The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

iFIKRAH Khas sempena sambutan MAAL HIJRAH 1444H/ 2022M Peringkat Negeri Pulau Pinang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mumtazah Sanusi, 2022-07-29 19:37:29

iFIKRAH MAAL HIJRAH 2022M

iFIKRAH Khas sempena sambutan MAAL HIJRAH 1444H/ 2022M Peringkat Negeri Pulau Pinang

1

RSeiddaankgsi
iFikrah l Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang

PENAUNG
YB Dato‘ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin
bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Merangkap Exco Hal Ehwal Agama
Islam, Koperasi dan Pemerkasaan
Komuniti

PENASIHAT
Tuan Haji Mohd Hanif
bin Omar @ Wahab
Pemangku Pengarah, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

PENULIS ARTIKEL MAAL HIJRAH
Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi
(Penulis dan Pendakwah)

PENYEDIA BAHAN INFO GRAFIK
(Sumber: i Fikrah Khas Maal Hijrah
Tahun 2020M)
Ustaz Muhammad Luqman bin Makhtar

UNIT PENERBITAN & PENERANGAN
BAHAGIAN DAKWAH, JHEAIPP
Mumtazah binti Sanusi
Suhana binti Sulaiman
Norshamila Koid Binti Abdullah

TERBITAN :
Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP)

KONSULTASI, REKA BENTUK DAN
CETAKAN:
HAFIZ ART & DESIGN

2

HIJRAH DIRI, HIJRAH NEGARA

Kekuatan kita berada dalam diri kita sendiri. Kekuatan itu kurniaan Allah, tapi
terpulang kepada kita bagaimana hendak menggunakannya untuk berjaya.
Takdir daripada Allah, tadbir daripada kita. Cabarannya ialah bagaimana kita
mengusahakan sebaik-baik tadbir, supaya Allah akan memberi sebaik-baik takdir.
Contohnya, musibah atau perkara-perkara yang kita tidak inginkan dalam hidup
itu takdir. Namun pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang ditimpakan kepada
kita ada nilai kebaikannya. Sebenarnya apabila Allah mendatangkan ujian, itulah
cara Allah menarik kita keluar dari zon selesa ke zon mencabar. Justeru di zon
mencabar inilah Allah letakkan kejayaan.
Apabila Allah datangkan kepahitan, kesakitan atau kegagalan, jangan sangka kita
terlepas daripada kasih sayang Allah. Sangkaan itu salah sama sekali. Sebaliknya,
zon yang mencabar itulah yang menjadi titik perubahan kepada yang lebih baik.
Itulah satu nilai untuk kita berkembang lebih jauh dan berjaya.
Muslim sejati tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa dirinya. Dia berazam
untuk berusaha melakukan yang lebih baik lagi. Semangat fastabiqul khairat
begitu mendarah daging dalam dirinya. Ya, kita seharusnya sentiasa berlumba-
lumbalah dalam kebaikan. Kita dinamik, tidak statik.

1

Namun sering kali kita bertangguh Seperti gelung getah yang jika
kita biarkan, besarnya hanya
melakukan sesuatu atas suatu setakat itu. Tetapi jika kita hendak
meregangnya menjadi lebih besar,
alasan. Sering kali pula gagal kita perlu terikkan gelung getah
itu. Apabila ditarik bermakna kita
melakukan apa yang dirancang berpindah dari zon selesa kepada
zon mencabar. Apabila ditarik,
disebabkan alasan itu. Sedangkan tentulah ada sedikit kesakitan.
Itulah yang dikatakan no pain, no
alasan itu sebenarnya ialah gain.

sifat malas. Orang malas ingin

terus selesa di zon selesa.

Sedangkan hal ini tidak mungkin.

Mengapa manusia tidak mahu

memperkembangkan dan

mengoptimumkan kelebihan-

kelebihan diri yang diberi oleh

Allah, sehingga kelebihan itu terus

terpendam?

“ Dalam hidup kita mesti melihat “
tujuan Allah mentakdirkan
perkara-perkara yang berlaku
dalam diri kita. Allah tidak
menciptakan sesuatu secara
kebetulan tetapi dengan
tujuan. Cuba cari tujuan Allah
meletakkan kita dalam satu-
satu keadaan.

Apabila sudah tahu akan tujuan
itu, barulah kita bergerak
selaras dengan minda, fikiran
dan perasaan untuk bertindak
selaras dengan tujuan yang Allah
tetapkan pada kita pada situasi
itu. Bertindak ke arah itu, insya-
Allah ada kejayaan. Tindakan
itulah dikatakan hijrah.

