BENGKEL SELF-HELP
#NotaSazahMumtaz - 12 FEBRUARI 2022 @ZOOM
SLOT MAK SRI
1) Mencipta perkataan adalah perjuangan
mengeluarkan isi hati
Ali melangkah masuk ke ruang tamu. Dahinya berkerut.
Jiwanya berkecamuk pagi tadi. Dia cuba bertenang
namun sejak malam tadi hatinya memang tidak mampu
bertenang.
2)Peribadi ialah harta yang MAHAL. Kita “menjual
diri” dengan TULISAN YANG CANTIK
- Ini membina pandangan tinggi orang terhadap
kita, dan akan wujudnya respek.
BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN?
i. KEKUATAN KOSA KATA
o Banyakkk membaca genre yang pelbagai
o Tulis dalam notes/ buku kecil
o
ii. MAHIR OLAH TULISAN
o Tak semestinya pamer, buat latihan dalam
simpanan sendiri.
iii. RAJIN MENCUBA
o Skill ini tak dapat sekali tapi berkali-kali
o Contoh: isu bawa beg berat ke sekolah
(cuba ulas ..spontan. jangan hentikan fikir.
Kejut dan bangunkan minda untuk fikir dari
pelbagai sudut)
▪ Ini adalah penderitaan zaman moden
terhadap anak-anak.
▪ Hidup ini adalah perjuangan. Kau terlalu
kecil untuk mengerti erti perjuangan.
▪ Kerajaan patut melakukan sesuatu.
Anak kami bukan tikus makmal.
Tips! Balang Ajaib
- Masukkan kosa kata (pelbagai genre, agama, ayat
alQuran, lirik lagu dll) yang telah ditulis dalam
sticky notes.
- Bila nak tulis , goncang balang ..ambil kosa kata
dalam balang dan jadikan kata penerus
- Kosa kata dah guna letak ditepi, jangan masuk
dalam balang semula.
- Jika nampak kosa kata makin surut, tambah dan
tambah lagi.
“The gem cannot be polished with friction, nor man
perfected without trials” - Chinese Proverbs
3) KATA RIMA – setiap ayat harus “compliment”
each other
Setiap ayat mesti ada kesimpulan di akhir fasa,
Maka ayat di atas dapat mengajak pembaca timbul
rasa sedar untuk menjadi ibu seperti itu. Tidak
mahu berperilaku negatif kerana bimbang diikut
anak. Anak-anak nak cari isteri sebaik mak.
4) Menulis jangan mengajar-ajar, seolah-olah orang
semua tak pandai. Maka selitkan secara santai,
tidak sengaja.
5)Bila menulis, jangan ulang perkataan yang sama
Aku letih sangat. Letih nak pergi sana sini. Letih nak
teruskan hidup. Rasa letih nak habiskan urusan
kerja. Letih yang boleh buat aku mati.
Contoh begini:
Seperti Galau = perasaan tak tenteram
6) Item kecil yang ada dalam hati, santuni. Jangan
abaikan. Gemukkan skill.
Banyak benda penting dalam hidup. Layan semua.
Sibuk tidak akan habis. Contoh: makan penting,
kunyah mustahak.
7)Membuat Kata Bandingan
MENULIS SEPERTI TOM YAM.
- Ada semua rasa. Pedas, manis, masam.
LATIHAN
1. Perbezaan bukan hanya alasan untuk berpisah. Ia
adalah alasan untuk menguatkan kebersamaan.
2. Pasangan kita adalah hadiah terindah daripada
Tuhan. Hargai, jangan sesekali dipersiakan.
3. Ada masanya kita bertegang leher bagi
menegakkan pandangan sendiri. Jangan pula kita
abaikan perlunya menjadi telinga yang tak tuli.
4. Usah berlelah dilambung gundah. Kepada Allah
berserah.
5. Wahai jiwa, tenang dahulu, usah jawab melulu. Aku
tak boleh hidup tanpamu.
6. Ada masanya kita bertegang leher bagi
menegakkan pandangan sendiri. Jangan pula kita
abaikan perlunya menjadi telinga yang tak tuli.
7. Untuk menerima suatu kebenaran itu agak
menyakitkan. Tidak semestinya kita mampu.
Namun jika kebenaran itu dapat menjadikan kita
lebih baik, aku terima.
8. "Mengalah bukan bererti kalah, yang lebih penting
adalah ukhwah."
9. Berdamailah. Walau bicaramu buatku bingung. Aku
yakin kasihmu agung.
10. Cara berfikir kita yang berbeza menyuburkan
rasa hati dalam menikmati hidup.
11. Dalam senyumku ada rajuk yang buntu. Aku
pilih sabar dan mengulum ego yang bertamu.
12. Sampai bila kita perlu bertelagah, jiwa resah,
terhapus indahnya kenangan lalu.
13. Sayang, Hati awak nampak suram. Saya terlupa
beli buah mempelam. Risau anak dalam perut nak
hadam
14. Usah bertelagah jika sedang marah. Merendah
itu lebih indah