The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Naskhah digital sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mumtazah Sanusi, 2021-10-20 04:56:07

e-Risalah Maulidur Rasul

Naskhah digital sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H

PENAUNG
YB Dato‘ IR. Hj. Ahmad Zakiyuddin
bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1
merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam,
Pembangunan Industri dan Perhubungan
Masyarakat

PENASIHAT
Dato‘ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria
Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP)

KETUA PENGARANG
Mohd Hanif bin Omar @ Wahab
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Dakwah JHEAIPP

PENULIS KHAS
Pahrol bin Mohamad Juoi

UNIT PENERBITAN DAN PENERANGAN
BAHAGIAN DAKWAH JHEAIPP
Mumtazah binti Sanusi
Ahmad Aminuddin bin Ahmad Nasir
Norshamila Koid binti Abdullah

Terbitan Dan Edaran :
Bahagian Dakwah JHEAIPP

Konsultasi, Reka bentuk dan Cetakan :
Hafiz Art & Design

Tidakkah naluri cinta kita Cinta itu ada tandanya. Antara
bergetar apabila mendengar tanda mencintai Baginda ialah
hadis ini, Rasulullah s.a.w. banyak mengingat, menyebut,
bersabda: “Orang yang paling merindu dan seterusnya ingin
aku cintai dalam kalangan sekali bertemu. Maksudnya,
umat ku ialah orang sesudah cinta adalah satu perasaan
ku yang sangat ingin melihat yang bersemi dalam hati,
aku (walaupun dengan diluahkan dengan lidah dan
mengorbankan) keluarga dan dibuktikan dengan tindakan dan
hartanya.” (Riwayat Muslim). pengorbanan.
Ya, semoga kitalah orang yang
dimaksudkan oleh Rasulullah Jika kita mengaku cintakan
SAW ini. Rasulullah s.a.w., muhasabahlah
sebanyak mana kita berselawat
Namun, cinta yang indah tidak kepada Baginda sehari semalam?
semudah itu. Selawat itu tanda ingatan.
Setelah banyak mengingat
Cinta itu perlu pengorbanan. dengan berselawat, tentulah rasa
Ya, begitulah sifir cinta kepada rindu untuk bertemu semakin
Rasulullah. Bagaimana hendak mendalam. Ya, cinta dan rindu
bertemu dengan Rasulullah? sangat sinonim. Cinta yang hebat
Jawabnya, dengan mati dalam akan mampu mendekatkan jarak
keadaan sedang berjuang waktu dan ruang. Inilah yang
menegakkan sunnahnya dalam dialami oleh manusia yang hidup
seluruh aspek kehidupan! pada akhir zaman, tetapi punya
cinta yang mendalam kepada
Rasulullah s.a.w.

1

Kita perlu benar-benar mengenali Rasulullah melalui sirah dan sunnah
Baginda. Tidak cukup hanya mengetahui dengan akal, tetapi kita
perlu mengenali Baginda dengan hati, lalu cuba mempraktikkan
segala sunnahnya dalam realiti kehidupan.

Tanya kepada diri: “Jika Rasulullah bersama-samaku, bagaimanakah
rasa, kata dan tindakan kita ketika berdepan dengan suasana ini?”
Begitulah rasa hati yang seharusnya ada dalam hati kita sekiranya ingin
benar-benar mengenali Rasulullah s.a.w.

Mungkin telah banyak yang kita baca daripada sirah Rasulullah, tetapi
sejauh mana ia meresap ke dalam hati untuk dirasai? Dengan cuba
meneladani Baginda setiap masa, barulah kita diberi hidayah oleh Allah
untuk benar-benar mengenali dan seterusnya mencintai Rasulullah.
Untuk cinta, mesti kenal. “Tak kenal, maka tak cinta.” Apabila kita mengenali
Rasulullah s.a.w., barulah kita boleh mencintainya. Justeru, tuntutan
yang paling utama selepas mengenal Allah adalah dengan mengenal
Rasulullah.