2

Hijrah dalam Islam mesti mematuhi hukum Sunnahtullah. Maksudnya, mesti bermula
dalam diri, kemudian keluarga, masyarakat dan negara. Tidak akan berlaku hijrah
yang lebih besar, sebelum hijrah dalam diri dan keluarga tidak dilakukan. Inilah yang
ditunjukkan oleh perjuangan Rasulullah SAW. Hijrah ke Madinah, bermula dengan
‘hijrah diri’ yang berlaku di peringkat Makkah.
Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya
tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh. Pelaksanaan Islam
selepas hijrah menjadi lebih syumul; daripada soal menegakkan aqidah, syariat serta
akhlak pada peringkat diri dan keluarga kepada pelaksanaan sistem pemerintahan,
pendidikan, ekonomi, pertanian dan lain-lain lagi pada peringkat masyarakat dan
negara.
Hijrah adalah syarat untuk mendapat kemenangan masa depan. Tanpa hijrah umat
Islam akan kalah. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa
mereka, lebih besar darjatnya di sisi Allah. Dan mereka itulah orang yang mendapat

kemenangan.” (Surah al-Tawbah 9:20)

Islam telah diperjuangkan pada peringkat yang lebih global dan holistik hanya selepas
Rasulullah S.A.W. berhijrah. Dan sejak itu jugalah posisi Islam yang pada permulaannya
berada di bawah (ditindas) mula beralih ke atas (memayungi dan menaungi). Atas
dasar itulah, Sayidina Umar R.A. memilih hijrah sebagai detik bermulanya kalendar
Islam.
Detik hijrah telah dipilih sebagai mercu tanda bermulanya kemenangan Islam, agar
dengan itu setiap kali menyambut tahun baru Islam umat Islam akan mengimbau
detik kemenangan itu sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru!

3

Hijrah mestilah digerakkan oleh pemikiran strategik, rohani yang bersih, persiapan
fizikal dan spiritual yang ampuh, emosi yang tenteram dengan bantuan Allah menerusi
tentera-tentera-Nya yang ada di langit dan bumi. Ia bukan sahaja perjalanan
merentasi Makkah dan Madinah tetapi hakikatnya merentasi alam sejagat. Ia adalah
satu kebangkitan yang merentasi masa dan ruang (time and space) generasi
semasa dan sesudahnya.

Pada tahap pertama perjuangannya (di Makkah) Baginda terlebih dahulu membina
kekuatan iman dan takwa dalam diri pengikutnya. Pada peringkat ini, fokus Baginda
hanyalah pada pembinaan kekuatan dalaman. Ketika ini walaupun ada serangan
dalam bentuk fizikal hingga ke peringkat membunuh, Rasulullah S.A.W. tidak melawan
walaupun ada sahabatnya yang terkorban dalam mempertahankan iman.

Untuk meredakan penyeksaan dipersaudarakannya golongan
yang ditanggung oleh sahabat-
sahabatnya, Baginda mengarahkan Muhajirin dan Ansar. Seterusnya
beberapa orang sahabatnya
berhijrah ke Habsyah. Beberapa bagi menyatukan seluruh penduduk
tahun kemudian berhijrah ke Madinah
sebelum Baginda sendiri berbuat Madinah (yang Islam dan bukan
begitu. Pada peringkat awal di kota
Madinah, Baginda memulakan Islam) dimeterai Piagam Madinah
beberapa langkah penting dan besar.
Inilah tahap kedua perjuangannya. yang menjamin keamanan.

Bagi pengukuhan ilmu, iman dan Pada tahap inilah sistem pertahanan
amal, dibina masjid sebagai pusat diperkenalkan dan semua rakyat
pembinaan kekuatan rohaniah. bertanggungjawab bersama. Pada
Bagi membina kekuatan ukhuwah, masa yang sama kekuatan ekonomi
mula dibina dan sistem hidup yang
memerlukan pelbagai kepakaran
mula diteroka; pasar, kebun, sistem
perparitan dan kebersihan kota mula
dilaksanakan.

“Dan aku segera datang kepada- “Maka berlumba-lumbalah
Mu, wahai Tuhanku, supaya Engkau
reda akan daku.” (Taha 20: 84) melakukan kebaikan. Kepada “Dialah yang telah mentakdirkan
adanya mati dan hidup untuk
Nota: Nabi Musa yang ucapkan Allah jualah tempat kembali kamu menguji kamu: siapakah antara
kata-kata di atas. kamu yang terbaik amalannya.”
semua.” (Al-Maidah 5; 48) (AL-Mulk 67:2)

Nota: Maka hidup ini mesti dirasakan Nota: Dengan ini, kita akan lebih
penuh semangat dan keterujaan teruja. Kerana siapa yang ingin
kerana kita sedang berlumba. menjadi pemenang?
Berlumba melakukan kebaikan.
4

Tiga atau empat tahun kemudian, apabila kekuatan
Islam mula terserlah dan musuh terus mencabar, barulah
Rasulullah S.A.W. mengangkat senjata dan berlakulah
beberapa siri peperangan yang bersifat defensif.

