The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOA PEMBUKA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPANITA CIAST (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sal personal, 2022-03-31 10:07:26

DOA PEMBUKA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPANITA CIAST (1)

DOA PEMBUKA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPANITA CIAST (1)

DOA PEMBUKA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPANITA CIAST

(٣× ‫)أستغفر الله العظيم الذى لاإله إلاهوالعحى القيوم وأتوب إليه‬

Niatkan:
Kita hadiahkan Al fatihah buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para rasul, para
nabi, para sahabat, para malaikat, para auliya, seluruh umat nabi Rasulullah, nenek
moyang, ibu ayah, suami, anak-anak cucu cicit dan zuriat keturunan kita sehingga hari
akhirat….moga-moga menjadi asbab keterhubungan kita dgn baginda nabi salallahu
alaihi wasalam serta mendapat limpahan cahaya buat diri kita dan seluruh insan yang
berada disekeliling kita...

-Bisirril fatihah-

‫ وال َّصلاة وال َّسلام على سيِّ ِدنا مح َّمد وعلى آ ِل ِه وأ ْصحا ِب ِه أ ْجم ِع ْين‬,‫ا ْلح ْمد لِ َِّ ِل ر ِّ ِب ا ْلعال ِم ْين‬

ALLAHUMMA ANTAL ‘AZIZUL JALIL,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap

Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH!
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Program ramah
mesra PUSPANITA CIAST 2022 di tempat yang berdiri megah dan indah ini.
Kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat
Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar
daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.

YA ALLAH! YA RAHMAN! YA RAHIM!

Jadikanlah majlis ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program ini sebagai
perintis buat kami untuk terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakan.
Cucurilah rahmat dan rahimmu keatas majlis ini dan berkatilah ia dari awal hingga
akhirnya.

YA AZIZ YA JABBAR!
Seandainya didalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaan mu, maka
ampunkanlah kami. Sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha penyayang.
Jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan
yang baik.

ALLAHUMMA YA MUDABBIRAL AMRI!

Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik
Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak.
Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit,
menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan lembutkanlah hati-hati kami serta
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian diantara kami.

YA ZALJALALI WAL IKRAM!

Kami memohon perlindungan daripada mu ya allah dari segala perkara yang mencacat
celakan majlis kami daripada perkara yang melalaikan kami dari berbuat baik kepada
mu. Jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala
kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan
penyakit taun serta segala bala’ yang datang,Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. Kepada Mu jua kami serahkan segala urusan kami.

‫َربَّنَا َءاتنَا في ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفي الأخ َرة َح َسنَة ً َوقنَا َع َذا َب النَّار‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدل َِّل َرب العَالَم ْي َن‬، ‫َو َصلَّى اللُ َعلَى ُم َح َّمد َو َعلَى َءاله َو َص ْحبه َو َسلَّ َم‬

َ‫آ ِم ْين يَا َربَ العَالَ ِم ْي َن‬


Click to View FlipBook Version