Ironinya, bagaimana mungkin ibu bapa mampu mengenalkan dan
menyemai rasa cinta kepada Rasulullah kepada anak-anak jika diri
mereka sendiri pun belum mengenali dan mencintai Baginda?

Mengenali Rasulullah s.a.w. melibatkan dua dimensi. Dimensi lahiriah –
nama, rupa dan bentuk fizikal, ahli keluarga dan lain-lain. Kedua, dimensi
rohaniah – aspek keyakinan, sistem nilai,
prinsip dan manhaj perjuangannya.

2

Tidak memadai jika kita mencintai Rasulullah s.a.w. hanya kerana jasad dan
tubuh badan Baginda tanpa mengenali dan mencintai perjuangannya.
Abu Talib, bapa saudara Nabi sendiri sangat kuat mempertahankan
keselamatan nyawa Baginda. Malangnya, dia tidak mendapat hidayah
untuk meyakini iman dan Islam yang menjadi perjuangan Baginda.
Oleh sebab itu, mengenali Rasulullah s.a.w. tidak cukup sekadar lahiriah.
Kita mesti menyelami roh dan prinsip perjuangan Baginda. Perkenalan
tahap pertama (lahiriah), tidak akan menghasilkan cinta yang sempurna.

Sekadar menghafal nama, mengetahui ahli keluarga dan mempunyai
maklumat elemen luaran Baginda bukan pengenalan yang hakiki. Mungkin
ia boleh menimbulkan minat, tetapi tidak akan membuahkan cinta.
Pengenalan yang menghasilkan cinta ialah perkenalan yang meresap
ke hati, bukan sekadar di kepala dan juga bukan sekadar hafalan, tetapi
penghayatan.
Sedangkan cinta adalah soal hati dan rasa. Atas dasar itulah ramai umat
Islam yang belum mencintai walaupun sering mengaku mencintai. Dalam
hati cuma boleh menampung satu cinta. Jika cintakan dunia, manusia
dan lain-lain masih mendominasi hati, ertinya cinta kepada Rasulullah
tidak akan bersemi. Betapa jarang kita mengingati Rasulullah, apatah lagi
merindukan untuk berjumpa dengannya.

3

Tanda cinta ialah patuh.
Pepatah Arab menyatakan:
“Seseorang akan menjadi
hamba kepada perkara yang
dicintainya.” Seorang yang
mencintai Rasulullah akan menjadi
hamba kepada Allah dengan
mengikut sunnah Rasulullah.
Kepatuhan seseorang terhadap
ajaran Rasulullah adalah bukti
yang paling kuat menunjukkan
kebenaran cintanya. Tanpa
mematuhi ajarannya, dakwaan
cinta itu adalah palsu.

Al-Hasan al-Basri dan para salaf
pernah menyatakan: “Sesuatu
kaum mendakwa bahawa mereka
mencintai Allah, lalu mereka diuji
oleh Allah dengan menurunkan
ayat 31 surah Ali ‘Imran yang
bermaksud: ‘Katakan: ‘Jika benar-
benar mencintai Allah, maka
ikutilah aku.’’

Setiap kali berarak, marhaban,
bernasyid dan berselawat pada
hari keputeraan Rasulullah,
sepatutnya peringatan daripada
al-Hasan al-Basri inilah yang lebih
dititikberatkan.

4

Kita dianggap memuliakan Rasulullah apabila membenarkan segala
berita yang dibawa oleh Baginda, mematuhi segala suruhan,
menjauhi segala larangan dan beribadah kepada Allah dengan
cara yang ditunjukkannya. Sesiapa yang tidak memenuhi syarat-syarat
tersebut, ini bererti dia tidak lagi menghormati Rasulullah walaupun
mulutnya mendakwa demikian.

“Love is a verb not a word – cinta itu tindakan, bukan perkataan.” Seseorang
yang tidak menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kerana
kejahilan, kedegilan atau keangkuhan, maka secara langsung atau tidak
dia telah menghina Rasulullah. Bahkan, secara sedar atau tidak, sikap itu
boleh dikira sebagai meragui kejujuran, keadilan dan kebenaran yang
dibawa Baginda.