Bermula dengan Perang Badar,
kemudian Uhud dan akhirnya Khandak.
Namun keberanian dan kepakaran
dalam bidang ketenteraan tidak
mengganggu kecintaan Rasulullah
S.A.W. kepada perdamaian. Lalu
berlakulah perjanjian Hudaibiyah.

Rasulullah S.A.W. berani berperang
dan berani pula untuk berdamai. Jika
diamati, kedua-dua keadaan tersebut
tersulam satu kebijaksanaan, kejujuran
dan kekuatan yang sukar ditandingi.
Akhirnya dengan hati yang bertakwa,
pemikiran yang strategi dan persediaan
fizikal yang mantap, Makkah berjaya
dibebaskan dan Islam tersebar di
seluruh jazirah Arab.

5

Itulah langkah-langkah yang strategik, produktif dan konstruktif sebaik berlakunya
peristiwa hijrah. Hijrah merupakan satu tahap berlakunya turning point (titik
peralihan) dan turning over (titik perubahan) dalam perjuangan Islam. Hijrah
yang telah berlaku hampir 1430 tahun yang lalu itu hakikatnya terus signifikan dan
relevan untuk dijadikan asas dan teras dalam pemikiran, pertimbangan, keputusan
dan tindakan umat Islam masa kini.
Hijrah sering disambut di negara ini dengan motto “Maal Hijrah” yang bererti
“bersama hijrah”. Seolah-olah satu seruan ke arah sama-sama kita berhijrah bagi
menyelamatkan iman dan Islam. Tetapi “bersama hijrah” ini seharusnya bukan
bermusim dan terhad sifatnya.

Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ‘ibrah dan
hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak
membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu
Syaaban, Nuzul al-Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi.

“Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan “Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat masuk syurga
pahala orang yang berusaha memperbaiki sedangkan belum nyata pada Allah siapa yang berjuang dan siapa
amalannya. (Al-Tawbah 9: 120) yang bersabar?” (Ali Imran 3: 142)

Nota: Jadi apa sahaja kebaikan yang ingin Nota: Benar, hidup hanya akan terasa bermakna jika kita merasakan diri
dibuat, buat. Walaupun sekadar memberi sedang berjuang.
burung makan.
6

Bersama hijrah sepatutnya bermaksud mempelajari,
memahami, menghayati, mengamalkan dan
memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi”
yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Hijrah
dalam konteks ini perlu berterusan iaitu berpindah atau
berubah daripada sifat buruk (jahat) kepada yang baik.
Ukuran baik atau buruk itu pula mesti dibuat berdasarkan
perspektif iman dan Islam.

Bersama hijrah juga Manakala hijrah negara pula
merangkumiperubahansistem
bermaksud sentiasa ekonomi, pendidikan, sosial
dan lain-lain sistem kehidupan,
melakukan perubahan ke ke arah memperkukuhkan
iman dan Islam rakyat jelata.
arah memperkukuhkan Islam Negara yang berjaya dalam
hijrah ini pasti membawa
secara istiqamah dan total. keamanan dan kemakmuran
kepada orang Islam dan juga
Hijrah diri ialah sejauh mana bukan Islam persis yang dibuat
oleh Rasulullah S.A.W. di negara
diri diubah ke arah yang lebih Islam Madinah dahulu.

baik dan mantap dari sudut

aqidah, syariat dan akhlak.

Hijrah diri itu perlu diteruskan ke

peringkat keluarga, organisasi,

dan masyarakat.

Bermulanya Kalendar Hijrah

Menurut Ibn Sirin, pada zaman khilafah Sayidina Umar, seseorang mengajukan cadangan kepada
beliau, “Buatlah tarikh.”

Sayidina Umar bertanya, “Tarikh apa?”

Orang itu menjelaskan, “Sepertimana yang dilakukan orang Ajam (orang bukan Arab); bulan
sekian, tahun sekian.”

Umar menerima cadangan itu. Para sahabat pun berbincang. Cepat mereka sependapat untuk
memulakan kalendar dengan tahun hijrah Nabi. Bagaimanapun mereka berbincang panjang tentang
bulan apa patut dijadikan bulan pertama. Antaranya ada yang mencadangkan bulan Ramadan.

