The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buletin PKK, 2022-04-04 20:32:41

buletin pkk jan-feb 2022

buletin pkk jan-feb 2022

Edisi Jan-Feb 2022

B U L E T I N P K KBAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN

PKK MENGUCAPKAN
2022
SELAMAT MENYAMBUT

Bergerak Sebagai 1 Keluarga

2022!TAHUN BARU KDN Yang Mantap, Berintegriti


ANTARA PROGRAM PKK Dan Dinamik

01 Perhimpunan Bulanan
ISU TULAR

PKK Januari 2022 MEDIA SOSIAL

02 Perjumpaan PKK
Perbincangan PKK HQ &
HQ Bersama Pihak
Decathlon Malaysia
Lazada
OPERASI

03 Majlis Amanat Tahun
BERSEPADU
Baru MDN 2022
Operasi bersepadu PKK Sabah
04 Majlis Amanat KSU
bersama CSGO & JPN
KDN Kepada PTJ Di

Bawah KDN Tahun
PAMERAN PKK (CEP)
2022 Bersempena dengan

E'kspo Jualan Al-Qur'an

MALAYSIA Terbesar di Malaysia

ENPeDralEihaMn FaIsKa PROGRAM PELUPUSAN
BARANG KES

Program Pelupusan Barang Kes

Oleh PKK Terengganu Siri 1/2022

REDAKSI

Nor KJeutluieanEadiAtozrleen NMEoekrdsmieakaSuirotaisfial

EkEsleykZutaifriGnraafik EkseAkuztriuf Ml N
ulitzimamedia

JANUARI 2022 03
EDISI JAN-FEB


SEPTEMBER 2015 | ISSUE 05

Salam Tahun 2022 kepada warga PKK sekalian, semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera

hendaknya. Saya ingin merakam rasa syukur yang tidak terhingga, kerana berkat kesabaran dan usaha

gigih dan kerjasama pelbagai pihak, maka naskah buletin ini dapat diterbitkan dengan wajah baru yang

lebih menarik dan lebih segar!

Semoga dengan terbitnya buletin ini, maka warga PKK dapat informasi terkini yang lengkap dan tepat

berkenaan program-program yang telah diadakan di Ibu Pejabat dan cawangan negeri.

Adalah menjadi harapan saya, agar usaha ini akan berterusan dan konsisten. Mengikut perancangan,

naskah buletin akan diterbit secara berkala iaitu 2 bulan sekali terbit. Juga dipohon kerjasama dan

sokongan dari semua pihak untuk menyumbang idea melalui artikel dan bahan-bahan informasi kepada

sidang redaksi.

Julie


KETUA EDITOR

BULETIN PKK |  01 03-88863910 @PKKHQ [email protected]

PERHIMPUNAN
BULANAN JANUARI 2022

PERHIMPUNAN

BJAUNLUAANRAIN2P02K2K


Perhimpunan Bulanan PKK bagi bulan Januari 2020 telah

diadakan pada 10 Januari 2022 jam 10.30 pagi bertempat di

Ruang legar PKK, Aras 6 KDN Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan persembahan nyayian lagu

Negaraku, bacaan Ikrar dan disusuli dengan bacaan doa.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian

amanat oleh YBrs Tuan Mohammad Sanusi bin Abdul Karim,

SUB Bahagian PKK. Beliau mengucapkan selamat tahun baru

kepada semua kakitangan dan mengharapkan semua

warga PKK memberi fokus membentuk jati diri yang lebih

dinamik meskipun berhadapan dengan pandemik Covid19.

BULETIN PKK |  02

PERJUMPAAN PKK IBU PEJABAT

BERSAMA PIHAK LAZADA

12 JANUARI 2022  | RABU
MENARA UOA, KUALA LUMPUR

Perjumpaan Seksyen Penguatkuasaan dan
Pematuhan bersama pihak pengurusan
LAZADA.
Perbincangan dan kolaborasi dua pihak
berkenaan isu perundangan, perkongsian
maklumat dan mengatasi masalah yang
melibatkan Akta-Akta yang dikuatkuasakan

LAZADAdalam platform e-dagang LAZADA.