Pada akhir zaman, bukti mencintai Rasulullah s.a.w. adalah
dengan menegakkan sunnah Baginda, namun ia sangat
sukar dilakukan seumpama menggenggam bara api.
Namun, orang yang cinta, “buta” kepada penderitaan
demi mendapat keredaan orang yang dicintainya, akan
sanggup melakukan. Ya, cinta itu buta. Begitulah jika kita
mencintai Rasulullah, kita sanggup menggenggam “bara
api” tersebut dan mengamalkan sunnah Baginda walaupun
terpaksa menggigitnya dengan gigi geraham.

Inilah maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya Islam bermula dengan
keasingan dan akan kembali asing seperti
permulaan. Berbahagialah orang yang
asing.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang
bermaksud: “Sesungguhnya, di
belakang kalian ada hari-hari untuk
orang yang bersabar seperti
memegang bara api. Mereka

5

yang mengamalkan sunnah pada enggan, berat dan angkuh
untuk menegakkan sunnah.
hari tersebut akan mendapatkan Manakala, bagi yang sudah
mempunyai dorongan untuk
pahala 50 kali daripada kalian memuliakan Baginda, syaitan
akan mendorongnya secara
yang mengamalkan amalan keterlaluan hingga ke tahap
terlajak dan terlampau.
tersebut.”
Hal ini diperingatkan sendiri oleh
Para sahabat bertanya: Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Janganlah kamu keterlaluan
“Mendapatkan pahala 50 kali menyanjung aku sebagaimana
sanjungan yang diberikan orang
daripada kita atau daripada Nasrani terhadap Nabi Isa anak
Maryam. Sesungguhnya aku
mereka?” hamba-Nya, oleh sebab itu
panggilan aku Abdullah (hamba
Rasulullah menjawab: “Bahkan Allah) dan Rasulullah (pesuruh
Allah).” (Riwayat al-Bukhari)
50 kali pahala daripada kalian.”

(Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn

Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Namun, kita mesti berwaspada

pada tipu daya syaitan yang

hendak menyesatkan manusia.

Bagi mereka yang tidak ingin

memuliakan Rasulullah s.a.w.,

syaitan meniupkan rasa

6

Sudah lumrah apabila kita mencintai seseorang, kita akan turut
mencintai semua orang yang dicintainya dan segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaannya. Dalam konteks ini,
Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
“Ya Allah, berikan cinta-Mu kepadaku, jadikan orang yang mencintai-
Mu mencintaiku dan jadikan aku mencintai segala sesuatu yang
membawa kepada kecintaan-Mu.”

Justeru, bukti cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. adalah dengan
mencintai seluruh keluarganya (isteri, anak, cucu dan seterusnya)
serta para sahabat Baginda.

Jika ditanya, bagaimana? Jawapannya dengan menghormati para
sahabat, mengakui keutamaan ahli bait, memelihara kehormatan
dan kedudukan mereka serta benci kepada sesiapa yang
menghina mereka. Kita tidak boleh berdiam diri apabila
para sahabat dan ahli bait dikecam oleh sesiapa sahaja.
Kita mestilah bertindak memberi penjelasan, penerangan
dan berhujah dengan cara ilmiah dan amaliah (perbuatan)
bahawa mereka memiliki keutamaan dan keistimewaan
yang khusus.

7

Hakikat ini dijelaskan dalam firman Allah, maksudnya: “Orang yang
terdahulu lagi yang pertama kali (masuk Islam) dalam kalangan
Muhajirin, Ansar dan orang yang mengikut mereka dengan baik. Allah
meredai mereka dan mereka pun reda kepada Allah. Dia menyediakan
bagi mereka syurga yang mengalir sungai di dalamnya, dan mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.”
(Surah al-Tawbah 9: 100)

