِﻟ ِﮫ َو َﺻ ْﺣﺑِ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم‬

‫آ ِﻣ ْﯿﻦ ﯾَﺎ َر ﱠب اﻟﻌَﺎﻟَ ِﻤ ْﯿ َﻦ‬
‫ﺳﺒﺤﺎن ﷲ و ﺑﺤﻤﺪه ﺳﺒﺤﺎﻧﻚ اﻟﻠﮭﻢ و ﺑﺤﻤﺪك أﺷﮭﺪ أن ﻻ إﻟﮫ إﻻ أﻧﺖ أﺳﺘﻐﻔﺮك و أﺗﻮب‬

‫َوا ْﻟﻌَ ْﺻ ِر‬

1. Demi Masa!
2.

‫ِإ ﱠن ا ْ ِﻹﻧ َﺳﺎ َن ﻟَ ِﻔﻲ ُﺧ ْﺳ ٍر‬

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

‫ِإ ﱠﻻ اﻟﱠ ِذﯾ َن آ َﻣﻧُوا َو َﻋ ِﻣﻠُوا اﻟ ﱠﺻﺎ ِﻟ َﺣﺎ ِت َوﺗَ َوا َﺻ ْوا ِﺑﺎ ْﻟ َﺣ ِّﻖ َوﺗَ َوا َﺻ ْوا ﺑِﺎﻟ ﱠﺻ ْﺑ ِر‬

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dengan rasminya tamatla Alquran Di Hati Sesi 5, PUSPANITA CIAST


Click to View FlipBook Version