PROGRAM PEMULIAAN AL-QUR'AN

PKK TERENGGANU BIL 1/ 2022

HTWeardaehirnitgpsgeaardntaau,ppeYrgboargswraaPmiudaanirnipiNaudPraenJNgHaaEbrAiahTha. PKK 24 JANUARI 2022  | ISNIN
binti
PUSAT RELAU PELUPUSAN AL-QUR'AN

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM TERENGGANU


(JHEAT)
Bertempat di Pusat Relau Pelupusan Al-Qur'an

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu
(JHEAT) telah berlangsung dengan jayanya
Program Pemuliaan Al-Qur'an PKK Terengganu bil.
1/2022.
Program kali ini melibatkan pelupusan sebanyak 5
kotak Al-Qur'an lama dan rosak di bawah Akta
Percetakan Teks Al Quran 1986 yang diterima
daripada Masjid Al-Ikhwan Gelong Bilal Kuala
Terengganu pada 23 Januari 2022 melalui Program

Kempen HIFZ Qur'an; "Qur'an Dihati".

BULETIN PKK |  03

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KDN
&

AMANAT TAHUN BARU 2022

13 JANUARI 2022  | KHAMIS
AUDITORIUM KOMPLEKS D,

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hamzah bin
Zainudin telah menyampaikan amanat Tahun Baru
2022 kepada warga Kementerian Dalam Negeri dalam
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium
Kompleks D, KDN.
Pada majlis yang turut dipancarkan secara langsung di
platform Facebook rasmi Kementerian ini, MDN telah
berkongsi pencapaian dan cabaran dihadapi KDN
sepanjang tahun 2021 serta hasrat beliau bagi tahun
2022.

PENCAPAIAN KDN

Salah satu pencapaian KDN pada tahun 2021 di bawah
usaha memperkasakan penguatkuasaan penerbitan
KITAPRA PELANCARAN DEMInashkah Al-Qur'an adalah dengan mewujudkan satu
standard penerbitan Al-Qur'an Braille bagi
membantu golongan cacat penglihatan membaca Al-
Quran dengan tepat dan betul. Inisiatif ini
dilaksanakan dengan kerjasama strategik dengan
NEGARA JAKIM, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam
Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Standard ini bukan sahaja menyeragamkan
penulisan Al-Qur'an Braille di Malaysia tetapi juga
dilihat sebagai satu penanda aras baharu penerbitan
Al-Qur'an Braille di peringkat global.

Kempen “Kita Demi Negara” dengan slogan Fokus perkhidmatan KDN bagi tahun 2022
“Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab dirangka dengan mengambil kira
Bersama” merupakan kempen kesedaran bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)
memupuk semangat masyarakat bersama-sama yang menjadi tunjang kepada keseluruhan
KDN memikul tanggungjawab untuk menjaga perancangan Kementerian serta Pelan
keselamatan dan keamanan negara selari dengan Strategik KDN 2021-2025 yang
konsep “Al-Daruriyat” iaitu memelihara agama, menyokong aspirasi nasional.
memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara
keturunan dan memelihara harta benda MEMPERKUKUHKAN KESELAMATAN DAN

sebagaimana yang digariskan dalam kaedah KETENTERAMAN AWAM
Maqasid Syariah.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
*Untuk teks ucapan penuh,
sila imbas QR-code yang tersedia Akta Pencetakan dan Teks Al-Qur'an 1986

kajian semula
Akta Kesalahan Keselamatan

beberapa dasar
(Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012
termasuk akta
Akta Agensi Persendirian 1971
dan SOP

Akta Penjara 1995

BULETIN PKK |  04

AMANAT KETUA SETIAUSAHA KDN KEPADA
PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DI BAWAH KDN 2022

28 JANUARI 2022  | JUMAAT
PEJABAT KSU,
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

AMANAT DATO' SRI WAN DAHLAN

BIN HAJI ABDUL AZIZ
KSU KDN

Amanat kepada PTJ di bawah KDN telah
disampaikan oleh Ketua Setiausaha KDN, YBhg.
Dato’ Sri Wan Ahmad Dahalan Bin Haji Abdul Aziz
bertempat di Pejabat KSU, KDN pada 28 Januari
2002, Jumaat, jam 10.00pg secara maya
(Facebook live)
Dalam ucapan KSU, beliau menyampaikan
amanat dengan menyentuh beberapa perkara
serta berharap agar semua PTJ agar mematuhi
chain of command dalam tadbir urus baik di
peringkat kementerian mahu pun agensi serta PTJ
Kementerian Dalam Negeri diingatkan agar
membudayakan akauntabiliti dan integriti dalam
pengurusan kewangan.
Beliau juga berharap warga Kementerian dapat
meningkatkan kebersamaan serta kesepaduan
sebagai satu pasukan yang berupaya
menggerakkan fungsi dan peranan Kementerian
khususnya dalam menghadapi cabaran tahun
2022 sepertimana kempen yang telah
perkenalkan iaitu “Kita Demi Negara"

