DASAR & KETETAPAN KOKURIKULUM SK USJ 12
1. KEKERAPAN MESYUARAT
a. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SK USJ 12 akan diadakan sebanyak 4
kali setahun
2. KEKERAPAN PERJUMPAAN
a. Perjumpaan setiap Kelab/Persatuan, Kelab Permainan dan Badan Beruniform adalah
sebanyak 12 kali setahun bagi setiap unit.
b. Bilangan perjumpaan Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah. Sasaran peratus kehadiran
kokurikulum secara keseluruhan pada tahun 2019 adalah 90%
3. MASA PERJUMPAAN DAN RUTIN PERJUMPAAN
3.2 Perjumpaan Kelab/Persatuan, Kelab permainan dan Badan Beruniform adalah pada hari Rabu
secara bergilir mengikut waktu yang ditetapkan oleh sekolah. Tempoh masa perjumpaan adalah 2
jam iaitu dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.
3.2 Hari untuk perjumpaan untuk Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah.
3.3 Kehadiran guru penasihat adalah wajib.
3.4 Ketidakhadiran guru semasa aktiviti Kokurikulum/ Latihan rumah sukan perlu
dimaklumkan kepada PK Kokurikulum.
3.5 Pemantauan aktiviti unit Kokurikulum akan dijalankan oleh PK Kokurikulum dan
penyelaras.
4. PAPAN KENYATAAN DAN BILIK KHAS
4.1 Setiap penyelaras unit bertanggungjawab memastikan papan kenyataan masing -masing
dalam keadaan berinformasi terkini/ kemas/ ceria sepanjang tahun.
4.2 Bilik peralatan sukan dan bilik peralatan kokurikulum hendaklah sentiasa berada dalam
kemas dan kondusif serta mesra pengguna dan bermaklumat.
5. PELAKSANAAN & PENYERTAAN AKTIVITI
5.1 Unit Kokurikulum SK USJ 12 wajib menganjur dan melaksanakan 3 daripada aktiviti berikut
setiap tahun iaitu Kejohanan Merentas Desa , Kejohanan Tahunan Balapan dan Padang
(Olahraga), Kejohanan Sukan Tara dan Pesta Permainan.
5.2 Unit Kokurikulum juga digalakkan menganjur dan melaksanakan aktiviti sampingan berikut
setiap tahun iaitu Kejohanan Luar Musim , Kem Kepimpinan Kokurikulum, Perkhemahan
Badan Uniform, Karnival 1 Murid 1 Sukan , Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.
5.3 Setiap murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) wajib menyertai aktiviti Kokurikulum iaitu Kelab dan
Persatuan, Kelab Permainan dan Badan Unit Beruniform. Murid-murid juga digalakkan
menyertai aktiviti tambahan yang lain seperti kelab Karate Do, Kelab Teakwando, Kelab
Robotik, Kelab Muzik dan Kelab Tarian.
5.4 Guru Penasihat/ Jurulatih dan semua guru yang terlibat dalam membentuk menyedia/
melatih pasukan sekolah untuk penyertaan aktiviti keperingkat Zon/ Daerah/
Negeri/Kebangsaan atau Antarabangsa perlu menyediakan siri latihan yang secukupnya
untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aktiviti yang disertai.
5.5 Guru penasihat/ pengurus pasukan perlu memastikan urusan pendaftaran dan dokumen
yang diperlukan oleh peserta/ pemain/ pasukan disediakan dengan lengkap.
6. PAKAIAN
6.1 Semua guru mestilah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dijalankan
serta menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
6.2 Semua pelajar dikehendaki memakai baju rumah sukan masing-masing dalam setiap aktiviti
sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Unit kokurikulum.
SESKEOKLOALHAHKEKBEABNAGNSGASAANANUSUJS1J21S2ESSEIS2I0220019 11817
6.3 Semua guru sangat digalakkan memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing
menepati garis panduan yang ditetapkan pada waktu perhimpunan bulanan kokurikulum dan
pada hari Rabu.
6.4 Setiap hari Rabu semua pelajar sangat digalakkan memakai uniform lengkap badan
beruniform masing-masing menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KPM.
7. REKOD DAN PELAPORAN AKTIVITI
7.1 Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum setiap unit hendaklah dilengkapkan setiap kali perjumpaan
diadakan dan disimpan di dalam bilik GPK.
7.2 Semua guru penasihat dan jurulatih pasukan sekolah hendaklah membuat pelaporan bagi
setiap aktiviti yang disertai dalam masa 2 minggu ( 14 hari ) dari tarikh setelah selesai
menyertai setiap aktiviti.
7.3 Guru Penasihat setiap Unit perlu mengisi rekod kehadiran dan aktiviti mengikut unit masing-
masing.
7.4 Jurulatih/ SU Koko / SU Sukan mengemaskinikan penyertaan pelajar di peringkat Zon/
Daerah/ Negeri/ Kebangsaan atau Antarabangsa.
7.5 Salinan sijil murid perlu diserahkan kepada PK Kokurikulum untuk rujukan.
8. KADAR TUNTUTAN PERJALANAN DAN MAKANAN MURID
8.1 Kadar tuntutan bayaran makanan bagi murid adalah RM5 perkepala/hari.
8.2 Kadar tuntutan bayaran perjalanan kenderaan guru adalah seperti berikut:
KAWASAN BAYARAN (RM)
Perkenderaan/hari
Kawasan Subang Jaya 10.00
Kawasan luar dari Subang Jaya ( Lingkungan PPD 20.00
Pertaling Perdana )
Luar Kawasan PPD Petaling Perdana 30.00
+ kadar tol yang dibayar
8.3 Guru penasihat/ guru pengiring/ pengurus perlu mengisi borong tuntutan yang tealh
disediakan.
8.4 Tuntutan perlu diserahkan kepada PK Kokurikulum pada atau dalam masa 2 minggu ( 14
hari ) berserta invois dan resit.
SEKSOELKAOHLKAEHBKAENBGASNAGASNAUASNJU12SJS1E2SSI E20S2I02019119118
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12 SESI 2019 119