Akhirnya mereka sepakat menerima cadangan bulan Muharam. Antara asasnya bulan Muharam
rata-rata manusia baru pulang dari haji. Tambahan pula Muharam bulan suci.
(Al-Kamil fi al-Tarikh, Ibn al-Athir)

7

Oleh sebab itu dalam melakukan hijrah yang sempurna, semua
pihak mesti berperanan. Maka kenali watak dan peranan wira-wira
hijrah yang mampu dan sesuai untuk diteladani. Pilihlah, sama ada

untuk meneladani:

Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar yang
menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah

s.a.w.

Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali berselimut di tempat tidur
Rasulullah s.a.w. dan memulangkan kembali harta orang lain yang

diamanahkan kepada Rasulullah s.a.w.

Kecekapan Asma’ binti Abu Bakar menyediakan dan menghantar
makanan.

Sifat murah hati Ummu Ma’bad yang rela kambingnya diperah susu
untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. dan

Sayidina Abu Bakar.

Kesal dan akurnya Suraqah yang mengejar Rasulullah demi
ganjaran tetapi akhirnya pulang dengan tawaduk dan yakin kepada

kemenangan Islam.

Bulan Muharam YANG BIASA Bulan Safar Nabi mula berhijrah. YANG BETUL

FAKTA Bulan Rabiulawal Nabi tiba di Madinah.

Betulkan Hujah: Sumber:
Bulan Muharam bulan pertama dalam kalendar Berdasarkan riwayat-riwayat dalam kitab-kitab sirah
YANG BIASA, hijrah, ditambah dengan lagu: muktabar. Antaranya menurut Ibn Ishak, Nabi tiba di
“1 Muharam detik permulaan, Perkiraan tahun Madinah pada hari Isnin tatkala kemuncak waktu duha
Biasakan Islam hijrah, Perpindahan Nabi dan umat Islam, dengan matahari hampir menegak, setelah berlalu 12
Dari kota Makkah ke kota Madinah” malam bulan Rabiulawal.
YANG BETUL (Sirah Ibn Hisyam)

(Mungkin kita yang salah faham liriknya) 8

Islam kini menagih hijrah. Justeru nasibnya sama seperti peringkat awal
kedatangannya. Apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. telah benar-benar
berlaku. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud:

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing dan dilihat pelik), dan ia akan
kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing.”
(Riwayat Muslim, no. 145)

Jadilah “orang yang beruntung” yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan
hijrah – satu langkah “jump start” yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah
iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana
pun kita berada. Sentiasa ada set minda (mind set) hijrah di dalam diri kita yang
menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat, dan laksanakan adalah ke arah
Islam dan iman yang lebih baik.

Setiap diri mesti berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya
ke arah iman dan Islam.

l Ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya ke arah itu.
l Guru-guru bertanggungjawab menghijrahkan peranan sekolah.
l Imam juga berhijrah dengan menggerakkan anak-anak kariahnya.
l Pemimpin masyarakat menghijrahkan keadaan kampung, mukim, bandar dan

daerah.
l Wakil rakyat juga bertindak di kawasan parlimen masing-masing, begitu juga

dengan ADUN.
l Tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada

hijrah yang lebih besar dan luas lagi.

9

Inilah prasyarat untuk mencapai kejayaan. Bermula dengan menghijrahkan diri
Ingatlah bantuan Allah akan sentiasa berasaskan pembinaan iman dan
bersama kita jika kita bersama hijrah. taqwa. Kemudian membentuk keluarga
Marilah kita jadikan hijrah sebagai agenda yang sakinah, mawaddah dan rahmah,
Keluarga Malaysia di mana semua pihak seterusnya membentuk masyarakat dan
memainkan peranan di posisi masing- negara yang berteraskan sistem hidup
masing. Marilah keluar dari zon selesa secara menyeluruh.
kepada zon mencabar. Ya, marilah selamatkan diri kita dan

keluarga kita!

JOM PAKAT TENGOK & DENGAQ SAT

“HIJRAH MENDEPANI MAJLIS SAMBUTAN
CABARAN PANDEMIK” MAAL HIJRAH

FORUM KHAS SEMPENA PERINGKAT NEGERI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
PULAU PINANG 1443H/ 2021M 1443H/2021M

l YBhg. Ustaz Dr Mohamad Zaki bin Abdul Halim
l YBhg. Dato’ Dr Danial bin Zainal Abidin
l YBhg. Ustaz Roslan bin Che Ros

MAAL HIJRAH MAJLIS SAMBUTAN
MAAL HIJRAH 1439H/ 2017M
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1442H
Tazkirah Khas oleh
Tazkirah Khas oleh l YBhg. Dato’ Dr Danial Zainal Abidin
l YBhg. Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani

FORUM KHAS

SEMPENA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
1439H/2018M

l YBhg. Ustaz Ibnu Rijal
l YBhg. Dato’ Badli Shah Alaudin
l YBhg. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

10


Click to View FlipBook Version