BULETIN PKK |  05

AHAD

23JANUARI 2022

Program Kempen HIFZ Qur'an: "Qur'an Di hati" iaitu

penyerahan Al-Qur'an rosak untuk

pemuliaan/pelupusan KDN dengan kerjasama Masjid Al-

Ikhwan Gelong Bilal, Kuala Terengganu. telah diadakan

pada 23 Januari 2022

Sepanjang program ini, PKK Terengganu telah membuka

booth pameran berinformasi serta menyampaikan

taklimat berkaitan kaedah penjagaan dan pemuliaan Al-

Qur'an Rasm Uthmani yang disampaikan oleh Ketua Unit

Regulatori Al-Qur'an PKK Terengganu, Ustaz Mohd

Firdaus bin Che Daud.

Dalam program ini juga, telah diadakan simbolik

penyerahan Al-Qur'an rosak daripada Penasihat Masjid

Al-Ikhwan, Ybrs Tn. Hj. Zulkifli bin Muda kepada

Timbalan Pengarah PKK Ybrs. Encik Muhamad Khairul

Bin Ismail. Pihak PKK Terengganu juga berbesar hati

menyampaikan sumbangan Al-Qur'an waqaf KDN

kepada Masjid Al-Ikhwan Gelong Bilal Kuala

Terengganu.

05SABTU
FEB 2022

Bertempat di Masjid Ar Rahman, Kuching Family Park,
telah berlangsung Program Ceramah Agama yang
dianjurkan oleh PKK Sarawak dengan kerjasama Masjid Ar
Rahman. Ceramah agama bertajuk "QUR'AN PANDUAN
HIDUP" Ceramah telah disampaikan oleh TUAN ASYDIDI
BIN HAMZAH, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan
Kawalan, Negeri Sarawak.

PKK Sarawak juga telah mengadakan pameran bahan-
bahan percetakan Al- Qur'an di masjid tersebut sebagai
pendedahan dan penerangan kepada orang awam
tentang bahan-bahan Al-Qur'an yang mempunyai
kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al Quran 1986.

BULETIN PKK |  06

AL-QDUIREMP'KAAASNMLPATEOEYRRJSAUBINAAEPL2S0AAK2NKR2

4-6 FEBRUARI 2022  | AHAD
NASYRUL QUR'AN , PUTRAJAYA




PKK HQ telah dijemput untuk mengadakan
pameran bersempena dengan Ekspo Jualan
Al-Qur'an terbesar di Malaysia yang telah
berlangsung bermula 4-6 Februari 2022,
bertempat di Nasyrul Qur'an, Putrajaya.
Pameran PKK bertujuan untuk memberi
pendedahan dan penerangan kepada orang
awam tentang bahan-bahan Al-Qur'an yang
mempunyai kesalahan di bawah Akta
Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 serta
penerangan ringkas mengenai proses
pelupusan Al-Qur'an yang dijalankan oleh
PKK.

OPERASI BERSEPADU KE ATAS PENGAWAL

KKAESNEALKA-MKAANTAANK,DLIIKHAOSS,SPAITBAALHWANITA DAN


4 FEBRUARI 2022  | JUMAAT
LIKAS, SABAH

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Sabah (PKK
Sabah), Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan
Operasi Bersepadu bersama Pejabat Keselamatan
Kerajaan Malaysia, Negeri Sabah (CGSO) dan Jabatan
Pendaftaran Negara, Negeri Sabah (JPN) bertempat di
Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas, Sabah.
Seramai 33 orang Pengawal Keselamatan yang bertugas
telah diperiksa dalam operasi bersepadu ini bagi tujuan
untuk mengenal pasti pengawal keselamatan yang
diambil bekerja di negeri Sabah adalah mematuhi Akta
Agensi Persendirian 1971 dan merupakan seorang yang
berstatus warganegara.
Operasi bersepadu ini telah diketuai oleh En.Stephen Anak
Bakum selaku Ketua Penguatkuasaan dan Pematuhan,
PKK Sabah dan turut hadir dalam operasi ini adalah En.
Rizan bin Hj Muhammad Alwi, Pegawai Keselamatan CGSO
bersama 2 orang pegawai, Mohd Naser bin Mohd Nadzeri,
Pegawai JPN bersama 2 orang pegawai serta 10 orang
anggota penguatkuasa daripada PKK Sabah.