Ketika ada sahabat yang menyatakan kebimbangan dengan pelantikan
Usamah bin Zaid yang begitu muda sebagai jeneral tentera Islam,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Jika kalian mencela
kepimpinannya, maka kalian juga mencela kepimpinan ayahnya
sebelum ini. Demi Allah, dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan
panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Usamah adalah
orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga rasa cinta yang diucapkan Baginda kepada cucunya iaitu al-
Hasan dan al-Husin sehinggakan Baginda mendoakan mereka dengan
doa: “Ya Allah, cintailah kedua-duanya kerana aku mencintai kedua-
duanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Mengakui mencintai Rasulullah tetapi membenci sahabat-sahabat
utama Baginda adalah satu pendustaan. Padahal, keutamaan para
sahabat dan generasi awal Islam telah ditegaskan oleh Rasulullah sendiri
melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia ialah (manusia yang hidup dalam) kurunku,
kemudian mereka yang mengikutinya (tabi) dan mereka yang
mengikutinya (tabi tabiin).” (Riwayat al-Bukhari)

8

Ulama ialah pewaris nabi. Merekalah golongan yang paling teguh
berpegang dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan
Islam sejak dahulu sehingga kini. Di bahu merekalah terletaknya
amanah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam kepada
umat setelah tidak akan ada lagi nabi atau rasul yang akan diutuskan
kepada umat manusia. Tidak kira di mana-mana pun kedudukan kita
sama ada sebagai umara atau umat, ulama mesti diletakkan sebagai
penasihat, murabbi bahkan pembimbing ke jalan kebenaran.

Kita dituntut memuliakan ulama silam yang banyak berjasa dan
menjaga warisan ilmu dengan penuh iltizam, ikhlas dan profesional.
Mereka mewariskan kitab muktabar dan generasi ilmuwan yang
meneruskan legasi kecemerlangan sehingga pada zaman kini.
Walaupun mungkin sebagai manusia biasa, para ulama juga tidak
terlepas daripada kekhilafan dan kesilapan, namun itu bukan alasan
untuk memandang rendah apatah lagi mencerca mereka.

Alangkah baik sekiranya ada perbezaan sesama mereka (walau
bagaimana besar sekalipun perbezaan itu) kita menerima dengan
berlapang dada dan penuh adab.

Menghormati ulama silam sangat perlu berdasarkan ‘ibrah yang
dijelaskan oleh firman Allah, maksudnya: “Dan orang yang datang
sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, maksudnya:
‘Wahai Tuhan kami, berikan keampunan kepada kami dan saudara
kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami. Janganlah

9

Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang
beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun
lagi Maha Penyayang.’” (Surah al-Hashr 59: 10)

Selepas mencintai Allah dan Rasul-Nya, kepada siapa lagi perlu kita
mencintai? Ya, kita boleh mencintai sesiapa dan apa-apa sahaja
dengan syarat diniatkan mencintainya kerana Allah. Rasulullah
mampu mencintai isteri, anak, cucu, menantu, sahabat malah seluruh
umatnya. Jika Rasulullah mencintai Mu‘az kerana Allah, maka kita
juga mesti mencintai orang lain kerana Allah. Mencintai seseorang
kerana Allah dan Rasul-Nya juga dikira mencintai Allah.

Namun, dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, kecintaan kepada
makhluk tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang
kamu khuatiri kerugian dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah
lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada)
berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang
fasiq.” (Surah al-Tawbah 9: 24)

Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah,
sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali
diriku sendiri.”
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak, demi Allah yang diriku
berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu
sendiri.”
Umar r.a. berkata: “Sesungguhnya, demi Allah sekarang engkau lebih
aku cintai daripada diriku sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)
Adakah rasa hati kita telah merasai seperti yang pernah dirasai oleh
Sayidina Umar? Adakah Rasulullah s.a.w. lebih kita cintai daripada diri
kita sendiri?

Masya-Allah, semua itu masih jauh. Soalan “Benarkah aku mencintai
Rasulullah?” adalah satu persoalan yang perlu dijawab dengan jujur
oleh setiap Muslim kerana kedudukan Rasulullah di hati kita adalah
pengukur kedudukan Allah di hati kita.

Dan di mana Allah di hati kita juga menentukan sejauh mana
kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keselamatan dan keharmonian
hidup kita di dunia dan akhirat.

10


Click to View FlipBook Version