BULETIN PKK |  07

PROGRAM
ISU ADUAN TULAR

BPEALRUAPNUGSKAENS
DI MEDIA SOSIAL
PKK TERENGGANU

SIRI 1/2022 Perbincangan di antara

pihak PKK & pihak

14 FEBRUARI 2022  | ISNIN
PUSAT RELAU PELUPUSAN AL QUR'AN Decathlon Malaysia
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

TERENGGANU (JHEAT) 7 FEBRUARI 2022  | ISNIN
DECATHLON , PETALING JAYA
Program Pelupusan Barang Kes PKK
Terengganu telah berlangsung dengan

jayanya bertempat di Tapak Pelupusan
(Relau) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Satu perbincangan telah diadakan di antara
Terengganu. Sebanyak 702 eksibit yang PKK dan Pihak Decathlon bertempat di
melibatkan bahan-bahan Teks Al-Qura'n dan Pejabat Decathlon Petaling Jaya, selangor.
Al-Qur'an telah dilupuskan berdasarkan 10
kertas siasatan yang telah diselesaikan oleh Perbincangan adalah berhubung dengan
pegawai penyiasat di bawah Akta Pencetakan aduan orang awam yang tular di media
Teks Al-Qur'an 1986. sosial berkaitan corak seperti kalimah Allah
Program pelupusan ini dijalankan bersama 3 pada tikar khemah jenama Quechua
orang pegawai Hal EhwaI Islam Terengganu
iaitu Pn. Syarifah Suriati binti Syed Abdullah,
Pn. Rohana binti Sulong@Ismail dan Encik
Muhammad Zakuan bin Zammani. Turut hadir
pada program ini, Pengarah PKK Terengganu,
Pn. Nur Nabiha Izzati binti Wahit dan Timbalan
Pengarah PKK Terengganu, Encik Muhamad
Khairul bin Ismal serta Ketua Unit Regulatori Al
Qur'an PKK Terengganu, Ust Mohd Firdaus bin
Che Daud.

VIRAL

BULETIN PKK |  08

PKK SELANGORPPPRKAOSKUGSKERALAANMNGPEONRGUKUHAN


22 FEBRUARI 2022  | KHAMIS PKK

MELAKA
Kelab Sukan dan Rekreasi PKK

Selangor telah berjaya mengadakan
16 FEBRUARI 2022  | RABU
satu program pengukuhan pasukan
PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA
yang melibatkan semua kakitangan

PKK Selangor.
Tahniah diucapkan kepada semua

yang terlibat sepanjang program

dijalankan dan diharapkan acara

seperti ini dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturahim.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan

Nurhazwani binti Musa, Pengarah PKK

Melaka

KUNJUNGAN HORMAT
Pertemuan bersama Yang Berbahagia
PENGARAH BAHAGIAN
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abd

Halim bin Tawil adalah untuk bertukar-

PENGUATKUASAAN DAN
tukar pandangan serta menjalinkan
KAWALAN (PKK) MELAKA
kerjasama di dalam menguatkuasakan

KE PEJABAT MUFTI Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
NEGERI MELAKA serta Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986.

BULETIN PKK |  09

TEINRFKOIN
I MALAYSIA
Peralihan Fasa
PKK

SAISNTTEIRMAPSEUNAGHU(RAUBSMASN) INFOGRAFIK COVID 19

Tahniah KDN!
Setinggi-tinggi tahniah di atas PENSIJILAN MS
ISO 37001: 2016 SISTEM PENGURUSAN
ANTIRASUAH (ABMS) Penganugerahan ini juga
amat bermakna menjadi teras kebanggaan
kepada warga KDN untuk terus mengamalkan
bebas rasuah bagi memenuhi keperluan
pelanggan serta mengekalkan standard kualiti
penyampaian perkhidmatan yang berintegriti
tinggi.

AGENDASNIHAASTIO(ANNAML SM)ALAYSIA
PEMBATALAN

PERINTAH LARANGAN

22 FEBRUARI 2022 - Mahkamah
Tinggi di sini hari ini membatalkan
perintah larangan buku bertajuk
‘Gay is Okay! A Christian
Perspective’.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin
memutuskan demikian selepas
membenarkan semakan kehakiman
yang difailkan penulis dan penerbit
buku itu berhubung pengharaman
buku tersebut dua tahun lalu.
Pada 18 Dis 2020, Kementerian
Dalam Negeri mewartakan
perintah larangan berkuat kuasa
27 Nov 2020 ke atas dua
penerbitan, antaranya ialah buku
Gay is OK! A Christian Perspective
mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984.

JOM LIKE FB @PKKHQ

@PKKHQ

Hubungi kami 03-88863910 [email protected] BULETIN PKK | 10


Click to View FlipBook Version